You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KWAPM TAHUN

2016
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR. 08200 SIK, KEDAH
DARUL AMAN.
Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) bagi tahun 2016 telah diadakan seperti butiran
berikut:
TARIKH : 19 JANUARI 2016
HARI
: SELASA
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMKC
Kehadiran

Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi bin Ku Azizan (Penolong Kanan


HEM)
Cik Melissa Rosila binti Mohamad Mahfuz (Setiausaha KWAPM)
Cik Zunaizah binti Ahmad
Puan Nor Aziah binti Othman
Pn. Ku Suhaili binti Shamsuddin (PT Kewangan)

Tidak Hadir :

Agenda

Tiada
:

1.0

Perutusan Pengerusi
1.1 Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi mengalu-alukan kehadiran
semua ahli ke
mesyuarat kali pertama Jawatankuasa KWAPM bagi tahun
2016

2.0

Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2016


2.1 Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi dengan rasminya melantik ahliahli
jawatankuasa KWAPM yang baru bagi tahun 2016.
2.2 Beliau mengingatkan bahawa pihak jawatankuasa perlu
menyiapkan
minit mesyuarat dalam tempoh 2 minggu dari tarikh
mesyuarat
diadakan dan perlulah mengikut format yang terkini. Satu
salinan minit mesyuarat perlu dimasukkan ke dalam fail
Jawatankuasa KWAPM dan satu salinan lagi perlulah diserahkan

kepada Pn. Suriani binti Abd


Rahman,
setiausaha
Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Chepir bagi
tahun 2016.
Tindakan : Setiausaha KWAPM
2.3 Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi juga mengingatkan ahli
jawatankuasa
untuk
melampirkan
satu
salinan
carta
organisasi
Jawatankuasa KWAPM tahun 2016 di dalam fail.
Tindakan : Setiausaha KWAPM
3.0
Post Mortem 2015
3.1 Cik Melissa membentangkan kepada ahli mesyuarat bahawa
seramai
101 orang pelajar layak menerima bantuan KWAPM pada
tahun 2015. Ianyamerupakan bilangan penerima paling ramai
untuk tempoh 5 tahun.
3.2 Cik Melissa juga menyatakan bahawa terdapat beberapa
kekangan yang
dihadapi oleh pihak jawatankuasa, seperti
kekangan dari segi masa
untuk memproses senarai nama
penerima. Selain daripada itu juga,
terdapat
beberapa
pelajar yang tidak mempunyai buku akaun Bank dan
ini telah menyebabkan berlakunya kelewatan dari segi
tempoh untuk
memproses urusan kemasukan duit bantuan
ke akaun para pelajar. Pihak AgroBank Sik telah memberikan
kerjasama yang sangat memuaskan
sepanjang
proses
pengagihan wang bantuan KWAPM ke akaun penerima.
3.2 Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi mengucapkan terima kasih
kepada semua
ahli jawatankuasa KWAPM tahun 2014 yang
telah berjaya
melaksanakan tanggungawab masingmasing dengan cemerlang. Beliau
mengingatkan setiap ahli
jawatankuasa supaya mengelakkan
berlakunya
keciciran supaya proses penerimaan bantuan KWAPM akan
berjalan dengan lebih lancar. Ahli jawatankuasa juga perlulah
lebih teliti
dan telus dalam proses penyemakan borangborang permohonan untuk
memastikan pelajar-pelajar yang
benar-benar layak untuk menerima
bantuan.
Tindakan : semua guru KWAPM
4.0

Perancangan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2016


4.1 Cik Melissa telah menyampaikan beberapa makluman terkini
tentang
permohonan KWAPM bagi tahun 2016. Permohonan
bagi tahun 2016
telah pun dibuka kepada semua pelajar Tingkatan 1.
4.2 Beliau

memaklumkan

bahawa

mulai

tahun

2015,

permohonan bantuan
KWAPM akan dilakukan secara atas
talian (online) melalui Aplikasi
Pengurusan Bantuan (APB) di
laman sesawang http://sps.gov.moe.my.
Tempoh
dari
11
Februari 2016 hingga 4 Mac 2016 telah diberikan
kepada
pihak jawatankuasa KWAPM sekolah-sekolah untuk
mengemaskini data pelajar secara online di dalam sistem
APDM.
Tindakan : Setiausaha KWAPM
4.3 Sekali lagi, Tn. Hj. Ku Muhammad Najmi mengingatkan ahli
jawatankuasa supaya mengelakkan berlakunya
keciciran supaya proses
penerimaan bantuan KWAPM dapat
diselesaikan tanpa sebarang
masalah.
Beliau
juga
meminta ahli jawatankuasa untuk merangka
takwim KWAPM
bagi tahun 2016 mengikut contoh yang diberikan.
Tindakan : semua guru KWAPM
5.0

Hal-hal Lain
5.1 Tn. Hj. Ku
Jawatankuasa
2016.

Muhammad Najmi meminta Setiausaha


KWAPM mengemaskini fail bagi tahun
Tindakan : Setiausaha KWAPM

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.................................................................
(CIK MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ)
Ahli Jawatankuasa
Jawatankuasa KWAPM 2016
SMK Chepir

...................................................................
(TN.HJ. KU MUHAMMAD NAJMI BIN KU
AZIZAN)
Naib Pengerusi
Jawatankuasa KWAPM 2016
SMK Chepir

You might also like