You are on page 1of 18

PROFESIONAL DIPLOMA

OPERATION INDUSTRY
ASSIGNMENT OSHA

SOALAN 1 NYATAKAN POLISIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN MALAYSIA


SEPERTI MANA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PORTAL JKKP. NYATAKAN POLISI
KESELAMATAN DAN KESIHATAN ORGANISASI ANDA

SOALAN 2 NYATAKAN MENGENAI KEWAJIPAN AM PEKERJA DAN MAJIKAN


YANG SEDANG BEKERJA BERDASARKAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN 1994, AKTA 514.

SOALAN 3 PERUNTUKAN ATAU TUJUAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN 1994 MENGKEHENDAKI SETIAP MAJIKAN UNTUK :

SOALAN 4 AKTIVITI & PROGRAM KESELAMATAN & KESIHATAN ORGANISASI

SOALAN 5 BAGAIMANA AND DAPAT MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN


DI TEMPAT KERJA ANDA? JAWAB DENGAN MENGGUNAKAN AYAT SENDIRI.

SOALAN 1 NYATAKAN POLISIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN MALAYSIA


SEPERTI MANA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PORTAL JKKP. NYATAKAN
POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN ORGANISASI ANDA

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan ini
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan
kesihatan

yang

berpunca

daripada

sektor iaitu: Pengilangan, Perlombongan


restoran ,Pertanian,

perhutanan

dan

dan

aktiviti

pekerjaan

pelbagai

pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel

perikanan, Pengangkutan

penyimpanan

dan
dan

komunikasi ,Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun, Kemudahan gas, elektrik, air
dan perkhidmatan kebersihan, Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.
Objektif Jabatan ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang
tahun 2010 seperti berikut :
a. Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20%
b. Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan (maut, hilang upaya kekal, tanpa
hilang upaya kekal sehingga 20%
c. Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga 100% dan promosi
sehingga 200%
d. Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal KKP (SHO) sehingga 20%
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang
mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektifobjektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan
sihat;

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko
kepada kesihatan;

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang
lagi;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan


seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan;

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan
mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat
dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi

Polisi Di Syarikat

We seek to conduct our business with the highest standard of safety & health protection for our
employees and other stakeholders and we are committed to continuous efforts to identify and
eliminate or manage safety risks associated with its activities.
We strive to prevent accidents, injuries and occupational illness through the participation of our
employees and other stakeholders by:

Complying with the latest regulations, Governmental guidelines, code of practice and all
laws related to Occupational Safety & Health.

Carrying out Hazard and Chemical Risk Assessment and implementing appropriate
control measures to reduce hazards at the workplace.

Providing a safe and healthy work place, by minimizing risk to their safety & health.

Ensuring that they understand their responsibilities and accountabilities for safe
performances at the workplace.

Undertaking regular review and revision of management of safety and health practices
and policy at the Operating Centers.

SOALAN 2 NYATAKAN MENGENAI KEWAJIPAN AM PEKERJA DAN MAJIKAN


YANG SEDANG BEKERJA BERDASARKAN AKTA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN 1994, AKTA 514.
Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada
1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana
memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan pembinaan, yang mana
keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja
yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga
kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90%
daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan
tentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk dan
menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja dan juga
mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini
dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau
organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan
yang bertindih di atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang
dan Jentera 1967. Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi
peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.
Akta ini juga mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja,
pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun kewajipan-kewajipan
tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang serius, dan membawa pelbagai
tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip utama telah diambil untuk dijadikan asas dalam
penggubalan Akta ini. Prinsip pertama ialah self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk
menangani perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak
5

majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas.

