You are on page 1of 2

PENCEMARAN CAHAYA EKOLOGI

Pencemaran cahaya dikenali sebagai pencahayaan berlebihan yang


dihasilkan oleh manusia. Punca utama pencemaran cahaya ialah pencahayaan
bukan semula jadi seperti lampu jalan, lampu rumah, lampu papan tanda, lampu
bangunan dan sebagainya. Pencemaran cahaya boleh memberi impak kepada
astronomi,

ekologi,

ekonomi

dan

sebagainya.

Pencemaran

cahaya

telah

mengubah cahaya semulajadi di daratan dan ekosistem akuatik. Pencemaran


cahaya juga boleh mengubah tingkah laku dan komuniti spesies ekologi ke arah
kurang baik. Penggunaan cahaya tiruan telah mengubah waktu malam di
permukaan bumi sehingga membawa gangguan terhadap sistem ekologi.
Pencemaran cahaya banyak memberi kesan yang buruk terhadap
kehidupan, kesihatan dan emosi semua makhluk yang hidup di muka bumi.
Pencemaran cahaya telah mengganggu ekologi semua kehidupan. Pencemaran
cahaya

akan

memberi

kesan

terhadap

orientasi/kekeliruan

dan

tarikan/tolakan kepada haiwan. Pencemaran cahaya menyebabkan burung


dan haiwan lain boleh keliru dengan lampu tiruan dan ini akan menjauhkan
mereka dari kawasan habitat dan mengganggu kitaran pembiakan. Burung dan
haiwan lain akan beralih ke tempat yang terdapat cahaya untuk mencari
makanan.
Pencemaran cahaya akan mengganggu sikap haiwan seperti bunyi burung
pada waktu malam akibat daripada cahaya buatan manusia. Pencemaran cahaya
juga telah mengganggu aktiviti pembiakan haiwan contohnya mengganggu
untuk penyu bertelur di darat. Selain itu, pencemaran cahaya juga akan
mengganggu penglihatan haiwan pada waktu malam. Sebagai contoh pada
waktu malam katak akan menjadi buta dan akibat daripada cahaya tiruan katak
akan tertarik dan pergi ke arah cahaya. Pencemaran cahaya akan menyebabkan
burung

terperangkap

oleh

lampu

pada

waktu

malam

dan

tidak

akan

meninggalkan kawasan yang bercahaya.


Pencemaran cahaya juga memberi kesan terhadap tingkah laku
pembiakan haiwan. Peningkatan cahaya yang berlebihan akan menyebabkan
haiwan kurang melakukan aktiviti mengawan. Hal ini kerana cahaya akan
menghalang pergerakan haiwan untuk ke tempat pembiakan. Pencemaran
cahaya

juga

akan

menyukarkan

haiwan

untuk

membuat

tapak

sarang.

Disamping itu, pencemaran cahaya juga boleh memberi kesan terhadap

komunikasi visual dalam di antara haiwan lain. Sesetengah haiwan


menggunakan cahaya untuk berkomunikasi dan oleh itu lebih mudah terdedah
dengan

gangguan.

Kesan

daripada

pencemaran

cahaya

tersebut

telah

mengubah corak komunikasi antara haiwan lain. Komunikasi ini penting sama
ada untuk mengelakkan daripada menceroboh atau untuk memburu mangsa
semasa keadaan gelap. Sebagai contoh kelakar akan keluar pada waktu malam
untuk mencari makanan dan kelakar akan menggunakan cahaya untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Apabila berlakunya pencemaran cahaya
komunikasi antara kelawar tersebut akan terganggu kerana sistem solar akan
terbias.
Pencemaran

cahaya

boleh

memberi

kesan

terhadap

kitaran

fotosintesis pokok terganggu menyebabkan pokok tidak seimbang pada


masa dalam kitaran hariannya lalu membuatkan ianya mati. Pencemaran
cahaya memberi kesan kesihatan terutamanya kepada manusia. Manusia
bergantung kepada kitaran badan semulajadi yang dipanggil aliran circadian dan
pengeluaran melatonin dimana ianya dikawal oleh cahaya terang dan gelap
(siang

dan

malam).

Jika

manusia

yang

terkena

cahaya

semasa

tidur,

pengeluaran melatonin akan tergendala. Ini boleh membawa kepada gangguan


tidur dan masalah kesihatan yang lain seperti pening, sakit kepala, keletihan,
tekanan, masalah kegemukan dan meningkatkan perasaan cemas. Kesan
pencemaran cahaya ini menjadi lebih bahaya apabila mendapati kekurangan
pengeluaran melatonin akan meninggikan risiko untuk terkena kanser payudara.

You might also like