You are on page 1of 19

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK

1.0 Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri

apabila diaplikasikan dalam bilik darjah

satu proses

yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,


akan membentuk satu pembelajaran yang

kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.


Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini
perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan
peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan
corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak
disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah
faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

D
e

e
n
d
e
k
a

n
a
s
i

t
a
n
Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

2.1 Pendekatan
PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu
kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa,
hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to
come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan
sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teoriteori atau generalisasi yang tertentu.

2.2 Strategi

STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah


yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan
menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara
optimum.
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara
merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

2.3 Kaedah

KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar


sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada
pendekatan yang diaplikasikan

tetapi tidak boleh bercanggah dengan

pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah
mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.
Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

2.4 Teknik

TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran


yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu
bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
3

.3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran
PENDEKATAN

STRATEGI
KONSEP
KAEDAH

TEKNIK

Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


3.1 Konsep pendekatan
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada
bagaimana

sesuatu

mata

pelajaran

diajar

cara

berdasarkan

objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori


seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada
spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau
alasan.

Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran

menarik.Ia merupakan satu pegangan dan

falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara .

3.2 Konsep strategi


Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang
diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil
pembelajaran yang telah ditentukan

3.3 Konsep Kaedah


Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini
bermakna

sesuatu

kaedah

yang

dipilih

haruslah

berlandaskan

kepada

pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.

3.4 Konsep teknik


Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru
mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan
,improvisasi,

permainan

bahasa,

bercerita,

simulasi,sumbangsaran

dan

sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras
pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan
juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan
pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang
mementingkan isi kandungan ataupun proses.

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran


Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai
bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana
jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses
pengajaran.
pelajaran bahasa

Rajah 3 :
pelajaran mata pelajaran

Keberkesanan
pendekatan

PENDEKATAN

4.1
keaktifan pengajaran dan
pelajar

cara-cara fakta disampaikan

Keaktifan

pengajaran dan pelajar


Pendekatan
merujuk

ini

kepada

memusatan guru ketika

cara pegelolaan murid

menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti
syarahan dan demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah
pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti

aktiviti

permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan


bahan atau maklumat .
6

4.2 Cara- cara fakta disampaikan


Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan
diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukumhukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah

satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan
antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga
merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak

4.3 Cara pengelolaan murid


Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah
pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,
pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah
yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah

4.4 Pengajaran bahasa


Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan
situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua
pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris.

4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.


Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan
menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.
7
5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa
pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau
pun objektif pengajaran. Segala bentuk

dan gabungan pendekatan dan kaedah serta

turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Strategi pengajaran memainkan peranan utama

apabila seseorang guru itu

mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan,


bakat

serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang

pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus
Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat
berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan
strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang
demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun
kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya

Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran


8
6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap
langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.
Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana
proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.

OSLKbrjektif-yangpsudolhmc

OLangkh-lytei Straegiynsudkm bjektifyangpdolhc Kjryangbikdpotf


Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif

6.1 langkah-langkah yang teliti


Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku
keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan
sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya
mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar
mencapai objektif pelajaran.

6.2 Strategi yang tersusun dan kemas


Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam
kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin
dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar
perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan

dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap
murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan.

6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.


Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya
dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh
dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau

objektif yang

terlalu tinggi dengan aras

pencapaian murid.

10
7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan
melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar

yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

7.1 Tujuan tujuan teknik

M e mn g b e a k nr Mai g lske amni t kgu baep nke airgn lh k sa i t nkula i pnm eg d ri nah g sntba imlha rnue gm dki nabu neptrbai dmh rtumea m e nbpu ger iad n au in t u k
psd ei a pm e lbinke u l hasmtk unjia emy prk an p g dnku e ay snt eimakn siaug pe arsi nde mags n ibau pethdul aniksjyag sd ramei kjlanpe ratly i kan sa d gnpsa eino ksr lageip hen k m go ulb a re hu l a nj a r a n
psd ei s mna gm a s pj a r iak tna nud aos nle lph ep g ma u s br u pe l a r jsa er ak on l a h a n
Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan
11

7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa

Teknik
pengajaran
bahasa

demont
rasi

ma
in

foru
m

perbinca
ngan

permainan
bahasa

dra
ma

latih
tubi

simul
asi

berceri
ta

soalja
wab

inkuir
i
sumbang
saran

kui
z

perbah
asan

Rajah 7 : Jenis-jenis teknik


7.2.1 Teknik main peranan
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah.
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam situasi yang diberikan
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar
melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai
aktiviti main peranan.
12
7.2.2 Permainan Bahasa

Aktiviti

pemulihan.
Contoh aktiviti

pembelajaran

sebagai

seperti

aktiviti

kuiz,puzzle,

pengukuhan,pengayaan
teka-teki,meneka,

dan

silangkata

,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan

sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan

intensif dan sebagai alat dianogstik.


Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

7.2.3 Latih tubi

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan

kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya

untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.


Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta

penting atau pun huruf-huruf.


Pelajar didedahkan dengan

memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.


Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.

aktiviti

menyebut,

mendengar

dan

13
13
7.2.4 Bercerita

Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.


Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan
melalui pementasan boneka.

Tujuan bercerita untuk:


Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

7.2.5 Inkuiri

Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan


yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :


1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
14

7.2.6 Perbahasan
Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.

Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah
yang bernas, logik dan berfakta.

7.2.7 Kuiz
Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara tekateki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,
makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir

7.2.8 Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid


Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam
Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.
sesi umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
berpeluang memberi cadangan
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.

15

Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik


7.2.9 Soaljawab
di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan


aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah

7.3.0 Simulasi
@

Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan

keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah


@

Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti

secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah


@

Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.

Tujuannya ialah :

Murid dapat menguasai kemairan bertutur


Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian
16

7.3.1 Drama

Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya


dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.3.2 Perbincangan

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas


Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi

idea ataupun masalah.


Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan

atau

pencemaran,

manakala

murid

berperanan

memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.


Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan
terhadap hasil perbincangan mereka.

17
7.3.3 forum
Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea
dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam
pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu

pengetahuan dan pengalaman

mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur
pelajar.

7.3.4 Demontrasi

Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu


aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.

Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk


melakukannya.

Memerlukan

pemahaman

yang

jitu

serta

berpetahuan

luas

ketika

melakukan sesuatu aktiviti

Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh


dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.

Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu


walaupun aras pencapaian mereka rendah
18

You might also like