Bermula dengan

mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya, pihak majikan
perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk dilaksanakan. Prinsip kedua
ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding
untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat-tempat kerja. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak
majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan
mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan
dan pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan akan
berjaya.
Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi dan penyusunan
langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang timbul daripada aktiviti orang-orang
yang sedang bekerja. Kuasa untuk penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk
kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dengan jelas.
Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

Pengilangan

Perlombongan dan penguarian

Pembinaan

Pertanian, perhutanan dan perikanan

Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan

Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

Perdagangan borong dan runcit

Hotel dan restoran


6

Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

SOALAN 3 PERUNTUKAN ATAU TUJUAN AKTA KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN 1994 MENGKEHENDAKI SETIAP MAJIKAN UNTUK

Seksyen 30 akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan yang
mempunyai sekurang-kurangnya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh pihak Ketua
Pengarah keselamatan dan kesihatan pekerjaan mesti menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja tersebut. Akta juga menghendaki majikan dan
pekerjanya bekerjasama dalam membangun, menggalakan dan penilaian keberkesanan langkahlangkah keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.

Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah untuk mewujudkan


saluran komunikasi dalam penyampaian maklumat berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Pihak majikan dan pekerja akan bekerjasama dalam mengenalpasti , membangun
program, menilai dan mengambil tindakan sewajarnya bagi meningkatkan tahap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.

Dua fungsi utama Jawatankuasa adalah seperti berikut:


Sentiasa mengkaji langkah-langkah perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
orang-orang ditempat kerja.

Menyiasat isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang dianggap tidak
selamat atau sihat oleh anggota jawatankuasa atau pekerja dan dibawa untuk perhatian
pihak majikan
Selain dua fungsi yang diperuntukan oleh akta, fungsi lain juga harus dilaksanakan oleh pihak
jawatankuasa.
Melaksanakan kajian berkaitan trend dan statistik kemalangan, penyakit, keracunan dan
kejadian berbahaya yang lain dan mengemukakan cadangan kepada pihak majikan untuk
langkah pengawalan. mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan ditempat kerja,
dan mengemukakan cadangan langkah penambahbaikan kepada pihak majikan.
Melakukan pemeriksaan secara berkala di tempat kerja untuk mengenalpasti bahayabahaya atau tindakkan berbahaya pekerja ditempat kerja. Hasil pemeriksaan
dikemukakan kepada pihak majikan untuk tujuan tindakan penambahbaikkan.
Membuat siasatan segera jika berlaku kemalangan, penyakit pekerjaan, keracunan atau
kejadian berbahaya yang berlaku ditempat kerja seterusnya melaporkan kepada pihak
majikan untuk tindakan mengatasinya.
Menyiasat aduan dan membuat laporan kepada majikan serta mencadangkan langkahlangkah yang dikenalpasti boleh menghapus atau mengurangkan keadaan tidak selamat
ditempat kerja.
Membantu melaksanakan program-program galakkan dan pendidikan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan ditempat kerja.
Membincangkan laporan dan maklumat oleh pegawai keselamatan (SHO), pihak
penguatkuasa undang-undang dan juru audit luaran juka ada.

