You are on page 1of 16

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

2.4 KAEDAH MEMBUAT


BISKUT & KEK

Sukatan Pelajaran

A) Gaul dan ramas


B) Putar
C) Enjut

Maksud
- Lemak (majerin ) dan tepung digaul
dengan menggunakan hujung jari
sehingga menjadi serbuk.

a) Kaedah gaul dan ramas

Sukatan kadar tepung dan lemak


ialah :
- Satu bahagian tepung dengan 1/3
hingga bahagian lemak.

Peraturan membuat adunan gaul dan ramas.


1) Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk
adunan.

2)

Masukkan lemak(marjerin) yang beku dan


potongkannya kecil-kecil dengan pisau
meja.

3)

Gaul ramas lemak ke tepung dengan


menggunakan hujung jari sambil mengangkatangkat campuran tinggi daripada mangkuk
untuk memasukkan seberapa banyak udara
yang boleh. Gaul dengan cepat dan ringan
sehingga campuran seperti kelihatan serbuk
roti.

Antara biskutbiskut yang disediakan dengan


kaedah gaul dan ramas ialah:

Biskut tart nenas

Biskut kacang

Biskut makmur

Biskut samperit

B) KAEDAH PUTAR

Dalam kaedah putar, lemak dan gula diputar


sehingga menjadi kembang, ringan, gebu dan
berwarna putih.

Kek dan biskut yang disediakan dengan kaedah


putar lebih lemak dan lembap kerana kerana
sukatan lemak yang digunakan adalah lebih
banyak daripada tepung.

Contoh biskut yang disediakan dengan kaedah


putar
ialah biskut badam, biskut serpihan coklat dan
biskut cornflakes rangup.

Contoh kek yang disediakan dengan kaedah


putar
ialah kek permaisuri, kek coklat dan kek pelangi.

CONTOH BISKUT
KAEDAH PUTAR
Biskut badam
Biskut Serpihan coklat
Biskut Cornflakes
Rangup

KEK KAEDAH PUTAR


Kek Permaisuri
Kek Coklat
Kek Pelangi

C)KAEDAH ENJUT

Kaedah enjut ialah gula dan telur dienjut


sehingga kembang dan gebu. Udara yang
diperangkap dalam telur menjadikan hasil
adunan ringan.

Kaedah ini menggunakan sukatan gula dan


telur yang banyak serta sedikit tepung. Tiada
lemak dan serbuk penaik digunakan. Jumlah
telur yang banyak menjadikan adunan lebih
ringan.

Contoh kek yang disediakan dengan kaedah


ini
ialah bahulu, sementara bahulu gulung dan
bahulu lapis ialah hasil yang divariasikan. Kek
yang divariasikan boleh dihias dengan coklat
urai, coklat cair, kelapa parut kering atau jem
nanas.

Bahulu sejenis kek yang di buat


denga kaedah enjut

Bahulu

Tambahan
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
menghiaskan kek adalah seperti gula aising, jem
nanas, raspberi atau blueberi.
Kek yang siap dipotong dengan kemas boleh
dihidangkan di atas pinggan yang beralaskan
kertas doili.

SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like