You are on page 1of 2

NAMA: SHAMIR EDWIN FERNANDEZ

KELAS: 4 GIGIH

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya


selalu dianggap sebagaisebuah masyarakat majmuk atau
masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina
danIndia yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam,
agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaummempunyai
keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatankerakyatan dan di bawah sebuah
pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu
cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap
warganegara supayakeamanan dan keharmonian dalam negara
tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolakansur
sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan
supaya pertelingkahan antarakaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat
pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan
dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka pada satunegara. Selain itu,
setiap warganegara harus mengawal perkataan dan kelakuan diri
pada bila-bila masa supaya tidak meyentuh isu sensitif seperti hakhak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan hak-hak
istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara
sejagat.
Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama
secara aman. Masyarakat patuthidup berbaik-baik antara satu
sama lain supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan kaum
danberkembang maju. Sesebuah Negara yang menghadapi konflik
dalaman akan menjejaskan statusekonomi dan tidak akan
mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti mengutamakan
kedaimaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa
dan budaya. Rakyat yang selalu bersatu-padupenting dalam
masyarakat majmuk seperti bak kata perkata bersatu teguh,
bercerai roboh.
Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara,
kita harus selalu bertolak ansur dan menghormati sesama kaum

supaya konflik dalaman tidak wujud. Secara tidak langsung, rakyat


yang perpaduan merupakan aset sesebuah negara untuk mencapai
kemajuan.

You might also like