You are on page 1of 18

PENGANTAR

DI abad kesembilanbelas kebanyakan daripada negara-negara yang mempunyai ekonomi pasar, mengamalkan dasar laissez-faire, yaitu
satu dasar di mana kerajaan tidak campurtangan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi sesebuah negara. Kerajaan berusaha seberapa
boleh supaya tidak campurtangan dengan perjalanan sistem pasar. Mereka hanya menghadkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pengeluaran barangan dan khidmat-khidmat sosial atau barangan-ba-rangan dan khidmat-khidmat penting tertentu kerana baranganbarangan dan khidmat-khidmat tersebut samada tidak akan di-keluarkan ataupun jika dikeluarkan juga oleh swasta tidak akan
mencukupi akibat tidak adanya galakan keuntungan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pertahanan negara, mengawal ketenteram-an dan
undang-undang dalam negeri, pentadbiran keadilan, pe-nguatkuasaan kontrek-kontrek dan membina serta menjaga muzium-muzium
dan taman-taman awam.
Sejak abad yang lampau, aktiviti-aktiviti ekonomi Kerajaan telah berkembang melampaui batasan-batasan aktiviti yang minima di atas,
yang dilaksanakan di bawah sistem laissez-faire. Selain daripada aktiviti-aktiviti tradisional yang disenaraikan di atas, kerajaan telah
meluaskan aktiviti menyediakan khidmat-khidmat sosial se-perti memberi khidmat-khidmat pendidikan dan kesihatan; ber-tindak
mengawasi aktiviti-aktiviti ekonomi secara langsung seperti pengawasan firma-firma monopoli dan menggubal undang-undang buruh;
melibatkan dalam pengeluaran beberapa barangan dan khidmat-khidmat penting seperti perkhidmatan pos, pengangkutan udara,
keretapi dan kegunaan-kegunaan awam dan yang paling penting sekali ialah Kerajaan-kerajaan telah bertindak menyediakan dan
melaksana dasar-dasar ekonomi yang akan menolong men-capaikan beberapa objektif tertentu untuk seluruh ekonomi. Di antara
objektif-objektif terpenting adalah berhubung dengan keadilan, kestabilan dan pertumbuhan. Di setengah-setengah negara Kominis
seperti China dan Rusia, sektor swasta amat kecil sekali. Demikian juga di negara-negara bukan Komunis juga, terdapat
penyertaan Kerajaan yang lebih besar dalam aktiviti-aktiviti eko-'jiomi dan juga dalam usaha-usaha mengawal ekonomi. Sistem
jkonomi laissez-faire telah digantikan dengan sistem ekonomi cam-I puran di mana perjalanan ekonomi secara bebas dan penyertaan
kerajaan wujud bersama dalam sesuatu kawasan politik kebangsaan atau negara tertentu.
AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI KERAJAAN
Secara umum dapat dikatakan yang penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi timbul dari keadaan-keadaan pasaran yang
tidak sempurna yang wujud dalam dunia dari perjalanan sistem pasar yang tidak cekap dan kegagalannya mencapai beberapa matlamat
ekonomi yang dihajatkan. Aktiviti-aktiviti kerajaan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang terbesar: (a) Pengawasan dan kawalan
secara langsung terhadap sektor swasta; (b) Penyediaan khidmat-khidmat sosial; (c) Pengeluaran barangan-barangan dan khidmatkhidmat dan (d) Penggubalan serta pelaksanaan dasar-dasar ekonomi.
PENGAWASAN DAN KAWALAN SECARA LANGSUNG TERHADAP SEKTOR SWASTA
Sejak zaman keagungan sistem kapitalis laissez-faire lagi, sudah ada pendapat-pendapat yang nampak akan perlunya wujud sesuatu
bentuk pengawasan dan kawalan Kerajaan untuk menjaminkan perjalanan sistem pasar yang licin dalam pengeluaran dan peng-agihan
barangan-barangan dan khidmat-khidmat. Kerajaan, misal-nya, diharapkan mengujudkan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan
keadilan asas yang tertentu dalam bidang perniagaan di mana sistem pasar, kemudiannya diharap akan berjalan dengan lebih cekap
lagi' di bawah pengawasan peraturan-peraturan tersebut. Pada mulanya peraturan kerajaan ditumpukan kepada per-laksanaan
perjanjian-perjanjian dan menghalang penipuan dan ke-kecohan. Keadaan-keadaan pasar yang tidak sempurna serta wujudnya
halangan-halangan terhadap persaingan sempurna seperti dalam keadaan-keadaan monopoli, telah menyebabkan kerajaan meluaskan
campurtangannya
untuk
mengawasi
dan mengawal sektor swasta dengan secara lebih langsung. Undang-undang telah
diwujudkan untuk menguatkuasa dan memajukan persaingan yang berkesan dan, dalam kes monopoli-monopoli semulajadi (natural

monopolies) di mana persaingan tidak mung-kin dan tidak diingini wujud, maka monopoli-monopoli tersebut telah diletak di bawah
kawalan negara. Di Amerika Syarikat undang-undang pencegah-monopoli (anti-trust laws) telah dikuat-kuasakan untuk mengawal
penyatuan syarikat perniagaan yang besar-besar dan menghalang tumpuan kuasa ekonomi yang ber-lebih-lebihan.
Di antara ekonomi-ekonomi pasar hari ini, pengawasan ke atas kegunaan-kegunaan awam seperti khidmat-khidmat gas, air, dan letrik
dan bahagia yang kecil tetapi penting seperti khidmat-khidmat talipon, taligraf, radio dan talivisyen, khidmat-khidmat pengangkutan
dan perhubungan sudah menjadi satu hal yang mesti dilakukan. Selalunya, apabila kerajaan campurtangan da-lam monopoli-monopoli
semulajadi maka kerajaanlah yang meng-usahakan pengeluaran barangan atau khidmat yang berkenaan, akan tetapi kadang-kadang
kawalan kerajaan adalah dalam bentuk pengawalan harga ke atas barangan-barangan yang dikeluarkan itu sahaja.
Pada hari ini, pengawasan kerajaan ke atas sektor swasta telah meresapi ke setiap sektor ekonomi pasar. Setiap sektor ekonomi pasar
menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing di bawah pengawasan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Dengan itu, di lapangan buruh, yaitu mungkin satu-satunya lapangan pengawasan kerajaan yang jelas kelihatan di setiap ekonomi
pasar, kita dapati berbagai peraturan telah diadakan bagi menentukan upah-upah minima, lama masa bekerja, keadaan-keadaan
pekerjaan yang minima, keselamatan perusahaan, ganti-rugi pekerja, gunatenaga wanita dan kanak-kanak dan perhubung-anperhubungan buruh-majikan. Dalam bidang pelaburan modal, kawalan kerajaan adalah dari segi peraturan-peraturan praktik
mengeluarkan saham-saham. Di bidang wang dan bank pula, kerajaan mengawal penawaran wang dan mengawasi dasar-dasar kredit
serta mengawasi sistem bank perniagaan melalui bank pusat ataupun badan berkuasa, kewangan yang lain. Di bidang per-dagangan,
kerajaan mengenakan cukai-cukai impot dan quota serta mensubsidikan ekspot-ekspot dan mengawal aHran wang pertu-karan asing.
Di sektor pertanian, kerajaan melaksanakan ran-cangan-rancangan sokongan harga untuk menstabilkan harga, ke-luaran dan
pendapatan. Demikianlah halnya, banyafc lagi terdapat usaha-usaha campurtangan kerajaan dalam berbagai bidang ekonomi sesebuah
negara. Beberapa contoh yang dicatit di atas adalah cukup untuk menunjukkan betapa besar kesannya aktiviti kerajaan e atas
ekonomi-ekonomi negara yang mengamalkan dasar eko-omicampuran.
PENYEDIAAN KHIDMAT-KHIDMAT DAN BARANGAN-BARANGAN SOSIAL
Barangan-barangan dan khidmat-khidmat sosial adalah barangan-Jbarangan dan khidmat-khidmat yang memberikan lebih banyak
faedah-faedah sosial daripadn faedah-faedah persendirian. Dengan lain-lain perkataan, faedah-faedah barangan-barangan dan
khidmat-khidmat tersebut dinikmati dengan lebih banyak oleh masya-rakat secara keseluruhannya daripada oleh setiap individu secara
berasingan. Selalunya barangan-barangan dan khidmat-khidmat hu tidak boleh dibahagikan kepada yunit-yunit tertentu, dengan itu
tidaklah boleh dijual kepada individu-individu tetapi mesti diberi-kan dan digunakan secara kumpulan. Selanjutnya, baranganbarangan dan khidmat-khidmat itu demikian rupanya sehingga individu-individu tidak boleh diketepikan dari menikmati barang- anbarangan dan khidmat-khidmat tersebut. Oleh hal yang demikian barangan-barangan dan khidmat-khidmat itu tidak akan dikeluarkan
oleh sektor swasta dan dengan itu terpaksalah disediakan oleh kerajaan. Dengan sebab itulah, secara tradisi kerajaan-kera-I jaan
menyediakan khidmat-khidmat yang memberi faedah-faedah sosial sahaja, seperti pertahanan negara, keselamatan dan keaman-an
dalam negeri dan pentadbiran keadilan.
Lain-lain barangan dan khidmat-khidmat sosial yang boleh di-pecahkan kepada yunit-yunit kecil dan dijual kepada individu-;! individu,
bolehlah dikeluarkan oleh sektor swasta. Akan tetapi oleh I kerana difikirkan perlu supaya masyarakat dapat menikmati peng-' gunaan
barangan-barangan dan khidmat-khidmat yang lebih banyak lagi, maka kerajaan sendiri bertindak mengeluarkan ba-[rangan-barangan
dan khidmat-khidmat tersebut. Barangan-barangan dan khidmat-khidmat seperti itu adalah barangan-barangan dan khidmat-khidmat
yang digunakan secara separuh kumpulan, yang memberi faedah-faedah sosial dan juga memberi faedah-faedah persendirian. Misalan
jenis khidmat-khidmat seperti ini ialah pendidikan dan kesihatan. Pendidikan di peringkat tinggi | akan memberi manafaat ekonomi dan
politik kepada masyarakat ; selain daripada faedah yang dinikmati secara peribadi oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi. Hal

