You are on page 1of 25

SK (2) TAMAN KERAMAT

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA


PERKATAAN BAHASA ARAB DAN
AYAT AL-QURAN

Oleh:
NAZRI BIN SAMSUDIN
(No. KP: 780304-10-6075)
Guru Pendidikan Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab)
SK (2) Taman Keramat

ISI KANDUNGAN
Abstrak
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
2. Fokus Kajian
3. Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
4. Kumpulan Sasaran
5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1

Pemerhatian

5.1.2

Ujian Pengesanan

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


5.2.1

Analisis Pemerhatian

5.2.2

Analisis Ujian Pengesanan

5.3 Tindakan yang dijalankan


5.4 Pelaksanaan Aktiviti
5.4.1

Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda


dan Baris

5.4.2

Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung


dengan Sistem Tanda dan Baris

5.4.3

Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat AlQuran yang mudah

5.4.4

Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat

5.5 Refleksi Kajian


5.5.1

Penilaian Pencapaian Murid

5.5.2

Rumusan Pemerhatian

6. Cadangan seterusnya
7. Bahan yang diperlukan
8. Anggaran kos
9. Jadual Pelaksanaan
10. Lampiran-lampiran:
Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan
Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-Quran)
Lampiran B: Borang Pemerhatian
Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan
Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris
Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem
Tanda dan Baris
Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah
(sabdu) dan mad (panjang)
Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku Iqra

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA


PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN
Oleh
NAZRI BIN SAMSUDIN
Guru Pendidikan Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab)
SK (2) Taman Keramat
ABSTRAK
Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam
membaca perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam
Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah
Iqra sebagaimana yang dilaksanakan dalam Program j-QAF melalui
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab, Khatam Al-Quran 6
Bulan Pertama dan Tasmik.
membaca

perkataan

Bahasa

Kelemahan murid dalam kemahiran


Arab

adalah

berpunca

daripada

kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra.


Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang
masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman
Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini
adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan
Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF (Oktober
2009)1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan
merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-QAF,
khususnya melibatkan kumpulan pertama murid j-QAF 2005 yang akan
menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini.

Lihat Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF 2009, SK
(2) Taman Keramat.
1

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)
kelas 6 Setia. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 tidak dapat
menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat
dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Khatam Al-Quran
yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra sebagai Bahan Bantu
Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka tidak dapat menjawab
soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar untuk menjawab soalan kerana
mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul dan lancar.
Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka
dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran serta bahan bantu
mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran.

2. FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus
paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana:
a. Murid kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan
perkataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem tanda
dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan
mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu
perkataan.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat
latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra walaupun saya sering berpesan kepada
mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku
Iqra mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa
sebulan. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4 waktu seminggu (2 jam) di
sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini kerana realitinya guru
hanya mampu mendengar bacaan setiap murid secara individu selama 2-3 minit sahaja
dalam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat
murid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra di rumah mereka.

3.

OBJEKTIF KAJIAN
i.

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca


perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan
multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi
bacaan Buku Iqra satu muka surat pada setiap hari di sekolah.

ii.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris dalam
huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.

Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan
betul dan lancar.

Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra 4
dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki
dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang
lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran iaitu mereka belum
menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

Tinjauan Masalah
5.1.1

Pemerhatian

Saya

membuat

penguasaan

kaedah

murid-murid

pemerhatian2
dalam

untuk

kemahiran

mengesan

membaca

tahap

perkataan

Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5.1.2

Ujian Pengesanan

Melalui ujian pengesanan3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid


dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

2
3

Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian


Lihat Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan

5.2.1

Analisis Pemerhatian

Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan
jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam
Buku Teks Bahasa Arab, tulisan saya di papan hitam atau yang
dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatian saya, hanya murid
yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca
perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini adalah
kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan
baris bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.
Begitu juga dalam P&P Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka
membaca

perkataan

atau

ayat

Al-Quran,

mereka

sukar

untuk

melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang


bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu
perkataan.

