You are on page 1of 3

Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada

kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.


Latihan 2: Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan
rancangan pelajaran yang berkesan untuk mengelakkan lima kesilapan biasa.

Perkara

Kesilapan
Tidak menyatakan apa yang

Aspek yang sepatut dipertimbangkan


Menyatakan objektif pembelajaran secara

Objektif

pelajar akan buat atau perolehi

eksplisit seperti menyenaraikan, menjelaskan,

yang boleh diperhatikan.

memberikan contoh atau menunjukkan cara

Objektif tidak dinyatakan

yang betul apa yang telah diajarkan.


Penilaian perlu dibuat seiring dengan objektif

Penilaian

dengan betul dan penilaian

yang telah dinyatakan dengan betul. Penilaian

Pelajaran

tidak dapat dilakukan.

boleh dibuat dengan cara praktikal, bertulis atau

Penggunaan bahan yang tidak

tugasan oleh pelajar.


Penggunaan bahan pengajaran yang betul dan

selaras dengan objektif

sesuai adalah perlu bagi memudahkan pelajar

pelajaran serta penggunaan

memahami konsep yang betul. Bahan

bahan yang tidak menyeluruh.

pengajaran perlu pelbagai dan dipilih sesuai

Arahan yang diberikan oleh

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.


Arahan guru perlu jelas dan tepat serta

Bahasa

guru tidak dapat difahami oleh

berulang-ulang sebelum dan semasa

Arahan

pelajar. Arahan yang diberi

pengajaran bermula. Arahan yang diberi juga

tidak selaras dengan tahap

perlu menggunakan intonasi suara yang kuat,

pembelajaran atau kefahaman

ringkas dan mudah difahami oleh pelajar.

pelajar.
Aktiviti yang dibuat oleh pelajar

Aktiviti yang akan dijalankan perlu dirancang

tidak sama dengan yang telah

dengan teliti seiring dengan objektif pelajaran

dirancang dalam rancangan

dan penilaian yang hendak dilakukan. Aktiviti

pengajaran.

yang berkesan adalah perlu melibatkan semua

Bahan
Pengajaran

Aktiviti Pelajar

pelajar seperti aktiviti hands on. Ia juga perlu

memberi kesan yang positif ke atas apa yang


telah dipelajari.

Latihan 3
Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding
bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian.
Terdapat tiga jenis rancangan pelajaran iaitu rancangan pelajaran tahunan,
rancangan pelajaran mingguan dan rancangan pelajaran harian.
Matlamat perancangan bagi sebuah rancangan pengajaran tahunan adalah bagi
menjelaskan kandungan perancangan untuk sepanjang tahun, dengan membina jadual
mingguan bagi setiap semester.Rancangan pelajaran tahunan dibina berdasarkan
takwim mingguan persekolahan. Rancangan pelajaran tahunan mengandungi semester,
bilangan minggu untuk jangka masa setahun, topik, objektif, aktiviti pengajaran, hasil
pembelajaran dan ruangan catatan. Rancangan pelajaran tahunan ini juga
mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan, namun langkah pengajaran tidak dijelaskan dengan terperinci.
Rancangan pelajaran mingguan pula adalah bertujuan menyusun aktiviti-aktiviti
selama seminggu. Di dalam rancangan pengajaran mingguan, terdapat mingguan, mata
pelajaran, kelas, hari, masa, tajuk, objektif pelajaran, hasil pembelajaran, kemahiran,
strategi dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Rancangan
pengajaran mingguan ini secara tidak langsung dapat membantu guru ganti mengajar
pelajaran pada hari tersebut kerana ia juga mengandungi tajuk aktiviti untuk jangka
masa seminggu dan perjalanan aktiviti masih boleh dijalankan.
Rancangan pelajaran harian disediakan lebih awal oleh guru sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Rancangan pengajaran harian ini dibina
sebagai panduan guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif dalam
mencapai objektif pembelajaran. Dengan rancangan ini, guru dapat membuat

perancangan rapi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam


penyediaan bahan. Rancangan pengajaran harian juga harus dibina berdasarkan
rancangan pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran harian mengandungi hari dan
tarikh, kelas, masa, tajuk, objektif, kemahiran, aktiviti yang dijalankan serta refleksi.
Kesimpulannya, setiap rancangan pengajaran adalah berkaitan antara satu
sama lain dan mengandungi aspek yang bersesuaian dengan matlamat perancangan
itu dibina. Namun, ia mempunyai perbezaan dari segi kandungan, bentuk dan
penyusunan perancangannya.

You might also like