yang serupa juga dapat f diperhatikan di bidang kesihatan. Kerajaan selalunya mahukan penyediaan khidmat-khidmat sosial yang lebih
banyak lagi dan oleh itu ia mestilah berusaha menyediakan khidmat-khidmat itu pula. Selain daripada khidmat-khidmat di atas kita
boleh juga masukkan dalam kategori ini usaha-usaha seperti perlaksanaan projek-projek pembangunan semula bandar dan penyediaan
perumahan awam yang disubsidikan dan juga pembinaan sesuatu sistem jalanraya dan keretapi yang baik.
PENGELUARAN BARANGAN-BARANGAN DAN KHIDMAT-KHIDMAT
Semua kerajaan-kerajaan pada hari ini tidak lagi menumpukan pengeluaran hanya kepada pengeluaran barangan-barangan dan
khidmat-khidmat yang digunakan secara kumpulan atau separuh-kumpulan tetapi juga menyediakan berbagai jenis barangan-barangan
dan khidmat-khidmat yang digunakan secara individu. Itulah sebabnya usaha-usaha pengeluaran perkhidmatan-perkhid-matan menjadi
satu aktiviti keluaran kerajaan yang selalu dilaku-kan. Penyediaan khidmat-khidmat pos dan khidmat-khidmat mem-buang sampah dan
kotoran adalah juga dianggap lapangan-lapang-an tanggungjawab kerajaan. Kerajaan-kerajaan juga terlibat dalam usaha-usaha
memberi khidmat-khidmat taligraf, radio, talivisyen dan pengangkutan.
Usaha mengeluarkan sebahagian besar daripada barangan-barangan dan khidmat-khidmat boleh juga dijalankan oleh sektor swasta.
Sememangnya kebanyakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang tersebut diuruskan mengikut garis-garis perniagaan seperti yang
dilakukan oleh sektor swasta. Pihak kerajaan mengusahakan keluarga samada dengan kadar-kadar harga jualan yang disubsidikan atau
mengikut kadar-kadar harga yang akan memberi ke-untungan. Sebenarnya, kebanyakan dari aktiviti-aktiviti itu boleh dilakukan oleh
sektor swasta dan apabila kerajaan bertindak mengeluarkan sendiri barangan-barangan dan khidmat-khidmat tersebut, maka kerajaan
pun mungkin bersaingan dengan sektor swasta dan dengan itu kerajaan dianggap bahagian secara langsung dalam kegiatan-kegiatan
ekonomi dari segi pengeluaran barangan-barangan dan khidmat-khidmat untuk pengguna.
Tindakan campurtangan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti sektor swasta adalah berdasarkan beberapa pertimbangan. Dalam banyak hal,
kerajaan mengeluarkan barangan-barangan atau khidmat-khidmat, kerana pengeluaran tersebut dianggap penting. Hal ini memang
benar dalam pengeluaran kegunaan-kegunaan awam seperti air, letrik dan gas dan dalam bentuk-bentuk kegunaan awam yang lebih
luas pengertiannya seperti khidmat-khidmat pos, khid-inat-khidmat mengangkut sampah kotoran dan pembuangan najis, khidmatkhidmat talipon dan khidmat-khidmat pengangkutan. Kegiatan mengeluarkan khidmat-khidmat dan barangan-barangan di atas oleh
kerajaan adalah juga kerana sebahagian besar dari barangan-barangan dan khidmat-khidmat tersebut berbentuk mo-nopoli semulajadi.
Ini bermakna kalau pengeluaran seperti itu di-biarkan kepada sektor swasta, dengan mudah ia akan membawa kepada eksploitasi
pengguna-pengguna dan penyalahagihan bahan-bahan keluaran (misallocation of resources).
Satu lagi pertimbangan yang membawa kepada penyertaan secara langsung kerajaan dalam usaha-usaha pengeluaran baranganbarangan dan khidmat ialah bahawasanya usaha keluaran oleh sektor swasta sebabnya maka aktiviti-aktiviti khidmat-khidmat pos,
mengangkut sampah dan membuang najis, pembinaan-pembinaan jalan-jalanraya, keretapi, lapangan-lapangan terbang dan kemudahan-kemudahan pelabuhan laut, kemudahan-kemudahan talipon, taligraf, dan penyiaran serta pembinaan rumah-rumah harga murah
dijalankan oleh pihak kerajaan dan tidak oleh sektor swasta.
Akhirnya, kerajaan mungkin mengeluarkan sesuatu barangan-barangan dan khidmat-khidmat untuk mendapat untung, seperti halnya
dengan berbagai syarikat-syarikat milik penuh atau se-paruh milik kerajaan seperti Kilang Besiwaja Malayawata di Malaysia dan
National Iron dan Steel Mill dan Jurong Shipyard di Singapura.
Di Malaysia dan di Singapura, kegiatan-kegiatan keluaran kerajaan berbentuk samada sesebuah perbadanan berkanun atau se-sebuah
syarikat kerajaan atau separuh (lihat Bab 4). Kegunaan-kegunaan awam dan kebanyakan barangan dan khidmat-khidmat penting
selalunya dikeluarkan oleh badan-badan berkanun. Di antara badan-badan berkanun yang menyediakan barangan-barangan dan
khidmat-khidmat penting di Singapura ialab Lembaga Kegunaan Awam (Public Utilities Board), Lembaga Talipon Singapura
(Telecommunication Authority of Singapore (TAS)), Lembaga Pembangunan Perumahan (Housing and Development Board (HBD),

dan Lembaga Pelabuhan Singapura (Port of Singapore Authority). Perbadanan-perbadanan yang sama di Malaysia ter-masuklah
Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, Lembaga Letrik Negara, Lembaga Pelabuhan Kelang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang,
Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Letrik Sabah dan Syarikat Pembekalan Letrik Sarawak.
PENGGUBALAN SERTA PELAKSANAAN DASAR-DASAR EKONOMI
Di masa kini Kerajaan adalah suatu daya penggerak ekonomi yang begitu berkesan sehingga bukan sahaja setiap aspek kegiatan
ekonomi di bawah pengaruhnya, tetapi keseluruhan sistem ekonomi adalah di bawah kawalannya. Kerajaan mempunyai kuasa untuk
membuat keputusan-keputusan bagi pihak seluruh ekonomi, me-netapkan matlamat-matlamat ekonomi dan membimbing seluruh
ekonomi kepada pencapaian matlamat-matlamat tersebut. Se-benarnya pencapaian dan kemajuan ekonomi-ekonomi negara-negara
pada hari ini sangat bergantung kepada tindak-tanduk kerajaan. Pihak kerajaanlah yang menentukan matlamat-matlamat yang harus
dicapai, menggubal dasar-dasar untuk pencapaian tersebut dan melaksanakan dasar-dasar itu supaya sampai ke matlamat-matlamat
yang dikehendaki.
Kerajaan adalah merupakan pihak yang membuat keputusan bagi seluruh negara, dan matlamat-matlamat yang hendak dicapai oleh
kerajaan bagi pihak negara keseluruhannya adalah berbagai dan berbeda-beda pula di antara kerajaan-kerajaan yang lainan. Secara
umumnya, ahli-ahli ekonomi bersetuju yang matlamat-matlamat penting yang harus diusahakan oleh setiap negara dalam bidang
ekonomi adalah matlamat-matlamat keadilan, kestabilan dan pertumbuhan. Di dalam tiap-tiap satu matlamat itu pula ter-dapatlah
matlamat-matlamat yang lebih khusus seperti menghapus-kan kemiskinan di bawah matlamat keadilan ataupun matlamat mencapai
gunatenaga penuh di bawah matlamat kestabilan atau matlamat mencapai taraf hidup yang lebih tinggi di bawah matlamat
pertumbuhan. Ketiga-tiga matlamat besar ini sepatutnya menajawab cita-cita setiap kerajaan atau setidak-tidaknya setiap kerajaan
patut cuba berusaha mencapainya bagi pihak rakyat yang telah memilihnya berkuasa sebagai kerajaan yang memerintah.
Berhubung dengan setiap satu daripada matlamat-matlamat besar tersebut, maka pihak kerajaan bolehlah menggubal dan melaksanakan berbagai dasar ekonomi hanya berkenaan dengan sektor-sektor tersebut sahaja seperti kepada industri atau perdagangan;
kepada kawasan-kawasan tertentu misalnya desa dan bandar yang miskin; dan juga kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti
orang-orang tua, penganggur-penganggur atau orang-orang asli. Tindakan-tindakan untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi bo-leh
jadi secara belanjawan secara kewangan atau secara perundang-an. Di bahagian yang berikut kita akan meninjau secara lebih mendalam tindakan-tindakan belanjawan, kewangan dan perundangan yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif keadilan,
kestabilan dan pertumbuhan.
MATLAMAT-MATLAMAT SERTA DASAR-DASAR EKONOMI KEADILAN
Satu perkara yang diakui umumnya ialah bahawa agihan pen-dapatan sebenarnya yang muncul dalam keadaan ekonomi pasaran, kalau
sekiranya tidak dihalangi, akan menjadikan agihan tersebut mirip semakin tidak imbang. Dalam ekonomi pasaran, orang-orang kaya,
kalau sekiranya tidak ada apa-apa sekatan langsung, akan menjadi lebih kaya dan orang-orang miskin akan menjadi semakin miskin
lagi. Sistem pasaran bebas itu berfungsi sebegitu cara hinggakan barangan-barangan dan khidmat-khidmat tersebut. Dengan siapa
sahaja yang sanggup membayar harga yang paling tinggi untuk barangan-barangan dan khidmat-khidmat tersebut. Dengan demikian
akan timbullah keadaan tidak imbang yang tak diingini sehingga mungkin 'anjing seseorang yang kaya akan dapat minum susu yang
sesungguhnya lebih diperlui oleh seorang kanak-kanak miskin untuk mengelak penyakit tulang'. Sesuatu keadaan agihan pendapatan
yang tidak imbang sememangnya tidak diingini dan sudah tentu tidak selaras dengan taraf-taraf keadilan yang diterima ramai pada
masa ini. Apabila sesuatu corak agihan pendapatan yang ada dianggap amat tidak adil, maka terpulanglah kepada pihak kerajaan
bertindak dan campurtangan untuk men-jalankan usaha-usaha agihan semula, yang lebih bersimpatikan pihak yang lemah dan miskin,
termasuklah orang-orang yang berumur dan yang cacat.

