You are on page 1of 11

JADUAL TUGASAN MALAM

MALAM PERTAMA (10.4.2014) KHAMIS

12.00-2.00 a.m.
(N1)

2.00-4 .00 a.m.


(N1)

4.00-6.00 a.m.
(N1)

BONG SZE TING

CHONG YU FONG

CHUAH ZIN ROU

HA SIAM YEN
(N2)

CHRISTINA TING MAI YING


(N2)

CHAI PEI WEN


(N2)

CHANG EE LAINE

PANG KONG CHOY

GOH FONG CHIN

JOAN KOO YIK MAN


(N3)

CHIA PEI LING


(N3)

ALICE TANG SWEE CHIN


(N3)

CHANG HOOI YIN

CHIA CHIN MEI

CHUA CHUNG WEI

HEW KWANG CHEUN


(N4)

LING TONG ZHEN


(N4)

ANGEL TIONG HOE YI


(N4)

ABBALAGAN

TENA THARSHENE

HANUSHAA SRI

BANULEEGA
(N5)

DHARSHINI
(N5)

DHARSHINAH
(N5)

ALAGAMMAH

HANBARASI

L. KAAMINI

DEVIKAH

JAYACHATRIKA

C. KAMINI

MALAM KEDUA (11.4.2014) JUMAAT

12.00-2.00 a.m.

2.00-4 .00 a.m.

4.00-6.00 a.m.

(N1)

(N1)

(N1)

HAU JUN JIA

LIM MEI GIN

LO WEN HUEY

LEE HUI FENG

RACHEL WONG SUE MAY

LING YEE NI

(N2)

(N2)

EILEEN YONG ZHU CHIN


(N2)

HAN SIAW HUI

TANG LING KAI

KOO SHI TING

KHO MING HUNG


(N3)

LEE GEOK JING


(N3)

LEE YEAN CHING


(N3)

LAU WEE DONG

LING JAI HUI

MICHEAL KONG

MICHEAL CHIEN
(N4)

CHONG EE LIN
(N4)

LEE SUH JENG


(N4)

HEMA

KESAVARRTINY

MANIBARATHI

LISHA
(N5)

MERCY
(N5)

KAVI
(N5)

KAVITHA

RACHEL EMMANULE

RAVISHANGKARI

MANGELAS

RAJAKUMARAN

SANGEETHA

MALAM TERAKHIR (12.4.2014) SABTU

12.00-2 .00 a.m.


(N1)

2.00-4.00 a.m.
(N1)

4.00-6.00 a.m.
(N1)

SHEREEN

TAN YEN TING

WONG TIEN JANN

SIA SIEW HUEI

WONG LEH YIN

TEO PEI ER

TANG SU HUANG

(N2)

(N2)

(N2)

NG KAH MUN

ONG ENG LING

QUE POH LI

TOH ZY SHYUAN
(N3)

NG YUAN XUAN
(N3)

ONG SHU WEE


(N3)

SAW LI YIN

TAN CHENG RUI

YAU SEEN YEE

TAN CHEAH SIN


(N4)

WONG WEI HAN


(N4)

(N4)

MAHANAPRAKASH

SRI SAKTI

THAMAIYANTHI

SHUREIN
(N5)

YAASHINI
(N5)

FEMALA
(N5)

SIVASUNDARI

SUREEN

VINOHINI

TAHRANI

SANGETHA

VISHALLNY

JADUAL MASAK BIG


WAKTU
TARIKH
MAKAN PAGI
MINUM PAGI

10.4.2014

11.4.2014

12.4.2014

13.4.2014

UNIT N3

UNIT N2

UNIT N4

UNIT N5

UNIT N4

UNIT N3

MAKAN
TENGAH HARI

UNIT N4

UNIT N1

UNIT N2

UNIT N2

UNIT N1

UNIT N5

UNIT N5

UNIT N2

UNIT N3

UNIT N1

UNIT N5

UNIT N2

MAKAN
PETANG
MAKAN
MALAM
SUPER

JADUAL MAKAN
WAKTU
TARIKH
MAKAN PAGI
MINUM PAGI

10.4.2014

11.4.2014

12.4.2014

13.4.2014

7.30-8.30 a.m.

7.30-8.30 a.m.

7.30-8.30 a.m.

9.30-10.00 a.m.

9.30-10.00 a.m.

9.30-10.00 a.m.

