You are on page 1of 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
SEMESTER SEPTEMBER 2015

Soalan :
Berdasarkan topik pilihan anda, cadang dan rancang sebuah program seni
lukis dan seni reka bagi menjelaskan aktiviti kreatif seseorang kanakkanak sekolah rendah. Program bagi aktiviti yang di rancang perlu
memenuhi keperluan di bawah:
i.
Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
ii.
Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan
mata pelajaran lain.
iii.
Jangka masa program dirancang, sekurang-kurangnya 4 minggu
pembelajaran disertai dengan objektif pembelajaran yang jelas.

NAMA

SABARUDDIN BIN JALUMIN

NO IC

700826125377

NO MATRIKS

700826125377001

EMAIL

sabaruddinjalumin@gmail.com

NAMA PENSYARAH

ARBAIN BIN HASBULLAH

NAMA TUTOR

ARBAIN BIN HASBULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN


TAWAU

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0 PENGENALAN

1-2

2.0 MATLAMAT

3-6

3.0 OBJEKTIF

6-7

4.0 SASARAN

5.0
TARIKH
DAN
PERLAKSANAAN

TEMPOH

6.0
ANGGARAN
PERBELANJAAN

KOS

8
8-9

7.0 SENARAI JAWATAN KUASA

10

8.0 ATUR CARA PROGRAM

10

9.0 KESIMPULAN

11

BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN
2

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini berkembang sejajar dengan perubahan
masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan garis
panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha
kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan mensejahterakan taraf kehidupan rakyat
(Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu, transformasi pendidikan turut dilakukan bagi
melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual diperingkat sekolah. Kurikulum
Pendidikan Seni Visual digubal bertujuan bagi membentuk keperibadian generasi Malaysia yang
celik budaya kesenian. Kepentingan mata pelajaran ini diperkenalkan bagi memberikan
keseimbangan modal insan yang meminati aspek rohani, intelek dan emosi dalam
mempersembahkan karya seni mereka.
Pendidikan Seni yang diperkenalkan dalam Sistem Pendidikan Negara bermaksud satu
bentuk program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ianya merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada
pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Manakala menurut pandangan Reiner,B. &
Smith R.A. (1992) menyatakan bahawa, pendidikan seni sebagai satu usaha yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang
dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua
cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa
jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Sementara itu, dari sudut pandangan Siow Heng Loke (2005), Pendidikan Seni
merupakan satu kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni dengan
mempelajari sejarah dan antropologi seni yang membezakan makna seni serta melihat nilai
produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan
dan penilaian yang asli, di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan
idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.
Rangkuman daripada pandangan tokoh kesenian ini membawa kepada definisi yang mudah iaitu,
3

Pendidikan Seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang
terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu
sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi
diri, masyarakat serta negara melalui gabungan elemen kerohanian, emosi serta intelek dalam
menghasilkan produk kesenian mereka.
Berdasarkan kurikulum pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal
pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya
dikembangkan agar pengalaman pembelajaran melukis akan terus tersemat dalam sanubari
pelajar. Projek ini yang bertujuan melatih murid untuk menimbulkan keyakinan dalam
mempersembahkan hasil lukisan mereka mengikut aspek kemahiran, media, teknik dan teknologi
sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni. Melalui aspek tersebut, secara tidak langsung
akan mendidik keyakinan dalam diri pelajar kerana mereka lebih gemar melihat karya mereka
dipamerkan untuk tatapan umum. Ini akan mewujudkan perasaan komitmen terhadap usaha
mereka mendapat penghargaan daripada guru. Atas sebab itulah, sasaran projek ini dijalankan ke
atas pelajar tahun 4 dan 5 yang dilihat lebih cenderung bermain dengan persekitaran sekolah.
Bersesuaian dengan tema pertandingan yang menekankan alam sekitar, setiap hasil karya murid
yang dipamer akan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan
mereka.
Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan
kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan
penghasilan yang kreatif. Ini bermaksud mempamerkan hasil kerja murid boleh menjadi satu
motivasi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid- murid di dalam kelas seperti dalam
rajah 1. Secara tidak langsung, tahap keyakinan diri mereka untuk mencintai alam sekitar akan
terus bertambah melalui penghargaan ke atas karya lukisan poster mereka.

