You are on page 1of 19
BAB SATU PENGENALAN KEPADA PERADABAN MELAYU 1.1. Pengenalan Deliar Noer pernah mengungkap semula penyataan yang sering disebut-sebut, iaitu, “masa silam mengandungi pengalaman, masa kini merupakan kenyataan, dan masa depan membayangkan harapan”, adalah wajar kita meneliti semula hakikat sejarah di rantau Alam Melayu, (Dipetik dari Wan Abdul Hamid bin Wan Teh, 1999: 26), Istilah ini jarang sekali digunakan untuk merujuk kepada rantau Asia Tenggara dan pulau-pulau sekitamya yang merangkumi Indonesia, Tanah Melayu, Singapura, Patani, Brunei Darussalam dan pulau-pulau di selatan Filipina, Daerah ini mempunyai sejarah besar satu kelompok umat yang pemah mencipta tamadun yang dikenali sebagai tamadun Melayu, Rantau ini juga pernah menyaksikan pertembungan budaya besar dunia dari Timur dan Barat. Ini dapat dilihat melalui kesan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. fa juga banyak mempengaruhi nilai budaya masyarakat di kedua-dua negara tersebut. Manakala pengaruh Hindu dan Cina pula dapat dikesan sebagai unsur budaya dalam masyarakat Melayu, Dalam pertembungan ini, Islam telah ‘muncul sebagai ejen transformasi yang paling berkesan ke atas pemikiran, kebudayaan, dan peradaban rantau ini yang akhirnya dikenali sebagai Alam Melayu. Justerw itu dalam mendalami kajian ini, kita haruslah memahami maksud sebenar peradaban ataupun tamadun. 1.2. Definisi Peradaban Peradaban ataupun tamadun sebenarnya telah wujud sejak lama dahulu lagi. Ia lahir sejajar dengan kemajuan yang dikecapi oleh manusia, Antara peradaban yang telah muncul di dunia seperti Babylon, Yunani, Romawi, Bizantium, Parsi, China, India, Islam, Melayu dan sebagainya. Justeru itu dalam pengkajian peradaban atau tamadun ini, terdapat pelbagai definisi tentangnya. Hal ini dapat dilihat melalui definisi melalui tokoh-tokoh seperti Ibnu Khaldun, Samuel Huntington, Arnold Tonybee dan ramai lagi. la juga boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu definisi mengikut bahasa Inggeris, Arab dan Melayu Mengikut definisi bahasa Inggeris, Samuel Huntington menjelaskan bahawa peradaban ialah satu entiti budaya. la dapat dilihat melalui takrifannya seperti berikut; “A civilization is a cultural entity. Villages, regions, ethnic groups, ‘nationalities, religious groups, nationalities, religious group, all have distint cultures at different levels of cultural heterogeneity. The culture ofa village in sowern ltaly may be different from that of a village in northern liali, but both will share in common Italian culture that of a village in northern Italy may, but both will share in a common Italtan culture that distinguishes them from German villages. European communities, in turn, will share cultural features that distinguishes them from Arab or Chinese communities. Arabs, Chinese and Westerners, however, are not part of any broader cultural entity. They constitute civilization A civilization is thus the highest cultural grouping of people and the broadest level of cultural identity people have short of that which distinguishes humans from other species." ( Satu peradaban itu ialah satu entiti budaya. Kampung, wilayah, kumpulan, emik, bangsa, kumpulan berasaskan agama, kesemuanya mempunyai budaya yang tersendiri pada tahap heterogeneiti budaya. Budaya sesebuah kampung di selatan Itali mungkin berbeza daripada Kampung di utara Itali tetapi kedua-duanya berkongsi satu budaye Itali yang membezakan mereka daripada kampung-kampung di Jerman. Sebaliknya komuniti Eropah