1.30-2.30 p.m.

2.30-3.30 p.m.

2.00-3.00 p.m.

MAKAN
TENGAH HARI

MAKAN

4.30-5.00 p.m.

4.30-5.00 p.m.

4.30-5.00 p.m.

6.30-7.30 p.m.

7.00-8.00 p.m.

6.30-7.30 p.m.

10.30-11.00 p.m.

10.30-11.00 p.m.

10.30-11.00 p.m.

PETANG
MAKAN
MALAM
SUPER

REFLEKSI
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak,
pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang
diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna.
Melalui program ini,kami telah mengetahui kepentingan bekerjasama dan kesepaduan
ketika berada dalam kumpulan. Hal ini demikian kerana kebanyakan aktiviti yang dijalankan
secara berkumpulan. Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan tidak akan melakukan
tugas secara optimum. Kerjasama sepasukan amatlah penting. Tanpanya juga tiadanya
persefahaman antara ahli kumpulan. Contohnya aktiviti mendirikan khemah. Sekiranya semua
ahli tidak bekerjasama dengan baik, pasti kumpulan tersebut akan gagal untuk mendirikan
khemah yang kukuh dan baik.
Dalam aspek penambahan ilmu pula, kami telah pun berjaya memperolehi banyak ilmu
pengetahuan yang berguna. Contohnya, kami telah belajar cara untuk mendirikan khemah
dengan cara yang betul dan professional. Selain itu, kami juga belajar untuk menguruskan diri

dengan baik.Sebagai contoh, sepanjang program ini dijalankan kami telah ditugaskan untuk
menyediakan makanan kepada para pelatih. Pengalaman memasak ini membolehkan kami
belajar teknik memasak di samping meningkatkan semangat bekerjasama antara ahli
kumpulan.
Melalui program ini, kami telah mendapat iktibar bahawa sebagai seorang guru harus
mempunyai pengurusan masa yang baik dan setiap orang harus memupukkan tabiat menepati
masa. Menepati masa adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang
dilaksanakan berlangsung dengan lancar.
Melalui program BIG ini, kami menyedari bahawa sebagai seorang guru harus
mempunyai stamina yang kuat. Misalnya, semasa aktiviti kembara, semua pelatih perlu
berjalan mengikut peta yang diberi. Kami telah berjalan sebanyak 12km selama 4jam. Ramai
pelatih telah tercungap-cungap ketika berjalan di jalan raya. Walaupun begitu, kami tetap tidak
berputus asa dan berjaya menempuh tugas-tugas serta cabaran yang diberi. Oleh itu, kita
perlulah berani menerima cabaran kerana cabaran akan membawa kita ke arah kejayaan.
Bagi seorang guru, bukan sahaja sikap kesabaran dan tidak berputus asa perlu diamalkan,
maka daya ketahanan diri seseorang juga amat penting. Hal ini kerana tugas seorang guru
bukan hanya mengajar di dalam kelas sewaktu P&P, tetapi juga membimbing pelajar
menjalankan kokurikulum di luar bilik darjah. Seseorang guru akan sukar untuk melaksanakan
setiap aktiviti luar bersama dengan para pelajar kelak jika guru tersebut lemah dari segi
stamina.
Sepanjang berkembara, kami juga diminta untuk memerhati serta melukis flora dan
fauna yang dijumpai. Melalui aktiviti ini, kami berpeluang menyaksikan pemandangan selain
mengenali lebih banyak flora dan fauna. Kami berpeluang melihat haiwan dan tumbuhan yang
berbeza dan mendapat banyak pendedahan dan pengetahuan tentang nama flora dan fauna.
Kami turut merasai kesukaran menghidupkan api dengan tiga batang macis api sahaja dan
memasak di persisiran pantai. Selain itu, kami juga berasa cemas semasa aktiviti air kerana
kebanyakkan kami tidak mahir untuk berenang dan dalam kalangan kami terdapat juga fobia
akan air. Namun dengan bantuan pensyarah, kami telah berjaya menjalankan semua aktiviti
air. Natijahnya, selepas BIG ini, keyakinan kami telah meningkat.

