You are on page 1of 6

Alatan Tangan, Jenis Mesin & Kegunaannya

Alatan Tangan & Kegunaannya


a) Pita Pengukur

Mengukur jarak.

Saiz yang biasa ialah 1, 3 dan 6 meter.

Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke


perumahnya.
b) Pembaris Keluli

Mengukur jarak dan memindahkan ukuran.


Membina garisan lurus.
Menguji kerataan permukaan kayu.
Dibuat daripada keluli yang tidak berkarat.
Saiz yang lazim ialah 300 mm.

c) Gergaji Puting

Menggergaji kayu-kayu kecil.


Memotong tanggam.
Mempunyai jalur logam di bahagian atasnya.

d) Gergaji Tangan

Mengerat dan membelah kayu.

Saiz ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25


mm.
e) Sesiku L

Menguji kepersegian kayu.


Membuat garisan bersudut tepat.
Menguji kerataan permukaan kayu.
Menentukan ketepatan sudut 90 darjah.

f) Gergaji Lengkung Halus

Menggergaji kayu nipis.


Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.

Matanya dipasang menghala ke hulu.

g) Tukul Kuku Kambing

Menukul dan mencabut paku.


Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

h) Tukul Warington

Menukul paku kecil dan halus.


Saiz ditentukan oleh berat keplanya.
i)

Pahat Tepi Serong

Meraut dan menatal tanggam.


Membersihkan bucu tanggam.
Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong.

j) Kikir Parut

Membentuk lengkuk dan meratakan permukaan kayu.


Membentuk lengkuk pada penjuru kayu.

k) Gandin Kayu

Menukul alatan berhulu kayu.


Mengetuk bahagian projek semasa pemasangan.

l) Tolok Penanda

Membuat garisan selari pada muka dan tepi kayu bagi


menanda ukuran tebal dan lebar kayu.

Mesin dan Kegunaannya


a) Mesin Gerudi Mudah Alih

Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam


lembut.

Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.

Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi.

Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli


berkarbon.
b) Mesin Gerudi Lantai

Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam.

Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang


pada rahangnya.

Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum


gerudi sebelum digerudi.

You might also like