akan berkongsi ciri-ciri kebudayaan yang membezakan mereka daripada komuniti Arab atau China. Walau bagaimanapun, orang Arab, Cina, dan orang Barat bukannya sebahagian daripada entiti budaya yang lebih Tuas. Mereka membentuk peradaban. Dari itu satu peradaban adalah pengkelompokan manusia yang berasaskan budaya yang paling tinggi dan identiti budaya yang amat tuas yang membezakan manusia daripada spesies lain.) ( Samuel P.Huntington, 1993: 24 ) 2 Pendapat ini di sokong oleh Edward L. Farmer yang mentakrifkan tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada erkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang berterusan dari satu generasi yang lain. Selanjutnya Farmer menerangkan bahawa masyarakat yang bertamadun harus mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti kewujudan revolusi_pertanian, Petempatan kekal, organisasi sosial, masyarakat, sistem pentadbiran, agama, perbandaran, kemajuan teknologi dan sistem tulisan. ( Edward L.Farmer,1977: xviii), Selain itu, penulis Arab pula seperti Ibnu Khaldun mendefinisikan tamadun berdasarkan perkatan-perkataan Arab seperti ‘Madaniyah’, ‘hadarah’, dan sebagainya yang bermaksud masyarakat. Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah ‘kehalusan budi’ dan ‘sopan-santun’, Beliau juga mengaitkan perkataan tamadun bersamaan dengan ‘wmran" untuk menyatakan konsep tamadun, Mengikut bahasa biasa ‘tran’ bermaksud tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang. Ia juga membawa erti kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju. ( Mugaddimah, dipetik oleh Azhar Mat Aros et al, 2000: 5 ). Jelasnya bahawa apabila digabungkan perkataan ‘madaniyah' dan ‘umran’, maka jadilah ‘masyarakat ‘madani’ atau masyarakat yang bertamadun, Seterusnya definisi peradaban dalam Bahasa Melayu mengikut Kamus Dewan bermaksud: ‘Keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohant yang meliputi sesuatu bangsa dan masyarakat’. ( Kamus Dewan, 1993: 6 ) Oleh itu dapatlah dirumuskan daripada ketiga-tiga definisi tersebut, bahawa peradaban bermaksud kecemerlangan atau kemajuan dari segi fizikal dan rohani. la didokongi bangsa Melayu, Utusan dari negera China yang datang ke Funan pada tahun 240 Masihi ‘melaporkan bahawa orang Funan yang tinggal di bandar hidup mewah. Mereka berkulit hitam dan berambut kerinting. Manakala yang tinggal di luar bandar, hidup sederhana dan bercucuk tanam secara primitf. Tou kota kerajaan Funan zaman dahulu terletak di Vydhapura atau T’o-Mou yang bererti “Kota Pemburu” Kota ini terletak hampir dengan bukit Ba Phnom atau kampung Baharu di daerah Puei Veng Kemboja sekarang. Menurut sumber China, Vydhapura mempunyai bandar pelabuhan yang bernama Oc Eo yang terletak di Delta Sungai Mekong. Bandar Oc Eo mempunyai rumah bertiang dan mempunyai sistem saluran air yang meliputi kawasan seluas 200 km yang dibina dengan penuh kemahiran bagi penyaluran kawasan yang dahulunya berlumpur dan berpaya kayu bakau. Bandar Oc-Eo merupakan pusat perdagangan yang menghubungkan Negera China dengan Teluk Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Melayu, India dan Parsi. (D.G.E Hall, 1987: 34) Dari segi geografinya juga, kedudukan Funan diketakan istemewa iaitu terletak di persimpangan jalan perdagangan maritime. Funan telah ‘menjadi sebuah pelabuhan persinggahan yang penting bagi para pedagang yang melalui Selat Melaka, Pada masa itu, Funan juga turut dikenali sebagai ‘Mediterranean Timur’ di kalangan para saudagar. (Dipetik dari Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1998; 