You are on page 1of 16

N

W
O
D
M
O
R
SIND

DISEDIAKAN OLEH:
ELAMAT
S
I
T
IN
B
H
A
IR
K
A
Y
S
H
A
M
NURHIK
I
ER
M
ZA
I
T
IN
B
H
A
IR
H
A
Y
S
H
SARA

ISI KANDUNGAN

APA ITU SINDROM DOWN?


APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN?
APAKAH CIRI-CIRI SINDROM DOWN?
MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN SINDROM
DOWN.

APA ITU SINDROM DOWN?


Sindrom down adalah disebabkan oleh kelainan pada kromosom. Kromosom
merupakan serat-serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel dalam badan
manusia. Dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat
seseorang.

Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya
sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21).

Sindrom down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom
21 di mana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47
kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan
perempuan).

APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM


DOWN

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk melahirkan anak sindrom down.

95% sindrom down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan
oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21, di mana semasa
proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan
sempurna.

5% lagi kanak-kanak sindrom down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan


"translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari
kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau
jumlah kesemuanya 46 kromosom.

APAKAH CIRI-CIRI SINDROM DOWN


KANAK-KANAK SINDROM DOWN MEMPUNYAI FIZIKAL YANG UNIK

SIFAT PADA KEPALA MUKA DAN LEHER


SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN
SIFAT PADA KAKI
SIFAT PADA OTOT

SIFAT PADA KEPALA MUKA DAN LEHER.

Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama.


Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata
jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.

Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar


menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan
gigi lambat dan tidak teratur.

Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala


biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian
depan ke belakang. Lehernya agak pendek.

Orang mongol : golongan etnik yang tertumpu


di mongolia dan cina

SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN


Sifat-sifat yang jelas pada
tangan adalah mereka
mempunyai jari-jari yang
pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam.

Tapak tangan mereka biasanya


hanya terdapat satu garisan
urat dinamakan "simian
crease".

SIFAT PADA KAKI

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki
kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

SIFAT PADA OTOT


Kanak-kanak sindrom down
mempunyai otot yang lemah
menyebabkan mereka menjadi
lembik dan menghadapi
masalah lewat dalam
perkembangan motor kasar.

Perkembangan motor
bermaksud : perkembangan
tubuh badan

MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN


SINDROM DOWN
Kanak-kanak sindrom down mungkin mengalami masalah
kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus
seperti :

Masalah Jantung
Masalah Usus
Masalah Perubatan Yang Lain
Masalah Perkembangan Pembelajaran

MASALAH JANTUNG
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang
seperti ventricular septal defect (VSD) iaitu jantung berlubang
diantara bilik jantung kiri dan kanan atau atrial septal defect (ASD)
iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan.

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan


(patent ductus ateriosis / pda). Bagi kanak-kanak sindrom down
boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic
spell) dan susah bernafas.

MASALAH USUS
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti:
a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama
sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasanya ia dapat dikesan semasa
berumur 1 - 2 hari di mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau
di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan
tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir.
b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang
dinamakan "hirshprung disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang
tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah
pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit
dan susah untuk buang air besar.

MASALAH PERUBATAN YANG LAIN


Kanak-kanak sindrom down mungkin
mengalami masalah hipotiroidism iaitu kurang
hormon tairoid.

Masalah ini berlaku dalam kalangan 10%


kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak
sindrom down mempunyai ketidakstabilan
pada tulang-tulang kecil di bahagian leher
boleh menyebabkan berlakunya penyakit
lumpuh (atlantoaxial instability) di mana ianya
berlaku dalam kalangan 10% kanak-kanak
sindrom down.

Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko


untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu
leukimia.

MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN


Kanak-kanak sindrom down secara keseluruhannya mengalami kelewatan
perkembangan dan kerencatan akal.

Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam


semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor
halus dan bercakap.

Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka


digemari oleh ahli keluarga.

Mereka juga mempunyai sifat periang.


Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik
tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.

KESIMPULAN

KANAK-KANAK YANG MENGHIDAP PENYAKIT SINDROM DOWN


AKAN MENYEBABKAN MEREKA MENJADI LEMBIK DAN
MENGHADAPI MASALAH PERKEMBANGAN TUBUH BADAN
SEPERTI SUSAH UNTUK MERANGKAK DAN BERJALAN.

You might also like