Secara umumnya, dasar-dasar yang digunakan untuk mencapai keadilan agihan pendapatan melibatkan tindakan mencukai orangorang yang berada dan klas berharta serta tindakan melakukan per-belanjaan-perbelanjaan bagi tujuan kesejahteraan pihak yang miskin dan yang memerlukan pertolongan. Misalnya, cukai pendapatan yang progresif digunakan oleh kebanyakan negara adalah bertujuan mencukai orang kaya lebih dari orang miskin dan dengan itu membuatkan usaha mengumpul harta itu lebih sudah. Selain daripada itu, di kebanyakan negara terdapat juga cukai berbentuk progresif pada duti kematian atau cukai harta pesaka yang dengan cara
berkesan sekali telah menjadikan saiz harta yang diwariskan itu lebih kecil dan semakin berkurangan. Demikianlah halnya dengan
cukai-cukai ke atas milik harta dan barangan mewah.
Perbelanjaan kesejahteraan kepada kumpulan-kumpulan ber-pendapatan rendah dalam berbentuk penyediaan khidmat-khidmat sosial
seperti khidmat-khidmat pendidikan dan kesihatan. Kedua-duanya boleh juga dinikmati oleh orang-orang kaya tetapi kedua-duanya
memberi faedah yang lebih besar kepada orang-orang di kumpulan pendapatan yang rendah. Dengan sebab itulah pendidikan sekolah
rendah percuma, pendidikan menengah dan peringkat tinggi yang disubsidikan, hadiah-hadiah biasiswa; rawatan perubat-an yang
percuma dan disubsidikan, hospital-hospital dan klinik-klinik awam, dan perumahan harga murah yang disubsidikan, semuanya
disediakan dengan tujuan mengurangkan ketidak-imbangan pendapatan-pendapatan dan meningkatkan lagi secara relatif kesejahteraan
ekonomi kumpulan-kumpulan yang berpen-dapatan rendah. Begitu juga halnya, penjualan perkhidmatan-perkhidmatan awam oleh
pihak kerajaan dengan kadar-kadar yang disubsidikan juga membolehkan kumpulan-kumpulan berpen-dapatan rendah menggunakan
sejumlah barangan-barangan dan khidmat-khidmat yang secukupnya sedangkan penggunaan se-banyak jumlah yang demikian
mungkin tidak boleh tercapai tanpa pengeluaran itu diusahakan oleh kerajaan atau pengeluaran itu diawasi oleh pihak kerajaan.
Perbelanjaan kesejahteraan juga adalah berbentuk peruntuk^n-peruntukan langsung seperti bantuan-bantuan kesejahteraan sosial di
Malaysia dan di Singapura serta dasar menyokong harga untuk pesawah-pesawah padi di Malaysia. Akhirnya, Kerajaan juga memberi
pertolongan dengan mewajibkan bayaran gantirugi kepada pekerja-pekerja apabila pekerja-pekerja tercedera di masa bekerja serta
juga mewajibkan pekerja-pekerja dan majikan-majikan mem-buat sumbangan kepada tabung-tabung yang kemudian boleh di-gunakan
oleh pekerja-pekerja apabila mereka bersara.
Sebenarnya, kebanyakan kerajaan mengambil berat tentang agihan pendapatan yang tidak imbang itu sehinggakan sebahagian besar
dari aktiviti-aktiviti mereka adalah ditumpukan ke arah mat-lamat meninggikan secara relatif kesejahteraan ekonomi kumpulankumpulan berpendapatan rendah dan dengan itu mencapai agihan pendapatan yang lebih saksama.
KESTABILAN
Ekonomi-ekonomi pasaran yang tanpa campurtangan kerajaan menunjukkan kegagalan untuk menggunakan sepenuhnya segala
bahan-bahan kekayaan dalam sesuatu jangkamasa tertentu dalam sedangkan jangkamasa yang lain pula telah gagal menjamin-fean satu
tingkat harga yang agak stabil. Tingkat aktiviti dalam ekonomi-ekonomi pasaran menunjukkan satu kecondongan untuk turun-naik
dari keadaan melambung kepada keadaan meleset dan balik semula ke keadaan melambung dan kemudian meleset pula.
Sesungguhnya, di negara-negara perusahaan yang maju, masa-masa melambung dan meleset yang silih berganti ataupun disebut juga
'edaran perdagangan' itu berlaku mengikut peredaran masa-masa yang tepat sehinggakan 'edaran perdagangan' ini telah di-anggap
sebagai satu ciri khusus sistem ekonomi pasaran.
Di negara-negara yang mengeluarkan hasil-hasil keluaran peringkat pertama, umumnya masa peredaran turun-naik tersebut mungkinlah tidak begitu jelas dikesan, tetapi kadang-kadang keadaan-keadaan turun-naik mungkin menjadi amat hebat sekali. Keadaan
turun-naik di negara-negara yang mengeluarkan hasil-hasil peringkat pertama adalah sebagai lanjutan dari keadaan tidak stabil bagi
negara-negara perusahaan yang maju. Keadaan melambung di ekonomi-ekonomi perusahaan akan menambah permintaan kepada
barangan-barangan keluaran peringkat pertama. Pertambahan permintaan selalunya mengakibatkan harga-harga ekspot baranganbarangan peringkat pertama meningkat pula dan jumlah ekspot juga mungkin ikut bertambah. Pendapatan ekspot yang bertambah bagi

negara pengekspot seterusnya akan menambahkan tingkat-tingkat pendapatan dan gunatenaga. Pertambahan-pertambahan ini akan
menggandakan berkali-kali, pendapatan hasil ekspot awal melalui proses pengganda (multiplier proses) dan satu keadaan melambung
pun akan wujud di negara-negara pengeluar hasil-hasil keluaran peringkat pertama. Sebaliknya keadaan-keadaan meleset di negaranegara perusahaan yang maju akan membawa kepada berkurangnya permintaan kepada hasil-hasil keluaran peringkat pertama dan
dengan itu pendapatan-pendapatan ekspot negara-negara pengeluar hasil-hasil keluaran peringkat pertama pun akan berkurang dan
terbaliklah seluruh proses menambah pendapatan dan gunatenaga dengan membawa kepada akibat kemelesetan ekonomi negaranegara pengeluar hasil-hasil keluaran.
Keadaan-keadaan melambung dan meleset yang kerap berlaku akan membawa kesan yang buruk kepada ekonomi. Keadaan melambung atau inflasi berlaku apabila jumlah kuasa beli selalu sahaja melebihi keluaran barangan-barangan dan khidmat-khidmat dan
dengan itu terdapatlah satu kecondongan untuk tingkat harga umumyaitu tingkat harga bagi semua barangan dan khidmat-khidmat
yang dikeluarkan sekarang, termasuklah khidmat-khidmat faktor pengeluaranmeningkat kerana jumlah penawaran tidak dapat
memenuhi jumlah permintaan. Inflasi yang berterusan akan melenyapkan kuasa beli sesuatu matawang sesebuah negara itu; ia akan
mengagihkan seniula pendapatan benar daripada orang-orang yang pendapatan wang mereka meningkat dengan kadar yang kurang
daripada kadar umumnya, kepada orang-orang yang pendapatan mereka meningkat dengan kadar yang lebih tinggi kadar umumnya
serta juga mengagihkan pendapatan semula daripada peminjam-peminjam dan penyimpan-penyimpan. Inflasi juga akan membawa
kepada spekulasi tidak sihat dan dala'm jangkapanjang-nya, tidak akan menggalak simpanan-simpanan dan pelaburan yang prodaktif.
Keadaan meleset adalah berlawanan dari keadaan melambung. Keadaan ini membayangkan satu keadaan di mana tingkat aktiviti
ekonomi itu paling rendah, tingkat-tingkat harga umumnya jatuh, pengangguran berlaku dengan meluasbukan sahaja bagi buruh
tetapi juga bagi faktor-faktor pengeluaran yang lainnya. Jumlah permintaan kurang dari jumlah penawaran dan dengan itu tentunya
tidak akan wujud galakan untuk melabur dan juga mengeluarkan barangan-barangan dan khidmat-khidmat. Keadaan meleset dan
pengangguran secara beramai akan membawa kepada pembaziran tenaga dan kesangsaraan rakyat ramai.
Dengan itu jelaslah kedua-dua keadaan inflasi dan meleset mesti dielakkan, dan cara yang paling umum untuk mengawal inflasi dan
mengatasi keadaan meleset ialah dengan cara mempengaruhi tingkat jumlah pendapatan dan tingkat harga umum. Pihak yang paling
sesuai untuk bertindak ialah kerajaan dan sekarang ini sememang-nya sudah menjadi tugas setiap kerajaan mengurangkan jurang
antara masa melambung dan masa meleset serta juga berusaha menjamin yang jumlah permintaan dan tingkat harga-harga secara
umumnya meningkat mengikut satu arah pertumbuhan yang stabil. Ada dua dasar penting yang telah digunakan untuk mengawal
inflasi dan menghalang timbulnya pengangguran yang meluas serta keadaan meleset, yaitu dasar kewangan dan dasar belanjawan.
1. Dasar kewangan bertujuan mempengaruhi tingkat gunatenaga penuh dan tingkat harga-harga umum dengan cara mengawasi
penawaran wang dan kredit. Seperti yang kita lihat di Bab 6, alat-alat dasar kewangan misalnya kadar bank atau dasar kadar diskaun,
operasi pasaran terbuka serta dasar nisbah cadangan tunai Itkan berkesan melalui penambahan penawaran dan kredit dan di masamasa inflasi pula diusahakan penguncupan penawaran wang dan kredit untuk mengurangkan tingkat aktiviti ekonomi.
2. Dasar belanjawan sebaliknya berusaha untuk melepaskan ekonomi dari inflasi dan keadaan-keadaan meleset dengan cara
jnengenakan cukai-cukai dan tindakan-tindakan perbelanjaan yang niembawa kesan bagi mengurangkan edaran perdagangan. Melalui
dasar ini kerajaan boleh mengurangkan cukai-cukai atau menambahkan perbelanjaan-perbelanjaan semasa meleset yaitu secara sengaja
mengujudkan belanjawan kurangan dan dengan itu mengisi kekurangan jumlah permintaan daripada jumlah penawaran di sektor
swasta. Pada masa inflasi kerajaan akan menaikkan kadar cukai atau mengurangkan perbelanjaan, dengan itu sengaja meng-wujudkan
lebihan belanjawan dengan tujuan mengurangkan te-kanan jumlah permintaan ke atas jumlah penawaran.
Ada dua pilihan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam setiap keadaan, yaitu samada mengurangkan cukai atau
menambahkan perbelanjaan di masa inflasi. Secara umumnya, adalah lebih berkesan menambahkan perbelanjaan di masa-masa meleset
daripada mengurangkan cukai; sesuatu pertambahan perbelanjaan kerajaan akan dengan serta merta menambahkan jumlah permintaan