749 ). Oleh yang demikian, Funan berkembang maju apabila jalan perdagangan laut di antara negara China dengan India, Timur Tengah serta Eropah mula berkembang Sebagai bukti Funan sebagai sebuah negara perdagangen ialah dengan perjumpaan cermin gangsa abad pertama Masihi bersama wang emas Roman, Ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa Kerajaan Funan adalah sebuah kerajaan yang Manakala dari segi maritime pula, tamadun Melayu telah menghasilkan daya cipta seperti perahu-perahu besar yang dapat mengharungi lautan yang luas untuk tujuan perdagangan laut, militer, dan kadangkala untuk penguasaan politiknya. Bersamaan dengan itu tahap tamadun Melayu telah mempunyai hukum lautnya yang tersendiri Hukum Kanun Melaka dan di Sulawesi terkenal dengan Hukum Amna Sapna.( Ismail Hussein et. al., 1993 : xiv ) 1.3.1 Kerajaan Funan. Funan adalah kerajaan Melayu yang tertua di Semenanjung Indochina. Ia muncul pada permulaan abad pertama Masihi. (D.G.E.Hall,1987:36). Ia merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Kerajaan ini terletak di bahagian hilir dan di Delta Sungai Mekong yang meluas sampai ke Annam Tengah (Hue sekarang) dan sebahagian besar Lembah Menam dan bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu Funan adalah sebutan China yang diambil daripada dua patah perkataan iaitu 8'iu-Nam,dan berasal dari kata Khmer kuno jaitu ‘Bnam’ atau ‘Phnom’ sekarang yang ererti ‘gunung’, Raja-raja Funan menggelar diri mereka Kurung Bnam yang bererti Raja Gunung’ atau raja yang tinggi darjatnya yang dalam istilah sanskrit disebut Parratabhupalan atau Sailaraja( D.G.E.Hall, 1987: 33 ).Antara rajanya yang ermasyhur ialah seperti Fan Sheh Man. Baginda bertanggungjawab dalam menjadikan Funan sebagai pusat perdagangan pada waktu itu, Seperti Champa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah regeri keoil yang berpengaruh Hindu. Manakala masyarakatnya pula terdiri daripada makmur, maju, dan mempunyai peradabannya yang tersendiri Peradaban Funan yang tinggi dapat dilihat melalui catatan yang dibuat oleh Kang Tai, seorang utusan dari China yang menjelaskan bahawa Funan mempunyai bandar-bandar yang dipagari tembok dan di dalamnya terdiri daripada istana-istana raja dan rumah-rumah kediaman para pembesar dan rakyat. Sclain daripada berdagang, penduduknya juga menjalankan aktiviti pertanian, Tanaman utama mereka ialah padi. Mereka turut menggunakan pahat dan suka kepada barang-barang pethiasan berukir. Alat-alat perkakas masak-memasak mereka kebanyakannya diperbuat daripada perak. Ini membuktikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dalam melebur dan membentuk logam, Manakala cukai-cukai pula dibayar dengan emas, perak, mutiara dan minyak wangi. Masyarakat Funan juga telah maju dalam bidang penulisan, Tulisan mereka seakan-akan tulisan orang-orang Hu yang tinggal di bahagian tengah Asia yang menggunakan tulisan India Mereka mempunyai buku-buku dan arkib-arkib. ( D.GE Hall, 1987: 37) Namun begitu, Kerajaan Funan mula runtuh pada pertengahan abad ke-6 Masihi. Ini adalah kerana pada tahun 540 Masihi telah berlaku perebutan takhta di Funan. Pada masa itu orang Khmer mula berkuasa di Funan. Pada pertengahan abad ke 8 Masihi, Cenla telah dapat menguasai Funan, Sejak itu tamadun Khmer mula berkembang di Funan dan mengambil alih tamadun Melayu Funan, Orang Melayu Funan beberapa kali berusaha untuk menumpaskan kekuasaan orang Khmer tetapi tidak berjaya. Dengan demikian lenyaplah sebuah negara Melayu