You are on page 1of 4

TITAS

Tuliskan sebuah esei yang menjawab kepada persoalan berikut :i. Apakah yang dimaksudkan dengan Tamadun?
Perkataan Tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu mudun, madain dan madana.
Kesemua perkataan ini bermaksud budi bahasa yang tinggi dan pembukaan bandar. Dalam
bahasa Inggeris, maksud tamadun adalah civilization dan civilization ini berasal daripada
perkataan Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar dan tamadun boleh diertikan sebagai
peradaban (Shuhaimi, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010).
Dalam pandangan tokoh dan sarjana Islam, tamadun meliputi perkembangan lahiriah
dan rohaniah (unsur penting untuk ukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat). Menurut
Syed Naquib Al-Attas, tamadun adalah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan Syed disokong oleh Richard
Sullivan bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. (Shuhaimi, Buku
Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010)
Dalam pandangan orang Barat, tamadun boleh dikaitkan dengan pembangunan
lahiriah iaitu hal-hal kebudayaan seperti penulisan, kesenian, undang-undang dan
pembandaran. Salah seorang sarjana Barat, Gordon Childe, memiliki pandangan bahawa
pencapaian lahiriah menjadi penentu kemajuan tamadun sesebuah masyarakat. Malah, Darcy
Riberio dan R.A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam
proses perkembangan tamadun (Shuhaimi, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010).
Kesimpulannya, tamadun diertikan sebagai peradaban. Konsep tamadun bukan sahaja
mementingkan pencapaian lahiriah dari segi pembinaan kota serta kesenian tetapi juga
mengutamakan pencapaian berbentuk rohaniah, moral dan tatasusila.
ii. Apakah ciri-ciri sebuah Tamadun?
Ciri-ciri sebuah tamadun merangkumi aspek-aspek yang penting terutamanya sistem
pentadbiran, sosial, agama dan sebagainya. Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, ciri-ciri
tamadun adalah kehidupan bandar (Shuhaimi, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010).
Seorang penulis Arab Kristian, Jurzi Zaydan, berpandangan bahawa ciri-ciri tamadun dapat
dilhat daripada sistem pentadbirannya, bandar, stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains,
seni bina bangunan dan keseniannya (Shuhaimi, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010). Ciriciri tamadun merangkumi kewujudan penempatan masyarakat di sesebuah kawasan,
1

peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna, kewujudan sistem
organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik, kewujudan bahasa dan sistem
perundangan. (Shuhaimi, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, 2010)
Dari segi penempatan kekal, penduduk mempunyai corak hidup yang lebih sistematik
dan menetap. Kebanyakan perkembangan dalam bidang pertanian, perternakan binatang dan
penciptaan peralatan baru telah dapat meningkatkan pengeluaran (Samsudin, 2014). Dari segi
corak hidup pula, kehidupan adalah lebih berorganisasi dari aspek sosial, ekonomi dan
politik. Sistem pemerintahan sesebuah tamadun pula wujud bagi memudahkan pentadbiran
sebuah masyarakat yang besar dan kompleks. Sebuah tamadun juga menunjukkan
pengkhususan kerja yang meningkatkan produktiviti

manusia

bagi menghasilkan

kemakmuran dan kestabilan politik yang membawa perkembangan ekonomi (Samsudin,


2014). Kewujudan agama dan kepercayaan dalam sebuah tamadun seperti amalan
kepercayaan Animisme dalam tamadun awal juga merupakan satu ciri tamadun yang penting
sebagai rujukan kepada golongan pemerintah, perkembangan ilmu, dan pembinaan dalam
proses pembentukan tamadun awal. Sebuah tamadun juga mempunyai bahasa yang tersendiri
sebagai

satu

medium

untuk

berkomunikasi

sesama

masyarakat.

iii. Apakah kepentingan Tamadun?


Tamadun merupakan kayu pengukur bagi sesebuah masyarakat dalam menentukan
cara hidup, pengurusan diri dan pegangan hidup. Tamadun juga boleh mencerminkan identiti
sebuah populasi dari segi cara hidup, sistem pemerintahan, kebudayaan, agama dan
sebagainya. Tamadun juga menunjukkan tahap kehidupan seseorang. Semakin tinggi tamadun
itu, semakin tinggi kehormatan yang diterima. Sesebuah tamadun yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri membolehkan perkembangan dalam aspek politik, sosial, pendidikan , dan agama
(Haji Sabri Said, 2015)
Tamadun boleh memperlihatkan sistem pemerintahan dan sistem perundangan yang
unik seperti sistem pemerintahan demokrasi dan republik (Haji Sabri Said, 2015). Dalam
aspek sosial pula, Sukan Olimpik yang awalnya disertai oleh Athens, Sparta, Corinth,
Thebes, Olympia, dan Argos 4 tahun sekali telah dijadikan bukti untuk menghormati Tuhan
Zeus (Haji Sabri Said, 2015). Dari segi kesusasteraan, banyak karya yang dihasilkan oleh
penulis-penulis yang terkenal seperti penulis-penulis awal, Illiad dan Odyssey, Mahabarata
dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit banyak digunakan dalam buku kitab Kristian,
Buddha dan Hindu (Samsudin, 2014). Sistem peperiksaan juga wujud dalam sistem
2

peperiksaan seperti Tamadun China dan diturunkan sehingga generasi kini. Perkembangan
sains dan teknologi yang pesat disebabkan ciri-ciri tamadun yang lengkap dan istimewa telah
memberi banyak sumbangan kepada manusia seperti ilmu dalam matematik, perubatan,
astronomi, teori-teori fizik seperti Teori Pytagoras dan Teori Archimedes (Samsudin, 2014).

iv. Huraikan peranan tamadun dalam kehidupan era global.


Pada era global ini, tamadun masih muncul sebagai aspek penting dan berperanan sebagai
satu ciri yang boleh menunjukkan keistimewaan dan keunikan budaya dan cara hidup
sesebuah negara (Samsudin, 2014). Pada peringkat antarabangsa, tamadun Islam dan
tamadun Barat sentiasa dibandingkan dan dibincangkan dari mulut ke mulut oleh warga dunia
kerana kedua-kedua tamadun tersebut melambangkan negara-negara Islam dan barat. Pada
era abad ke-21 ini, negara-negara sanggup berdaya saing sesama sendiri dalam pelbagai jenis
aspek seperti ekonomi, kesenian, budaya dan sebagainya. Sesebuah tamadun membolehkan
sesebuah negara memiliki ciri-ciri serta latar belakang yang tersendiri dan kedudukan yang
istimewa antara negara-negara. Hal ini akan membolehkan negara dikenali dan terkemuka di
mata warga dunia. Pendek kata, tamadun merupakan lambang negara dan memperlihatkan
keunikan rakyat negara tersebut.

Rujukan :
1. Haji Sabri Said, K. C. (2015). pengajianislam.pressbooks.com. Retrieved Feb 12,
2015, from Ciri-ciri Tamadun: http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/ciri-ciritamadun/
2. Samsudin, B. A. (2014). saku30.tripod.com. Retrieved Feb 12, 2015, from Bab 2 :
Peningkatan Tamadun: http://saku30.tripod.com/Bab2SEJ4.htm
3. Shuhaimi, e. a. (2010). Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. DBP & KPM.

You might also like