You are on page 1of 2

LAPORAN PENGANGKUTAN

KEM PERKHEMAHAN BINA SAHSIAH KOHORT 2


DI KEM SRI RAUDAH, BATU 12 , 53100 KUALA LUMPUR,
PADA 5 HINGGA 6 DISEMBER 2015.

SABTU (5 DISEMBER 2015)


Saya Mohd Fardie Sakimin selaku ketua biro pengangkutan telah mengagihkan bas
untuk setiap kumpulan yang perlu dinaiki untuk pergi ke Kem Bina Sahsiah di Kem
Sri Raudah, batu 12 , 53100 kuala lumpur pada 5 hingga 6 disember 2015. Di mana
saya telah mendapatkan 2 buah bas untuk kem. Dengan itu, saya dibantu oleh anakanak buah saya iaitu Nor Fadhilah Nazirah Jatirin, Elovera Jounie, Raziah Sabin,
Philip Jok , Florita Binti Musalim dan Mira Nabillah Mainin.

Jam 6.45 pagi semua peserta kem berkumpul di MK Hall untuk diberikan
taklimat berkenaan kem. Saya dan anak buah telah membuat senarai semak
dan mengambil kehadiran para pelajar yang hadir dan yang mengikuti kem
bina sahsiah untuk mengetahui kuantiti peserta yang hadir dan akan menaiki
bas. Selain itu, semua biro terutamanya biro disiplin dan biro keselamatan
sekali lagi member taklimat berkenaan kem yang akan diikuti. Biro disiplin
telah mengumpulkan semua telefon ke dalam plastic mengikut kumpulan kem.
Setelah itu saya selaku biro pengangkutan telah mengagihkan dan memanggil
setiap kumpulan kem untuk pembahagian name tag bagi beg

dan

meletakkan name tag di setiap beg peserta peserta. Di mana setiap


pesertacuma dibenarkan untuk membawa dua beg sahaja. Anak buah saya juga
telah menyusun semua beg beg peserta mengikut kumpulan kem untuk
memudahkan peserta kem bergerak dan bertolak masuk ke dalam bas.

Jam 8.40 pagi pelajar bergerak kearah bas mengikut kumpulan kem. Di
mana kumpulan boboiboy diikuti kumpulan batman dan superman berkumpul
dan masuk kedalam bas. Anak buah saya yang mana telah saya agihkan
kepada dua kumpulan telah menyusun beg-beg peserta kem di dalam bas. Dan
bas yang kedua pula saya sendiri serta anak buah saya menyusun beg-beg

untuk kumpulan batman, sailorman dan antman. Bas yang pertama jumlah
pelajar ialah 41 orang dan 4 anak buah saya. Manakala bas yang kedua pula
jumalah pelajar ialah seramai 26 dan 3 orang AJK pengangkutan termasuk
saya sendiri. Jumlah keseluruhan yang menaiki bas seramai 75 orang. Semua
pelajar berada dalam keadaan baik dan tidak membuat bising. Sesetengah
pelajar bersarapan didalam bas dan ada yang tidur. Saya telah menyediakan
plastic sampah dalam setiap bas untuk membuang bekas makanan dan
minuman.

Jam 9.30 pagi Tiba di kem sri raudah. Semua pelajar beratur sebelum dan
selepas turun dari bas supaya semua peserta berjalan dengan teratur dengan
kemas. Setiap AJK pengangkutan dalam bas telah memastikan bas berada
dalam keadaan bersih dan tiada sampah, serta barang-barang yang
ditinggalkan oleh pelajar. Sekali lagi, saya dan anak buah saya mengeluarkan
dan memberikan beg kepada para peserta.

AHAD (6 DISEMBER 2015)

JAM 1.30 PETANG Semua pelajar berkumpul di tepi bas selepas AJK saya
meletakkan beg para peserta di dalam bas sebelum menaiki bas yang telah
ditetapkan untuk pulang ke kolej. Kesemua pelajar menaiki bas ialah seramai
75 orang sahaja. Semua peserta kem dapat mengikuti kem sampai ke akhir
kem. Terdapat beberapa peserta kem yang cedera ringan dan mampu untuk
mengikuti kem hingga selesai. Bas tiba di kolej lebih kurang jam 2.00 petang.
Disediakan Oleh,
.
(MOHD FARDIE SAKIMIN)
BIRO PENGANGKUTAN

You might also like