Funan 1000 tahun lebih awal daripada negara Melayu Champa. (Dipetik dari Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1998: 749 ), 1.3.2. Kerajaan Champa. Champa, kerajaan Melayu yang kedua tertua di Semenanjung Indochina, telah Wujud sejak akhir abad kedua iaity pada sekitar tahun 137 Masihi. Nama asalnya kerajaan Champa ialah Lin-yi. Tetapi kerajaan ini lebih terkenal dengan nama Champa mulai pada abad ketyjuh sehinggalah kepada kejatuhannya pada tahun 1471 Masihi (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 34-35) Champa terletak di suatu kawasan dari Pintu Gerbang Annam sampai ke Tanjung Saint Jacquies , iaitu seluruh Vietnam Tengah serta bahagian Utara wilayah Vietnam Selatan sekarang. Sepanjang kewujudannya, Champa seringkali menghadapi serangan dan ancaman daripada kerajan-kerajaan yang mengelilinginya. Contohnya pada tahun 980 Masihi, Annam (Vietnam) telah menyerang Champa. Kemudian pada tahun 1145 Masihi, Kemboja pula menyerang Champa, (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 34) Akibat serangan-serangan tersebut, schingga sebelum akhir abad ke-15 Masihi, kerajaan Champa telah terbahagi kepada beberapa kerajaan iaitu Inderapura, Amaravati, Negeri Vijaya, Negeri Kathara, Negeri-negeri lain yang lebih kecil dan terletak di sebelah selatan Negeri Kauthara, dan akhimya negeri Pandurarangga. Mula- mula Champa wujud sebagai kerajaan merdeka , kemudian sebagai negeri naungan, dan akhirnya sampai permulaan abed ke 19, sebagai jajahan Vietnam,(Malaysia Kita, 1991 44). Dari sudut peradaban, kemajuan Champa telah mencapai kemajuan terutamanya dari segi bahasa dan sastera, Ia telah meninggalkan sebanyak 206 buah batu bersurat yang terdiri daripada 98 dalam bahasa Melayu Cam, 43 dalam bahasa Sanskrit, 29 dwibahasa dan 36 lagi yang tidak terbaca, Batu bersurat yang tertua dijumpai di Kauthara, ( sekarang Nha-trang ), bertarikh tahun 192 dan berbahasa Sanskrit Manakala Batu Bersurat tertua berbahasa Cam telah dijumpai di Champa pada abad keempat ( Malaysia Kita, 1991: 31 ), Bunyi prasasti itu sebagai yang berikut: ‘Siddham'Ni yang Naga punya putaw, Ya urang sepriy di ko, Kurun ko jemay labuh nasi svargaah Ya urang paribhu di ko, Kurun saribw thun davam di naraka Dengan tujuh kulo ko." Terjemahan bebas ‘Salam sejahtera! Intlah Nagadewa kepunyaan raja ‘Sesiapa yang menghormatinya ‘Orang itu akan beroleh anugerah dari syurga, Sesiapa yang mengkhianatinya, Orang itu akan sengsara untuk beberapa lama, Sehingga tujuh keturunannya.” Jelaslah kepada kita bahawa dengan adanya batu bersurat tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan Champa telah mempunyai peradabannya yang tersendiri, Ia juga menggambarkan kepada kita bahawa bangsa Melayu terutamanya di Kepulauan Asia Tenggara sememangnya telah mempunyai institusi kerajaan yang tersendiri sebelum ia dicerobohi oleh peradaban Barat terutamanya kuasa Eropah 1.33. Kerajaan Srivijaya Kerajaan Srivijaya telah wujud selepas Kejatuhan Kerajaan Funan ekoran daripada serangan Chenla pada abad ke-S Masihi. Kejatuhan empayar Funan ini telah meletakkan asas yang kukuh bagi empayar Srivijaya. Umumnya, para sarjana menganggap Srivijaya sebagai sebuah empayar Melayu yang unggul sebelum Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan ini muncul pada abad ketujuh Masihi dan terletak di Tenggara Sumatera, Srivijaya berjaya mengekalkan keunggulan dalam ekonomi dan politik di Alam Melayu sehingga abad ke-13 Masihi, (Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya 