You are on page 1of 2

Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke

sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu
tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan
Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan
kepadapelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popular di seluruh
dunia. Pada 2004, terdapat lebih 763 juta ketibaan pelancong
( http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan)
sektor pelancongan penyumbang besar pendapatan negara, dan menjana kesan
pengganda yang besar dalam kegiatan ekonomi.persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah,
kemajuan ekonomi, peluang pendidikan,peluang pekerjaan dan rawatan yang banyak akan
menarik kadar ketibaan pelancong yang tinggi dari pelosok dunia.
Sebagai contoh, pada tahun ini suatu pertandingan yang amat diminati oleh semua
lapisan masyarakat diseluruh dunia telah dianjurkan iaitu Piala Dunia yang bertempat di
Brazil. Hal ini menunjukkan bahawa keadaan ini ialah suatu pelancongan dari segi
pelancongan sukan. Perkara ini merupakan sukan bertaraf antarabangsa dimana keadaan
tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan keuntungan dan pendapatan dalam negara bahkan
juga dapat memperkenalkan negara Brazil kepada pelancong asing. . (Piala Dunia,2014)
Terdapat banyak lagi aktiviti pelancongan di dunia ini termasuklah negara Malaysia.
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Malaysia telah mengadakan
Tahun Melawat Malaysia untuk para pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara. Tahun
Melawat Malaysia merupakan acara besar-besaran yang dianjurkan di Malaysia. Ini
merupakan edisi Tahun Melawat Malaysia yang keempat, selepas tiga usaha sedemikian pada
tahun 1990, 1994 dan 2007. Acara ini dimulakan pada 4 Januari 2014. Kera Bekantan telah
dipilih sebagai maskot TMM 2014. Hidungnya yang besar menarik perhatian umum. Mereka
mempunyai perut yang besar dan hidup dalam berkumpulan. Mereka bukanlah seperti moyet
yang suka bergayut dan makan pisang masak. Monyet ini mempunyai kaki yang berselaput
serta perenang yang baik. Kera ini diambang kepupusan dan biasanya ditemui di Borneo dan
kebanyakannya di Sabah.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Melawat_Malaysia_2014)
keadaan ini menarik ramai pelancong asing untuk datang ke malaysia.
Sabah merupakan antara destinasi pelancongan yang unik. Kerana kepelbagaian flora
dan fauna yang terdapat di negeri ini berbanding di kawasan negara lain. Sebagai contoh
spesis burung, monyet, dan tumbuh-tumbuhan. Khusussnya di kawasan kundasang.
Kundasang merupakan kawasan pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu.
oleh kerana kundasang berdekatan dengan Gunung Kinabalu , maka udara di kundasang
sejuk dan selesa untuk dinikmati.
Masyarakat di kundasang kebanyakkannya adalah petani dan peniaga. Keadaan ini
dapat kita lihat melalui kegiatan yang dijalankan iaitu menanam sayur-sayuran dan peniaga
yang berniaga di pekan kundasang kebanyakkannya orang tempatan. Kundasaang juga

merupakan kawasan tinggalan sejarah perang dunia ke-2 di negara malaysia. Di kundasang
terdapat sebuah kawasan tinggalan sejarah perang dunia ke-2 iaitu War Memorial Park.
kawasan ini dibina dan dijaga khas untuk memperingati askar-askar Australia dan British
yang ditawan oleh tentera Jepun semasa perang dunia ke-2. . (Http://Percutian di Kundasang)
Kaum di kundasang majorinya adalah kaum Dusun, Bajau, Melayu dan cina. Namun
terdapat sebilangan daripada pendatang dari indonesia yang terdiri dari Bugis, Tator, Jawa
dan Timor yang mana telah lama menjadi sebahagian daripada penduduk tetap yang juga
menyumbang kepada pergerakkan ekonomi di sekitar kundasang. Walaupun kundasang ini
hanyaa sebuah pekan yang kecil, namun perkhidmataan atau kemudahan yang ada dalam
keadaan yang baik, iaitu jawatankuasa menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti
dewan, jalur lebar, jalan raya, dan motel,hotel serta motel untuk penginapan para pelancong
yang datang. . (Http://Percutian di Kundasang)
Aktiviti pelancongan yang ada kundasang ialah, Desa Cattle. Desa Cattle merupakan
kawasaan penternakan lembuh. Kawasan ini terletak di kundasang bbahagian Mesilau.
Kawasan ini juga dikenali sebagai projek tenusu desa, jara k ladang dengan Desa Cattle kirakira 8 kilometer. Terdapat 680 ekor lembu tenusu, yang diusahakan di desa Cattle
termasuklah baka Fresian yang diimport dari negara luar sebagai contoh New Zealand dan
Australia. . (Http://Percutian di Kundasang)

You might also like