You are on page 1of 21

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Pengenalan
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan
utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat cergas dan
prodaktif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School"
(HPS ) atau Program Kesihatan Sekolah (PKS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah,
Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan
supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah
Sihat ( PBSS ).
Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan
dengan kesihatan sekolah. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling
ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti
1. Garis Panduan amalan kebersihan sekolah 1997,
2.

Panduan Melaksanakan PBSS,

3.

Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR,

4. Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan,


5. Garis Panduan Program Susu Sekolah,
6. Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.
Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid,
memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan kaunseling, memberi penjagaan
rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan
membantu penempatan kanak-kanak keperluan khas.

Rasional
Usaha ini diwujudakan berdasarkan beberapa rasional seperti berikut:
2.1

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di
bawah satu program bersepadu .

2.2

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus
kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.

2.3

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa
kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.

2.4

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak


serta dapat dinilai keberkesanannya.

2.5

Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara


sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.

2.6 Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan
melalui program yang terancang dan bersepadu.
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap
sekolah.Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang
sihat, produktif dan berkualiti.

Matlamat.
Membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Melahirkan warga
sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara.

Objektif.
Objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat agar dapat:
1.

Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.

2.

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan
sihat.

3.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.

Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan


supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan
diri, keluarga dan masyarakat.

5.

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan


sekolah.

6.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:


6.1 Menilai taraf kesihatan murid
6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah
kesihatan murid.
6.4 Memberi penjagaan/rawatan kecemasan terhadap penyakit- penyakit di sekolah.
6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

Bagi mencapai matlamat dan objektif sekolah sihat, kerajaam telah melaksanakan
beberapa Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak program kesihatan di sekolah.
menunjukkan beberapa program kesihatan yang dijalankan di sekolah:
a) Rancangan Makanan Tambahan (RMI)
b) Program Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan (3K) .
c) Program Susu Sekolah (PSS)
d) Sekolah kawasan larangan merokok
e) Perkhidmatan pergigian
f) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (PKS)
g) Sekolah bebas denggi.

Surat Pekeliling Iktisas berkaitan Program Kesihatan Sekolah


i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/ 1998 Menjaga kesihatan pelajar di sekolah.
Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk
menjaga kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai dengan
konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 Inisiatif meningkatkan keselamatan


kesihatan dan keceriaan Sekolah ( 3K ) .
Kandungannya adalah seperti berikut iaitu dikeluarkan dengan tujuan untuk
memaklumkan bahawa mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja yang dikenali
sebagai Inisiatif Meningkatakan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah ( 3K). Di
bawah proram ini terdapat tiga program berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program
Kesihatan dan Kebersihan dan Program Keceriaan danKeindahan Sekolah. Pihak berkuasa
mengambil berat tentang kesihatan pelajar sekolah bagi memastikan mereka mencapai tahap
kesihatan yang optimum.

iii. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6 /1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah.
(Bertarikh 31 Mac 1998)
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap
kepentingan kesihatan dan keselamatan pelajar.Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan
memelihara kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan.Surat Pekeliling
lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua JabatanPendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif danprihatin terhadap aspek-aspek
kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan denganperkembangan kesihatan rohani, emosi
dan sosial mereka.

Sedutan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6/ 1998 4.


Antara tindakan-tindakan yang digerakkan dengan segera adalah:
4.1 Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang lama, kepada
keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, seperti jerebu dan cuaca panas.
4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin ,sentiasa dalam
keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.
4.3 Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran
dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke
sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan wajar.
4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya kejadian
keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.
4.5 Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk
pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan
kemampuan perbelanjaan harian pelajar
4.6 Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang
dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.
4.7 Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat
Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan
Malaysia pada tahun 1997.
4.8 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran,
pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dari
semasa ke semasa.

iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
(Bertarikh 25hb Februari, 1983)
Semua guru-guru- dan kakitangan sekolah mempunyai peranan dalam menunjukkan contoh
dan tauladan yang baik kepada murid-murid. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam
mencegah pelajar dari amalan merokok kerana ia boleh merosakka n kesihatan. Sekolah perlu
mengambil beberapa langkah untuk menyajakan kempen anti merokok.
Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.
4.1 Guru-guru dan kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam
mesyuarat-mesyurat/ majlismajlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:
a. bilik guru / bilik rehat bagi guru-guru(apabila di bilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau
diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).
b. bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi
kakitangan-kakitangan sekolah; dan
c. bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga dilarang merokok semasa
bertugas.
d. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin sekolah Menyimpan dan menjual rokok
serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang.

v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 Kempen anti denggi di sekolah-sekolah.


