You are on page 1of 13

PENGENALAN

Kedudukan Sandakan
Terletak di kedudukan 5 30 Utara sehingga ke 6 17 ke Utara, manakala di
kedudukan garis bujur adalah 117 37 Timur sehinggalah 118 21 Timur.
Sandakan merupakan bandar di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek
garis lintang dan bandar yang terletak paling ke timur bagi negeri Sabah. Bandar
Sandakan juga terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota
Malaysia dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar
Sandakan telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948.
Mukadimah
Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu
SANDAK bererti pajak gadai. Jadi pengertian keseluruhannya adalah bandar
yang di pajak gadai. Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke15 hinggalah kini. Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh
suku kaum Taosug (Suluk). Sehinggalah pada zaman pemerintahan Jepun pada
tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk
Sandakan khasnya golongan peniaga bangsa Cina dan amnya masyarakat majmuk
yang lainnya. Demikianlah sehingga penguasaan wilayah Sandakan diambil alih
oleh Barat sebelum Sandakan yang merupakan sebahgian daripada wilayah Sabah
telah menyertai

Malaysia pada 16 september 1963. Perubahan demi perubahan

sedikit demi sedikit berlaku di dalam aspek politik, sosial dan ekonomi dalam
lingkungan masa ini.
Perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan juga mengalami
perubahan yang ketara. Perubahan ini menunjukan kenaikan jumlah penduduk
Sandakan. Tidak kiralah Sama ada berpunca daripada faktor semulajadi atau
sebaliknya, sememangnya populasi masyarakat di Sandakan kian Bertambah dari
masa ke semasa.
populasi merupakan sekumpulan data yang mempunyai perwatakan yang
sama dan menjadi objek inferens,Statistik inferens meletakkan diri pada dua konsep
dasar, populasi sebagai keseluruhan data, baik nyata mahupun khayalan, dan
sampel, sebagai sebahagian daripada populasi yang digunakan untuk melakukan
1

inferens

(pendekatan/penggambaran)

terhadap

populasi

tempatnya

asalnya.

Sampel dianggap mewakili populasi. Sampel yang diambil daripada populasi satu
tidak dapat digunakan untuk mewakili populasi yang lain.

permasalahan kajian
penulisan ini akan mengkaji perubahan populasi masyarakat Sandakan daripada
tahun 1963 sehingga kini. Seperti yang kita sedia maklum, pertambahan populasi
telah Berlaku di Sandakan Semenjak dahulu lagi. Tidak kiralah ianya berlaku
samada kerana faktor semulajadi (contoh: kelahiran) atau kerana faktor migrasi
(contoh: Tarikan/penolakan).
Persoalan

permasalahan

kajian

yang

pertama

ialah

sejauhmanakah

perubahan Populasi di Sandakan Berlaku. Persoalan ini akan mengkaji dan cuba
untuk menemukan corak perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan
daripada tahun 1963 sehinggalah pada masa kini. Seberang perubahan angka pada
jumlah populasi akan difokuskan dan dijadikan sebagai intipati kajian melalui
permasalahan kajian yang pertama ini.
Persoalan permasalahan kajian yang kedua pula ialah apakah faktor yang
mendorong kepada berlakunya perubahan kepada jumlah populasi masyarakat di
Sandakan daripada tahun 1963 sehinggalah pada masa kini. Adakah ianya
berpunca daripada faktor semulajadi yakni kadar kelahiran yang tinggi dan kadar
kematian yang rendah, atau adakah ianya adalah berpunca daripada faktor migrasi
yang melibatkan unsur penarikan dan penolakan.
Persoalan permasalahan kajian yang terakhir di dalam kajian ini adalah
apakah kesan yang berlaku impak daripada perubahan jumlah

populasi di

Sandakan daripada tahun 1963 sehinggalah kini. Kesan ini akan cuba di kenalpasti
hubungkaitnya dengan jumlah Populasi di Sandakan Dari tahun 1963 sehinggalah
kini dimana jumlah populasi pada masa yang ditetapkan adalah berubah-rubah dari
masa ke semasa.
Persoalan kajian ini dipilih berdasarkan kriterianya yang dilihat sesuai untuk
menemukan objektiviti yang bakal ditetapkan di dalam kajian. Ianya juga
2

berperanan untuk memandu kajian ini agar mampu menemukan objektif yang telah
disasarkan agar tidak tersasar daripada objektif yang telah ditetapkan.

