You are on page 1of 20

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 1

PENGURUSAN JENAZAH
UNIT77
UNIT

(TAJHIZ MAYAT)
AN
OBEKTIF AM

Unit

Mempelajari dan memahami konsep pengurusan jenazah yang


sempurna dalam Islam dan peraturan yang berkaitan dengannya
sertam melahirkan individu-individu yang mahir dan cekap dalam
pengurusan jenazah supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat
dengan sebaik-baiknya

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
menyatakan hukum-hukum yang berkaitan dengan
pengurusan jenazah
menerangkan tatacara Memandikan, Mengkapankan,
Menyembahyangkan dan Mengkebumikan jenazah
membezakan antara pengurusan jenazah muslim dengan non
muslim

UNIT 7-1

PENGURUSAN JENAZAH

UNIT
7

A 2001 / UNIT 7 / 2

PENGURUSAN JENAZAH
(TAJHIZ MAYAT)

INPU
T

7. PENGURUSAN JENAZAH
PENGENALAN
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan
oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila
tiada seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu
kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikan jenazah
2. Mengkapankan jenazah
3. Menyembahyangkan jenazah
4. Mengkebumikan jenazah
Sabda Nabi Muhammad s. a. w bermaksud:
"Hendaklah kamu segera menyelenggarakan jenazah (mayat), jika mayat itu baik kamu
mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika mayat itu tidak baik bererti kamu melepaskan
kejahatan daripada tengkok kamu".
(Muttafaqun Alaihi)
"Wahai Ali, tiga perkara jangan engkau lambat-lambatkan. Pertama sembahyang bila telah
masuk waktunya. kedua , menyelenggarakan jenazah bila ia telah hadir (ada) dan ketiga ketika
janda telah ada yang sekupu meminangnya"
(Riwayat Ahmaddan At-Tarmidzi)

UNIT 7-2

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 3

7.1

MEMANDIKAN MAYAT

7.1.1

Orang-Orang Yang Dibolehkan Memandikan Mayat

Orang-orang yang dibolehkan memandikan mayat ialah :


a. Islam
b. Merdeka
c. Bukan pembunuh si mati.
d. Bukan kanak-kanak.
e. Bukan musuh si mati.
f. Bukan orang yang fasiq.
g. Orang yang jujur dan amanah.
Peringatan : Jangan sekali-kali menceritakan keburukan tubuh badan si mati dan sebaliknya
hendaklah mencerita kan kebaikan si mati kepada ahli keluarganya.
7.1.2

Persediaan Dan Keperluan Untuk Memandikan Jenazah

Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah perlu disediakan terlebih dahulu
peralatannya adalah seperti berikut:
a) Sediakan tempat mandi.
b) 3 buah bekas air seperi baldi atau besin atau sebagainya yang boleh memuatkan dua
atau tiga gelen air.
c) Sabun mandi.
d) Kapor barus, daun bidara atau inai dan sintok, semuanya hendaklah direndam dalam
bekas yang berasingan dengan air yang mutlak sehingga hancur dan ditapis dengan
kain yang bersih.
e) Air bersih (air mutlak).
f) Bekas air kedua diisi dengan air bidara atau inai atau air mawar.
g) Bekas air ketiga diisi dengan air kapor barus.
h) Sugi - 7 batang.
i) Sarung tangan - 3 atau 5.
j) Sedikit kapas untuk membersihkan telinga, hidung dan lain-lain..
k) Baldi serta gayong.
l) Kain yang cukup untuk menutup aurat semasa mandi. Sebaiknya yang berwarna gelap
dan tidak terlalujarang.
m) Peringatan : Hendaklah memandikan ditempat yang tertutup. Sebaiknya disediakan
tempat khusus yang curam ke arah kaki supaya mudah air mengalir.

UNIT 7-3

PENGURUSAN JENAZAH

7.1.3

A 2001 / UNIT 7 / 4

Cara Memandikan Jenazah.

Mayat perempuan hendaklah dimandikan oleh orang perempuan daripada keluarga


terdekat. Mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh orang lelaki dan kalangan keluarga
terdekat juga. Suami boleh memandikan isterinya dan isteri boleh memandikan suaminya.
Berikut adalah cara-cara memandikan mayat .
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)

Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.


Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
memakai sarong tangan sebelah kiri.
Sediakan air sabun.
Sediakan air kapur barus.
Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya
secara perlahan-lahan serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas
Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah
jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"


Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"


m) Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan
air bersih.
n) Siram sebelah kanan 3 kali.
o) Siram sebelah kiri 3 kali.
p) Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah
belakang.
q) Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
r) Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
s) Lepas itu siram dengan air kapur barus.
t) Lepas itu wudukkan mayat.

UNIT 7-4

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 5

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
7.1.4

Cara Mewudukkan Jenazah

a) Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah
dimandikan oleh perempuan.
b) Siram dengan air sembilan.
c) Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah
dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
d) Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
e) Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
f) Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan
bersama
Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

UNIT 7-5

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 6

7.2 MENGKAFANKAN JENAZAH


Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan
mayat telah disediakan.
7.2.1 Peralatan Dan Pekakas
Peralatan mengkafan mayat yang perlu disediakan adalah seperti berikut :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
7.2.2

Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa


Gunting
Kapas
Cendana
Kapur barus
Air mawar
Minyak wangi (Minyak Attar)
Tikar jerami
Bantal (dari daun pandan)
Tempat mandi yang khas.
Cara-Cara Mengkafankan Jenazah

Pertama :
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang
paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan
letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu
dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua :
Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di
bawah kain kafan tersebut.
Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang
digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya

UNIT 7-6

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 7

Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang
sudah dibentangkan.

Kelima :
Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah
disebutkan di atas.
Keenam :
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas
sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah
disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di
bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Gambarajah dibawah menerangkan cara-cara mengkafan secara bergambar.

Gambarajah 1:Penyediaan kain kafan.

Gambarajah 2: Kapas menutup


muka kedua buah dada kedua
telinga kedua siku tangannya
kedua tumitnya.

Gambarajah 3: kain kafan ditutupkan dari


lembar yang paling atas sampai lembar
yang paling bawah.

UNIT 7-7

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 8

7.3. SOLAT JENAZAH


Pengenalan Solat Jenazah
Solat jenazah hukumnya fardhu kifayah bagi semua orang muslim yang hidup. Jika telah
dikerjakan, oleh seorang sekalipun, maka gugurlah kewajibannya dari yang lain.
Solat ini mempunyai beberapa syarat, rukun, dan sunat.huraian terperinci dinyatakan di
bawah.
7.3.1

Syarat-Syarat Jenazah Yang Boleh Disolatkan

Bil.
Syarat-Syarat Solat Jenazah
Jenazah harus orang muslim.
Jenazah telah disucikan.
Jenazah berada di depan orang yang menyolatkannya.
Bukan mati syahid yang gugur dalam pertempuran melawan orang kafir.
Bagian tubuh mayat yang ada, yang disolatkan itu, haruslah merupakan bagian
terbesar.
Bayi yang lahir keguguran jika dilahirkan dalam keadaan tidak menangis, karena
sudah mati dalam kandungan ibunya, maka ia tidak boleh disolatkan.

1
2
3
4
5

7.3.2

Syarat-Syarat Yang Berkaitan Dengan Orang Yang Menyolatkan Jenazah

Adapun syarat-syarat yang berkaitan dengan orang yang menyolatkan jenazah adalah
sama dengan syarat-syarat solat biasa
Bil.
1

Syarat-Syarat Orang Yang Menyolatkan Jenazah


Islam

2
Akil baligh
3
Suci daripada hadas kecil dan besar
4
Niat
5
Menghadap kiblat
6
Menutup aurat

UNIT 7-8

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 9

7.3.3 Cara-Cara Menyembahyangkan Jenazah


Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah cara
sembahyangnya adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.

Letakkan mayat di hadapan imam melintangi kiblat.


Bagi mayat lelaki imam berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
Bagi mayat perempuan, imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Untuk menyembahyangkan jenazah ghaib iaitu mayat yang hilang tidak dijumpai
seperti mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar,
dimakan harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat
tanpa perlu ada jenazah di hadapannya.
e. Seboleh-bolehnya hendaklah diadakan sebanyak 3 saf atau lebih. Sekurangkurangnya setiap satu saf dua orang.Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan
oleh seramai 40 orang.
7.3.4

Rukun-Rukun Solat Jenazah

Rukun sembahyang jenazah ada tujuh Rukun-rukun tersebut adalah:


Bil.

