You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA,

43300 BALAKONG, SELANGOR.


Tel : 03-89614553

Fax : 89614013

Email : http://sktamingjaya.angelfire.com

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB


BIL 4 / 2015

Hari

: Selasa

Tarikh: 30 Jun 2015


Masa

: 12.30 2.45 ptg

Tempat

: Bilik muafakat

Kehadiran

-Rujuk Lampiran
Urus Setia Mesyuarat:
.En. Ahmad Ibrahim bin Che Omar

setiausaha Panitia Bahasa Arab

1.PERUTUSAN PENGERUSI - Pn. Romna Bt. Rosli


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan bacaan doa.
1.2 Pn. Romna mengalu-alukan kehadiran ahli panitia Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab.
1.3 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama semua ahli panitia di
dalam melaksanakan MTQ yang lepas.
1.4 Pn. Romna menyampaikan pesanan daripada Timbalan Pengarah berkenaan
pengurusan buku rekod mengajar guru. Setiap guru perlu melengkapkan buku rekod
mengajar bermula dari hadapan sehingga bahagian belakang. Senarai nama murid boleh
ditampal atau ditulis dan setiap guru perlu membuat refleksi serta tindakan susulan setiap
kali selesai proses PdP.
No. Keluaran
01

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

1.5 Antara perkara yang perlu di masukkan dalam rph adalah unsur KBAT dan peta ithink.
Guru juga boleh berkongsi dengan rakan guru untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar.
-Tindakan dan makluman semua guru Bahasa Arab
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Disahkan oleh : En. Mohd Khairil Elmee B. Che Ramli
2.2 Disokong oleh : sebulat suara
3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 En. Shuhaimi memaklumkan bahawa jadual baru akan diedarkan dalam masa terdekat
disebabkan pertukaran norma penjawatan bagi guru jQAF .
4 . LAPORAN ANALISA PKSR PERTENGAHAN TAHUN
4.1 Kesimpulan daripada laporan analisa PKSR pertengahan tahun
- Murid moral sukar untuk menguasai Bahasa Arab.
4.2 En Shuhaimi meminta semua guru menyenaraikan masalah, punca dan tindakan
susulan yang harus dilakukan bagi mengatasi masalah murid yang lemah.
4.3 Beliau juga mengharapkan peningkatan prestasi murid dalam ujian bulan ogos yang
akan datang.
4.4 Guru yang ditugaskan untuk mengubal soalan bulan Ogos perlu bersedia.

5 . HAL-HAL LAIN
5.1. En. Mohd Saharudin mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
membantu menyiapkan data e-pelaporan. Beliau juga memaklumkan bahawa data epelaporan bulan Jun telah dihantar pada 23 Jun yang lalu.
No. Keluaran
01

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

5.9 En. Mohd Saharudin melaporkan tentang masalah yang timbul berkenaan e-pelaporan
adalah kerana sistem yang masih baru diperkenalkan tetapi masalah tersebut telah dapat
diselesaikan . Guru-guru juga perlu bersedia untuk e-pelaporan yang kedua di bulan
Oktober.
5.3 Guru juga perlu bersedia untuk dicerap dalam waktu yang terdekat.
6. PENUTUP
6.1 En. Mohd Saharudin mengharapkan program yang akan dijalankan berjalan dengan
lancar.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-`Asr dan Tasbih Kifarah pada jam 2.45
petang.

Disediakan Oleh,

Disemak dan Disahkan Oleh,

........................................................
(En. Ahmad Ibrahim bin Che Omar)
Setiausaha Panitia Bahasa Arab
SK Taming Jaya

..............................................................
(En Mohd Saharudin bin Mohd Ibrahim)
Ketua Panitia Bahasa Arab
SK Taming Jaya

No. Keluaran
01

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

No. Keluaran
01

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

No. Keluaran
01

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

You might also like