Sebenarnya, kedua-dua aktiviti ini telah memberi berpeluang kami untuk mendekati
lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Tambahan pula, semua ini adalah sebagai
persiapan kepada kami selepas menamatkan pengajian sekiranya kami ditempatkan di tempat
pedalaman.
Kesimpulannya, program BIG kali ini banyak memberikan anjakan paradigma kepada
kami dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan dalam profesion perguruan. Harapan
kami agar kami dapat melakukan pembentangan dengan lebih baik pada masa akan datang
seterusnya memberikan penyampaian yang berkesan kepada anak murid kami.

Laporan Hari Pertama 10 April 2014


Hari pertama Unit N menjalankan Bina Isan Guru (BIG) di Pulau Pangkor ialah 10 April
2014.

Kami telah bangun seawal pukul 6.00 pagi dan bersedia dengan peralatan lalu

berkumpul di Pulako bagi perasmian BIG. Pada pukul 7.30 pagi, semua ahli jawatankuasa
induk bersama pelajar Unit N telah menyanyikan lagu Negaraku, lagu IPGM, lagu Negeri
Perak dan lagu Kami Guru Malaysia. Selepas itu, Encik Mohd Sharifuddin bin Abdul Aziz telah
memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik kami
pada masa BIG. Seterusnya merupakan pengucapan perasmian daripada Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi. Beliau telah menyatakan
perasaan bangga kerana BIG kali ini dapat dijalankan di Pulau Pangkor. Beliau juga
menyatakan bahawa BIG amat penting kepada kami kerana dapat membentuk insan guru
yang cemerlang. Ini juga diikuti dengan pengucapan dari Pengerusi BIG, Kumaresan a/l
Pumala. Akhirnya, kami bertolak dari IPG Kampus Ipoh pada pukul 8.30 pagi.

Sebelum kami bertolak ke Pulau Pangkor, kami ada sarapan pagi di kedai mamak yang
berdekatan. Tanpa melengankan masa, kami segera meneruskan perjalanan ke destinasi
kami, Pulau Pangkor. Masa perjalanan ke jetty mengambil masa kira-kira dua jam.
Apabila kami sudah sampai ke jetty, kami mengambil keluar barangan persendirian dan
letakkan di tempat yang disediakan. Di samping itu, kami telah bekerjasama untuk mengambil
peralatan yang digunakan untuk BIG seperti periuk, khemah-khemah, life jacket, pisau, tali,
beg, bahan makanan dan lain-lain. Salah satu wakil kelas mendapat tiket-tiket feri untuk
menaiki feri ke Pulau Pangkor. Kami menaiki feri selama 35 minit dan kami telah sampai ke
Pulau Pangkor pada pukul 12.00 tengah hari. Selepas itu, kami telah menaiki van untuk
sampai ke destinasi kami yang terakhir iaitu Pulau Pangkor Resort Village.
Pada 12.30 tengah hari, kami telah sampai ke Pulau Pangkor Resort Village. Encik
Mohd Radzi bin Johari telah menyampaikan taklimat yang ringkas kepada kami tentang
kemudahan yang terdapat di sini, tapak perkhemahan kami, jadual waktu bagi setiap aktiviti
dan berkumpul di hadapan dewan pada pukul 2.35 petang. Kami mengambil makan tengah
hari pada pukul 1.35 petang di Restoran Tok Sidang. Pada pukul 2.35 petang, kami telah
berkumpul di hadapan dewan. Encik Mohd Radzi bin Johari memberi penjelasan yang lebih
teliti tentang tapak perkhemahan kami yang di mana kami perlu didirikan. Kami telah
mengambil khemah bagi setiap ahli kumpulan dan bersama-sama mendirikan khemah.
Pembinaan khemah mudah dan senang tetapi memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan
untuk membina satu khemah yang kukuh serta baik. Setiap khemah telah didirikan dan guru
pelatih

BIG

menyimpankan

beg-beg

persendirian

ke

dalam

khemah.