tujuan dan objektif kajian


objektif kajian ini adalah bersesuaian dengan permasalahan kajian yang telah
ditetapkan. Objektif pertama adalah untuk mengetahui perubahan jumlah populasi
di Sandakan daripada tahun 1963 sehingga kini. Kedua, objektif kajian ini adalah
untuk mengetahui punca yang membawa kepada perubahan jumlah populasi
masyarakat di Sandakan. Adakah ianya berpunca daripada faktor semulajadi
mahupun migrasi. Objektif yang terakhir adalah untuk menemukan kesan daripada
perubahan jumlah populasi di Sandakan daripada tahun 1963 hingga kini. Kesan ini
merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik secara am.
Tujuan ini ditetapkan sebagai objektif dalam penulisan ini untuk memandu
penulisan ini mencapai motif asal penulisan dan sebagai batu tanda yang bakal
dirujuk di dalam menghasilkan penulisan ini agar ianya mampu menjadi petunjuk
yang mampu mengekang daripada berlakunya situasi dimana penulisan yang
dihasilkan tidak mencapai objektif yang ingin di capai.
Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan ini, beberapa garisan telah
dilaksanakan. Garisan ini merujuk kepada penegasan di dalam menemukan
jawapan kepada permasalahan kajian. Garisan objektiviti yang pertama adalah,
mengesan

perubahan

jumlah

populasi

yang

berlaku

sehinggalah pada pada masa kini yakni tahun 2014.

daripada

tahun

1963

Sebarang data mengenai

perubahan jumlah akan cuba dikumpulkan untuk menjadi rujukan kepada kajian ini.
Garisan objektiviti yang kedua adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti
faktor utama yang membawa kepada perubahan jumlah populasi dalam tahun yang
dinyatakan. Pengenalpastian ini melibatkan proses menganalisis data. Antara faktor
3

semulajadi dan migrasi faktor yang manakah menjadi faktor dominan yang
menyebabkan berlakunya perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan.
Garisan objektiviti yang ketiga adalah mengenalpasti sebarang perubahan
daripada aspek sosial, ekonomi dan politik yang berhubungkait dengan perubahan
jumlah populasi masyarakat di Sandakan daripada tahun 1963 sehingga kini.

skop kajian.
Skop untuk kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian dan kedua bahagian
ini adalah latar belakang kajian yang memaksudkan ruang masa dan lokasi yang
menjadi tulang belakang kepada kajian.
Skop Masa
Untuk kajian ini, skop masa yang dipilih adalah daripada tahun 1963 sehinggalah
pada masakini yakni tahun 2014. Skop masa ini dipilih kerana Sabah ( yang meliputi
Sabah ) telah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963. Manakala,
tahun 2014 dipilih sebagai tahun yang mengakhiri skop masa kajian kerana ianya
adalah tahun yang terkini.
Skop lokasi
Sandakan dipilih sebagai skop lokasi bagi kajian ini. Ianya meliputi keseluruhan
Sandakan daripada tahun 1963 sehinggalah pada tahun 2014. Keseluruhan
Sandakan adalah seperti Berikut:

-Bandar 46 batu persegi atau 12,000 ha


-Separa bandar 56 batu persegi atau 14,500 ha
-Luar bandar dan laut 773 batu persegi atau 200,124 ha

(sumber informasi dalam jadual: www.wikipedia.com)

Kepentingan kajian

Selain daripada sebagai syarat pengijazahan, kajian ini punya kepentingan daripada
sudut pandang lain. Antara kepentingannya ialah sebagai medium yang mampu
memaparkan kronologi latar belakang populasi Sandakan kepada individu yang
mahu mengetahui latar belakang populasi Sandakan. Kerana di dalam penulisan
akademik ini, terdapat banyak informasi terperinci berkenaan populasi masyarakat
di Sandakan pada tahun yang berkenaan. Penulisan ini bakal memperlihatkan
perubahan daripada sudut politik, ekonomi dan sosial yang mana berlaku kerana
perubahan jumlah populasi. Selain itu, akajian ini juga dilakukan bertujuan untuk
menambahkan maklumat sedia ada berkenaan dengan Sandakan.
Kajian ini bakal menjadi sebahagian daripada antara medium yang akan
dirujuk pada masa kini dan pada masa akan datang yang mana mungkin berminat
untuk mengembangkan dan menambahkan maklumat sedia ada berkaitan dengan
Sandakan. Beberapa persoalan yang dipersoalkan di dalam permasalahan kajian
tentu mungkin sahaja menemukan beberapa jawapan. Justeru ianya mampu
menjawap

persoalan

sama

yang

diwujudkan

oleh

mana-mana

pihak

yang

mempunyai tanda Tanya terhadap topic yang sama. Kajian ini juga diharap mampu
menambah dan memperkembangkan pengetahuan masyarakat berkenaan dengan
maklumat populasi masyarakat Sandakan Sabah.
Berdasarkan daripada pemerhatian saya, tidak banyak jumlah buku yang
mana isi kandungannya memberikan penerangan mengenai populasi masyarakat
Sandakan secara menyeluruh. Maksudnya buku yang mengisahkan tentang
perubahan jumlah populasi Sandakan secara menyeluruh. Justeru, kajian ini
mungkin mampu memberikan sedikit sebanyak maklumat yang tiada mahupun

jarang tercatat berkenaan Sandakan. Walaupun bukanlah sifatnya kajian ini


menceritakan tentang Sandakan Secara menyeluruh, namun intipati kajian ini yang
mengetengahkan perubahan jumlah populasi masyarakat Sandakan dan kesannya
terhadap beberapa aspek yakni aspek politik, ekonomi dan sosial daripada tahun
1963 sehinggalah tahun 2014 yang mana mungkin sahaja mampu dijadikan rujukan
berkenaan hal-hal tertentu.