Demam denggi adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang kian menular di
nagara kita.Semua pihak dikehendaki memainkan peranan masing-masing dalam usaha
pencegahan dan pengawalan penyakit tersebut. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
dan tindakan:
a) Membersihkan kawasan-kawasan Sekolah, Asrama dan Persekitarannya.
b) Membunuh Nyamuk Aedes dan Mencegah Pembiakannya

c) Menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai Penyakit Denggi sama ada secara formal
atau tidak.
d) Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama dengan agensiagensi lain bagi usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981 Kebersihan di sekolah- sekolah. (bertarikh
16hb September 1981) Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981
Guru-guru besar perlu diingatkan bahawa kebersihan sekolah adalah perlu dititikberatkan
setiap waktu. Kementerian Pelajaran melalui surat pekeliling ini menegaskan bahawa
tindakan positif hendaklah di ambil ole tiap-tiap Guru Besar menentukan kebersihan sekolah
dan kawasannya.Bukan hanya bangunan dan perkarangan sekolah mesti berada dalam
keadaan bersih setiap masa, tetapi adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar menentukan
bahawa semua bilik darjah termasuk pejabat sekolah, bilik setor dan lain-lain.

vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan
Merokok .Bertarikh 22 Mei 1997
Sedutan.
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan
untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukkan peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
Berikutan dengan surat pekeliling ini, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau manamana
individu yang berurusan dengan sekolah dilarang merokok di kawasan sekolah.

viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995- keracunan makanan di sekolahsekolah.


Punca masalah keracunan makanan seringkali wujud disebabkan makanan yang dijual di
kantin sekolah, program- program makanan seperti rancangan makanan tambahan dan
program susu.
SedutanSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 2.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
a) Pastikanpekerjaatau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap
masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan
b) Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk
sentiasa dalam keadaan bersih.
c) Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat meneyedia dan menghidang
makanan di dalam keadaan bersih dan kemas.
d) Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti
menjaga tubuh badan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
2.1 Pihak sekolah juga diminta untuk:
a) Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,memasak makanan di
dalam kawasan sekolah.
b) Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman,
terutama makanan-makanan yang bersantan
c) Menubuhkna jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah bagi menyelia dan
mengadakan pemeriksaan harian.
d) Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis
makanan.
e) Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakkan
kebersihan dan kesihatan.

3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan symptom keracunan makanan
adalah seperti berikut: Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening. 4.
Ambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan
makanan.
a) Laporkan dan bawa murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang paling hampir.
b) Laporkan ke PPD/JPN
c) Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid yang terlibat.
d) Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan
Kementerian Pendidikan.
e) Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997- Amalan Kebersihan di Sekolah.(Bertarikh 9hb
Julai 1997)
Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak sekolah
mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut iaitu, mewujudkan iklim sekolah yang
menekankan aspek kebersihan pada setiap masa, menyediakan panduan kebersihan bagi
sekolah.Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan
kebersihan di sekolah. Pihak sekolah mengambil inisiatif bagi memastikan sekolah mereka
bersih mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan. Amalan kebersihan harus dipupuk
sewaktu di sekolah dan menanam sifat menyayangi sekolah mereka.Dengan itu, para pelajar
tidak berani mencacatkan sekolah mereka.Sesetengah sekolah mengadakan pertandingan
kebersihan. Bilik darjah yang bersih akan di beri anugerah. Ini dapat memotivasikan pelajar
tersebut.

Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 2.


Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan
Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara seperti berikut:
2.1 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pasa setiap masa.
2.2 Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah.
2.3 Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan kebersihan di
sekolah
2.4 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan
Amalan Kebersihan Sekolah.

ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1978 Kad Rekod Persekolahan ( pupils cumulative
record card).
Terdapat dua jenis kad iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah: 001R
( warna kuning ) dan kad rekod persekolahan murid sekolah menengah : 001M ( warna biru ).
Kad rekod 001 dan 002 yang lama telah dicantumkan dalam satu kad baharu, iaitu kad rekod
persekolahan murid sekolah rendah 001R untuk kegunaan di sekolah rendah kad rekod
persekolahan murid menegah 001M untuk kegunaan sekolah menengah. Butir- butir tertentu
mengenai kesihatan murid telah ditinggalkan oleh kerana unit pendidikan kesihatan akan
menyediakan satu kad berasingan mengenai komponen ini. Semua murid darjah satu
hendaklah mengadakan kad rekod persekolahan 001R. Kad- kad tersebut hendaklah
digunakan oleh tiap-tiap murid sehingga tamat persekolahan.

x. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 Kantin Sekolah. (Bertarikh 3hb. Februari,
1983)
Kantin merupakan satu kemudahan yang penting di sekolah seperti kemudahankemudahan
yang lain. Dalam surat pekeliling ini menegaskan bahawa guru besar harus memainkan
peranan yang penting dalam mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan kantin sekolah.
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983.
Tindakan yang positif hendaklah diambil terhadap pengurusan dan penyeliaan perkaraperkara
berikut:
a) Banggunan dan kemudahan kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat dan
kelengkapan.
b) Kebersihan kemudahan kemudahan dan alam sekitar
c) Kebersihan makanan dan minuman
d) Keselamatan
e) Pekerja-pekerja
f) Mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual.
g) Pentadbiran dan pengelolaan harian.
2. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
I. Bangunan kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi kebersihan,
kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan fungsinya.
II. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta
lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan
dan kegunaan dari semasa ke semasa.
III. Semua perkakas/ alat untuk menyedia, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak
berkarat, retak, sumpik atau kotor.

IV. Pekerja-pekerja yang telah diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan Perkhidmatan
kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah.
V. Semua pekerja menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan- amalan yang boleh
menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman.
VI. Makanan yang dijual dikantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat untuk dimakan
dan harganya pula berpatutan.
VII. Semua makanan yabf bermasak dijual kepada murid-murid sebaikbaiknya disediakan di
kantin sekolah.
VIII. Segala persediaan yang munasabah bagi kepentingan ugama membelipemneli adalah
diambilkira oleh pengusaha kantin apabila menyedia dan menyimpan makanan dan minuman
untuk dijual kepada pengguna penguna tersebut.
IX. Makanan dan minuman yang halal dari segi ugama islam mestilah disedia dan dijual di
semua Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan. Jualan makanan dan minuman di SRJK
(Cina dan Tamil) seperti yang dilakukan sekarang ini bolehlah diteruskan. Sekiranya sekolahsekolah jenis ini mengandungi guru-gur dan murid-murid berugama islam, Guru besar yang
berkenaan hendaklah mengaturkan persediaan untuk menjual makanan dan minuman bagi
orang islam secara berasingan.
X. Rokok dan minuman alkohol tidak disimpan dan/ dijual di kantin sekolah.
XI. Binatang-binatang belaan seperti anjing, kucing, kambing, ayam, burung dan lain-lain
tidak dibenarkan berada di kawasan kan tin sepanjang masa.
XII. Kantin sekolah seboleh-bolehnya tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
XIII. Sagala punca kemalangan adalah sentiasa diawasi oleh pihak pengusaha kantin dan
piohak sekolah menyediakan peraturan-peraturan yang sitematik untuk mencegahnya.
XIV. Pengendalian yang sistematik mengenai perjalanan dan pengelolaan kantin, seperti
megadakan Jawatankuasa Kantin Sekolah, Sistem tender atau sebut harga, syarat-syarat
berkaitan dengan semua perkara yang tersebut di atas dan penyeliaan kantin, sama ada harian
atau jangkamasa panjang adalah diperuntukan.

xi. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010- Rancangan Makanan Tambahan Di
Sekolah Rendah. Bertarikh 15 Julai 2010
Sedutan Tujuan Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara
pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan
Makanan Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.
4. Kriteria kelayakan RMT adalah seperti berikut:
i. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional
(eKASIH) yang dibangunkan ole Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU), Jabatan Perdana
Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja. Kadar dan tempoh
pelaksanaan 5. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung
Malaysia dan RN2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Tatacara perakaunan dan pembayaran
Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan ( KWK) bagi
sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi
sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Perjanjian penyediaan makanan . Pihak sekolah
hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal untuk tempoh tertentu dan
boleh menamatkan khidmat pembekan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku
penyelenggaraan