5.2.2

Analisis Ujian Pengesanan

Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering
berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut
terjejas.

5.3 Tindakan yang dijalankan


Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu,
langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada muridmurid

terbabit

untuk

meningkatkan

penguasaan

kemahiran

membaca

perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah:

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan


baris kepada murid-murid.
Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan
sistem tanda dan baris kepada murid-murid.
Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang
mudah.
Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat.

5.4

Pelaksanaan Aktiviti
5.4.1

Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem


Tanda dan Baris

Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal hurufhuruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris4 ini ketika Tahun 1, tetapi
adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk
mengulangkaji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan
murid Tahun 6 yang lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya
dengan betul dan lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan
membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
a.

Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa sistem


tanda dan baris.

b.

Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan


meminta murid membaca mengikut contoh bacaan guru
secara ramai, individu atau mengikut giliran.

Lihat Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

c.

Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab


kepada setiap murid.

d.

Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan


murid

yang

mempunyai

kad

huruf

tersebut

diminta

menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam.


Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.
e.

Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan


huruf tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga
selesai semua huruf.

f.

Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada


kad imbasan mereka. Kad-kad tersebut boleh ditukar
supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf
yang berbeza.

Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf
dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima
kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca
perkataan pula.

Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab
kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu
mengajar sahaja.

10

5.4.2

Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung


dengan Sistem Tanda dan Baris5

Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau
bersambung perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran
asas dan sederhana (sekolah rendah dan menengah) supaya murid
dapat mengenal dan membaca huruf dan perkataan dengan betul dan
lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya


secara ramai dan individu.
b.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya


secara ramai dan individu.
c.

Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal

Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya


secara ramai dan individu.
d.

Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal

Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di


depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu.
e.

Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal

Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di


depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu.

Lihat Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris

11

f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai


baris itu kepada setiap murid dan meminta mereka membaca
huruf berbaris tersebut secara individu. Kad-kad tersebut boleh
ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca hurufhuruf yang berbeza barisnya.
g.

Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan

meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan


hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.
h. Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan yang terdiri daripada
huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada
peringkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap
huruf berbaris itu satu persatu secara ramai atau individu.
i. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa
perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambung
dengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya
secara ramai atau individu.

Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf
dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima
kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca
perkataan pula.

12

Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab
kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu
mengajar sahaja.

5.4.3

Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat


Al-Quran yang mudah

Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid


multimedia/powerpoint, buku teks dan buku Iqra. Ia sedikit berbeza
dengan aktiviti 2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem
tanda asas seperti tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad
(panjang)6. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu
huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda sukun (mati).
b. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.
c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu
huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda syaddah (sabdu).
d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.

Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad
(panjang)
6

13

e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu


huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda syaddah (sabdu).
f. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.
g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau
memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan
ayat Al-Quran yang mempunyai pelbagai tanda dan baris.
h. Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar.

Pemerhatian
Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam
membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem
tanda sukun (mati) dan syaddah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka
murid dapat mengenal dan membaca perkataan Bahasa Arab dengan
betul.

Refleksi
Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab
dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah
mengenali dan menguasai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf
tunggal dan huruf bersambung serta perkataan Bahasa Arab.

5.4.4

Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat

Oleh

kerana

murid

yang

lemah

dalam

penguasaan

kemahiran

membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati

14

mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku


Iqra di rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti setiap hari satu
muka surat7 di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a. Guru meminta murid membawa Buku Iqra milik sendiri dari
rumah atau menggunakan Buku Iqra milik sekolah pada setiap
hari persekolahan.
b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam Al-Quran iaitu 3 hari (6
waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P.
c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik.

Pemerhatian
Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan seperti
guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program
sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan
bacaan mereka walaupun mereka tidak mengulangkaji atau membuat
latih tubi bacaan di rumah.

Refleksi
Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan
yang paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka
ia adalah lebih baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi
bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah.

