You are on page 1of 9

1

SECARA INDIVIDU PELAJAR DIKEHENDAKI MENULIS SATU ESEI BERKAITAN


FUNGSI FRASA BAHASA MELAYU DENGAN MENGAMBIL CONTOH DARIPADA
TEKS CERPEN.
1.0 Pengenalan
Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat
terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum
tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang mengkaji
hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2004), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Selain itu,
kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan
ragam ayat.
Cerpen yang telah saya pilih untuk dijadikan contoh ialah Sepucuk Surat daripada
Kawan karya Kamalkhalid Kamarludin.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

2
2.0 Fungsi Frasa dalam Bahasa Melayu
2.1 Fungsi Frasa Nama (FN)
Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur
inti juga disebut unsur utama, iaitu unsur yang wajib ada bagi membentuk sesuatu jenis
frasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Unsur inti frasa nama boleh wujud secara bersendirian
sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah inti tersebut. Frasa
nama mempunyai pelbagai fungsi dalam binaan ayat. Antara fungsi utamanya adalah
sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif. Fungsinya yang lain adalah sebagai
pelengkap kata kerja tak transitif dan unsur keterangan.
2.1.1 Sebagai Subjek
1. Surat itu telah kubaca berulang kali.
(M/S 121, Baris 2)
2. Ibu kata aku seperti orang gila apabila aku terlompat-lompat di depannya.
(M/S 121, Baris 7)
3. Bunyi jam loceng memecah kesunyian subuh,..
(M/S 126, Baris 28)
Perkataan yang telah dihitam dan dicondongkan ialah frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek ayat. Dalam ayat (2), unsur inti bagi subjek ayat itu ialah frasa nama ibu
yang hanya terdiri daripada satu patah perkataan. Ayat (1) dan (3) pula, menunjukkan
bahawa unsur inti bagi frasa nama boleh diikuti oleh penerang. Dalam frasa surat itu, intinya
ialah surat, manakala itu ialah penerang yang menerangkan surat.
2.1.2 Sebagai Predikat
1. Hari ini hari minggu.
(M/S 124, Baris 24)
2. Hari ini hari Sabtu.
(M/S 125, Baris 12)
Perkataan yang telah dihitam dan dicondongkan ialah frasa nama yang berfungsi
sebagai predikat ayat. Subjek dan predikat merujuk kepada pemenggalan ayat yang
membahagikan ayat kepada dua bahagian berdasarkan empat pola dalam bahasa Melayu,
iaitu frasa nama + frasa nama (FN + FN), frasa nama + frasa kerja (FN + FK), frasa nama +
frasa adjektif (FN + FA) dan frasa nama + frasa sendi nama (FN + FSN) (Dr. Faridah binti
Nazir). Ayat (1) dan (2) berpola frasa nama + frasa nama (FN + FN).
2.1.3 Sebagai Objek Kata Kerja Transitif
1. ......, aku telah mengirimkan surat kepadanya.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

3
(M/S 121, Baris 1)
2. ......, aku mengajak Abe pulang ke rumah dengan menaiki bas Park May.
(M/S 124, Baris 1)
3. ......, aku lupakan semuanya apabila aku dan Abe sudah berada di Berjaya Megamall.
(M/S 124, Baris 31)
Perkataan yang telah dihitam dan dicondongkan ialah frasa nama yang berfungsi
sebagai objek kata kerja transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek,
iaitu mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja
tersebut. Sebagai contoh, dalam ayat (1), kata kerja mengirimkan memerlukan objek untuk
melengkapkannya dan surat merupakan penyambutnya.
2.1.4 Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif
Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang terdiri daripada frasa
nama dan tidak dijumpai di cerpen yang dijadikan contoh. Pelengkap berbeza daripada
objek kata kerja transitif kerana pelengkap tidak boleh melalui proses pemasifan.
2.1.5 Sebagai Unsur Keterangan
Sebagai unsur keterangan, kehadiran frasa nama adalah tidak wajib dan tidak
dijumpai di cerpen yang dijadikan contoh. Misalnya, tanpa kehadiran di padang, ayat Saya
bermain bola tetap gramatis.