Rukun

UNIT 7-9

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 10

Niat.
Lafaz niat adalah seperti berikut:
1
Mayat lelaki

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir
fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
Mayat perempuan

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

iii. Niat umum hadir dan ghaib, lelaki atau perempuan,


(Sahaja aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam menjadi
makmum, kerana Allah Taala).
2
3
4

Berdiri Betul - Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan
sujud atau sebagainya.
4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram
Membaca Al-Fatihah - Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama

Selawat ke atas Nabi - Membaca selawat sesudah takbir kedua,

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan
berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau
memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

UNIT 7-10

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 11

Doa bagi jenazah - Membaca doa sesudah takbir ketiga


Berdoa boleh dilakukan dengan doa apa saja, sekalipun hanya sedikit, dan paling
sedikit adalah, "Allahummaghfir lahu warhamhu" (Ya Allah, ampunilah ia dan
rahmatilah).

- doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah
dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya
(kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari
segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan
gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang
lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan
peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."
7

Memberi salam
Selepas mengangkat takbir yang keempat disunatkan membaca doa seperti di bawah ini
:
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau
memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi
saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah
menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya
Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."

7.3.5 Perkara-Perkara Sunat Dalam Sembahyang Mayat


Perkara-perkara sunat dalam sembahyang mayat adalah sebagai berikut.:
a. Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir.
UNIT 7-11

PENGURUSAN JENAZAH

b.
c.
d.
e.
f.
g.

A 2001 / UNIT 7 / 12

Mengangkat tangan pada takbir pertama, dan setiap kali takbir


Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang.
Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik.
Diperbuat 3 saf (barisan)
Membaca isti'adzah sebelum membaca Al-Fatihah
Membaca doa ke atas mayat pada takbir yang ke empat.

7.4.MENGKEBUMIKAN MAYAT
7.4.1 Membawa Mayat Ke Kubur:
a.Dipikul denagn pengusungan empat penjuru.
b.Bersegera pada membawa jenazah.
c.Orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan
Sekurang-kurang kubur ialah satu lubang yang boleh menahan bau busuk dan tidak dapat
dibongkar oleh binatang buas, dan seelok-eloknya hendaklah kubur itu luas dan dalam,
lebih kurang enam kaki dalamnya.
7.4.2 Jenis Liang
Jenis liang yang biasa dibuat adalah 2 jenis:
a. Liang lahad ertinya dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi
bahagian kubur.
b. Liang syaq ertinya diperbuat satu lubang kecil di tengah seluas badan mayat di sebelah
bawah kubur.
7.4.3

Memasukkan Mayat Ke Dalam Kubur

Memasukkan mayat ke dalam kubur dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dengan


disambut oleh tiga orang yang menanti di dalamnya, kemudian dibaringkan di atas lambung
kanan menghadap kibla, kemudian ditutup liang lahad itu dengan papan atau dengan
seumpamanya, kemudian dikambus.

UNIT 7-12

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 13

PERMASALAHAN
Anak-anak yang gugur sebelum sampai bulannya:
a. Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka mayat itu
hukumnya seperti mayat orang besar.
b. Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia, maka hendaklah
dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan tidak payah disembahyangkan.
c. Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak wajib
padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.

7.5 RINGKASAN PENGURUSAN JENAZAH BERGAMBAR

1. Peralatan mandi mayat

Daun Bidara

Daun Inai

Kapur barus
Air Mawar

Air Wangian

Sabun Mandi

Tanah atau debu


UNIT 7-13

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Daun bidara
Daun inai/ air mawar
Minyak wangi
Kapur barus
Sabun mandi
Tanah(debu)
Segulung kapas
Tapis atau kain jarang

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 14

Segulung kapas

Tapis atau jaring

Gambarajah 7.5(1) : Peralatan mandi mayat

Gunting
/pisau

Baldi air
Lidi

Cebuk
Tanggung

Dulang

Air mutlak

Air daun
Bidara

Air kapur
barus
UNIT 7-14

9. gunting(pisau)
10. Baldi air
11. Gayung
12. Lidi/butik kapas
13. Tempat mandian
14. Dulang
15. Air mutlak
16. air Daun Bidara
17. Air Kapur Barus

