You are on page 1of 2

REFLEKSI MINI RECITAL VOKAL III

Pada hari selasa malam yang lalu, kelas saya telah mengadakan tugasan projek
iaitu persembahan nyanyian mini recital yang meliputi pemarkahan dalam kerja kursus
MZU3151v . Persembahan ini diadakan dengan bertujuan untuk menilai persembahan
pelajar PISMP muzik sem 4 untuk permarkahan kerja kursus tersebut. Oleh itu, saya
telah diminta untuk membuat satu tugasan projek untuk mempersembahkan
persembahan nyanyian tersebut yang akan dipersembahkan oleh semua pelajar PISMP
muzik sem 4 iaitu seramai 13 orang pada malam itu. Selain itu, ia juga sebagai latihan
dan praktikal penilaian yang amat berguna pada saya untuk diaplikasi semasa dalam
pengajaran dan pembelajaran
Sebelum persembahan nyanyian mini recital berlangsung, saya sekelas telah
mengadakan

beberapa

perjumpaan

untuk

mengangihkan

jawatankuasa

untuk

melaksanakan projek ini. Kami telah mengambil masa selama 2 minggu sebelum
mengadakan persembahan ini. Sepanjang tempoh tersebut terdapat beberapa tugasan
yang perlu saya laksanakan sebagai pengerusi projek dalam tugasan kerja kursus ini.
Sepanjang persediaan dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah berjumpa
dengan pensyarah penasihat untuk mendapatkan pertolongan, pendapat dan keperluan
untuk menjayakan
melaksanakan

tugasan ini. Seterusnya, mengarahkan setiap AJK untuk

tugasan

masing-masing

iaitu

terdiri

daripada

setiausaha, AJK

persembahan dan stage manager, alatan, persiapan tempat, makanan, dokumentasi,


dan band.
Setiap AJK tersebut terdapat peranan yang harus dilaksanakan. Saya sebagai
pengerusi sentiasa memantau dan memastikan setiap gerak geri AJK dalam tugasan
mereka berjalan dengan lancar. Setiap perkara yang harus dibuat hendaklah dirujuk
tersebih dahulu bagi mengelak daripada kesilapan dan kesalahfahaman. Selain itu,
setiap gerak kerja akan dilakukan secara bersama-sama bagi melancarkan perjalanan
tugasan ini.

Sebelum persembahan ini bermula, sehari sebelum hari persembahan tersebut,


kami telah membuat persiapan tempat dari segi kelengkapan alat muzik, keseimbangan
muzik, susun atur sebagainya. Seterusnya kami telah mengadakan reheasel terlebih
dahulu sebelum berlangsungnya majlis ini. Kami telah melakukan pada waktu petang
sebelum majlis ini. Hal ini dibuat kerana bagi mengelak daripada berlaku cacat-cela
sepanjang majlis ini berlangsung.
Akhir sekali, alhamdulillah sepanjang majlis yang diadakan telah berjalan dengan
lancar tanpa berlaku sebarang permasaalahan yang timbul. Selain itu, majlis ini juga
mendapat sambutan yang memberangsakan daripada pelajar-pelajar IPG kampus
perlis sendiri. Majlis ini telah bermula dengan alu-aluan pengerusi majlis diteruskan
dengan ucapan ucapan pengerusi projek dan berlangsung dengan nyanyian lagu
tersebut sebanyak 13 lagu yang terdiri daripada kesemua pelajar PISMP muzik sem 4.
Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan penutupan iaitu
persembahan tarian yang telah menjuarai pada peringkat negeri perlis baru-baru ini.
Seterusnya majlis ini telah diakhiri dengan ucapan pensyarah penasihat untuk
mengulas persembahan yang telah dipersembahkan oleh pelajar muzik tersebut.

You might also like