Rajah 1 : Hasil karya murid


Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

2.0

MATLAMAT
Projek Melukis Permandangan Alam Sekitar ini dapat meningkatkan kemahiran melukis

dan dapat menanamkan semangat cintakan alam oleh murid sekali gus meningkatkan semangat
kerjasama antara murid. Berdasarkan program ini, murid akan didedahkan dengan kemahiran
ekspresi seperti Pengolahan dan Permurnian dalam kaedah penghasilan karya Seni Visual pelajar
banyak diaplikasikan ketika para pelajar cuba untuk menghasilkan lukisan yang lebih sistematik
dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej dalam lukisan atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
Kesesuaian imej dan visual itu dipilih berdasarkan tema dan objektif yang sudah
dipahatkan dalam kotak pemikiran pelajar/pengkarya seni melalui kaedah penjanaan idea.
Reiner,B. & Smith R.A. (1992) pula menyatakan bahawa, gabungan kedua-dua kaedah ini akan
membawa pelajar/pengkarya menghasilkan sesuatu hasil lukisan yang jauh lebih kemas dan
cantik apabila berlakunya proses permurnian secara berulang kali. Pengaplikasian kaedah
penjanaan idea ini turut melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya
intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap
bakat serta kemampuan diri para pelajar.

Pelajar yang menghasilkan karya Seni Visual akan menjadi lebih peka dan perasa,
bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam
mengendalikan kehidupan mereka. Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui
penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol
nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan
kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Rajah : 2.0
Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Berdasarkan gambar rajah 2.0, karya yang dihasilkan oleh pelajar ini melalui kaedah
pengolahan idea dapat diperhatikan apabila pelajar turut menghasilkan karya seni yang
bertemakan permandangan alam sekitar. Melalui kaedah ini, para pelajar cuba mendapatkan idea
kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Keadaan ini ditunjukkan melalui permandangan
sungai yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan ditepi sungai. Idea kajian yang sistematik ini
ditonjolkan apabila ketenangan aliran air sungai yang dikelilingi pokok-pokok jelas
menyerlahkan kepada pengolahan idea pelajar/pengkarya dengan ketenangan serta keindahan
alam sekitar walaupun terdapat beberapa pokok tumbang sujud menghempap bumi.
Lukisan ini bersesuaian dengan tema dan objektif penghasilan seperti lukisan yang
pertama turut menggambarkan keindahan alam sekitar. Penghasilan karya ini bagi peringkat
6

kanak-kanak sekolah rendah dianggap sangat signifikan kerana proses pengolahan dan
pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik seperti yang
ditunjukkan dalam penggulangan gambar pokok-pokok disekeliling sungai. Pengulangan gambar
tersebut untuk memurnikan idea pelajar tersebut yang cuba menyampaikan keindahan alam
sekitar melalui kebersihan air sungai dengan kesuburan tumbuhan di dalam hutan.
Kemahiran teknik lukisan ini juga akan mewujudkan kepentingan pengalaman.
Kepentingan pengalaman ini akan membantu guru yang kreatif untuk mengembangkan lagi
idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam
pembelajarannya. Menurut Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke
arah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah kerana
peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk mengukuhkan batu asas bagi
pelaksanaan pendidikan seterusnya. Dalcroze menyatakan pendidik hendaklah mengurangkan
percakapan dan menggantikannya dengan arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi.
Pendekatan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan pengajaran yang sistematik.
Guru hendaklah kreatif menggunakan bahan teknologi maklumat, seperti tayangan
video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid. Selain itu, melalui penggunaan bahan
maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis
poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas
hasil lukisan mereka. Di sinilah pengalaman guru membantu meningkatkan inovasi muridmurid dalam pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran yang dirancang dengan baik dan
menarik dapat mewujudkan pembelajaran aktif dua hala di antara guru dan murid. Guru yang
berpengalaman akan mengadakan aktiviti main peranan serta simulasi di mana murid akan
berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya
pembelajaran yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik ini menekankan kaedah
pemerhatian dan peniruan seperti dalam teori pembelajaran Bandura (1986). Melalui
pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan
memotivasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi
apabila dewasa kelak. Kaedah ini membawa mereka kepada pengalaman atau situasi sebenar.
Murid juga belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir di dalam domain
7

