You are on page 1of 3

31 December 2010

ISU KESIHATAN : PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BUKTI


KEPRIHATINAN KERAJAAN

Kesihatan adalah keperluan asas manusia dan rakyat mengharapkan


pihak kerajaan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang
baik secara percuma ataupun pada kadar kos yang paling minimum.
Dalam hal ini, kita amat tertarik dengan beberapa inisiatif dan langkah
yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Semuanya
bermula dengan pelancaran Klinik 1Malaysia yang telah diwujudkan
mulai Januari lalu bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan
perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan
pendekatan kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
pada kadar bayaran serendah RM1 sahaja.

Ia disusuli pula dengan pelancaran Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia


pada awal bulan ini, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan
pemeriksaan kesihatan secara percuma ke kampung di kawasan
pedalaman. Melalui Klinik Bergerak 1Malaysia ini, bas- bas yang telah
disediakan akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan untuk
merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti di tempat yang tidak ada kemudahan klinik dan hospital
terutama di kawasan pedalaman. Terkini Najib mengumumkan kerajaan
akan memperkenalkan klinik bot bergerak hibrid untuk memberikan
perkhidmatan kesihatan ke kampung yang dihubungkan melalui sungai
di Sabah dan Sarawak.

Tambah Najib, langkah ini bertujuan memastikan rakyat dapat


menikmati kesihatan lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan,
ubat dan nasihat yang sewajarnya. Komitmen dan pelbagai inisiatif
seperti ini jelas membuktikan tahap keprihatinan dan keikhlasan
kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, membela nasib golongan
yang kurang mampu serta membuka ruang akses kepada masyarakat
luar bandar untuk turut sama menikmati kemudahan kesihatan yang
berkualiti sama seperti masyarakat di kawasan bandar. Hal ini amat
signifikan kerana dengan adanya klinik-klinik bergerak seperti ini, ia
dijangka mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di
kawasan bandar yang sedia ada dan ini juga dapat memudahkan serta
mempertingkatkan akses rakyat untuk mendapatkan rawatan ringan
terutama di kawasan luar bandar.

Kita perlu sedar bahawa masih ramai penduduk luar bandar


berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan ini sering menghadapi
masalah kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan perubatan di
klinik mahupun hospital swasta. Tambahan pula hospital ataupun klinik
kesihatan kerajaan yang sedia ada agak jauh dari lokasi penempatan
mereka dan jumlah pesakit pula ramai yang jelas akan melambatkan
proses mendapatkan rawatan yang dikehendaki dengan segera.
Keprihatinan pihak kerajaan dalam aspek kesihatan rakyat memang
tidak perlu diragui ataupun dinafikan kerana buktinya bagi tahun 2010
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun diperuntukkan bajet
berjumlah RM14.8 bilion yang merangkumi perbelanjaan mengurus
sebanyak RM11.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM3.6 bilion.

Peruntukan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6 peratus


berbanding tahun sebelumnya iaitu RM13.2 bilion. Malah, peruntukan
yang diterima oleh KKM ini juga merupakan antara yang tertinggi
berbanding kementerian lain. Data ini sudah cukup untuk menjelaskan
rasa tanggungjawab kerajaan terhadap aspek kesihatan rakyat negara
ini terutamanya bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Dalam pada itu, kerajaan juga dilihat amat serius dalam mengekang
tindakan beberapa klinik dan hospital swasta yang mengenakan caj
rawatan melampau dan tidak munasabah sehingga pesakit mengalami
kesukaran untuk menjelaskan bil tersebut. Ini terbukti apabila pihak
KKM melalui mesyuarat bersama Persatuan Hospital Swasta Malaysia,
Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), ketua
pegawai eksekutif dan orang bertanggungjawab bagi hospital swasta,
wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO), syarikat insurans,
kumpulan profesional serta profesional perseorangan baru-baru ini
telah memutuskan agar hospital swasta kini perlu memaklumkan secara
terperinci dan telus mengenai caj profesional serta caj anggaran dan di
luar jangkaan sebelum pesakit diberi rawatan atau dimasukkan ke wad.

Penulis berharap agar pihak kerajaan akan meneruskan lagi inisiatifinisiatif murni seperti ini agar seluruh rakyat Malaysia mampu akses
kepada kemudahan rawatan perubatan yang berkualiti demi melahirkan
sebuah masyarakat yang sihat and cergas

You might also like