1983:41) Keunggulan Srivijaya ini disebabkan adanya kekuasaan maritime yang bercorak kelautan. Kerajaan Srivijaya berjaya mengawal perdagangan laut sekitar Selat Sunda dan Selat Melaka yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Kantoli, Keagungan dan keunggulan kerajaan Srivijaya bukan semata-mata kerana penguasaannya dalam bidang ekonomi kelautan, malah kebolehan para pemerintahnya memperluaskan kekuasaan dan jajahan politiknya ke ates negeri-negeri lain. Contohnya kerajaan Srivijaya telah menakluki Kedah Tua, Bangka, dan Tulang Bawang. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 44), Selain daripada hasil perdagangan entreport, Kerajaan Srivijaya turut ‘mempunyai sumber hasil daripada hutan dan pertanian iaitu terdiri daripada lada hitam, pinang dan hasil galian seperti emas, Adanya barang-barang tersebut membolehkan kerajaan Srivijaya menjalankan perdagangan dengan negara luar, Walau bagaimanapun, jajahan Srivijaya di Sumatera seperti Palembang turut memberikan sumbangan hasil yang banyak kepada kekayaan Srivijaya Pelabuhan di Srivijaya sentiasa sibuk dengan pertukaran barangan dan pengunaan matawang juga turut berlaku dalam perniagaan, Ramai saudagar dari negara luar datang berdagang dan masing-masing bersaing antara satu sama lain. Rekod China ada mencatatkan tentang perdagangan di Srivijaya. Selain daripada itu, sumber ekonomi Srivijaya turut berdasarkan kepada cukai kastam yang dikenakan ke atas 10 barang-barang dagangan saudager asing yang dibawa oleh _kapal-kapal dagang.terutamanya kepada para pedagang India dan China. Kedudukan Pelabuhan Srivijaya yang terletak di Selat Sunda adalah terlindung daripada tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Ini membolehkan para pedagang dari timur dan barat datang ke situ Di samping itu juga berdasarkan kepada inskripsi Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang, mencatatkan bahawa Raja Srivijaya yang pertama ialah Dapunta Hoiyam. Semasa pemerintahannya, Srivijaya berjaya menakluki Melayu Jambi pada tahun 775 Masibi dan mengembangkan kuasa ke kawasan-kawasan lain di sekitar Selat Melaka. Ia juga telah berjaya menakluki Kataha atau Kedah Tua pada tahun 671 Masihi dan Jaiya serta negeri-neger lain di Segenting Kra pada tahun 775 Masihi, Dengan itu, pada akhir abad ke-8 Masihi, Srivijaya mempunyai kuasa penuh ke atas jalan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka pada masa itu. ( Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 1999:155 ). Srivijaya juga terkenal sebagai salah satu pusat pengajian agama Buddha yang utama di rantau ini pada zaman kegemilangannya. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 44-45), I-Tsing penganut agama Buddha yang terkenal deri negeri China telah melawat Palembang pada tahun 671 Masihi. Ia telah menasihatkan semua penghijrah China yang belayar ke India supaya singgah di Srivijaya sekurang-kurangnya setahun atau dua untuk mengkaji bahasa Sanskrit dan agama Buddha. I-Tsing pernah tinggal di Srivijaya selama beberapa tahun untuk menterjemahkan buku-buku dan kitab agama Buddha daripada bahasa Sanskrit dan Melayu kepada bahasa China. