You are on page 1of 84

TUNJANG 2

ANATOMI DAN FISIOLOGI


1. Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
2. Sistem Rangka
3. Sistem Otot Rangka
4. Sistem Saraf
5. Sistem Tenaga

1.1 Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi


Anatomi
Kajian terhadap struktur-struktur tubuh
badan dan perkaitan antara setiap
struktur tersebut.

Fisiologi
Kajian tentang fungsi struktur tubuh

1.2 Organisasi Struktur Manusia


Aras struktur paling rendah adalah aras
kimia. Atom-atom bergabung membentuk
molekul-molekul seterusnya bercantum
secara khusus untuk membentuk pelbagai
jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza.
Semua sistem organ membentuk
organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktur iaitu aras organisme

1.2.1 Sistem-sistem Tubuh


1 . Integumentari ( Kulit ).
2 . Rangka.
3 . Otot.
4 . Saraf.
5 . Endokrina.
6 . Kardiovaskular.
7 . Limfatik
8 . Respiratori.
9 . Pencernaan.
10. Urinari
11. Reproduktif.

1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh


Setiap sistem mestilah berfungsi dengan
berkesan dan bertindak secara harmoni
dengan sistem lain untuk kemandirian
organisma.

Contoh Kartilej

Cth Ligamen

Contoh Tendon

Unit 2 - SISTEM RANGKA


2.1 Komponen Sistem Rangka
Sistem rangka mempunyai pelbagai
fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada
tulang-tulang dan struktur-struktur
sokongan seperti ligamen, kartilej dan
sendi.
Terdapat 206 ketul tulang pada rangka
manusia. Tulang-tulang ini mempunyai
lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan
bahagian tengah berongga yang
mengandungi sum-sum.

RANGKA MANUSIA

LIGAMEN
Ligamen adalah tisu berfiber yang
menyambungkan dua atau lebih tulang
atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen
memberisokongan dan kekuatan kepada
sendi. (Rujuk Rajah 2.7 m/s 77)
- Cth lain

TENDON
Sejenis tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat.
Tendon melekatkan otot pada tulang dan juga pada
otot yang lain.
Apabila otot berkontraksi tendon yang terdapat
pada hujung otot akan menarik tulang.
Hal ini menyebabkan pergerakkan pada
tulangtulang yang membentk sendi.
- Cth Lain
(Rujuk Rajah 2.8 m/s 77)

KARTILEJ
Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan
lebih fleksibel daripada tulang.
Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang
yang membentuk sendi.
(Rujuk Rajah 2.9 dan 2.10 m/s 78)
- Contoh Lain

2.2 FUNGSI SISTEM RANGKA


Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:
(i) Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi
pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh.
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang
rangka.
(ii) Perlindungan
Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti
pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting.
Contoh : Tengkorak melindungi otak

(iii) Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot
yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan
gerakan berpaksi pada sendi.
Contoh : Sendi siku ulna dan humerus
(iv) Pembentukan sel-sel darah
Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan
selsel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang
terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis,
femur dan humerus.

(v) Penyimpanan mineral


Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada
kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulangtulang tegar dan rintang terhadap tekanan.
Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan
bahagian lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan
kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang
yang lain seperti untuk penguncupan otot.

2.3 KLASIFIKASI TULANG


2.3.1 Tulang panjang
Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya
lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas.
Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah
tulang-tulang mampat.
Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna,
metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula,
metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan
pergelangan kaki. (Rujuk Rajah 2.13 m/s 80)

2.3.2 Tulang pendek


Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub
dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang
ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini
berongga.
Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan
pergelangan kaki (tarsal).(Rujuk Rajah 2.14 m/s 81)

2.3.3 Tulang leper/pipih


Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung.
Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan
otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya.
Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.
(Rujuk Rajah 2.15 m/s 81)
2.3.4 Tulang tak sama bentuk
Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat
pelekatan otot atau artikulasi.
Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar,
sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes,
inkus, maleus).(Rujuk Rajah 2.16 m/s 81)

2.4 STRUKTUR TULANG PANJANG

Tulang panjang terdiri dari diafisis dan dua epifisis. (Rujuk Rajah
2.17 m/s 82)

2.4.1

Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang.


Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang
melingkari kawasan tulang yang berongga. Epifisis dan diafisis
terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti
pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang
secara memanjang. Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan
epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.

2.4.2

Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi


membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai
periosteum. Diafisis melingkari kaviti medulari yang
mengandungi sum-sum kuning tulang.

2.4.3 Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan


lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti
sendi,
lapisan superfisial tulang panjang yang
melindungi
semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum.
Periosteum:
(i) mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya.
(ii) menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf.
(iii) terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan
tulang.

CONTOH STRUKTUR TULANG


PANJANG

2.5 PERKEMBANGAN
TULANG
2.5.1 Pembentukan Tulang
(i) Sel-sel tulang
Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan
bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk
tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiberfiber
yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang
dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi
sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit.
Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang
melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersamasama
bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan
dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka
yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada
mereka yang berumur.

(ii) Osifikasi tulang (Rujuk Rajah 2.18 m/s 83)


Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio,
kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej
hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan
tulang pada kanak-kanak.
Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan
tulang rangka melibatkan dua peringkat.
Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya
model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral. Ini
mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam
dan bertulang sebenar disebelah luar.
Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin
disebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas
untuk membentuk kaviti medulari.
Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan
dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua
kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup

2.5.2 Tumbesaran tulang (Rujuk Rajah 2.19 m/s 84)


Arah tumbesaran
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat epifiseal
adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi
tulang-tulang panjang semasa kanakkanak. Semasa
tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara
mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku
osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.
Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir
lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian selsel pada plat epifiseal. Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal
menjadi nipis. Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti
pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti
membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun
selepas itu. Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis
dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa
tumbesaran, diameter tulang juga bertambah. Pertambahan ini

2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon.


Keperluan untuk tumbesaran tulang secara normal
Garam mineral
(i) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran
tulang.
(ii) Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk
tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat
tulang
sejak di peringkat pra natal lagi.

3. Sistem Otot Rangka


1. Fungsi sistem otot rangka
2. Jenis-jenis otot
3. Ciri-ciri otot
4. Lekatan
5. Interaksi otot
6. Penguncupan otot
7. Tone otot
8. Halaju penguncupan

Otot-otot Rangka Utama


Kepala dan leher
Frontalis
Masseter
sternokleidomastoid

Lengan
Deltoid
Bicep
Fleksor karpi

Otot-otot Rangka Utama (samb)


Badan
Diafragma
Rektus abdominis

Kaki
Gluteus maximus
Sartorius
Tibialis antika
Peroneus longus

Sistem Rangka
Fungsi

Menyokong struktur badan


Melindungi organ dalaman
Tempat lekatan otot
Tempat simpanan mineral, kalsium dan fosforus
Tempat hemopoiesis untuk pembentukan sel darah

Klasifikasi

Panjang
Pendek
Leper
Tidak tentu bentuk

Sistem Rangka (samb)


Struktur tulang panjang
Diafisis
Epifisis
Salur medulari
Tulang padat
Tulang berongga
Periosteum

Sistem Rangka (samb)


Perkembangan tulang
Tulang panjang tumbuh dari diafisis ke epifisis
Sel-sel yang terlibat dalam pembentukan
tulang
Osteoblas sel-sel yang membina tulang baru
Osteoklas sel-sel yang mengeluarkan enzim
yang mencerna mineral tulang kepada kalsium dan
fosforus
Osteosit satu sel tulang

Sistem Rangka
Komponen-komponen tulang
Rangka aksial - Terdiri dari tulang-tulang tengkorak,
vertebra, sternum, rusuk dan hoid
Tengkorak kranial (8) dan fasial (14)
Kranial: frontal, parietal, temporal, oksipital,
ethmoid & sfenoid
Fasial: nasal, maksila, mandibel, lakrimal,
zigomatik & palatin
Vertebra servikel (7), torasik (12), lumbar (5)
sakrum (1) dan koksi (1)
Rusuk benar (7), palsu (3) & terapung (2)

Sistem Rangka (samb)


Rangka apendikular terdiri dari lengkungan
bahu, lengan, pergelangan tangan, tangan,
lengkungan pelvik, kaki dan pergelangan kaki.