Anggota jawatankuasa Keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut

Pengerusi
Setiausaha
Wakil pengurusan dan
Wakil pekerja

Jawatan pengerusi sebaiknya adalah dari pihak majikan samada pengerusi pengarah syarikat atau
pegawai kanan yang mempunya pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan .
Tujuannya adalah untuk mempastikan keputusan dapat dibuat dengan segera mengenai isu atau
cadangan yang dibuat. Setiausaha boleh dilantikan dari ahli jawatankuasa. Sekiranya organisasi
mempunyai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah wajar beliau dilantik untuk
melicinkan pelaksanaan mesyuarat dan melancarkan aktiviti jawatankuasa termasuk menjadi
pakar rujuk kepada ahli lain . Setiausaha juga berperanan memberi notis mesyuarat,
menyediakan agenda, menyediakan minit dan lain-lain. Wakil pengurusan bolehlah dipilih dari
kalangan mereka yang mempunyai tanggungjawab mengurus atau menyelia kakitangan
dibawahnya. Ini termasuklah bahagian operasi yang terlibat secara langsung keatas pengeluaran
khidmat, produk organisasi atau wakil pengurusan sokongan. Wakil pekerja boleh dipilih
dikalangan pihak pekerja Bilangan ahli Jawatankuasa bergantung kepada struktur organisasi atau
syarikat tersebut. Sebagai panduan bagi organisasi yang mempunyai pekerja tidak melebihi 100
orang, jumlah ahli bolehlah 2 orang dari pihak majikan, 2 orang wakil pekerja tidak termasuk
Pengerusi dan setiausaha. Bagi organisasi yang lebih besar, sekurang-kurangnya 4 orang wakil
majikan, 4 orang dilantik sebagai wakil pekerja. Ahli jawatankuasa dicadangkan tidak melebihi
20 orang. Pakar dari luar juga boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa seandai memerlukan
penyelesaian masalah-masalah keselamatan dan kesihataan pekerjaan khas.
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan berfungsi dengan lebih efektif
sekiranya skop aktivitinya tertumpu kepada satu tempat kerja jika dibandingkan dengan
jawatankuasa yang bertanggungjawab keatas berbagai-bagai tempat kerja yang terletak di lokasi
yang berlainan. Pada amnya, adalah tidak perlu untuk majikan melantik lebih dari satu
jawatankuasa bagi satu tempat kerja yang berlainan. Walau bagaimanapun bagi tempat yang
besar adalah lebih sesuai dilantik jawatankuasa bersama pengurusan-pekerja dengan mekanisma
penyelarasan diperlukan dan diwujudkan jawatankuasa penyelaras di peringkat keseluruhan
organisasi yang dipengerusi oleh peringkat ketua eksekutif dan dianggotai oleh semua pengerusi
jawatankuasa bahagian dan cawangan untuk menyelaras dan membuat keputusan mengenai isu
yang dibangkitkan pleh jawatankuasa-jawatankuasa diperingkat bahagian dan cawangan.
Kekerapan mesyuarat bergantung kepada beban kerja yang perlu diselesaikan berdasarkan situasi
dan isu keselamatan yang perlu dibincangkan. Dicadangkan mesyuarat diadakan sekali dalam
tempoh tiga bulan. Bagi tempat kerja yang berisiko tinggi seperti kilang, loji pemperosesan atau
tapak kerja binaan, mesyuarat perlu diadakan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali sebulan.
9

Pada peringkat penubuhan, pihak jawatankuasa perlu menyediakan garis panduan dan
perancangan awal bagi program-program yang akan dilasaknakan serta asas bidang tugas
jawatankuasa. Korum mesyuarat hendaklah ditetapkan pada angka sekurang-kurangnya separuh
dari jumlah ahli tidak termasuk pengerusi dan setiausaha. Untuk memastikan tindakan susulan
dijalankan minit mesyuarat perlu diedarkan kepada ahli selewat-lewatnya dalam tempoh 2
minggu. Perjalanan mesyuarat pula hendaklah hanya membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja dan tidak menyimpang daripada tujuan
asal penubuhan jawatankuasa.
Ahli jawatankuasa perlu memahami dan mengetahui aspek-aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan terkini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka secara berkesan.Latihan
dan pendidikan yang dicadangkan adalah seperti berikut: Kehendak undang-undang yang
berkaitan, Standard-standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Tatacara pemeriksaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tatacara mengenalpasti dan menilai risiko-risiko Langkahlangkah pengawalan risiko-risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tatacara siasatan
kemalangan dan menganalisa data Teknik-teknik komunikasi dan promosi. Pengetahuan seperti
di atas boleh diperolehi melalui seminar, kursus, dan ceramah yang sering kali diadakan oleh
pelbagai pihak seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan dan CIDB.