2.2 Fungsi Frasa Kerja (FK)


Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan terdiri daripada kata kerja
sebagai unsur intinya yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada
melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Frasa
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

4
kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan
antara kedua-duanya ialah frasa kerja tak transitif tidak mempunyai objek sementara frasa
kerja transitif sebaliknya.
2.2.1 Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT)
Frasa kerja tak transitif ialah frasa kerja yang tidak mempunyai objek. Walau
bagaimanapun sebahagiannya mempunyai pelengkap. Oleh itu, frasa kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tak berpelengkap dan berpelengkap.

2.2.1.1 Frasa Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap


1. Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Berkembar Petronas.
(M/S 122, Baris 4)
2. Aku menggelabah.
(M/S 123, Baris 20)
3. Petang itu aku dan Abe berjalan-jalan di sekitar Cenderawasih.
(M/S 124, Baris 8)
Frasa kerja tak transitif tak berpelengkap ialah frasa kerja yang tidak memerlukan
sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Ayat (2) sudah sempurna walaupun
tiada sebarang unsur mengiringi frasa kerja berkenaan manakala, perkataan yang telah
dicondong dan dihitamkan dalam ayat (1) dan (3) merupakan unsur keterangan. Unsur
keterangan boleh digugurkan dan ayat tersebut masih sempurna.
2.2.1.2 Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap
1. Mataku tertumpu pada muka jam.
(M/S 123, Baris 16)
2. Aku segera pergi ke Terminal Bas Makmur dengan menaiki bas.
(M/S 123, Baris 21)
3. Aku menyambut ketibaan Abe dengan gembira sekali.
(M/S 123, Baris 28)
Frasa Kerja tak transitif berpelengkap ialah frasa kerja yang memerlukan kehadiran
unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Perkataan yang dicondong dan dihitamkan
merupakan pelengkap bagi kata kerja tak transitif. Ayat tidak sempurna tanpa pelengkap.
Ayat (1), (2) dan (3) akan tergantung jika tidak mempunyai pelengkap selepas frasa kerja.
2.2.2 Frasa Kerja Transitif (FKT)
1. ......, aku telah mengirimkan surat kepadanya.
(M/S 121, Baris 1)
2. ......, aku mengajak Abe pulang ke rumah dengan menaiki bas Park May.
(M/S 124, Baris 1)
3. ......, aku lupakan semuanya apabila aku dan Abe sudah berada di Berjaya Megamall.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

5
(M/S 124, Baris 31)
Frasa kerja transitif memerlukan objek, iaitu kata kerja ini mesti diikuti oleh frasa
nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Oleh sebab frasa kerja
transitif mempunyai objek maka, boleh dipasifkan. Dalam ayat (1), (2) dan (3) hanya
terdapat objek tepat. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung
kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara
langsung kepada kata kerjanya (Nik Safiah Karim, 2004).
2.2.3 Frasa Kerja dengan Kata Bantu Aspek
1. ......, aku telah mengirimkan surat kepadanya.
(M/S 121, Baris 1)
2. ......, aku sudah menerima balasannya.
(M/S 121, Baris 2)
3. Surat itu telah kubaca berulang kali.
(M/S 121, Baris 2)
Peranan kata bantu aspek adalah menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan,
iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih atau belum dilakukan. Sehubungan itu,
kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan
itu sudah, sedang atau belum dilakukan. Sebagai contoh, dalam ayat (1), (2), dan (3), kata
bantu aspek yang digunakan menunjukkan perkara-perkara sudah dilakukan.

2.3 Fungsi Frasa Adjektif (FA)


Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya.
Frasa adjektif dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai
penerang frasa nama dan keterangan frasa kerja.
2.3.1 Sebagai Predikat Ayat
1. Aku agak gugup kerana terlalu gembira.
(M/S 122, Baris 3)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