xii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976- Panduan untuk menjaga Kesihatan Murid dan
Kebersihan di Kantin Sekolah. (Bertarikh 7 Mei 1976)
Sedutan
Tujuan Menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid serta member pelajaran di
sekolah supaya murid-murid itu dapat mempunyai sikap tanggungjawab serta mengamalkan
aktiviti-aktiviti untuk memelihara kesihatan diri mereka sendiri dan juga masyarakatnya.
Untuk mengawal keadaan kesihatan dan kebersihan yang optima di kantin sekolah, maka
guru besar adalah bertanggungjawab untuk menentukan iaitu:i. Barang barang makanan yan
g dijual di kantin hendaklah:
a) Jenis yang baik
b) Kuantitinya berpatutan denga harga
c) Mengandungi makanan yang seimbang
ii. Peraturan peraturan di kantin dipatuhi seperti:
a) Pemeriksaan perubatan bagi pekerja-pekerja kantin
b) Kebersihan pekerja, bangunan, makanan, minuman, kelengkapan
c) Disiplin murid-murid di kantin
d) Waktu rehat yang diperingkat-peringkatkan supaya mengelakkan dari kesesakan dalam
kantin
e) Penyeliaan kantin setiap hari oleh guru bertugas
f) Pemeriksaan kantin oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan dari masa ke semasa.
Kempen kempen pelajaran kesihatan diadakan untuk:
a) Murid-murid
b) Pekerja-pekerja kantin

iv. Barang- barang yang tiodak berfaedah, yang berbahaya dan yang bercorak judi hendaklah
dikawal penjualnya dengan sewajarnya. Peraturan tentang pekerja kantin dan pengolah
makanan ( food handlers)
1. Pemeriksaan perubatan Semua pekerja kantin dan pengolah makanan hendaklah diperiksa
dan disahkan sihat oleh doctor kerajaan.
2. Pakaian Semua pekerja kantin hendaklah memakai pakaian bersih dan seberapa boleh,
yang berwarna putih.
3. Kuku Kuku tangan pekerja kantin hendaklah sentiasa pendek lagi bersih
4. Kebersihan tangan Sebelum mulai tugas dalam kantin semua pekerja mesti membasuh
tangan hingga ke siku. Dibasuh dengan sabun setiap kali, selepas membuang air kecil atau
besar.
5. Rambut Rambut hendaklah dijaga supaya jangan terjuntai dari muka. Pekerja yang
berambut panjang digalakkan memakai jaring rambut, memakai topi atau diikat dengan
kemas.
6. Memegang barang yang tidak berbungkus Barangan makanan yang tidak berbungkus
janganlah dibenarkan disentuh dengan tangan.
7. Kebersihan pinggan mangkok Tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh
denga air yang bersih.
8. Membasuh pinggan mangkok Hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangya
selama minit dicuci dengan gunakan sabun.
9. Pinggan mangkok yang tidak sesuai Alat pemasak atau tembikar yang sumbing dan retak
adalah tidak sesuai digunakan
10. Kemudahan membasuh Kemudahan yang mencukupi untuk membasuh Tempat pengering
alat perkakas hendaklah disediakan

11. Kain untuk mengelap alat perkakas Kain atau tuala yang digunakan untuk mengelap dan
mencuci alat perkakas. Untuk mengelap meja dan bangku, kain khas yang asing hendaklah
digunakan
12. Kain untuk mengesat tangan Kain mengesat tangan tidak boleh digunakan leh lebih dari
seorang
13. Barang makanan yang mudah rosak Benda-benda makanan yang mudah rosak, eloklah
disimpan di dalam peti sejuk kecuali semasa mengerjakannya
14. Kebersihan peti sejuk Ruang udara yang mencukupi Dilap dengan air sabun sekali
seminggu
15. Tempat menjual makanan Barang makanan yang dijual itu hendaklah disediakan di
tempat khas yang teratur
Peraturan peraturan bangunan kantin
1. Kemudahan kantin -Bangunan kantin sekolah mempunyai semua kemudahan asas
2. Lantai -Lantai diperbuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
3. Dinding Dibuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
4. Bumbung Dibuat daripada genting, zing atau simen asbestos
5. Parit saluran air -Di keliling bangunan hendaklah disediakan parit saluran air yang baik
dibuat dari simen
6. Tong sampah Daripada besi, plastic atau getah dengan mem[unyai penutup khas dan
diadakan di kawasan kantin. Peraturan tentang kebersihan dan keperluan am
1. Perabot kantin - Kemudahan tempat duduk dan meja yang mencukupi
2. Sisa-sisa makanan - Ubat pencegah kuman hendaklah diadakan di mana perlu untuk
pembuangan sisa-sisa makanan.

