You are on page 1of 27

SK TAMING JAYA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB
DAN AYAT AL-QURAN

Oleh:
AHMAD IBRAHIM BIN CHE OMAR
(No. KP: 860111025359)
Guru Pendidikan Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab)
SK TAMING JAYA

ISI KANDUNGAN
Abstrak
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
2. Fokus Kajian
3. Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
4. Kumpulan Sasaran
5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
5.1.2 Ujian Pengesanan
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.4 Pelaksanaan Aktiviti
5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem
Tanda dan Baris
5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung
dengan Sistem
Tanda dan Baris
5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat
AlQuran yang
mudah
5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka
surat

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
5.5.2 Rumusan Pemerhatian
6. Cadangan seterusnya
7. Bahan yang diperlukan
8. Anggaran kos
9. Jadual Pelaksanaan
10. Lampiran-lampiran:
Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan
Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-Quran)
Lampiran B: Borang Pemerhatian
Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan
Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris
Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem
Tanda dan Baris
Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu)
dan mad (panjang)
Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku Iqra

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN


AYAT AL-QURAN
Oleh: AHMAD IBRAHIM BIN CHE OMAR (No. KP: 860111025359) Guru Pendidikan
Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab) SK TAMING JAYA

ABSTRAK
Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam membaca
perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan
ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra sebagaimana yang dilaksanakan
dalam Program j-QAF melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab,
Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama dan Tasmik. membaca perkataan Bahasa
Kelemahan murid dalam kemahiran Arab adalah berpunca daripada

kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra. Murid yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku
Iqra 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat, Gombak, Selangor. Kajian
bagi mengenalpasti masalah ini adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap
markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF
(Oktober 2009)1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan
merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-QAF, khususnya
melibatkan kumpulan pertama murid j-QAF 2005 yang akan menamatkan
persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini.

Lihat Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan
Pencapaian j-QAF 2009, SK (2) Taman Keramat.
1

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam AlQuran) kelas 6 Setia. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5
tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana
yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Khatam Al-Quran yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra
sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini.
Hasil keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka
tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar
untuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa
Arab dengan betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan
kemahiran membaca mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi
pengajaran serta bahan bantu mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam AlQuran.

2. FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus
paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana: a. Murid
kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan perkataan Bahasa
Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat
Al-Quran. b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem
tanda dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan
mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu perkataan.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk
membuat latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra walaupun saya sering
berpesan kepada mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari
kerana setiap Buku Iqra mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh
dihabiskan dalam masa sebulan. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4
waktu seminggu (2 jam) di sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah
ini kerana realitinya guru hanya mampu mendengar bacaan setiap murid secara
individu selama 2-3 minit sahaja dalam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini
bertambah buruk apabila terdapat murid yang langsung tidak mempunyai Buku
Iqra di rumah mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca


perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan
multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi
bacaan Buku Iqra satu muka surat pada setiap hari di sekolah.

ii. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris dalam
huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.
Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul
dan lancar.
Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra
4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang
murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap
penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran
iaitu mereka belum menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran.

5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Saya Pemerhatian membuat kaedah pemerhatian2 dalam untuk mengesan
tahap penguasaan murid-murid kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran.

5.1.2 Ujian Pengesanan


Melalui ujian pengesanan3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid dalam
kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

23

Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian Lihat Lampiran C: Kertas Soalan Ujian


Pengesanan

5.2.1

Analisis Pemerhatian

Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan jalankan
adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks Bahasa
Arab, tulisan saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil
pemerhatian saya, hanya murid yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang
boleh membaca perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini
adalah kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan baris
bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Begitu juga
dalam P&P Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka membaca perkataan
atau ayat Al-Quran, mereka sukar untuk

melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang


bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu perkataan.

5.2.2

Analisis Ujian Pengesanan

Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering berlaku.
Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang
telah dijalankan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi
galakan kepada muridmurid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca

perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah:

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris
kepada murid-murid. Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan
bersambung dengan sistem tanda dan baris kepada murid-murid. Membaca
perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah. Latih tubi
bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat.

5.4

Pelaksanaan Aktiviti 5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa


Sistem Tanda dan Baris Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan
mengenal hurufhuruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris4 ini ketika Tahun 1,
tetapi adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk
mengulangkaji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan murid
Tahun 6 yang lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya dengan betul
dan lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan membaca huruf-huruf
tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar. Aktiviti dijalankan seperti berikut:
a. Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris. b.
Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan meminta murid membaca
mengikut contoh bacaan guru secara ramai, individu atau mengikut giliran.

Lihat Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

c.

Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab kepada setiap murid.

d.

Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan murid yang mempunyai
kad huruf tersebut diminta

menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga


selesai semua huruf. e. Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan
huruf tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf. f.
Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada kad imbasan mereka.
Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca hurufhuruf yang berbeza.

Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan
lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya
dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula.

Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana
kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja.

10

5.4.2

Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem


Tanda dan Baris5

Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau bersambung
perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran asas dan sederhana
(sekolah rendah dan menengah) supaya murid dapat mengenal dan membaca huruf
dan perkataan dengan betul dan lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a.
Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu. b. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu. c. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu. d. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal

Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di depan, dan meminta
murid mengikutnya secara ramai dan individu. e. Guru menunjukkan dan membaca
setiap huruf tunggal

Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di depan, dan meminta murid
mengikutnya secara ramai dan individu.

