You are on page 1of 2

Negara Malaysia telah bebas daripada penjajah dan mendapat kemerdekaan

sepenuhnya pada 31 Ogos 1957 (Islar, 2007). Kalimah kemerdekaan Malaysia dilaungkan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman. Hasil daripada
kemerdekaan yang diperoleh, ia telah menjadi titik tolak bermulanya asas pembinaan
sebuah negara-bangsa bagi Malaysia atau nama dahulunya Malaya dan bertukar nama
kepada Malaysia apabila bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.
Bermula dari situ, Malaysia sedikit demi sedikit berkembang sebagai sebuah negara-bangsa
yang mempunyai ketamadunan bangsa Malaysia dengan adanya semangat nasionalisme
yang tinggi dalam kalangan bangsan Malaysia.
Oleh yang demikian, dalam kerja kursus ini kepentingan semangat nasionalisme
dalam membentuk dan membangunkan ketamadunan bangsa Malaysia yang disegani dan
dihormati oleh masyarakat dan dunia luar dibincangkan dengan lebih terperinci dengan
beberapa contoh. Di samping itu, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
dan sejauhmanakah usaha tersebut telah berjaya direalisasikan dalam membentuk dan
membangunkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan keturunan turut dibincangkan secara kritis dengan beberapa
bukti.

You might also like