You are on page 1of 15

Prabacaan

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di


mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan
mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh
mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti
membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :1.
2.
3.

Pengamatan penglihatan
Pengamatan pendengaran
Pergerakan

tangan

dan

mata

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat


awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi
menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap
ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan

ketajaman

penglihatan

dan

pendengaran.

konsep

kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran


sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum
kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca
kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat
prabacaan

meliputi

kemahiran

pengamatan

pendengaran,

kemahiran

pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan


daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi
kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992)


pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan
membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-

aktiviti

yang

boleh

mendorong mereka mempertingkatkan

ketajaman

penglihatan dan pendengaran .


Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca
boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan
perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah
menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.
Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentukbentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.
Di

akhir

tahun-tahun

1970-an,

terdapat

laporan-laporan

yang

menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar


bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa
mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara tidak boleh
membaca ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula
antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau
2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan.
Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat
membaca bahan-bahan bacaan yang senang pada akhir Darjah 1
persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik
dengan mengambil kira hal-hal berikut:
a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali
dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).
b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas
(jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris
misalnya).
Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat
meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah
mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat
awal.
c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan
Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui
bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang
mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya

mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai


bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar
membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar
mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan
kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.
Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan
oleh guru-guru kita kaedah abjad , kaedah fonik, kaedah pandang dan
sebut, kaedah eklektik dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih
membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai
bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di
rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan
berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin
di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah
kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca
dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.
Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti,
kejayaannya dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca,
menulis dan mengira bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan
dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid
membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ilmu
pengetahuan, mesej moral, dan sebagainya.
Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di Peringkat Awal
Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat
membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru.
Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi
perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya
masalah ini masih agak serius.
Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis
dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran,
guru-guru, dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga
kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu
Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan,

Pertanian, Seni Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta


pengetahuan dan kemahiran lain.
Kemahiran 3M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu,
mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan
dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan
kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran
membaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum
yang harus dianggap sebagai functionally literate di Malaysia hari ini harus
didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan
di dalam suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf
pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada
murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.
Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu
dibina secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak
dalam negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan
kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila
kita bersekolah.
Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa
bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar
kanak-kanak supaya dapat membaca dan menulis.
Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan,
tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan
sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan
mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran
tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji
semula serta dipulihkan.
Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang
besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau
beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian
asas)
a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat
permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid
Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;

b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan


atau kebolehan mereka belajar;
c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan
(walaupun mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata
yang mencukupi akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau
bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. Dengan kata lain mereka
belajar

membaca

KAEDAH

bahasa

PENGAJARAN

Melayu

sebagai

YANG

bahasa

BIASA

pertama.

DIBUAT.

Kaedah abjad
Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal namanama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,chingga z. Muridmurid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,z.
kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai
liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal:
a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku kata ba tu, ka ki dan sebagainya, dan
diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi
latihan membaca ayat-ayat yang pendek.
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau
lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat
.Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak
kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca
dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya
menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid.

Kaedah Pandang dan Sebut (look and say)


Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama
Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi
kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu
lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu. Misalnya
batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya.
Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna
daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.
Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini
dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan
pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang
menunjukkan gambar dan perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan
lambang-lambang itu untuk membaca. Mereka harus mengenal beberapa
puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian
baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf
yang mewakilinya.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik
(satu huruf boleh dikatakan melambang satu bunyi lebih fonemik daripada
misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah
bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan
membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu. Kaedah
ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai
kemahiran membaca bahasa Melayu.
Kaedah Fonik
Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat
hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme
relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan)
perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf.


Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a
dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya.

Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku


kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya.
Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan
dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi
latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah
fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan
bunyinya), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak
jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar
permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya
kaedah

ini

adalah

lebih

munasabah

dan

mungkin

lebih

berkesan

dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.


Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid
menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan
biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua
bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan
dan ayat-ayat yang bermakna.
Kaedah Eklektik
Kaedah ini adalah kaedah campuran mengikut kesesuaian murid,
situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang
menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan
sintetik-analitik.
Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan
yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah
seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk
mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita.

Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan, agak


banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali kaedah ini menjadi
kaedah campuran, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.
KAEDAH GABUNGAN YANG DICADANGKAN
Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada
murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan
hal-hal berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik
ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan
dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut
boleh digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Tahun 1 rata-rata
telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk
terus belajar membaca.
Kaedah

yang

dicadangkan

ini

menegaskan

yang

kita

boleh

menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut dalam
satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu
murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata
sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan
kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf
dari a, b, c sampai z secara tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan
kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus
membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam
satu dua pelajaran.
Dengan cara begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan terus
dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang
mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa
contoh:
a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal:

a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan


membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli.
b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya:
d k m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali
supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan
jelas.
c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya
menjadi suku kata:
da di du
ka ki ku
sa si su
Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba ba baba
bu bu bubu
da da dada
ku ku kuku
Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat
dan latihan murid-murid membacanya:
baba bubu
dada kuku

d) Perkenalkan gabungan lain:


a ku aku
a da ada
i ni ini
i tu itu
bu ku buku
ba ba baba
bu ka buka
ba ju baju

Seluruh

murid-murid

membaca

ayat-ayat

berikut

daripada

beberapa

perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.
Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
Gantikan buku dgn baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan
kad imbasan.
e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i bu ibu
bu di budi
u da uda
budi ibu
budi ibuku

budi uda
di a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai
perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda

Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar. Dalam


seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k
dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk
daripadanya.
Kesediaan Membaca
Kesediaan

membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk

menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas,
kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat
bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan
asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan
dengan

sebarang

aktiviti

bacaan,

kesediaan

membaca

merangkumi

kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan


asas.
Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan,

keupayaan

matanya

mengecam

bentuk,

dan

keupayaan

pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.


Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan
bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat
melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar
bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanakkanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang
diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur
empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca
setelah berumur enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor
persekitaran

amat

mempengaruhi

kesediaan

kanak-kanak

membaca.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan


bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada

pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat
bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak
mendapat peluang yang sama.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan
membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai
terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja
sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanakkanak, ibubapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca
ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak
dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka
boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih
dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum
berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang
sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza.
Berdasarkan pandangan
perbandingan

Syed Abu Bakar

perkembangan

kanak-kanak

ini dapat kita rumusan

dengan

peringkat-peringkat

bacaan seperti yang di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca)


merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) ,berdiri (aktiviti
pengukuhan kemahiran asas membaca ,berjalan ( mahir membaca peringkat
rendah) , berlari ( mahir membaca peringkat tinggi)
AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan:
Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
1. Murid menghimpunkan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.
2. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2


Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan
kenyataan atau di buku skrap kelas.

Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh
dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan
hidup.
2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons
terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan
kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis
dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap
mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN


- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan
mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin,
paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada
bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada
pita rakaman nyanyian guru sendiri.

- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air


mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan
ombak.
Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin
kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar
carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan
jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang
dinyatakan.
AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA
- Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lainlain.
Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau
model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

- Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas
ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model
tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi
perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.
Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan
dan sebagainya.

2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan
kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan
sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

You might also like