sebanyak jumlah suntikan yang berlaku dan akhirnya akan menambahkan pendapatan negara dengan gandaan suntikan tersebut, tetapi
gandaan itu bergantunglah kepada saiz pengganda. Sesuatu pengurangan cukai dengan jumlah yang sama sebaliknya tidak akan
dengan serta merta menambahkan jumlah permintaan dengan sebanyak jumlah yang sama kerana berlakunya bocoran seperti
simpanan-simpanan dan impot-impot oleh sektor swasta. Dengan itu akhir-akhirnya pendapatan negara yang bertambah akibat
pengurangan cukai itu tentulah tidak akan sama dengan pertambahan pendapatan negara yang diwujudkan dengan sesuatu jumlah
suntikan perbelanjaan kerajaan. Sebaliknya cukai yang-dinaikkan akan mempunyai kesan yang lebih besar untuk mereda-kan inflasi
daripada sesuatu pengurangan jumlah perbelanjaan kerajaan.
Selain daripada dasar cukai kerajaan serta dasar perbelanjaan kerajaan yang boleh dilaksanakan, dalam sistem belanjawan ter-dapat
juga unsur-unsur penstabilan yang otomatik (automatic stabilizers) yang boleh menolong turun-naik ekonomi. Setengah-setengah
daripada unsur-unsur penstabilan itu ialah struktur cukai pendapatan yang progresif, pertolongan untuk penganggur-peng-anggur dan
perbelanjaan pindahan-pindahan kebajikan yang lain, dan dasar-dasar sokongan harga hasil-hasil pertanian. Unsur-unsur penstabilan
itu akan secara otomatik menambahkan lagi kekurang-an belanjawan kerajaan di masa meleset dan menambahkan lebihan belanjawan
semasa inflasi. Misalnya, semasa inflasi struktur cukai pendapatan yang progresif akan secara otomatik menambahkan hasil
pendapatan kerajaan dan juga belanjawan lebihan pun akan berkembang bertambahnya pendapatan. Akibatnya jumlah pendapatan
yang bertambah dengan pesat itupun terkawallah sedikit. Semasa meleset pula, hasil-hasil pendapatan kerajaan dari cukai akan
berkurangan kerana pendapatan-pendapatan sudah ber-kurangan dan ini akan mengakibatkan semakin bertambahnya belanjawan
kurangan kerajaan dan dengan itu akan terkawallah kecenderungan ekonomi untuk menguncup. Dengan cara yang sama, pertolongan
untuk penganggur-penganggur lain-Iain perbelanjaan pindahan-pindahan kebajikan serta juga dasar-dasar sokongan harga hasil-hasil
pertanian mirip akan bertambah semasa meleset, yaitu bila gunatenaga dan pendapatan-pendapatan berkurangan, dan dengan itu akan
mendorongkan kuasa-kuasa per-kembangan bagi memulihkan keadaan meleset tersebut. Sebalik-nya, apabila tingkat gunatenaga dan
pendapatan bertambah dan ekonomi pulih semula, maka perbelanjaan-perbelanjaan dan ban-tuan-bantuan itupun akan dikurangkan.
Dasar kewangan dan dasar belanjawan adalah saling lengkap melengkapi dan oleh itu haruslah perlaksanaan kedua-dua dasar itu
diselaraskan secara berkesan untuk member! penghasilan-peng-hasilan yang optima. Misalnya, semasa ekonomi meleset perlulah
dilaksanakan dasar belanjawan yang akan membawa kepada per-kembangan ekonomi di mana pihak kerajaan mengurangkan cukaicukai dan melaksanakan rancangan kerja-kerja pembangunan awam dan aktiviti-aktiviti bantuan seperti membina jalan-jalanraya,
sekolah-sekolah, kebun-kebun bunga dan taman-taman rihat, serta mengambil lebih banyak pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan
kerjaan dan melancarkan rancangan-rancangan bantuan untuk penganggur-penganggur. Akan tetapi, sekiranya dasar belanjawan
dilaksanakan tanpa disertai oleh dasar kewangan, maka sudah tentu kesan-kesan yang dikehendaki bagi memulihkan semula keadaan
ekonomi tidak akan tercapai. Pembiayaan belanjawan kuangan kerajaan mungkin akan menyebabkan kadar-kadar fae-dah meningkat
naik kalau sekiranya pada masa yang sama pembayaran wang tidak ditambah bagi mengurangkan kenaikan kadar-pM-dar faedah
tersebut. Kenaikan kadar-kadar faedah sudah tentu Itjdak akan menggalakkan pelaburan swasta dan juga akan mengu-I rangkan
kesan-kesan perkembangan dari potongan-potongan cukai fdan aktiviti-aktiviti pembinaan awam serta aktiviti-aktiviti bantuan. 'Di
mana inflasi, kalau sekiranya cukai-cukai tidak ditambah, se-suatu dasar kewangan yang menguncup (contractionary monetary
policy) mungkin tidak akan begitu berkesan untuk menghalang pertambahan jumlah permintaan sepertimana yang berlaku apabila
kenaikan-kenaikan cukai dilakukan. Oleh itu, bagi meredakan keadaan-keadaan turun-naik ekonomi kedua-dua praktif dasar
kewangan dan dasar belanjawan mestilah dipersesuaikan antara satu sama lain.
Selain daripada dasar kewangan dan dasar belanjawan, kerajaan-kerajaan boleh juga menggunakan satu lagi tindakan yang boleh
menstabilkan keadaan. Ini melibatkan kawalan-kawalan secara langsung seperti tindakan catuan dan menetapkan had-had maksi-ma
harga-harga, akan tetapi tindakan-tindakan ini hanya boleh di-gunakan untuk melawan inflasi. Sekiranya sesuatu keadaan inflasi itu
dipercayai pihak kerajaan boleh melaksanakan satu dasar pendapatan (an income policy) atau satu dasar upah (a wage policy).

Tindakan-tindakan kerajaan untuk melaksanakan dasar pendapatan atau dasar upah boleh jadi dilakukan secara berlembut-lembut
seperti menasihat pekerja-pekerja supaya lebih manasabah dalam tuntutan tambah gaji atau secara yang lebih keras seperti mengadakan undang-undang kadar upah yang maksima.
Oleh kerana ketidakstabilan ekonomi di negara-negara pengeluar hasil-hasil keluaran peringkat pertama umumnya timbul lebih banyak
akibat sebab-sebab luar daripada sebab-sebab dalam ne-gara, maka tindakan kewangan dan belanjawan di negara-negara tersebut
bolehlah disertai dengan kaedah-kaedah tertentu bagi menstabilkan harga-harga dan jumlah keluaran barangan-barangan ekspot hasil
peringkat pertama, samada pada peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.
Kaedah-kaedah tambahan yang boleh digunakan oleh negara-negara pengeluar hasil-hasil keluaran peringkat pertama bagi mak-sudmaksud kestabilan termasuklah:
1. Mengujudkan Tabungan-tabungan Penimbal (Buffer Funds). Perkara ini mungkin dengan cara penubuhan sesebuah Lembaga
Pemasaran Pusat yang akan membeli dari pengeluar-pengeluar tempatan mengikut sesuatu harga minima yang dijaminkan dan
kemudiannya akan menjual barangan-barangan itu di luar negara tersebut mengikut harga pasaran dunia. Ataupun tabungan penim-bal
itu boleh mengumpul dan menabung cadangan wang tukaran asing di tahun-tabun ekonomi berkembang untuk digunakan di tahuntahun ekonomi meleset.
2. Simpanan stok kebangsaan. Hal ini memerlukan pihak ke-rajaan memasuki pasar sebagai seorang pembeli untuk menyokong
harga apabila harga-harga itu merosot ke peringkat yang terlalu rendah. Di masa akhir-akhir ini kerajaan Malaysia telah meng-gunakan
kaedah ini untuk menyokong harga getah.
3. Cukai-cukai Ekspot. Cukai-cukai ekspot yang bertingkat-tingkat (graduated), seperti cukai ekspot bertingkat-tingkat getah di
Malaysia, boleh juga memainkan fungsi menstabilkan keadaan. Cukai-cukai ekspot yang bertingkat-tingkat secara otomatik akan
menambahkan hasil pendapatap kerajaan bila ekspot berkembang dengan pesat dan sebaliknya hasil pendapatan tersebut akan berkurangan bila ekspot meleset, dengan ini cukai seperti itu akan memberi kesan-kesan terhadap usaha-usahamenstabilkan ekonomi.
Tindakan-tindakan penstabilan antarabangsa termasuk: (a)Men-jalankan suatu rancangan stok penimbal antarabangsa; (b) menjalankan rancangan quota antarabangsa; dan (c) jual-beli antara kerajaan secara jangkapanjang.
Dengan itu, Persetujuan Bijih Timah Antarabangsa di antara pengeluar-pengeluar bijih timah seluruh dunia termasuk Malaysia adalah
satu usaha untuk mengekalkan harga-harga bijih timah supaya stabil serta beransur-ansur meningkat dengan cara meng-ujudkan satu
stok penimbal serta berusaha mengawal ekspot. Satu misalan jual-beli jangkapanjang antara kerajaan bagi maksud mengujudkan
kestabilan ialah pembelian kacang tanah dari Afrika Timur yang dijamin oleh Britain.
PERTUMBUHAN
Pentingnya pertumbuhan sebagai satu matlamat dasar yang besar dapat kita perhatikan bila kejayaan ekonomi sesebuah negara itu
diukur dan juga bila kejayaan negara itu dibandingkan dengan kejayaan-kejayaan negara-negara lain dari segi kadar pertumbuhan
ekonomi masing-masing. Pertumbuhan ekonomi adalah satu per-kara yang diberi perhatian berat oleh semua negara maju dan juga
negara yang sedang membangun. Akan tetapi bagi negara-negara sedang membangun pertumbuhan ekonomi adalah satu faktor yang
paling penting kerana negara-negara tersebut belum lagi mencapai tingkat pembangunan seperti yang dinikmati oleh negara-negara
maju, belum lagi mencapai sesuatu taraf hidup yang minima, dan belum lagi dapat meninggikan tingkat pendapatan per kapita yang
masih rendah bagi sebahagian besar penduduk-penduduk negara-negara tersebut.
Bagi negara-negara yang sedang membangun, syarat-syarat untuk mencapai kadar perkembangan ekonomi yang lebih pesat

