You are on page 1of 2

Status Pemakanan Mengikut Kumpulan (Remaja)

Remaja merupakan golongan yang paling aktif dan banyak melakukan aktiviti. Oleh itu, golongan ini
memerlukan lebih banyak nutrien berbanding kumpulan lain.

Keperluan Kalori dan Nutrien


Kumpulan remaja memerlukan lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat. Remaja
perempuan pada peringkat reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya dengan zat besi
seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin untuk memenuhi keperluan zat besi mereka.
Jadual 3.2 dan 3.3 menunjukkan contoh keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh remaja
lelaki dan remaja perempuan mengikut had umur (Hajah Zainab Hj. Tambi, 2007).

Jantina
Remaja Lelaki

Umur (Tahun)
13 19
13 - 19

KeperluanTenaga/Kalori
2600 2580
2300 - 2100

Jadual 3.2: Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)

Remaja
Lelaki

Remaja
Perempuan

Umur/
Tahun

Protein
Kg

Kalsium
mg

Besi
Mg

Thiamin
mg

Riboflavin
mg

13-19

43-54

650-500

1018

1.0

1.6-1.5

13-19

41-54

650-500

0.9

1.4-1.3

1028

Niasin
mg

17.2-17.0
13.9-15.5

Asid
Folik
mg

Vit
B12
mg

Asid
Askorbik
mg

100200

2.0

30

2.0

30

100200

Jadual 3.3: Keperluan Harian bagi Garam Galian dan Vitamin (Malaysia)

Tabiat Pengambilan Makanan Sihat


Pemakanan sihat meliputi keperluan pemakanan harian anda dan pada masa yang sama,
mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang
berkaitan dengan pemakanan. Ia merangkumi cara membuat keputusan yang bijak tentang jenis
makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Anda boleh
mencapai ini dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995).
Kepelbagaian bermaksud mengambil diet dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan
dalam piramid makanan. Makanan seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid
makanan yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid makanan. Amalan ini
membantu menjamin keseimbangan dalam pemakanan kita. Untuk mengelak daripada makan

terlampau banyak, kesederhanaan haruslah diutamakan. Piramid makanan memberi panduan akan
jumlah hidangan yang harus dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang
normal dan sihat.
Secara keseluruhannya, tabiat mengambil makanan yang sihat harus dipupuk di kalangan remaja
masa kini. Ini kerana makanan yang sihat memberi banyak manfaat terhadap kesihatan mereka.
Makanan yang sihat juga memberi tenaga yang lebih kepada remaja untuk melakukan aktiviti harian
dan bergiat aktif terutama dalam bidang sukan. Tabiat ini harus dijadikan amalan setiap hari agar tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain makanan, remaja juga turut digalakkan meminum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi
iaitu kekurangan air dalam badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan. Tubuh
anda akan kehilangan lebih kurang 1 hingga 2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja,
peluh dan wap dari paru-paru (Persatuan Pemakanan Malaysia, 2000).

Masalah Pemakanan Remaja


Kebanyakan remaja sering berhadapan dengan masalah pemakanan. Ramai di antara mereka
memilih cara diet yang tidak betul seperti tidak makan. Tujuannya hanya untuk kelihatan kurus dan
memiliki berat badan yang unggul. Seperti yang telah dipelajari dalam topik sebelumnya, remaja
perempuan banyak mengalami masalah pemakanan sehingga mereka terjebak dengan penyakit
psikologikal seperti Bulimia Nervosa memuntah semula makanan yang dimakan) dan Aneroxia
Nervosa (penyakit
hilang
selera
makan).
Namun, ada juga di antara mereka memilih makanan segera seperti mi segera, ayam goreng, burger
dan kentang goreng untuk menggantikannya dengan nasi. Akibatnya, ramai di antara remaja
mengalami masalah kegemukan atau berlebihan berat badan.

You might also like