Metodologi kajian
untuk menyiapkan dan menemukan hasil kajian ini, kaedah kajian yang dipilih
berdasarkan kriteria dan kesesuaiannya adalah kaedah kajian perpustakaan dan
arkib. Kaedah ini adalah kaedah utama yang bakal dilakukan bagi tujuan
menemukan jawapan kepada persoalan kajian seterusnya sebagai langkah di dalam
usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Metodologi lain adalah kajian internet.
Kriteria khusus yang ada pada kaedah jenis ini adalah kerana kaedah ini
adalah kaedah yang bersandarkan kepada pendokumentasian. Tidak kiralah
samada dalam bentuk majalah, surat khabar, salinan dokumen rasmi mahupun
buku. Semua ini tentu sahaja mampu dijadikan medium yang sesuai untuk
menemukan maklumat yang berkenaan dengan jawapan kepada persoalan yang
diwujudkan. Dengan bacaan penyelidikan dan pemahaman lanjut menerusi
dokumentasi dan penulisan berkenaan dengan populasi Sandakan sekitar tahun
1963 sehingga tahun 2014, kadar kemungkinan untuk usaha menyiapkan kajian ini
adalah tinggi dan harapnya seperti demikianlah ia bila sahaja ianya terlaksana.

Sorotan literatur
Tidak dinafikan bahawasanya tajuk kajian yang dilakukan ini mempunyai sedikit
kesamaan dengan beberapa pengkaji lain di dalam beberapa aspek, namun
demikian, apa yang membezakan kajian ini dengan kajian yang lain adalah
6

perbezaan daripada pemfokusan skop masa dan topik. Maksudnya kajian yang
bakal dilakukan ini memfokuskan Sandakan sebagai skop lokasi dan skop masa
yang spesefik yakni pada tahun 1963-2014. Selain itu, focus juga diletakkan pada
perubahan jumlah populasi masyarakat Sandakan dalam tahun yang dinyatakan.
Berbeza dengan kajian lain yang pada pemerhatian saya bersifat lebih luas skop
masa dan tempatnya. Tidak memfokuskan Sandakan pada tahun yang menjadi skop
masa kajian ini serta tidak juga memfokuskan kepada jumlah populasi masyarakat
Sandakan secara menyeluruh.

Nicolas Tarling (1971) di dalam bukunya yang bertajuk Britain, the Brookes dan
Brunei mengetengahkan tentang hubungan yang berlaku di antara pihak British,
Sarawak dan Brunei. Perhubungan ini jugalah yang mencorakkan sempadan
kekuasaan di Sabah dan Sarawak sekitar abad ke-18 sehingga awal abad ke-20.
Buku ini menjadi rujukan penting di dalam memahami

populasi masyarakat di

Sabah amnya dan Sandakan khususnya pada awal skop masa yang dicakupi dalam
kajian.
Beralih pula kepada buku yang ditulis oleh Cecilia Leong (1982) yang bertajuk
Sabah The First 100 years. Buku ini menjadi antara buku yang tidak kurang penting
sebagai rujukan bagi menyiapkan penulisan kajian ini. Hal ini kerana, di dalam buku
ini, penceritaan mengenai beberapa peristiwa penting di Borneo utara kemudiannya
Sabah diceritakan daripada sudut pandang penduduk asal Sabah sendiri. Buku ini
secara amnya menceritakan peristiwa awal yang berlaku pada Sabah sehinggalah
menjadi Sabah sepertimana yang ada pada waktu ini. Buku ini memang berguna di
dalam melihat perubahan daripada beberapa aspek penting yang berlaku di Sabah
seterusnya

melihat

pergerakan

migrasi

di

dalam

Sabah

untuk

menilai

sejauhmanakah pertambahan jumlah populasi di Sandakan khasnya disebabkan


oleh migrasi.
Buku yang bertajuk North Borneo juga adalah buku yang penting bagi
memberi kefahaman berkenaan dengan struktur geografi di Sabah. Selain itu buku
ini menerangkan dengan baik dan membuatkan pembaca mampu memahami
keadaan ekonomi dan penempatan yang ada di Sabah adalah bergantung kepada
keadaan geografi di Sabah. Buku ini menambahkan informasi tentang faktor tarikan
7