Lihat Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem
Tanda dan Baris

11

f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada
setiap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara
individu. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang
membaca hurufhuruf yang berbeza barisnya. g. Guru menyebut satu huruf berbaris
yang berbeza dan

meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan hitam. Proses ini
dilakukan sehingga selesai semua huruf. h. Kali ini, guru menunjukkan satu
perkataan yang terdiri daripada huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai
baris. Pada peringkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap huruf
berbaris itu satu persatu secara ramai atau individu. i. Apabila sudah lebih lancar,
guru menunjukkan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang
bersambung dengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya secara
ramai atau individu.

Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan
lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya
dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula.

12

Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana
kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja.

5.4.3

Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang
mudah

Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid


multimedia/powerpoint, buku teks dan buku Iqra. Ia sedikit berbeza dengan aktiviti
2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem tanda asas seperti tanda
sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang)6. Aktiviti ini dijalankan seperti
berikut: a. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf
diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda sukun (mati).
b. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya
secara ramai atau individu. c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di
mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan
tanda syaddah (sabdu). d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan
meminta murid membacanya secara ramai atau individu.

Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah
(sabdu) dan mad (panjang)
6

13

e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan
pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu). f. Guru
menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara
ramai atau individu. g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau
memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan ayat Al-Quran yang
mempunyai pelbagai tanda dan baris. h. Guru meminta murid membacanya dengan
betul dan lancar.

Pemerhatian Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam


membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem tanda sukun
(mati) dan syaddah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka murid dapat mengenal
dan membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul.

Refleksi Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab
dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan
menguasai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf tunggal dan huruf
bersambung serta perkataan Bahasa Arab.

5.4.4 Oleh

Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat kerana murid
yang lemah dalam penguasaan kemahiran

membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati

14

mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku Iqra di
rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti setiap hari satu muka surat7 di
sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru meminta murid
membawa Buku Iqra milik sendiri dari rumah atau menggunakan Buku Iqra milik
sekolah pada setiap hari persekolahan. b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam AlQuran iaitu 3 hari (6 waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P.
c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik.

Pemerhatian Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan
seperti guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program sekolah
lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan bacaan mereka
walaupun mereka tidak mengulangkaji atau membuat latih tubi bacaan di rumah.

Refleksi Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan yang
paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia adalah lebih
baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi bacaan sendiri tanpa
pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah.

Lihat Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra

15

5.5

Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan saya
dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri.
Sebelum ini, saya tidak mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan
hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku Teks dan Buku Iqra
sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja, maka aktiviti yang berpusatkan murid
tidak dapat dipelbagaikan dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini
dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat baik khususnya bagi
Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar dan keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang lebih positif.
Walaupun dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka tidak cemerlang (A)
atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran saya untuk mengeluarkan mereka
daripada mendapat markah gagal (E dan D) kepada markah lulus dengan
memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai.

5.5.2

Rumusan Pemerhatian Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan


penguasaan kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap
yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang boleh lulus
dalam ujian, maka saya dapat lihat perubahan sikap yang lebih positif dalam diri
mereka seperti

16

bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin membuat latihan yang
diberikan oleh guru.

6. CADANGAN SETERUSNYA Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca


perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi
aspek kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur
dan kemahiran menulis. Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat
aspek kemahiran bahasa ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih
menyeluruh tentang masalah dan

penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini
bukan sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri
sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan
penguasaan murid. Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat
Al-Quran bagi murid lemah di tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru
sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif dan inovatif sentiasa fleksibal dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan


kajian ini adalah seperti : Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa
baris, huruf tunggal berbaris satu/dua di atas/di bawah/di depan) Marker
Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah) Gunting, pembaris, pen, pensel,
pensel warna, kertas A4 Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab Kertas Soalan Ujian
Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)

17

8. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad
Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00 Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00 9. JADUAL
PELAKSANAAN (1 Februari 2010 28 Februari 2010) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis
proposal Merancang tindakan-individu Membuat Pemerhatian Ujian pengesanan
Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 Analisis tindakan aktiviti 1 Melaksanakan
tindakan aktiviti 2 Analisis tindakan aktiviti 2 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3
Analisis tindakan aktiviti 3 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 Analisis tindakan
aktiviti 4 Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan laporan kajian
TEMPOH PELAKSANAAN 2 hari 1 hari 2 hari 1 hari 1 hari 3 hari 1 hari 3 hari 1 hari 3
hari 1 hari 3 hari 1 hari 1 hari 3 hari 1 hari

18

Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9


10 Nama Abd Hannan bin Ahmad Shalaby Abd Wahed bin Mawi Ahmad Saini bin
Sifihudin Alias bin Fauzi Budiyanto bin Sadi Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd Redzuan
Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi Zulkifli bin Rafie Intan Syafinaz bt Mohd Shobri Nor
Shasha Melissa bt Pakaruddin Kertas 1 (30%) 10 19 8 20 18 15 17 6 17 25 Kertas 2
(70%) 22 21 19 13 22 28 24 23 26 22 Jumlah 32 40 27 33 40 43 41 29 43 47 Gred D
CDDCCCDCC

Laporan Pencapaian j-QAF 2009 Analisa Khatam Al-Quran

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama Abd Hannan bin Ahmad Shalaby Abd Wahed bin Mawi Ahmad Saini bin
Sifihudin Alias bin Fauzi Budiyanto bin Sadi Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd Redzuan
Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi Zulkifli bin Rafie Intan Syafinaz bt Mohd Shobri Nor
Shasha Melissa bt Pakaruddin

Iqra
4 6 4 Tidak 4 4 4 4 4 4

Jumlah Markah Ayat (60)


60 60 60 60 60 60 60 60 60 60

Kualiti Bacaan (40)


15 20 15 25 15 15 15 15 15 15

19

Lampiran B: Borang Pemerhatian

20

Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan

21

Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

22

Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem


Tanda dan Baris

23

Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu)
dan mad (panjang)

24

Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra

25

You might also like