kognitif, psikomotor, nilai-nilai murni seperti kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan
akibat (consequence). Murid pastinya akan belajar dengan lebih seronok kerana mengalami
sendiri pengajaran yang diajar oleh guru.
Seterusnya, kemahiran mengaplikasikan penggunaan

pelbagai media

turut

meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran seseorang guru. Penggunaan pelbagai media


seperti tayangan video, bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan membantu
mengekalkan tumpuan murid dan merangsang pengetahuan ingin tahu murid terhadap
pembelajaran serta menanam minat murid yang akhirnya akan mengekalkan lagi tumpuan
murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Di antara aktiviti-aktiviti yang menggalakkan
pembelajaran ialah

soaljawab yang bertujuan untuk meningkatkan jangkaan, merangsang

perasaan ingin tahu, mencari pendapat yang berbeza serta dan bertanyakan soalan yang
provokatif untuk merangsang idea baru (Esquivel 1995). Kaedah ini amat berkesan untuk
membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial mereka dengan
memberi peluang kepada mereka mengalami pengalaman sebenar atau yang hampir dengan
kehidupan mereka untuk dilihat dan dikaji dengan teliti.

3.0

OBJEKTIF

Objektif projek ini adalah seperti berikut:


i.

Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri


dalam membina pengetahuan dalam usaha mengenali flora dan fauna di Malaysia.

ii.

Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.

iii.

Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri secara


berkumpulan.

Berdasarkan Objektif ini, para pelajar akan dapat membentuk aktiviti pengabung jalinan
kemahiran dalam seni lukis. Hal ini dapat dilihat melalui Penghubungkaitan pengajaran dalam
kelas boleh diibaratkan sebagai tangan manusia di mana jejarinya sebagai murid manakala ibu
jari adalah guru. Jejari murid boleh bergerak dengan bebas dan meneroka idea-idea baru
8

sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong dan pembimbing. Tanpa ibu jari (ibu)
jari-jemari masih boleh bergerak tetapi menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda.
Namun dengan adanya ibu jari (guru meneroka) ke hadapan atau membantu memahami sesuatu
konsep atau idea. Penggunaan tangan La Wanda Finley seorang pelajar Golberg (1992) sebagai
metafora untuk bilik darjah amat teguh dan meyakinkan.
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan murid haruslah menyeluruh
melalui aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Rentetan itu, seni merupakan satu
media dalam merealisasikan falsafah ini melalui konsep penggabungjalinan. Penghubungkaitan
seni dianggap penting untuk perkembangan kanak-kanak, Laporan yang dibuat oleh J.Paul Getty
Trust (Wolfensohn & Williams, 1993) merumuskan bahawa seni menyumbang kepada
kecemerlangan kebudayaan secara menyeluruh di sekolah. Melalui ini, pelbagai kemahiran
seperti pergerakan, menyanyi, melukis, kreativiti, penerokaan, mengekspresi emosi dapat
membantu perkembangan secara menyeluruh. Seni juga membantu melibatkan semua murid
tanpa mengambil kira perbezaan kebolehan mereka. Cropley (1992) menyatakan bahawa semua
pelajar tanpa mengira tahap kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara
konvergen dan divergen. Ini bermakna semua murid mempunyai kebolehan berfikir yang
berbeza mengikut kemampuan mereka.

4.0

SASARAN

Projek ini disasarkan kepada semua murid Tahun 4 dan Tahun 5. Pertandingan ini terbahagi
kepada dua kategori iaitu kategori Tahun 4 dan kategori Tahun 5.
Jumlah kumpulan : 15 kumpulan
i. Tahun 4 : 7 kumpulan
ii. Tahun 5 : 8 kumpulan
9

5.0

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh

14 Ogos 2016

Hari

Jumaat

Masa

1355-1530

Tempat

Gabungan bilik darjah Tahun 4 dan Tahun 5.