Lengkungan bahu: klavikel (2) & skapula (2)


Lengan: humerus (2), radius (2), ulna (2)
Tangan: karpal (16), metakarpal (10), falang (28)
Lengkungan pelvik: ilium, iskium & pubis
Kaki: femur, tibia, fibula
Pergelangan kaki: tarsal
Tapak kaki: metatarsal & falang

Sistem Rangka
Sendi
Titik pertemuan atau artikulasi antara dua
tulang

Struktur sendi
Kartilej artikular
Kapsul artikular
Ligamen
Tendon

Sistem Rangka (samb)


Jenis-jenis sendi
Diartroses pergerakan bebas; cth: bola dan
soket, engsel
Amfiartroses pergerakan terhad cth;simfisis
pubis
Sinartroses tiada pergerakan, cth: sutura

Sistem Rangka (samb)


Jenis Pergerakan

Fleksyen
Ekstensyen
Abduksyen
Aduksyen
Sirkumduksyen
Putaran
Pronasi
Supinasi

Vitamin
(i) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran
tulang.
(ii) Vitamin D merangsang penyerapan serta
mengangkut
kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini
membolehkan
struktur menjadi lebih kuat.
(iii) Vitamin A dan C pula diperlukan untuk
tumbesaran
dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.
Hormon
(i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan

2.6 Jenis-jenis Sendi


Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang
bersebelahan. (Rujuk Rajah 2.20 m/s 85)

Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu


i. sendi tanpa gerak(synarthroses)
ii. sendi yang mempunyai gerakan terhad
(amphiarthroses)
iii. sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

Rujuk Teks m/s 88 dan 89)

2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi

Jenis Sendi Sinovial

Jenis Sendi Sinovial

Jenis Sendi Sinovial

Ciri-ciri

Kebolehujaan
Kebolehkuncupan
Kebolehpanjangan
Kebolehanjalan

(Rujuk teks m/s 95)

Fungsi Sistem Otot


Menghasilkan Pergerakan
Mengekalkan postur
Menstabilkan sendi
Menghasilkan haba
(Rujuk Rajah 2.23 dan 2.24 m/s 92)

Interaksi Otot-Otot dalam


Pergerakan Rangka
Agonis
otot penggerak utama
Antagonis
otot yang menghasilkan
pergerakan yang berlawanan
Sinergis
otot yang membantu otot
penggerak utama
Rujuk Teks m/s 100

Lekatan
Lekatan proksimal
Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang
lebih hampir dengan batang tubuh
origin

Lekatan distal
Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang
lebih jauh dari bantang tubuh
Insertion
(Rujuk Rajah 2.29 m/s 98)
(Rujuk Jadual 2.2 m/s 98 dan 99)
- Cth lain

Otot Licin

Penguncupan Otot
Isometrik tiada perubahan pada panjang otot
Isokinetik penguncupan fiber otot dengan
halaju penguncupan yang tetap
Isotonik penguncupan fiber otot yang
menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat
pergerakan
Rujuk m/s 101 dan 102

Tone Otot
Otot sentiasa dalam keadaan sedikit
menguncup dan bersedia untuk meregang
Penguncupan isotonik
Otot memendek dan menguncup

Penguncupan isometrik
Ketegangan meningkat tapi otot tidak memendek

Atrofi
Otot mengecil sebab tidak digunakan

Hipertrofi
Saiz fiber otot meningkat disebabkan oleh terlebih
guna

Lekatan Otot

Halaju penguncupan
Fiber sentak cepat
Fiber jenis II, lebih besar dan berwarna
putih
Fiber sentak lambat
Fiber jenis I, lambat dan berwarna merah
Rujuk m/s 103

Jenis-Jenis Otot
Otot rangka
Berjalur; banyak nukleus; melekat di tulang-tulang; boleh dikawal
- Cth rajah

