You are on page 1of 2

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.


KERTAS KERJA
PROGRAM SEHARI BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 2016
1.0 PENGENALAN
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang
melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan
keseriusan kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes
jenayah ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Isu ini sungguh memalukan
memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat
membangun.
Menyedari hakikat ini, pihak Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kadet Polis serta
Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir,
dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, telah merancang sebuah
program untuk bersama-sama turun padang dan bertemu dengan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir. Program yang diberi nama Sehari Bersama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dirancang bersama dengan beberapa agensi lain
seperi Pusat Kesihatan Sik serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sik. Semoga
dengan adanya program seperti ini, maka akan timbullah kesedaran dalam diri setiap
pelajar supaya menjauhi segala jenis jenayah yang mungkin berlaku di sekitar
merekadan seterusnya mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.
2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada semua pelajar SMK Chepir tentang pendidikan
pencegahan jenayah dan kesan-kesan negatif yang berlaku di sekeliling mereka.
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4

OBJEKTIF
Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar
Memupuk perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar
Memberi kesedaran awal tentang pencegahan jenayah
Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar

4.0 ANJURAN BERSAMA


Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMK Chepir
Kadet Polis SMK Chepir
Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya SMK Chepir
Dengan kerjasama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik

5.0 TARIKH / HARI / MASA


27 Januari 2016 / Rabu / 10.30 pagi hingga 2.00 petang
6.0 TEMPAT
Ceramah
: - Dewan Terbuka
: - Bilik Mesyuarat
Pameran
: Tempat Letak Kereta Guru
Papan Kenyataan KPJ : Perasmian
7.0 SASARAN
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, seramai 755 orang.
8.0 PENCERAMAH
8.1 Ceramah Jenayah Wanita :
8.2 Ceramah Pusat Kesihatan Sik :
8.3 Ceramah AADK :
8.4 Ceramah PDRM :
9.0 AHLI JAWATANKUASA
(Sila Rujuk Lampiran A)
10.0
TENTATIF PROGRAM
(Sila Rujuk Lampiran B)
11.0
PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan semoga kesemua pihak yang
terlibat terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir akan
mendapat manfaat dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Sekian.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................................................
(MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ)
Setiausaha
Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir

.................................................
(PN. ZAHARA BINTI ISMAIL)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir

You might also like