adalah bergantung kepada pertamanya, kadar pengumpulan modal yang lebih cepat keduanya, memajukan kualiti bahan tenaga manusia yang pada masa ini belum lagi bersedia terlibat dalam proses pembangunan, misalnya kerana tingkat pendidikan yang terlalu
rendah serta kurangnya kemahiran-kemahiran pengurusan dan teknik-teknik; ketiganya, melenyapkan institusi-institusi sosial yang
menghalang pertumbuhan seperti sistem sewa tanah (land tenure) yang tidak memuaskan yang wujud di setengah-sete'ngali negaranegara sedang membangun dan akhirnya ialah membangunkan sektor perindustrian yang kecil itu sebagai satu cara yang ber-kesan
bagi meninggikan taraf hidup sebahagian besar penduduk-penduduk. Banyak kerajaan telah campurtangan serta mengambil peranan
utama dalam proses pembangunan ekonomi kerana me-reka sedar yang penduduk yang miskin tentu tidak terdaya mengumpul modal
secara sendirinya dan juga tentu tidak terdaya menyingkirkan institusi-institusi sosial dan sikap-sikap yang menghalang kemajuan.
Kerajaan-kerajaan tersebut juga sedar yang usaha-usaha menyediakan prasaran sosial dan ekonomi memerlukan pelaburan yang
banyak dan hanya kerajaan-kerajaan itu sahaja yang mempunyai kesanggupan. Akibatnya sebahagian besar akti-viti-aktiviti dan
rancangan-rancangan perbelanjaan kerajaan negara-negara sedang membangun dilakukan dengan objektif pertumbuhan sebagai
objektif yang paling utama. Rancangan-rancangan pembangunan dari kebanyakan negara tersebut adalah membayangkan dengan
jelasnya penglibatan kerajaan dalam pembangunan ekonomi dan juga usaha-usaha untuk mengujudkan satu rancangan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang pesat.
Singapura menunjukkan satu misalan penglibatan kerajaan dalam usaha-usaha pembangunan ekonomi seperti yang berlaku di
kebanyakan negara sedang membangun. Dasar pembangunan Singapura ditujukan kepada usaha-usaha perindustrian ekonomi
tersebut. Kerajaan Singapura terlibat dalam usaha-usaha perindustrian dengan cara menyediakan prasaran sosiaJ dan ekonomi yang
bermutu tinggi - penyediaan tapak-tapak perusahaan, sistem peng-angkutan yang cekap, penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan
awam serta pendidikan dan latihan teknik; penawaran galakan-galakan belanjawan, serta menggalakkan pelaburan-pelaburan asing;
mengujudkan pergerakan buruh yang berdisiplin dan juga menubuhkan industri-industrinya sendiri dan juga melibatkan se-cara
langsung dalam industri-industri tempatan. Usaha-usaha juga sedang dilakukan untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang lain
yang menunjukkan kemungkinan pertumbuhan, khususnya, sektor pelancongan serta industri membina dan memperbaiki kapal dan
dengan itu dapatlah memulihkan semula kemerosotan sektor perdagangan. Sektor pembinaan pula dimajukan dengan adanya
rancangan-rancangan kerajaan membina perumahan harga murah dan usaha-usaha pembaruan bandar. Akhirnya, perlaksanaan rancangan keluarga yang berjaya telah dengan berkesan sekali meng-halang pertumbuhan penduduk dan hal ini telah membolehkan
pencapaian taraf hidup yang lebih tinggi.
Dasar pembangunan di Malaysia adalah meliputi perkara-per-kara berikut: (a) Memajukan selanjutnya industri-industri ekspot
terbesar termasuklah pemulihan semula industri getah; (b) mem-pelbagaikan ekonomi melalui perindustrian; dan (c) meninggikan
kebajikan sosial dan ekonomi khususnya di sektor luar bandar.
Tindakan-tindakan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi mencapai objektif-objektif di atas secara umumnya adalah sama
seperti tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Singapura. Sebahagian besar dari tindakan-tindakan itu adalah tertumpu kepada penyediaan perbelanjaan-perbelanjaan asas ekonomi dan sosial, menggalakkan kemajuan sektor swasta melalui galakan-galakan
belanjawan, menggalakkan pelaburan asing, dan juga pe-nyertaan kerajaan secara langsung dalam aktiviti-aktiviti ekonomi tertentu.
BELANJAWAN AWAM DI MALAYSIA DAN DI SINGAPURA
Apabila aktiviti-aktiviti kerajaan berkembang perbelanjaan dan beban membiayai perbelanjaan pun semakin meningkat. Kini
sebahagian besar perbelanjaan kerajaan adalah tertumpu kepada aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial.
PERBELANJAAN KERAJAAN
'Sektor kerajaan' di Malaysia-Singapura selalunya didefmasikan secara meluas sehingga melibatkan berbagai peringkat kerajaan dan

semua badan kerajaan di bawah naungannya. Oleh itu, di Malaysia pihak Kerajaan termasuk kesemua tiga peringkat kerajaan, yaitu
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan serta pihak-pihak berkuasa badan-badan berkanun seperti Lembaga
Letrik Negara, Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Lembaga Pelabuhan Ke-lang,
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Majlis Amanah Rak-yat (MARA) dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA). Kerajaan
Singapura pula mengandungi kementerian-kementerian dan jabat-an-jabatan kerajaan yang dikenali sebagai badan-badan 'Kerajaan'
serta termasuk pula badan-badan berkanunyaitu PUB, HDB, TAS, PS A, EDB, JTC, URA dan CPF yang kesemuanya dikenali
secara kumpulan sebagai 'Pihak Berkuasa Awam'.
Kerajaan-kerajaan Malaysia dan Singapura, seperti juga dengan negara-negara lain menguruskan dua kumpulan belanjawan (two
budgets)satu belanjawan biasa dan satu belanjawan pembangunan. Belanjawan biasa ialah huraian mengenai butiran-butiran hasil
pendapatan dan perbelanjaan semasa kerajaan, sedangkan belanjawan pembangunan pula menunjukkan perbelanjaan modal dan
pembiayaan perbelanjaan tersebut.
1. Perbelanjaan Biasa. Kerajaan Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Singapura (kecuali perbelanjaan pihak-pihak Berkuasa Awam).
Perkara yang pertama yang harus diperhatikan mengenai corak perbelanjaan biasa kedua-dua kerajaan tersebut ialah peratusan yang
begitu tinggi daripada jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan terhadap khidmat-khidmat sosial. Di Malaysia, bahagian khidmatkhidmat sosial dalam jumlah perbelanjaan biasa kerajaan Persekutuan pada tahun 1974 ialah 32.8 peratus, 24.3 peratus daripadanya
ialah kepada pendidikan dan 7.2 peratus kepada kesihatan. Perbelanjaan ke atas khidmat-khidmat sosial di Singapura menggunakan
lebih kurang 26 peratus daripada jumlah perbelanjaan biasa Kerajaan dalam tahun-tahun 1973-1974. 14.3 peratus daripadanya
dibelanjakan kepada pendidikan dan 5.8 peratus kepada kesihatan. Peratusan-persatusan yang begitu besar dari jumlah perbelanjaan
yang diperuntukan kepada khidmat-khidmat sosial menunjukkan betapa tingginya keutamaan yang diberikan kepada pembangunan
prasaran sosial yang baik di kedua-dua buah negara. Memandang akan kesung-guhan kedua-dua negara untuk mencapai
pembangunan, maka jumlah perbelanjaan dianggap sebagai satu pelaburan terhadap memajukan keadaan kualiti penduduk atau
keupayaan penduduk sebagai ejen pengeluaran.
Perbelanjaan terhadap keselamatan dalam negeri dan pertahanan merupakan bahagian yang agak besar juga dari jumlah perbelanjaan
biasa kedua-dua Kerajaan. Sebab utama perbelanjaan tersebut begitu banyak ialah untuk mengekalkan keselamatan politik dan negara.
Kestabilan politik dan kestabilan negara selain dari memberi faedah-faedah tertentu (intrinsic value) juga akan dapat me-narik
pelaburan asing yang sangat-sangat diperlukan oleh kedua-dua negara bagi memajukan lagi pertumbuhan ekonomi. Sejak Merdeka
pada tahun 1957, Malaysia telah menubuhkan pasukan-pasukan pertahanannya sendiri dan jumlah perbelanjaan-perbelan-jaan
pertahanan dan keselamatan dalam negeri yang begitu besar adalah akibat berkembangnya penubuhan pasukan polis dan pasukanpasukan pertahanan. Bagi Singapura yang sudah begitu lama dilindungi oleh tentera British, apabila mencapai kemerdekaan maka
terpaksalah juga memikul bebanan perbelanjaan yang amat besar bagi membina pasukan pertahanannya sendiri. Pada masa ini
Malaysia dan Singapura mempunyai susunan pertahanan yangsama.
Perbelanjaan ke atas khidmat-khidmat ekonomi berjumlah 9.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan berulang Malaysia (total recurrent expenditure) dan 7.9 peratus daripada jumlah perbelanjaan berulang Singapura. Yang dimaksudkan sebagai perbelanjaan ke
atas khidmat-khidmat ekonomi ialah perbelanjaan bagi mengeluar-kan barangan-barangan dan khidmat-khidmat oleh kerajaan sa-mada
kerana pengeluaran barangan-barangan dan khidmat-khidmat itu penting ataupun kerana usaha-usaha pengeluaran itu adalah lebih
cekap jika diuruskan oleh kerajaan. Perbelanjaan-perbelanjaan seperti itu juga dibuat dengan tujuan menambahkah daya keluaran
secara amnya.
Bayaran pindahan adalah satu jenis perbelanjaan yang lebih penting bagi Kerajaan Singapura daripada Kerajaan Malaysia. Pada tahuhtahun 1973/74, Kerajaan Singapura menyumbangkan 16 peratus dari jumlah perbelanjaan biasanya kepada Badan-badan Berkanun,
yaitu badan-badan yang diamanahkan untuk pem-bangunan ekonomi dan sosial negara tersebut. Bagi kerajaan Malaysia pula, pada