Otot licin/ otot viseral


Tidak berjalur; satu nukleus, tidak boleh dikawal
- Cth rajah

Otot kardiak
Berjalur dan bercabang; tidak boleh dikawal; terdapat hanya
dijantung
- Cth rajah
(Rujuk Rajah 2.25 m/s 93)

Otot Kardiak

Otot Rangka

4. Sistem Saraf
1. Klasifikasi sistem saraf
Saraf pusat
Saraf periferi

2. Fungsi sistem saraf


3. Neuron
4. Ciri-ciri neuron
5. Struktur neuron
6. Sinaps dan transmisi impuls
7. Persimpangan Saraf Otot

Ciri-ciri neuron
Mudah terangsang (irritability)
Mudah mengalirkan impuls (conductivity)

Fungsi sistem saraf

I.
II.
III.
IV.
V.

Terdiri dari otak, saraf tunjang dan saraf-saraf


Fungsi utama:
Mengintegrasikan rangsangan yang diterima
Menterjemahkan rangsangan
Mencetuskan pergerakan motor
Menyimpan maklumat
Menjana pemikiran dan ide

Neuron
Unit asas sistem saraf yang berstruktur
dan berfungsi
Mempunyai sambungan yang dikenali
sebagai proses atau fiber
Fiber neuron:
Dendrites membawa utusan/maklumat ke
badan sel
Axon membawa utusan /maklumat keluar
dari badan sel

Rajah : Transmisi impuls dari neuron motor ke otot rangka

Contoh lain

Neuron (samb)
Axon diselaputi oleh selaput mialin yang
dikenali sebagai neurilemma. Selaput ini
mempercepatkan aliran impuls sepanjang
axon; juga menghasilkan mialin yang
melindungi axon
Neuroglia sejenis saraf sel yang
menebat, menyokong dan melindungi
neuron

Sinaps Dan Transmisi Impuls


Impuls yang bergerak dari axon satu sel
ke dendrite sel yang lain dikenali sebagai
sinaps
Ruang antara sel ini dikenali sebagai klef
sinaptik.
Axon akan melepaskan neurotransmiter
dan impuls akan melompat klef sinaptik
satu sel ke sel lain

Struktur Neuron
Badan Sel
Akson
Dendrit
Rujuk m/s 110

Contoh Lain

Klasifikasi Sistem Saraf


Sistem Saraf Pusat
Terdiri dari otak dan saraf tunjang
Bahagian serebrum otak
Terbahagi kepada dua hemisfera
Setiap hemisfera terbahagi kepada empat bahagian:
Frontal bahagian yang mengawal pergerakan otot
Parietal bahagian deria rasa yang menerima rangsangan
panas, sejuk, dsb
Oksipital bahagian visual mengawal penglihatan
Temporal bahagian auditori (pendengaran) dan olfaktori
(hidu)

Saraf tunjang
Berfungsi sebagai pusat refleks dan laluan aliran
impuls kepada dan daripada otak

Klasifikasi Sistem Saraf


Sistem Saraf Periferi
Merangkumi kesemua saraf-saraf dalam
badan
Satu bahagian khusus sistem ini dikenali
sebagai sistem saraf autonomik
Fungsi sistem saraf periferi
Mengawal aktiviti automatik badan
Bertindak sebagai pusat refleks

Sistem Saraf Periferi


Saraf terdiri dari ikatan fiber saraf, sama
ada sensori (aferen) atau motor (eferen).
Sekiranya terdapat kedua-dua jenis saraf
dalam satu ikatan ianya dinamakan
sebagai saraf gabungan (internuncial)
Saraf aferen membawa impuls dari deria
rasa ke otak atau saraf tunjang; saraf
eferen daripada otak / saraf tunjang ke
otot / kelenjar

Sistem Saraf Periferi (samb)


Saraf kranial
Bermula di otak
Khas untuk bahagian kepala dan leher
12 pasangan kesemuanya

Saraf spinal
Bermula di saraf tunjang dan melalui foramen di
vertebra
Membawa maklumat dari dan ke saraf tunjang, otak
dan bahagian lain badan

Plexus rangkaian saraf spinal dan vena di


bahagian tertentu badan

Arka Refleks

You might also like