3. Membersih lantai kantin - Hendaklah dibersihkan setiap hari dengan ubat pencegah kuman
4. Kemudahan membasuh tangan - Tempat membasuh tangan yang mencukupi serta
pembekal air yang bersih dan sabun.
Peraturan peraturan tentang perjalanan kantin sekolah
1. Disiplin murid-murid di kantin
2. Penyeliaan tentang perjalanan kantin sekolah
3. Pemeriksaan kantin oleh pegawai kesihtan umum
4. Waktu rehat yang berperingkat-peringkat.
Pelajaran Kesihatan dan Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan Pengguna berhubung
dengan kantin sekolah.
1. Kempen kempen Kesihatan untuk murid- murid
2. Kursus/ orientasi khas untuk pekerja-pekerja kantin
3. Harga dan nilai pemakanan barang-barang makanan yang dijual di kantin sekolah

xiii. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 24/2010Pengukuhan


Program Eliminasi Measles Kebangsaan( Measles Eliminatian Program-MEP).
Bertarikh 27 Oktober 2010
Sedutan
Tujuan Untuk pengukuhan pelaksanaan Program Eliminasi Measles Kebangsaan
( Measles Eliminatian Program-MEP) a. Pengukuhan Program Eliminasi Measles
Pelaksanaan Program Eliminasi Measleas Kebangsaan bagi memastikan Malaysia mencapai
status eliminasi measles menjelang tahun 2012. b. Penyiasatan kes Penyiasatan ke atas semua
kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jamdari tarikh penerimaan notifikasi. c. Kes
klasifikasi Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki
measles.Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan rubella. d.
Survelan rubella Sistem survelan Rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian
serta eliminasi rubella dan congenital rubella syndrome ( CRS) tercapai. e. Keperihatinan
terhadap program Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles. 7.0

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH YANG TELAH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH


KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT (SK2TK)

Berdasarkan carta organisasi yang dipampar di laluan utama sekolah didapati bukan
semua Program Kesihatan Sekolah dijalankan oleh SK2TK secara terancang. Kebanyakan
program ini digabungka kerana bilangan guru yang terhad. Selebihnya dilaksanakan secara
tidak langsung dengan menyerapkan kemahiran program ke dalam program lain yang
dijalankan di sekolah sepanjang tahun. SK2TK memiliki sejumlah 35 orang guru sahaja dan
469 orang murid.
Walau bagaimanapun, ada juga program yang tidak dilaksanakan seperti mana
dikehendaki oleh kementerian sebagaimana termaktub dalam surat pekeliling yang
diterbitkan oleh kementerian dan kerajaan. Banyak alasan yang dikemukakan terutama sekali
kerana kekangan tenaga pelaksana terutamanya guru yang terhad.
Antara program yang dilaksanakan ialan Unit Kesihatan, Unit RMT dan PSS, Unit
Kantin, Unit Keceriaan dan Kebersihan, dan Jawatankuasa 3K.
RUMUSAN
Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang
mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Program ini
mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif
berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama serta penglibatan komuniti.
Dengan in, enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta, dan masyarakat ke arah
melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal
Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekoloah. Seterusnya , kerjasama di antara sekolah dengan
masyarakatbertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat. Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan

membertingkatkan lagi tatus/ taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, Perkhidmatan
Kesihatan di bawah PBSS termasukalah menilai stutus kesihatan murid, memberi khidmat
rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan
rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiognosis dan
membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan
yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan
Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan(RMT), Program Susu Sekolah(PSS), Pendidikan
Pencegahan Denggi, menjadika sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan
pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Pogram Sihat Tanpa
AIDS ntuk remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup
sihat. Seterusnya, melalui program ini dapat memupuk pengetahuan , sikap dan amalan yang
berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Akhirnya, Program Bersepadu Sekolah
Sihat perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah.Program ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti.

You might also like