Tempoh Pelaksanaan

1 jam 35 minit.

6.0 ANGGARAN KOS


6.1 Peralatan dan bahan
Bil.

Peralatan dan bahan

Harga seunit (RM)

Unit perlu

Jumlah (RM)

1.

Kertas Mahjong Warna Putih

Hak Sekolah

25 helai

Hak Sekolah

2.

Pensil 2B

Hak Murid

1 dozen

Hak Murid

3.

Pensil Warna

Hak Sekolah

22 kotak

Hak Sekolah

4.

Krayon

Hak Sekolah

22 kotak

Hak Sekolah

5.

Water Color

Hak Sekolah

22 kotak

Hak Sekolah

Harga seunit (RM)

Unit perlu

Jumlah (RM)

Tempat Pertama

30.00

90.00

Hamper Tempat kedua

15.00

45.00

Hamper Tempat ketiga

10.00

30.00

6.2 Hadiah:
Bil.

Hadiah

3.
HAMPER

10

Jumlah (RM)

11

165.00

7.0

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN PEGAWAI TERLIBAT


Penaung

: Encik Abd Taha Bin Abd Rasul

Pengerusi

: Encik Mohd Badri Bin Basri

Naib Pengerusi

: Puan Angelina Yap

Setiausaha

: Encik Sukri Bin Dualin

Penyelaras Projek
Encik Sukri Bin Dualin

8.0

JADUAL PROGRAM
Hari Jumaat (14 Ogos 2016)
Waktu

Acara

1355-1400

: Kehadiran murid.

1400-1410

: -Taklimat oleh penyelaras projek dan


pembahagian kumpulan.

1410-1525

: Murid melukis dan mewarna

1525-1530

: -Menghantar poster kepada penyelaras


Projek
-Menyimpan semula peralatan dan poster
-Menyusun atur semula kedudukan meja

1530

: Bersurai.

*Penyampaian hadiah dilakukan pada waktu perhimpunan sekolah.


12

9.0

PENUTUP
Perlaksanaan program ini untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan

tanah air di sekolah ini. Murid juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
aktiviti melukis. Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang
dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini.
Oleh itu, sewajarnya seni dianggap sebagai satu mata pelajaran yang penting kerana
sejarah telah membuktikan melalui pengalaman serta penggabungjalinan Seni dengan mata
pelajaran lain akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan. Melalui seni, guru
dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang
inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Seni turut melahirkan modal insan yang berkeyakinan, baik hati dari aspek
ekspresi mahupun tindak balas serta mempertahankan warisan budaya masyarakat kita yang
kian dilupakan kepada generasi yang akan datang. Semoga usaha murni ini akan dapat
memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

Disediakan oleh:
13


(SUKRI BIN DUALIN)
Guru Pendidikan Seni Visual
SK Bum-Bum Semporma.
Disemak oleh:

( EN MOHD BADRI BIN


BASRI) Ketua Panitia Psv
SK Bum-Bum
Diluluskan oleh:

( ENCIK ABD TAHA BIN ABD RASUL)


Guru Besar
SK Bum-Bum

BIBLIOGRAFI
14

Haward Gardner. (2005). Five Minds For The Future. United States of America: Harvard
Business Press.
Mazlan Mohamad. (1996). Perkembangan Seni 1- Prinsip Pendidikan Seni. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd Nasir Ibrahim dan Prof Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
dan Universiti, Tanjung Malim: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI.
Muliyadi Mahamood. (1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Reiner,B. & Smith R.A. (1992). The Arts, Education and Aesthetic Knowing. Chicago: The
Chicago University Press.
Robert W.Ott. (1991). Advocating Art: The Arts Subject of the Future. United States of
America:

The Pennsylvania Art Educator.

Siow Heng Loke. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing SDN. BHD.

Smith, Ralph A. (2006). Culture and The Arts in Education: Crytical Essays on Shaping
Human Experience. New York: New York Teaches College Press.

15

You might also like