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 15

Gambarajah 7.5 (2) : Peralatan mandi mayat


A & B bertugas membersih
serta menghilangkan najis

C bertugas mencurah air


ke seluruh badan mayat

2. Cara memandikan mayat


Sekurang-kurang 3 orang
yang bertugas memandikan
mayat
1. Seorang ditugaskan
mencurahkan air mutlak
ke atas mayat tersebut
2. Dua orang pula
ditugaskan menggosokgosok mayat mayat
tersebut untuk
membersihkan najis yang
terdapat pada mayat
tersebut

Gambarajah 7.5(3) : Cara memandikan mayat

Curahkan air mutlak ke


seluruh badan dari kepala ke
kaki

Iringkan ke kanan pula untuk mencurah air mutlak di


bahu kirinya dan di bahagian belakang mayat .
Gambarajah 7.5(4): Memandikan mayat

UNIT 7-15

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 16

2 buku cendana

2 gulung kapas

Bekas untuk pekakas

Tikar

Gunting

3. Peralatan
mengkafankan mayat
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Dua Gulung kapas


Dua buku cendana
Bekas untuk pekakas
Gunting
Tikar
Kain putih( Sepanjang
13 ela dan lebar 45 inci
atau 60 inci)

Kain putih 13 ela dan lebar


45 inci atau 60 inci

Gambarajah 7.5(5) : Peralatan mengkafankan mayat

AKTIVITI
AKTIVITI
77
Aktiviti 7 ini adalah
berkaitan dengan tajuk
yang anda telah pelajari
iaitu tentang :
Pengurusan Jenazah

1. Sebutkan 4 perkara yang menjadi Fardhu Kifayah ke atas orang-orang Islam terhadap
orang mati?.
2.

Nyatakan syarat-syarat mereka solat jenazah

UNIT 7-16

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 17

MAKLUM
MAKLUM
BALAS
BALAS
7 Fardhu Kifayah ke atas orang-orang Islam terhadap orang mati
1. Perkara yang menjadi7
ialah:

a.
b.
c.
d.

Memandikan jenazah
Mengkapankan jenazah
Menyembahyangkan jenazah
Mengkebumikan jenazah

3. Terdapat 5 Syarat bagi mereka yang hendak solat jenazah seperti dalam rajah di bawah :
Bil.
Syarat-Syarat Solat Jenazah
1

Jenazah harus orang muslim.

Jenazah telah disucikan.

Jenazah berada di depan orang yang menyolatkannya.

UNIT 7-17

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 18

Bukan mati syahid yang gugur dalam pertempuran melawan orang kafir.

Bagian tubuh mayat yang ada, yang disolatkan itu, haruslah merupakan bagian
terbesar.
Bayi yang lahir keguguran jika dilahirkan dalam keadaan tidak menangis, karena
sudah mati dalam kandungan ibunya, maka ia tidak boleh disolatkan.

PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB
SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1.Setiap Ibadat ada rukunnya.Sebutkan rukun-rukun solat jenazah.

2. Apakah syarat -syarat orang-orang yang dibolehkan memandikan mayat?

UNIT 7-18

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 19

TAHNIAH!

Anda telah berjaya menyelesaikan semua


soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas
untuk memastikan jawapan anda adalah
betul.

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Rukun solat jenazah ada tujuh seperti berikut:


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Niat.
Berdiri Betul
4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram
Membaca Al-Fatihah
Selawat ke atas Nabi
Doa bagi jenazah
Memberi salam

2. Orang-orang yang dibolehkan memandikan mayat adalah seperti berikut:


h. Islam
i. Merdeka
j. Bukan pembunuh si mati.
k. Bukan kanak-kanak.
l. Bukan musuh si mati.
m. Bukan orang yang fasiq.
n. Orang yang jujur dan amanah.

UNIT 7-19

PENGURUSAN JENAZAH

A 2001 / UNIT 7 / 20

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!
Kalau sudah jom kita
ke Unit 8

UNIT 7-20

You might also like