SOALAN 4 AKTIVITI & PROGRAM KESELAMATAN & KESIHATAN ORGANISASI

Dalam usaha Jabatan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam
kalangan pekerja, majikan, dan pelanggan Jabatan; penerangandan tunjuk ajar berkaitan dengan
perundangan keselamatan dan kesihatan telah diberikan. Usaha ini dijalankan supaya semua
perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat difahami dan
dipatuhi. Antara aktiviti promosi dan publisiti yang dijalankan oleh JKKP adalah:

Memberikan ceramah dan penerangan serta latihan yang berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan;

Menganjurkan kempen dan pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;
10

Memberikan khidmat kepakaran berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan


kepada agensi awam, swasta, persatuan majikan dan pekerja, dan juga kumpulan
profesional; dan

Mengumpulkan dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan untuk rujukan, pinjaman, dan sebaran.

Latihan PPE
Kepentingan Ppe atau peralatan perlindungan diri di dalam industri yang berbahaya
Kepentingan PPE sentiasa diabaikan, tetapi kebenaran adalah bahawa ia telah memainkan
peranan yang penting menyelamatkan kehidupan berjuta-juta pekerja di Amerika Syarikat. PPE
atau peralatan perlindungan peribadi merujuk kepada gear pelindung yang dipakai oleh pekerja
semasa operasi yang berbahaya, yang boleh menjadi bahaya kepada kesihatan dan keselamatan
mereka. Penyelesaian yang praktikal ini akan mengurangkan risiko kerja berkaitan kecederaan,
kemalangan atau jangkitan.
Bahaya akan sentiasa ada di tempat kerja tidak kira industri apa anda bekerja di. Walaupun habuk
atau puing-puing boleh mencederakan atau merosakkan kesihatan anda jika anda tidak dilindungi
ketika bekerja. Peralatan perlindungan peribadi yang bertindak sebagai perlindungan terhadap
banyak bahaya yang wujud di tempat kerja seperti kebakaran, bahan-bahan kimia berbahaya atau
benda-benda yang berbahaya.
Bagi orang-orang yang bertindak balas atau orang-orang yang mengambil bahagian dalam
pembersihan bahan-bahan kimia yang berbahaya, gear yang khas diperlukan untuk
melindunginya daripada bahan-bahan kimia berbahaya yang mereka mengendalikan. Sesiapa
sahaja yang datang dalam hubungan secara langsung dengan tumpahan bahan kimia yang
berbahaya perlu menggunakan peralatan perlindungan diri. Ia membolehkan pekerja untuk

11

mengelakkan bahaya dan membersihkan bahan-bahan toksik tanpa takut didedahkan dengan
betul.
Latihan mengenai bagaimana PPE boleh betul digunakan dan fokus pada setiap komponen
pelaksanaan PPE dilindungi 40 jam HAZWOPER kursus. Langkah pertama yang setiap peserta
akan belajar adalah untuk memilih peralatan yang betul untuk melindungi diri mereka sendiri.
Pemilihan peralatan perlindungan yang tidak wajar telah diketahui untuk menyebabkan
kemudaratan yang tidak boleh kepada pekerja. OSHA menghulurkan beberapa keperluan apabila
ia datang kepada pemilihan peralatan perlindungan diri. Peralatan mesti ditandakan hanya
kepada pengilang yang dikenali dan mesti berupaya penangguhan sebarang kerosakan atau
jangkitan. PPE orang-orang yang tidak memenuhi garis panduan OSHA mestilah dielakkan.
Sekali lagi pekerja harus dilatih dengan betul seseorang pada bagaimana PPE yang boleh
digunakan. Kursus-kursus latihan HAZWOPER akan menyediakan segmen mengenai isu ini
tetapi dengan tangan pada percubaan sering ditinggalkan, terutamanya dengan latihan dalam
talian. Dalam talian latihan akan menyediakan maklumat yang terperinci tentang kepentingan
PPE dan bagaimana ia boleh digunakan, tetapi garis panduan OSHA dan memerlukan pekerja
untuk dilatih dengan peralatan yang sebenar dalam sesuatu kursus.
Penggunaan PPE dalam mana-mana industri adalah satu keperluan dan bukannya pilihan
terutama apabila pekerja terdedah kepada bahan kimia berbahaya. Adalah menjadi
tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja-pekerja juga dididik tentang peralatan
perlindungan peribadi.

