You are on page 1of 4

BUKU LOG PANDU PUTERI

TUNAS

Pengenalan:
Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri
Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti
oleh ahli Pandu Puteri Tunas.
Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh
dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang
Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku
dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri
Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman
terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk
penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.
(1)

Jenis-jenis Buku Log


(a) Buku Log Peribadi
Buku Log ini mengandungi:
Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang
disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan
Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua
peringkat)
Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)
(b) Buku Log Kemajuan
Buku Log ini mengandungi:
(i)

Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas

(ii)Laporan Lencana kecekapan


(c) Buku Log Acara
Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai
Contoh acara adalah seperti:
(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan
(ii) Khidmat
(iii) Lain-lain projek
(2)

Ciri-Ciri Buku Log

Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil


daripada pengalaman
yang dilalui. Pastikan:
(a) Bahan-bahan disusun kemas
(b)Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
(c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
(d)Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
(e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan

(f) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau
bercetak KECUALI biodata / profil diri
(3) Kandungan Buku Log ( setiap buku log)
(a) Biodata/ Profil Diri
Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan
pembaca mengetahui siapa penulisnya.
Nama
No. Mykad / No Mykid / No surat beranak
gambar
Tarikh lahir
Alamat rumah
No tel rumah / No tel bimbit
Alamat e-mail
Nama & alamat sekolah
No tel sekolah
Nama pasukan
Nama Kumpulan Berenam
(b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri
Jawatan yang dipegang
Pencapaian dalam Pandu Puteri
Senarai acara Pandu Puteri yang disertai
(4)

Kandungan laporan aktiviti


Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri
Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan
Renungan ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu
yang diperoleh semasa menyertai acara
Sertakan lampiran seperti:
(i) Bahan asal atau salinan bercetak
(ii)gambar-gambar acara
(iii)salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan
Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau
individu
Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak
pengisian buku log tersebut

Susunan/ Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan


Pandu Puteri Tunas
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Biodata / Profil diri


Lencana Dunia
Lencana Pandu Puteri Tunas
Lambang Kumpulan Berenam sendiri
Peringkat Pra Persetiaan
Peringkat Calit Emas
Peringkat Tangga Emas

8.

Peringkat Tangan Emas

9.

Skim Lencana Kecekapan

You might also like