tahun 1974, bayaran Pindahan hanya berjumlah 6.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan Malaysia dan
sebahagian besar dari perbelanjaan ini merupakan peruntukan kepada kerajaan-kerajaan Negeri dan kerajaan-kerajaan Tempatan.
Sumbangan kepada Badan-badan Berkanun kurang daripada (M peratus daripada jumlah perbelanjaan biasa kerajaan Malaysia.
Malaysia sebaliknya, membelanjakan lebih banyak peratus daripada jumlah perbelanjaannya terhadap kegiatan-kegiatan (1(H peratus)
dan membayar hutang (10.1 peratus). Bagi Singapura, Kerajaan hanya membelanjakan 3.8 peratus sahaja daripada jumlah
perbelanjaan terhadap kegiatan-kegiatan pentadbiran, mem-bayarhutang dan lain-lain perbelanjaan berulang.
2. Perbelanjaan Pembangunan. Seperti yang telahpun disebut-kan, kedua-dua kerajaan telah menubuhkan satu tabung pembangunan khusus bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangun-an langsung. Jadual-jadual 10.3 dan 10.4 menunjukkan perbelanjaan pembangunan Malaysia dan Singapura. Adalah jelas dari kedua-dua jadual, yang perbelanjaan biasa itu adalah ditumpukan kepada
kegiatan-kegiatan pembangunan penduduk sedangkan perbelanjaan pembangunan ditujukan kepada usaha-usaha pembangunan
prasaran tanah dan prasaran modal. Pada tahun 1974 jumlah perbelanjaan di Malaysia termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan
kerajaan-kerajaan tempatan dan negeri serta juga badan-badan berkanun berjumlah $1,876 juta. Dari jumlah tersebut, 69.9 peratus
dibelanjakan terhadap kegiatan-kegiatan pembangunan ekonomi 23.2 peratus kepada pembangunan pertanian dan sektor luar bandar
dan 46.7 peratus kepada pembangunan sektor-sektor perniaga-an dan perindustrian. Perbelanjaan yang begitu besar yang dicurah-kan
kepada pertanian ialah kerana ekonomi Malaysia bersifat pertanian dan juga kerana dasar kerajaan ialah hendak menghapuskan
kemiskinan di sektor desa. Perbelanjaan pembangunan sosial berjumlah 14.9 peratus dari jumlah perbelanjaan pembangunan, dan
kebanyakannya adalah dibelanjakan untuk bidang pendidikan dan kesihatan. Perbelanjaan bagi pentadbiran awam dan pertahanan ialah
sebanyak 15.2 peratus.
JADUAL 10.3
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SEBENAR KERAJAAN MALAYSIA, 1974
juta $
%
Pembangunan Ekonomi
(a) Pertanian dan Desa
(b) Pembangunan Perusahaan dan perdagangan

Kepada Pembangunan Sosial


(a) Pendidikan
(b) Kesihatan
(c) Lain-lain

Kepada Pentadbiran Awam dan keselamatan

1,876

100.0

1,313
436

69.9
23.2

278

14.9

187
42
49

10.0
2.2
2.7

285

15.2

(a) Keselamatan
(b) Pentadbiran Awam

242
43

13.0
2.2

Sumber: Perbendaharaan Malaysia, Laporan Ekonomi 1975-76.


JADUAL 10.4
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SEBENAR KERAJAAN SINGAPURA 1973-1974
Juta$
% agihan
Jumlah Perbelanjaan Pembangunan

1,356

100.0

Kepada Pembangunan Ekonomi

841

62.0

(a) Pembangunan Perusahaan

463

34.1

(b) Kegunaan-kegunaan Awam

198

14.6

(c) Lain-lain

180

13.3

Kepada Pembayaran Sosial

442

32.6

(a) Perumahan

301

22.2

(b) Lain-lain

141

10.4

Kepada Pentadbiran Awan dan pertahanan

73

5.4

Sumber: Singapore Yearbook, 1974.


Di Singapura, oleh kerana pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada badan-badan
berkanun, maka perbelanjaan modal kerajaan yang sebenarnya tidaklah begitu besar, kerana sebahagian besar dari kumpulankumpulan modal dalam belanjawan pembangunan dipinjamkan kepada badan-badan berkanun untuk kegiatan-kegiatan pembangunan
dan perkembangan badan-badan tersebut. Dalam tahun 1969, pihak kerajaan bersama-sama badan-badan berkanun mem-belanjakan
$343 juta. Dari jumlah tersebut 62 peratus adalah untuk pembangunan ekonomi dan sebahagian besar dari jumlah selebih-nya
dibelanjakan untuk pembangunan sosial.
JADUAL 10.5 BASIL BIASA SEBENAR KERAJAAN MALAYSIA, 1974
juta $
%agihan
I.

Hasil Cukai

A. Cukai-cukai Langsung

1,390

29.6

1. Cukai Pendapatan

1,299

27.1

Lain-lain

91

1.9

B. Cukai-cukai Tak Langsung

2,957

61.7

1 . Cukai-cukai Ekspot

943

19.7

dan Cukai Tokok

1,335

27.9

3. Lain-lain Cukai

679

14.1

Jumlah Hasil Cukai (A + B)

4,347

90.7

2. Cukai-cukai Impot eksais

II.
Hasil tidak dikenakan Cukai (termasuk jaminan
perdagangan, faedah pelaburan, dan lain-lin
443

9.3

4,790

100.0

Sumber: Lapoian Ekonomi, 1975-76. Perbendaharaan Malaysia.


PEMBIAYAAN PERBELANJAAN KERAJAAN
Jadual 10.5 dan Jadual 10.6 mencatitkan sumber-sumber ke-wangan yang boleh digunakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Singapura untuk membiayai perbelanjaan masing-masing. Se-cara amnya ada lima kaedah utama mencari hasil pendapatan kerajaan:
(a) cukai; (b) menjual barangan-barangan dan khidmat-khidmat; (c) meminjam (d) peruntukan dari negara-negara asing; dan (e)
mencipta wang-wang baru. Semua kaedah di atas melainkan (e) digunakan oleh kedua-dua kerajaan bagi mencari hasil pendapatan.
Walaupun begitu, sumber dari peruntukan negara-negara asing tidaklah merupakan satu sumber pembiayaan yang penting bagi keduadua negara. Secara amnya, juga kedua-dua negara menggunakan sumber-sumber cukai dan penjualan barang-barang dan khidmatkhidmat kerajaan untuk membiayai perbelanjaan berulang manakala perbelanjaan-perbelanjaan pembangunan pula dibiayai melalui
pinjaman-pinjaman.
JADUAL 10.6 BASIL BIASA SEBENAR KERAJAAN SINGAPURA, 1973-1974
juta$
%I. Hasil Cukai
A. Cukai-cukai Langsung

760

40.5

(c) Cukai Pendapatan


(d) Cukai Harta
(e) Lain-lain cukai

520
200
40

27.7
10.7
2.1

B. Cukai-cukai Tak Langsung

545

29.1

1 . Kastam dan Eksais


(f) Minuman Keras
(g) Tembakau
(h) Petrol
(i) Cukai-cukai Perlindungan
(j) Lain-lain

92
93
108
90
51

4.9
4.9
5.8
4.8
2.8

2. Lain-lain Cukai Tak langsung

111

5.9

Jumlah Hasil Cukai (A + B)

1,305

69.6

II. Bayaran balik dan Jualan-jualan barang-barang 242


dan khidmat-khidmat

12.9

III. Pendapatan dari Pelaburan-pelaburan dan 188


Harta

10.0

IV. Lain Hasil

140

7.5

JUMLAH

1,875

100.0

Sumber: Yearbook of Statistic (Singapura, 1969).


