You are on page 1of 2

1.

2.
3.
4.

SOALAN TEMUBUAL
Latar belakang
Pada pandangan anda, apa yang difahamkan tentang konsep budaya?
Berapa kumpulan etnik di Sarawak?
Bolehkah anda berkongsi sedikit keturunan, kepercayaan dan pantang larang

kumpulan etnik anda?


5. Adakah anda mengenali budaya kaum atau etnik yang lain?
6. Pernahkah anda menghadiri sebarang majlis atau aktiviti yang diadakan oleh kaum
lain?
7. Pada pandangan anda, apakah cara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan
hubungan baik dengan rakan kaum etnik yang lain?

LAPORAN TEMUBUAL
Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang
bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris,
budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud
mengolah atau mengerjakan. Budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya
manusia berasaskan pembelajaran dalam semua aspek kehidupan. Budaya mengandungi
tujuh unsur utama :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Agama dan upacara keagamaan


Sistem dan organisasi kemasyarakatan
Sistem pengetahuan
Bahasa
Kesenian
1

vi.
vii.

Sistem ekonomi
Sistem teknologi dan peralatan

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan masyarakat. Terdapat perbezaan


budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkembangan budaya
adalah mengikut perkembangan masyarakatnya. Ciri-ciri budaya adalah sama antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Ciri-ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok
ialah : budaya perlu dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, boleh diwarisi, berubah-ubah,
mempunyai unsur simbolik dan adanya pandangan semester (world view). Ada budaya
dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar. Kebudayaan berkembang
dan terus cipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Budaya merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Hal
ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya itu sendiri yang bermaksud budi+daya,
yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan fikiran.

You might also like