Mushroom Sup

You might also like

You are on page 1of 1

Mushroom sup

Bahan-Bahan :200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis
90gm butter / margarine
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih diketuk
1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) didihkan air dan
masukkan kiub tadi kemudian ketepikan.
1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)
3 sudu besar tepung gandum.
1 ranting Parsli sekiranya ada
Lada hitam dan garam secukup rasa.

Penyediaannya
1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan
bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu dan
jangan sampai bawang bertukar warna.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau selama
2-3 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan stok ayam tadi kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas mendidih ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.
7. Dengan menggunakan food processor atau blender hancurkan (blend) sup
tadi sehingga sebati.
8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan
biarkan mendidih.
9. Selepas mendidih matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic
bread)

You might also like