1. Cukai. Kaedah yang selalu digunakan untuk membiayai per-belanjaan kerajaan ialah melalui cukai, terutamanya bagi perbelan-jaan
untuk memberi khidmat kepada seluruh masyarakat dan Uiidmat-khidmat itu pula tidak boleh dipecah-pecahkan kepada yunit-yunit
kecil untuk dijual. Khidmat-khidmat seperti itu selalu-aya diberi percuma dan wang yang diperlu untuk menyediakan khidmat-khidmat
tersebut dikutip melalui cukai, yaitu pembayaran wajib kepada kerajaan oleh pihak individu-individu secara per-seorangan. Oleh
kerana pihak kerajaan lebih banyak menyediakan khidmat-khidmat sosial daripada khidmat-khidmat lain maka de-ngan itu cukai juga
adalah menjadi sumber paling besar bagi pendapatan berulang kerajaan..Di Singapura cukai menyumbang-kan 69'6 peratus dari jumlah
pendapatan berulang dalam tahun 1973/74, sedangkan di Malaysia pula cukai menyumbang sebanyak 90-7 peratus dari jumlah
pendapatan berulang negara tersebut.
Ada dua jenis cukai, yaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai-cukai langsung dibayar secara langsung oleh orang-orang
dan institusi-institusi yang dikenakan cukai dan cukai seperti ini termasuklah cukai pendapatan, cukai harta, cukai mati (cukai
warisan) dan cukai kepala (poll tax). Cukai-cukai tidak langsung adalah cukai-cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan dan
khidmat-khidmat dan selalunya dibayar secara tidak langsung sebagai sebahagian daripada harga barangan-barangan dan khidmat-

khidmat yang diberi. Misalan cukai ini ialah cukai kastam (yaitu cukai ekspot dan cukai impot), cukai eksais dan cukai jualan. Keduadua jenis cukai di atas dikenakan di Malaysia dan di Singapura. Jenis-jenis utama cukai-cukai tersebut yang dikenakan di Malaysia dan
di Singapura dihuraikan pada Jadual 10.5 dan Jadual 10.6.
Di kedua-dua buah negara lebih banyak hasil kerajaan diterima daripad cukai tak langsung, kerana kumpulan-kumpulan yang berpendapatan kecil lebih ramai bilangannya dan juga kerana cukai tak langsung lebih mudah dikutip dan kos mengutip pun lebih rendah
berbanding dengan cukai-cukai langsung. Di antara dua negara tersebut, Malaysia adalah lebih besar bergantung pada cukai-cukai tak
langsung. Lebih kurang 68 peratus dari hasil cukai Malaysia datangnya dari cukai-cukai ekspot ke atas hasil-hasil keluaran peringkat
pertama yang utama khususnya getah dan bijih timah; cukai impot dan cukai eksais ke atas tembakau, minuman keras, petrolium gula
dan berbagai hasil-hasil kilang seperti tele-visyen, radio, peti ais, kipas-kipas angin, alat hawa dingin, cerek-cerek letrik dan lain-lain
lagi. Singapura bukan pengeluar hasil peringkat pertama seperti Malaysia, oleh itu hasil Kerajaan yang bersumberkan cukai tak
langsung datangnya secara besar dari cukai kastam dan eksais ke atas minuman keras, petrolium dan gula serta juga cukai-cukai
perlindungan (protective duties). Cukai ekspot tidak dikenakan. Pada tahun 1973/74 di Singapura, hasil dari cukai tak langsung
berjumlah 41.8 peratus dari jutnlah hasil cukai.
Cukai langsung pula adalah merupakan sumber hasil pendapatan yang lebih penting bagi Singapura berbanding dengan Malaysia
kerana sumbangan-sumbangan cukai ini kepada seluruh hasil pendapatan cukai ialah 58.2 peratus di Singapura dan hanya 32 peratus
di Malaysia. Di kedua-dua buah negara cukai pendapatan adalah sumber hasil pendapatan cukai langsung yang paling besar. Di
Malaysia hampir seluruh sumbangan hasil dari cukai langsung datangnya dari cukai pendapatan, yaitu 27.1 peratus daripada 29
peratus. Bagi Singapura pula daripada sumbangan cukai langsung sebanyak 40.5 peratus dari seluruh hasil pendapatan cukai dalam
tahun-tahun 1973/74, 27.7 peratus datang dari cukai pendapatan. Di kedua-dua buah negara, cukai pendapatan meliputi kedua-dua
cukai pendapatan perseorangan dan cukai keuntungan syarikat. Cukai pendapatan dikenakan ke atas semua jenis pendapatan yang
datang dari dalam negara-negara tersebut dan juga dari pendapatan yang dibaw'a masuk oleh penduduk-penduduk yang bermastautin
dan syarikat-syarikat yang 'bermastautin'
Di kedua-dua buah negara, beberapa potongan tertentu dibenarkan daripada pendapatan perseorangan dan pendapatan syarikat
sebelum pendapatan-pendapatan tersebut dikenakan cukai. Po-tongan-potongan dari pendapatan perseorangan dari kedua-dua buah
negara termasuk:
(i) Elaun peribadi sebanyak $2,000.00;
(ii) Elaun tenaga pendapatan sebanyak $1,000.00;
(i) Elaun isteri sebanyak $1,000.00 di Malaysia dan di Singapura elaun isteri juga sebanyak $1,000.00 tetapi ditolak sebarang elaun
tenaga pendapatan kerja yang dituntut di atas isteri itu sendiri;
(iv) Elaun kanak-kanak dan
(v) Elaun untuk sumbangan-sumbangan kepada polisi insuran nyawa dan kumpulan-kumpulan Simpanan Wang (Provident Fund) dan
juga derma-derma kepada badan-badan amal. Pendapatan yang dikenakan cukai, yaitu pendapatan bersih setelah potongan-potongan
dilakukan, dicukai dengan kadar-kadar yang progresif (lihat ladual 8.10). Pendapatan pembayar cukai dan isterinya boleh ditaksirkan
secara berasingan untuk tujuan cukai.
Potongan-potongan yang dibenarkan kepada syarikat-syarikat di kedua-dua buah negara termasuk segala perbelanjaan yang terlibat
dalam usaha pengeluaran pendapatan tersebut seperti ganjaran-ganjaran kepada pekerja-pekerja, sewa, faedah modal yang di-pinjam
dan elaun-elaun susutan bangunan-bangunan, peralatan-peralatan, dan mesin-mesin. Bagi tujuan menggalakkan per-kembangan
perusahaan dan kegiatan mengekspot barang-barang buatan kilang, beberapa perkecualian cukai khas dan elaun susutan yang lebih
banyak dibenarkan kepada syarikat-syarikat perintis dan lain-lain syarikat yang berorientasikan ekspot. Setelah segala po-tonganpotongan selesai dikenakan, barulah keuntungan syarikat dicukai mengikut kadar sama rata sebanyak 40 peratus.

Selain dari cukai syarikat, di Malaysia beberapa cukai pendapatan yang lain juga dikuatkuasakan. Cukai-cukai tersebut ialah:
(i) Cukai pembangunan sebanyak 5 peratus yang dikenakan terhadap semua pendapatan-pendapatan perniagaan, yaitu pendapatan
perniagaan-perniagaan yang ditubuhkan dan juga yang bukan ditubuhkan dan juga dikenakan ke atas pendapatan-pendapatan yang
bersumberkan sewaan sebarang harta di Malaysia.
(w) Cukai keuntungan bijih timah ke atas pendapatan dari ke-giatan-kegiatan membijih timah sekiranya keuntungan lebih dari
$100.00 sepikul bijih timah yang dijual.
(IH) Cukai keuntungan kayu-kayan ke atas pendapatan dari ke-giatan-kegiatan perhutanan di Malaysia sekiranya keuntungan melebihi 10 peratus pendapatan kasar dan
(iv) Cukai pendapatan petrolium yang dikenakan ke atas setiap syarikat yang bergerak di Malaysia.
Di Singapura tiada dikenakan cukai pendapatan tambahan
seperti itu.
Di Singapura, cukai harta adalah sama pentingnya dengan cukai pendapatan. Jumlahnya ialah 10-7 peratus daripada semua hasil
berulang berbanding dengan 27.7 peratus jumlah cukai pendapatan. Di Singapura, cukai harta dikenakan ke atas harta-harta yang nilai
sewanya berjumlah $18 dan lebih setahun. Kadar yang dikenakan berbeda dari 12 peratus hingga 36 peratus, bergantung di mana
letaknya harta itu. Sumbangan yang besar dari cukai harta kepada hasil semasa adalah akibat kenaikan sewa yang melampau di tahuntahun kebelakangan ini.
Di Malaysia, kecuali Wilayah Persekutuan, cukai harta adalah di luarkuasa Kerajaan Persekutuan. Kuasa cukai tanah dipegang oleh
Kerajaan-kerajaan Negeri dan Tempatan. Kadar cukai yang di-kenakan berbeda dari Negeri ke Negeri dan bandar ke bandar. Cukai ke
atas tanah kerajaan dikira mengikut luasnya. Dalam tiap-tiap Negeri, suatu ukuran dibuat bagi menentukan tanah di luar bandar dan
bandar, dan bagi tanah di luar bandar, ditentukan juga kegunaannya untuk tujuan cukai. Sebaliknya pula, cukai yang dikenakan oleh
kerajaan tempatan adalah berasaskan nilai tanah.
2. Penjualan barangan-barangan dan khidmat-khidmat. Bagi Singapura hasil penjualan barangan-barangan dan khidmat-khidmat oleh kerajaan juga adalah satu unsur hasi pendapatan semasa yang agak penting berbanding dengan Malaysia. Kegiatan-kegiatan
perniagaan kerajaan Singapura dan Malaysia kebanyakannya berupa khidmat-khidmat pos dan talikom.
Selain daripada kegiatan-kegiatan pengeluaran barangan-barangan dan khidmat-khidmat, kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura
mempunyai beberapa sumber hasil pendapatan yang bukan berbentuk cukai. Di antaranya yang penting sekali ialah hasil pendapatan
dari pelaburan dan harta, termasuklah keuntungan dari kumpulan matawang (currency fund) dan pelaburan cadangan-cadangan resmi
(official reserves).
3. Pinjaman. Banyak kerajaan juga kerap bertindak meminjam sebagai satu cara membiayai perbelanjaan terutamanya perbelanja-an
modal. Pihak kerajaan boleh meminjam secara langsung dari pendahuluan-pendahuluan 'ways and means' dari Bank Pusat dan lainlain institusi kewangan. Secara tidak langsung pula pinjaman dibuat dengan cara menjual Bil-bil Perbendaharaan dan lain-lain sahamsaham kerajaan kepada orang ramai. Kerajaan boleh meminjam dari sumber-sumber dalam negara, yaitu dari orang-orang dan
institusi-institusi yang ada di negara tersebut serta boleh juga meminjam dari sumber-sumber asing (luar), yaitu dari orang-orang dan
institusi-institusi di luar negara. Kedua-dua jumlah hutang dalam negara dan hutang luar negara disebut hutang negara. Di kebanyakan
negara jumlah hutang negara tersebut memberi gam-baran tentang sejauh manakah pinjaman digunakan untuk membiayai perbelanjaan
kerajaan.
Di Malaysia dan di Singapura, pinjaman-pinjaman kerajaan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan dan