yang menarik kelompok manusia untuk berhijrah di Sandakan khasnya. Buku ini
adalah hasil nukilan Lee Yong Leng (1965).
Berkenaan dengan kedatangan dan penguasaan Jepun, saya melihat buku
oleh Richard A.Lind (2003) bertajuk My Sabah sebagai buku yang sesuai untuk
memahami kesan umum yang berlaku. Dengan ini perubahan daripada aspek
politik, ekonomi dan sosial dapat dilihat dan diperhatikan. Buku ini berkisarkan
tentang pengalaman hidup beliau sendiri yang mana mengalami kesukaran ketika
pendudukan Jepun di Borneo Utara. Kesan dan cabaran yang dihadapi selepas
perang dunia kedua dibawah pentadbiran koloni British, proses kemerdekaan
Borneo serta pembinaan national awal di Borneo utara. Buku ini penting di dalam
usaha memahami situasi yang berlaku di Sandakan pada selepas perang dunia
kedua dan mengaitkannya dengan jumlah populasi di Sandakan khasnya.

Tidak kurang juga pentingnya buku keluaran Oxford Business Group yang
bertajuk The Report: Sabah 2011. (2011). Buku ini mengandungi tentang maklumat
semasa populasi masyarakat di Sabah yang mana dibahagikan mengikut bangsa
dan kawasan. Buku ini mempunyai isi yang penting di mana kandungannya turut
mengetengahkan tentang kaum yang ada di sabah dan kegiatan ekonomi serta
jumlah penduduk mengikut kaum. Sememangnya buku ini adalah antara rujukan
yang penting di dalam kajian ini.

Struktur latihan ilmiah


Bahagian pendahuluan latihan ilmiah ini mengandungi latar belakang kajian
khususnya mengenai permasalahan kajian, metodologi dan sorotan literature.
Di dalam bab satu, intipatinya adalah berkisarkan tentang sejarah awal
Sandakan dimana Sandakan menjadi resedensi kepada penduduk hari ini. Selain itu,
latar

belakang

kajian

akan

di

letakkan

di

bahagian

ini

bertujuan

untuk

memperkenalkan isi kandungan kajian secara ringkas. Hal ini akan diketengahkan
di dalam Bab satu.

Bab dua akan menerangkan informasi berkenaan dengan perubahan jumlah


populasi masyarakat di Sandakan. Perubahan ini akan disenaraikan setiap 5 tahun.
Justeru kadar populasi masyarakat di Sandakan akan di fokuskan pada tahun 1963,
1968, 1973 sehinggalah pada tahun 2014 dimana ianya disenaraikan secara
berkala yakni setiap 5 tahun. Senarai jenis ini dipilih kerana ingin data yang
diperolehi menampakkan perbezaan yang ketara. Perbezaan jumlah populasi
masyarakat di Sandakan setiap 5 tahun bermula daripada tahun 1963 sehinggalah
pada tahun 2014.
faktor yang membawa kepada berlakunya perubahan jumlah populasi
masyarakat di Sandakan akan menjadi intipati kepada bab 3 di dalam kajian ini.
Sebarang faktor yang membawa kepada perubahan jumlah populasi masyarakat
Sandakan daripada tahun 1963 sehingga tahun 2014 akan disenaraikan di dalam
bab ini. Selain itu, bab tiga ini juga akan dimuatkan dengan analisis faktor-faktor
berlakunya perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan. Tidak kiralah
samada faktor semulajadi yang merangkumi kadar kelahiran mahupun faktor
migrasi yang merangkumi aspek tarikan mahupun penolakan, analisis ini akan
membawa jawapan kepada persoalan apakah faktor dominan yang membawa
kepada perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan.
Bab empat pula memuatkan tentang kesan yang muncul akibat perubahan
jumlah populasi masyarakat Sandakan di dalam skop masa yang dinyatakan.
Perubahan ini mencakupi aspek sosial, politik dan ekonomi. Setiap kesan yang
berlaku terhadap aspek-aspek ini akan di kaitkan dengan perubahan jumlah
populasi masyarakat Sandakan daripada tahun 1963 sehinggalah pada tahun 2014.
Secara ringkasnya, bab ini akan menerangkan mengenai kaitan dan hubungkait
diantara perubahan jumlah populasi masyarakat di Sandakan dan kesannya
terhadap aspek sosial, ekonomi dan politik.
Rumusan dan kesimpulan yang menyimpulkan secara umum berkenaan
dengan apa yang telah dikaji sebelumnya akan dimuatkan di dalam bab akhir yakni
bab lima.

Lampiran

10

Peta yang menunjukan kedudukan Sandakan.

11

Sandakan tahun 1963

12

Sandakan Kini. (2014)

13

You might also like