SOALAN 5 BAGAIMANA AND DAPAT MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN


DI TEMPAT KERJA ANDA? JAWAB DENGAN MENGGUNAKAN AYAT SENDIRI.
12

emalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan yang mengakibatkan
kecederaan ataupun kerosakan harta benda. Antara factor kemalangan adalah;1. Kecuaian manusia
2. Peralatan dan bahan yang tidak diselenggara
3. Persekitaran kerja yang tidak selamat
Cara untuk mengelak Kemalangan di tempat kerja iaitu dengan melaporkan keadaan tidak
selamat atau keadaan persekitaran yang terdedah kepada risiko bahaya. Memastikan peralatan
dan bahan berada dalam keadaan baik dan mesin berfungsi dengan baik. Para pekerja juga
mestilah menggunakan alat perlindungan diri dan menjalani latihan keselamatan yang dianjurkan
oleh pihak majikan. Pekerja juga mestilah berhati-hati apabila terdapat perubahan persekitaran
yang mendatangkan bahaya.
Menurut teori domino kemalangan disebabkan oleh keadaan persekitaran yang tidak selamat dan
mengundang kecuaian manusia melalui tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal manusia. Ini
akan menyebabkan kemalangan akan berlaku dan mengundang risiko kecederaan. Jika salah satu
teori tersebut disingkirkan maka sudah tentunya potensi untuk berlaku kemalangan tidak terjadi.
Elemen tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal ataupun mekanikal adalah teori yang paling
mudah untuk disingkirkan.
Menutut teori Hienrich kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan. Kemalangan berpunca
daripada perlakuan yang tidak selamat ataupun keadaan persekitaran yang tidak selamat.
Kelakuan dan keadaan persekitaran yang tidak selamat ini adalah disebabkan oleh kecuaian
13

manusia ataupun mesin yang tidak direka dengan sempurna ataupun tidak diselenggara.
Kecuaian manusia pula tercipta daripada persekitaran sosial ataupun diperolehi daripada sikap
mengulagi kesilapan yang sama.
Punca-punca kepada kemalangan Terbahagi kepada 3 sumber utama:
1.Faktor Kemanusiaan
2.Faktor Pentadbiran
3.Faktor Fizikal
Faktor Kemanusiaan
a.Kecuaian
-kurang memberi tumpuan kepada kerja
-mengalamun/berkhayal semasa bekerja
b.Kurang pengetahuan
-mengenai kerja yang di lakukan
-mengenai langkah-langkah keselamatan
-mengenai latihan untuk melakukan tugas
-sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan
betul.
c.Tidak berdisiplin

14

-bergurau semasa bekerja


-gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas
Faktor Pentadbiran
a.Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan dengan bersungguh-sungguh
b.Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakantugas
c.Kawalan keselamatan yang longgar
d.Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas
e.Tiada prosedur kerja yang ditetapkan
f.Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja
Faktor Fizikal
a.Persekitaran
-kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan, licin, berselerakpencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi
-Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan psikologi,
mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran
-Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan
individu-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa
akibat buruk kepada persekitaran

15

b. Peralatan dan Mesin


-susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan mesin yang telah lama
dan tidak sesuai di gunakan lagi
-keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik
-penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah
-penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak teratur
-pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.
c.Sistem Pendawaian
-pendawaian yang lebih daripada 40 tahun
-kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik
-beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran-pendawaian yang salah pada
alatan yang di gunakan
Langkah Pencegahan

Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.

Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.

Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.

Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.

16

Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Pastikan peralatan yang rosak ataukebocoran bar elektrik dibaiki segera.

Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.

Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.Ketatkan skru


penghadang keselamatan jika longgar.

Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.

Mesin perlu disusun dengan teratur

Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan tidak
dihalang

Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.

17

RUJUKAN
1)
2)
3)
4)

Nota module OSHA Warisan Akademi Pendidikan UMP


www.jkkkp.gov.my
www.cidb.gov.my
www.perkeso.gov.my

18

You might also like