secara tidak langsung adalah untuk menggalakkan per-kembangan pasaran saham-saham. Di kedua-dua negara tersebut, sesuatu
lebihan pada belanjawan biasa akan dipindahkan ke kumpulan perbelanjaan pembangunan bagi membiayai perbelanjaan modal.
Misalnya, pada tahun 1974, sebanyak $473 juta lebihan belanjawan biasa di Malaysia telah dipindahkan ke kumpulan perbelanjaan
pembangunan. Di Singapura, lebihan yang sebenar-nya dipindahkan ke kumpulan perbelanjaan pembangunan adalah lebih banyak dari
yang ditunjukkan di akaun semasa kerana setiap tahun kerajaan memang menguntukkan sejumlah dari belanjawan biasa untuk
belanjawan pembangunan. Dalam tahun 1973/74, nilai peruntukan tersebut berjumlah 278 juta. Oleh itu terdapat lebihan sebanyak $20
juta pada akaun semasa di tahun itu, sejumlah $298 juta telah dipindahkan ke kumpulan perbelanjaan pembangunan. Di tahun-tahun di
mana lebihan belanjawan biasa agak besar juga, pindahan-pindahan lebihan tersebut merupakan sumber biaya perbelanjaan
pembangunan yang penting di Malaysia dan di Singapura. Sebaliknya, jika lebihan tidak besar dan belanjawan biasa mengalami
kurangan, maka terpaksalah pembiayaan perbelanjaan modal dicari dari sumber-sumber lain pula (demikian juga pembiayaan
belanjawan kurangan itu sendiri perlu dibiayai oleh sumber-sumber lain). Di antara sumber-sumber pembiayaan lain, pinjaman dalam
negaralah yang amat penting kerana sejak beberapa tahun yang lalu pinjaman-pinjaman membiayai lebih setengah dari jumlah
perbelanjaan pembangunan di Malaysia dan di Singapura. Pinjaman-pinjaman dalam negara di kedua-dua buah negara semuanya
adalah melalui penjualan bil-bil Perbendaharaan dan lain-lain cagaran kerajaan. Di akhir tahun 1974, jumlah hutang dalam negara
berjumlah $7,544.2 juta atau lebih sepertiga dari KNK Malaysia dan $4,028.5 juta atau kurang sedikit dari sepertiga dari KNK
Singapura.
Pinjaman-pinjaman luar negeri tidaklah begitu penting sebagai sumber pembiayaan perbelanjaan modal di Malaysia berbanding dengan
Singapura. Pada akhir tahun 1974, jumlah pinjaman luar ha-nya berjumlah $1,520.2 juta. Hampir kesemuanya dipinjam di pasar
London dan dari institusi-institusi pinjaman seperti Bank Antara-bangsa untuk Pembangunan dan Pemulihan (International Bank for
Reconstruction and DevelopmentIBRD). Di Singapura pula oleh kerana tindakan-tindakan besar-besaran perlu untuk mengatasi
kemelesetan akibat penarikan tentera masuklah IBRD dan Bantuan Khas United Kingdom (United Kingdom Special Aid). Satu perempat dari pinjaman Bantuan Khas United Kingdom berbentuk peruntukan dan selebihnya berbentuk pinjaman tanpa bunga.
4. Peruntukan-peruntukan Asing. Kerajaan-kerajaan boleh juga mendapat bantuan dari kerajaan-kerajaan lain dalam bentuk peruntukan dalam bantuan, (grants-in-aid) peruntukan kawasan (block grants) dan lain-Iain jenis bantuan-bantuan dan pinjamanpinjaman resmi. Banyak negara-negara sedang membangun mene-rima peruntukan dari negara-negara maju yang lebih kaya. Bagi
Singapura dan Malaysia peruntukan-peruntukan asing tidaklah merupakan sumber biaya yang penting. Di tahun-tahun yang akhir ini,
Kerajaan British telah memberi bantuan peruntukan untuk me-ringankan bebanan kesan-kesan pengunduran tentera British dari rantau
ini.Di zaman penjajahan dulu, kedua-dua kerajaan ada juga menerima peruntukan dari Tabung Kebajikan dan Pembangunan Penjajah
Inggeris (British Colonial Development and Welfare Fund).
5. Mencipta Wang Barn. Kadang-kadang Kerajaan bertindak mengecap wang kertas baru sebagai satu cara membiayai perbelanjaan. Kaedah ini tidaklah disukai kerana ia akan menimbul-kan kesan-kesan inflasi. Sebab itulah kedua-dua kerajaan Singapura
dan Malaysia tidak pern ah mengamalkan kaedah ini.
PRINSIP-PRINSIP CUKAI
Di bahagian IV telahpun disebut bahawa cukai adalah kaedah yang selalu digunakan untuk mendapat hasil pendapat kerajaan dan hal
ini adalah disebabkan kebanyakan barangan-barangan dan khid-mat-khidmatyang disediakan oleh kerajaan adalah untuk keguna-an
bersama oleh seluruh masyarakat. Cukai wajib dibayar oleh orang-orang yang dikenakan cukai, tidak kira samada mereka itu
mengguna atau tidak segala barangan-barangan dan khidmat-khidmat yang disediakan oleh kerajaan. Ada tiga prinsip yang digunakan

oleh kebanyakan kerajaan sebagai petunjuk kepada mengujudkan satu sistem cukai yang baik:
1. Kesan-kesan ekonomi. Sistem cukai mestilah berbentuk se-begitu rupa sehingga kesan-kesan yang tak diingini ke atas pengeluaran dan pengagihan bahan-bahan dapat dikurangkan. Sistem itu juga janganlah menghalang tetapi sebaliknya mestilah dapat meriggalak tercapainya pengagihan dan penggunaan bahan-bahan secara yang optima.
2. Ekuiti (Equity). Pembahagian beban cukai hendaklah meng-ikut standad ikuiti atau standad keadilan seperti yang diterima pada
masa ini.
3. Kos serta kesenangan Kutipan dan Pembayaran. Kos untuk jnengutip cukai bagi kerajaan dan kos serta kesusahan pembayaran
yang dialami oleh pembayar-pembayar cukai mestilah dikurangkan icbanyak yang boleh.
KESAN-KESAN CUKAI DARI SEGI EKONOMI
Cukai mengurangkan pendapatan-pendapatan persendirian dan jnemindahkan pendapatan-pendapatan tersebut dari sektor swasta
kepada kerajaan. Dengan berbuat demikian, tentulah cukai akan memberi kesan terhadap pengeluaran dah agihan bahan-bahan kerana
cukai mempengaruhi kelakuan individu-individu secara persendirian. Pengaruh-pengaruh ini membawa kesan pula ke atas kebolehan
bekerja, kebolehan menyimpan dan kebolehan melabur dan juga terhadap galakan untuk bekerja untuk menyimpan dan untuk melabur,
dan juga terhadap pilihan pengguna. Perkara-perkara tersebut tentunya akan dapat mempengaruhi corak pengeluaran.
1. Kesan-kesan terhadap kebolehan bekerja serta galakan bekerja. Cukai mungkin mengurangkan kebolehan seseorang itu
bekerja. Oleh itu di kebanyakan negara, pendapatan-pendapatan yang kurang dari sesuatu tingkat tertentu dikecualikan dari cukai
kerana adalah ditakuti kalau pendapatan yang sudah rendah itu dicukai pula lagi maka tentunya taraf hidup akan merosot lagi dan ini
tentunya akan mengurangkan lagi kebolehan bekerja.
Cukai boleh bertindak sebagai penghalang terhadap usaha kerja, kerana kalau sekiranya cukai ditambah, maka tentunya sesuatu kerja
tertentu ia akan memberikan pendapatan yang semakin kurang dari sebelumnya. Di kebanyakan negara hal tersebut men-jadi lebih
buruk lagi oleh kerana sifat cukai progresif yang digunakan menyebabkan orang-orang yang menerima pendapatan yang tebih tinggi
terpaksalah membayar cukai yang lebih tinggi kadar-nya. Keadaan cukai-cukai langsung yang terlalu progresif dan terlalu berat kadar
yang dikenakan tentu sekali akan melemahkan daya usaha bekerja kuat atau bekerja lebih masa, bahkan cukai seperti itu mungkin
menyebabkan pekerja-pekerja ponteng kerja dan dengan itu cukai seperti ini akan menjadi penghalang yang sinus terhadap usahausaha pengeluaran.
Walaupun begitu, ada pula hujah-hujah yang mengatakan cukai boleh menggalakkan usaha kerja yang lebih kuat. Misalnya dengan
dikenakan cukai ke atas pendapatan seseorang itu maka ia akan berusaha lebih kuat lagi untuk menjamin yang taraf hidupnya tetap

You might also like