Lihat Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra

15

5.5

Refleksi Kajian
5.5.1

Penilaian Pencapaian Murid


Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke
atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak
mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan
hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku
Teks dan Buku Iqra sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja,
maka aktiviti yang berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan
dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya
dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat baik
khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar dan keyakinan diri
murid juga menunjukkan perubahan yang lebih positif. Walaupun
dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka tidak
cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran
saya untuk mengeluarkan mereka daripada mendapat markah
gagal (E dan D) kepada markah lulus dengan memuaskan (C)
sedikit sebanyak tercapai.

5.5.2

Rumusan Pemerhatian
Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke
tahap yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan
sekarang boleh lulus dalam ujian, maka saya dapat lihat
perubahan sikap yang lebih positif dalam diri mereka seperti

16

bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin


membuat latihan yang diberikan oleh guru.

6. CADANGAN SETERUSNYA
Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kemahiran bahasa yang lain
iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Dengan
melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahiran bahasa ini, maka ia
dapat

memberikan

gambaran

yang

lebih

menyeluruh

tentang

masalah

dan

penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini bukan
sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang
guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan penguasaan murid.
Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid lemah di
tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif
dan inovatif sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN


Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :

Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal berbaris
satu/dua di atas/di bawah/di depan)

Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah)

Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4

Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab

Kertas Soalan Ujian Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)

17

8. ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah :
Kad Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00
Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00
9. JADUAL PELAKSANAAN (1 Februari 2010 28 Februari 2010)
BIL

AKTIVITI

TEMPOH PELAKSANAAN

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2 hari

Menulis proposal

1 hari

Merancang tindakan-individu

2 hari

Membuat Pemerhatian

1 hari

Ujian pengesanan

1 hari

Melaksanakan tindakan- aktiviti 1

3 hari

Analisis tindakan aktiviti 1

1 hari

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

3 hari

Analisis tindakan aktiviti 2

1 hari

10

Melaksanakan tindakan- aktiviti 3

3 hari

11

Analisis tindakan aktiviti 3

1 hari

12

Melaksanakan tindakan- aktiviti 4

3 hari

13

Analisis tindakan aktiviti 4

1 hari

14

Refleksi kajian

1 hari

15

Menulis laporan kajian

3 hari

16

Pembentangan laporan kajian

1 hari

18

Lampiran A:
Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Nama
Abd Hannan bin Ahmad Shalaby
Abd Wahed bin Mawi
Ahmad Saini bin Sifihudin
Alias bin Fauzi
Budiyanto bin Sadi
Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd
Redzuan
Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi
Zulkifli bin Rafie
Intan Syafinaz bt Mohd Shobri
Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin

Kertas 1
(30%)
10
19
8
20
18
15

Kertas 2
(70%)
22
21
19
13
22
28

Jumlah

Gred

32
40
27
33
40
43

D
C
D
D
C
C

17
6
17
25

24
23
26
22

41
29
43
47

C
D
C
C

Laporan Pencapaian j-QAF 2009


Analisa Khatam Al-Quran

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Nama
Abd Hannan bin Ahmad Shalaby
Abd Wahed bin Mawi
Ahmad Saini bin Sifihudin
Alias bin Fauzi
Budiyanto bin Sadi
Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd
Redzuan
Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi
Zulkifli bin Rafie
Intan Syafinaz bt Mohd Shobri
Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin

19

Iqra

Jumlah Markah
Ayat (60)

Kualiti
Bacaan (40)

4
6
4
Tidak
4
4

60
60
60
60
60
60

15
20
15
25
15
15

4
4
4
4

60
60
60
60

15
15
15
15

Lampiran B:
Borang Pemerhatian

20

Lampiran C:
Kertas Soalan Ujian Pengesanan

21

Lampiran D:
Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

22

Lampiran E:
Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung
dengan Sistem Tanda dan Baris

23

Lampiran F:
Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan
mad (panjang)

24

Lampiran G:
Contoh satu muka surat Buku Iqra

25

You might also like