6
2. Tanpa aku sedari rupa-rupanya hari telah larut malam.
(M/S 123, Baris 13)
3. Aku semakin lega melihat Abe yang kelihatan riang.
(M/S 126, Baris 8)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan predikat ayat yang
mempunyai frasa adjektif. Sebagai contoh, ayat (2) mempunyai kata bantu aspek (telah)
yang menyatakan bahawa sesuatu perkara itu sudah, belum atau sedang berlaku (Dr.
Faridah binti Nazir, 2014).
2.3.2 Sebagai Penerang Frasa Nama
1. Hatiku meluap-luap ingin bertanya tetapi terpaksa membatalkan hasratku itu apabila Abe
cuba berpura-pura ceria. (M/S 124, Baris 10)
2. ......, setelah lutut kami berasa lenguh,......
(M/S 125, Baris 2)
3. Lega hatiku apabila Abe memberitahuku dia hanya ingin ke tandas.
(M/S 125, Baris 23)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan frasa adjektif manakala, yang
bergaris merupakan frasa nama. Sebagai contoh, dalam ayat (2), frasa adjektif lenguh
muerupakan penerang kepada frasa nama lutut.
2.3.3 Sebagai Keterangan Frasa Kerja
1. Aku segera pergi ke Terminal Bas Makmur dengan menaiki bas.
(M/S 124, Baris 18)
2. Aku lihat Abe seperti orang yang runsing memikirkan sesuatu.
(M/S 124, Baris 9)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan frasa kerja, manakala yang
bergaris merupakan frasa adjektif. Sebagai contoh, dalam ayat (1), frasa adjektif segera
merupakan keterangan kepada frasa kerja pergi.
2.4 Fungsi Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti
oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu (Siti Hajar Abdul Aziz,
2011). Fungsi utama frasa sendi adalah sebagai keterangan. Frasa ini boleh hadir sebagai
unsur keterangan kepada frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
2.4.1 Sebagai Keterangan Frasa Nama
1. Kami balik ke rumah dengan membawa beberapa bungkusan plastik.
(M/S 124, Baris 4)
2. Aku dan Abe terus pulang ke rumah yang jaraknya kira-kira 500 meter.
(M/S 124, Baris 15)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

7
3. ......, Abe mengajak aku ke bandar untuk melihat-lihat perubahan yang berlaku
setelah hampir tiga tahun tidak dikunjunginya.
(M/S 124, Baris 25)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan frasa sendi nama sebagai
unsur keterangan frasa nama yang mendukung makna keterangan tempat [ayat (1), (2) dan
(3)] pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan. Frasa sendi nama hadir selepas predikat
frasa nama.
2.4.2 Sebagai Keterangan Frasa Kerja
1. ......, aku mengambil peluang untuk bertanyakan soalan yang kusimpan tadi.
(M/S 124, Baris 17)
2. ......, aku terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu.
(M/S 124, Baris 27)
3. Aku lupakan hasrat untuk membuka buku rahsia Abe walaupun pada mulanya aku
ingin mengetahui rahsia di dalamnya. (M/S 125, Baris 24)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan frasa sendi nama yang
menjadi keterangan kepada frasa kerja dan mendukung beberapa makna, antaranya
keterangan masa, tempat bandingan, tujuan [ayat (1), (2) dan (3)], hal, penyertaan dan alat.

2.4.3 Sebagai Keterangan Frasa Adjektif


1. Aku rasa hari ini bagaikan aku yang punya, ......
(M/S 121, Baris 6)
2. Ibu kata aku seperti orang gila apabila aku terlompat-lompat di depannya.
(M/S 121, Baris 7)
3. Aku bagaikan orang kurang siuman, ......
(M/S 121, Baris 13)
Perkataan yang dicondong dan dihitamkan merupakan frasa sendi nama yang
menjadi unsur keterangan bagi frasa adjektif yang mendukung makna-makna keterangan
bandingan [ayat (1), (2) dan (3)] hal, masa dan tujuan.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

3.0 Penutup
Frasa bahasa Melayu secara rumusnya boleh ditakrifkan sebagai unit yang terdiri
daripada satu perkataan dan boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa
merupakan unsur kepada ayat dan binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau
hanya predikat (Nik Safiah Karim et.al, 2004).
Kesimpulannya, frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan dan berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Perbezaan frasa dengan klausa ialah
frasa tidak mengandungi subjek dan predikat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Oleh itu, frasa
tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas,
terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan
frasa sendi nama (FSN).
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

Frasa mempunyai binaan yang berbeza antara satu sama lain dan mempunyai
fungsi yang berbeza. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Setiap binaan frasa digunakan dalam ayat dan
frasa berdasarkan kesesuaian dan jenis ayat.
Frasa endosentrik merupakan frasa yang mengandungi satu unsur inti . Unsur inti ini
mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FA
ialah frasa endosentrik. Hal ini demikian kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Frasa Eksosentrik terdiri daripada frasa sendi nama sahaja seperti, ke tandas, di
sekolah yang tidak mempunyai unsur inti. Kewujudan sendi nama di bergantung kepada
sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran.

RUJUKAN
Nik Safiah Karim et.al (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Dr. Faridah binti Nazir (2014). Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM
3103

You might also like