Kami

juga

menggantungkan Life Jacket di atas tali agar boleh digunakan pada sesi aktiviti air pada hari
yang kemudian.
Latihan Dalam Kumpulan dimulakan dengan aktiviti Ice-Breaking. Fasilitator kami
memberi arahan supaya kami berkumpul mengikuti kelahiran bulan, saiz kasut dan tempat
asal. Seterusnya, aktiviti yang lebih menyeronok dijalankan iaitu penyusunan warna kertas
mengikuti kesukaan. Terdapat empat warna kertas iaitu jingga, biru, hijau dan kuning. Jingga
mewakili adventurous, biru mewakili harmoni, hijau mewakili ingin tahu dan kuning mewakili
tanggungjawab. Fasilitator telah memberi arahan kepada kami dengan berkumpul mengikuti
warna kesukaan yang pertama. Di samping itu, beliau juga memberi arahan tentang

menyusun kesukaan gambar mengikuti kesukaan masing-masing dan berkumpul dengan


kumpulan yang mempunyai kesamaan. Pembahagian ini telah membentuk kumpulan,
fasilitator menjalani satu aktiviti permainan yang menarik, iaitu sasaran kami dalam kumpulan
tersebut. Beliau telah memberi modal sebanyak RM 500 kepada setiap kumpulan dan
memberi target supaya kami mencapai RM4000 pada hari yang kemudian. Kami dikehendaki
membuat baik ataupun menulis tender untuk mendapat sumbangan agar sasaran kami
tercapai. Ini merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan.
Pada pukul 4.30 petang ialah waktu makan petang. Makan petang ini adalah disediakan
oleh guru pelatih BIG unit N2. Kami telah mengambil pinggan dan cawan masing-masing lalu
beratur untuk mendapatkan makanan. Pada pukul 5.00 petang, kami dikehendaki balik ke
dalam dewan untuk meneruskan LDK. Aktiviti LDK yang dijalankan ialah menuliskan ciri-ciri
guru yang baik dan buruk. Kami menyatakan ciri-ciri yang baik dan buruk di atas kertas
mahjong.
Pada pukul 6.30, makan malam telah disediakan dan kami telah diberi masa untuk
pengurusan diri selama 1 jam. Walaupun masa yang diberikan agak suntik tetapi kami masih
boleh menepati masa, iaitu berkumpul di dalam dewan pada pukul 7.30 petang untuk.sesi
moral. Sesi moral pada hari yang pertama diiringi oleh Encik Yu Chee Han. Beliau
membimbing kami untuk membuat doa agar semua aktiviti yang dijalankan dalam BIG dapat
berjalan dengan lancar. Seterusnya, beliau menjalankan satu aktiviti yang kecil kepada kita
untuk menulis berkaitan pengurusan masa dan diri. Kami dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan berbincang antara ahli kumpulan untuk membentangkan. Melalui aktiviti ini,
kami telah mempelajari tentang betapa pentingnya pengurusan masa dan diri.
Penamatan sesi moral diteruskan dengan LDK. Fasilitator telah memberi aktiviti yang
lebih mencabarkan kepada setiap kumpulan. Aktiviti yang mencabar ialah pembinaan bentuk
melalui kayu. Kayu hanya empat keping tetapi harus menggunakan keempat-empat kayu
tersebut untuk membentuk bentuk yang sempurna. Akhirnya,

aktiviti ini telah memberi

implikasi yang banyak kepada kami. Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting, seperti
pembinaan bentuk melalui kayu, ini memerlukan pendapat semua ahli kumpulan. Aktivit ini
telah membolehkan kami dapat berfikir dengan kritis dan kreatif. Ini tidak sama seperti puzzle
yang biasa kami mainkan, aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

murid kerana proses p&p yang dijalankan lebih berkesan dan menarik dan dapat
menumpukan perhatian mereka.
Pada pukul 10.30 malam ialah waktu makan tengah malam. Selepas itu, kami balik ke
khemah masing-masing untuk tidur. Pemberian taklimat tugas malam telah diberikan oleh AJK
Tugas malam. Sesi waktu tugas malam telah dibahagikan ke 12.00-2.00 a.m, 2.00-4.00 a.m
dan 4.00-6.00 a.m. Kami bersyukur kerana hari pertama BIG dapat dijalankan dengan lancar.

Laporan bergambar

Sebelum Bertolak ke Pulau Pangkor

Masa Tiba ke Jeti Pulau Pangkor

Gambar bukti sampai ke Pulau Pangkor

Masa Mendiri Khemah

Bukti Pendirian Khemah

Persediaan Pembentangan Sesi Moral

Gantungan
Life untuk
Jacketdi
tepi pantai
Penulisan
tender
mendapat
Permainan
Pembinaan
Kayu wang

Masa Pembinaan Jati Diri :Ujian


Personaliti

Hasil Kerja Pembentangan Sesi Moral

Pemandangan laut pada waktu tengahari


Permainan Pembinaan Kayu

You might also like