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 45). in Di samping itu penyebaran agama Buddha tersebut disebabkan oleh pemerintahnya yang terdiri daripada raja-raja Srivijaya yang menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha, Contohnya pada tahun 775 Masihi, Raja Srivijaya telah mengerahkan sami diraja yang bemama Jayanata untuk membina tiga buah berhala di Jaiya untuk Dewa Sakyamuni, Padmapani dan Vajrapani. Begitu juga dengan pembingan kuil-kuil di Nalanda pada tahun 949 Masihi sebagai tempat pengajian telah menggalakkan lagi penyebaran agama Buddha. Selain itu juga, Srivijaya juga terkenal dengan pasukan tentera laut yang kuat Semua kapal yang melalui wilayahnya dipaksa singgah dipelabuhannya untuk menyelesaikan bayaran dan cukai, Bagi menjamin monopoli perdagangan antara China dan India, Srivijaya telah meluaskan kuasa serta mengukuhkan kawalannya ke atas kawasan di sekitar Selat Melaka dan Segenting Kra ini termasuklah Ligor, Chaiya dan Takuapa. (Abdullah Azmi Abdul Khalid, at. al., 1997: 37) Akbimya pada abad ke-14, kerajaan Srivijaya terpakse menghadapi cabaran daripada kuasa lain seperti kerajaan Mataram, Kediri, Singhasari dan Majapahit di Pulau Jawa. Kerajaan ini adalah berbeza dengan Srivijaya kerana walaupun ekonomi mereka bergantung kepada perdagangan tetapi pertanian juga turut menyumbangkan kepada kekuatan ekonomi Srivijaya. Srivijaya juga tidak dapat lari daripada menghadapi ancamen dan serangan daripada kuasa Iuar. Mulai pertenghan abad ke-8 Masihi, kerajaan Mataram di Pulau Jawa telah mula mengancam Srivijaya, Bermula pada tahun 775 Masihi, keturunan raja yang memerintah Srivijaya adalah berasal daripada kerajaan Sailendra, (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989; 46), Seterusnya Srivijaya turut diserang oleh kerajaan Rajendra Chola pada tahun 1025 Masihi. Ini telah melemahken lagi kekuatan Srivijaya. Akhirnya 12 menjelang abad ke 13 Masihi, kerajaan Srivijaya menjadi semakin lemah dan akhirnya runtuh, (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989: 46), 13.4. Kesultanan Melayu Melaka Berdasarkan kepada teks Sejarah Melayu, Kesultanan Melayu Melaka adalah turnt berasal daripada Iskandar Zulkernain. Keturunan ini mempunyai keitan dengan kerajaan Srivijaya, Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada awal tahun 1400 Masihi. Semenjak pembukaan Melaka oleh Parameswara, kerajaan ini telah mempunyai 11 orang sultan, (W.G. Shellabear, 1987: 54-55) Melaka telah menjadi sebuah negara dan akhimya membentuk sebuah empayar yang maju dan makmur. Kekayaan, kemajuan dan kemakmuran Melaka adalah kerana kedudukannya di Selat Melaka yang merupakan tengah jalan perdagangan antara timur dan barat, Oleh itu para saudagar terutamanya dari China dan India singgah di pelabuhan Melaka. Melaka mempunyai masyarakat yang tersusun dan teratur, Ini menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang cekap serta bersistem. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka merupakan dua buah teks undang-undang yang dilaksanakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.(Mumamad Yusuff Hashim, 1990: 166-167), Oleh itu secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah organisasi yang mengekalkan identitinya yang tersendiri serta sebagai pewaris tradisi Srivijaya yang gemilang dan menjadi contoh kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang kemudiannya. Menurut Barbosa, seorang penulis berbangsa Portugis, Melaka adalah sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia dengan kedudukannya yang strategik amat sesuai bagi kapal-kapal dari Timur dan Barat bertemu serta bertukar-tukar barang, Antara barang 13 dagangannya ialah seperti buah pala, cengkih, kapur barus, cendana, kayu gaharu, kemenyan, kasturi, mutiara, batik, timah dan sebagainya, ( Dipetik dari Malaysia Kita, 1995: 114) Di samping itu juga, Melaka turut menjadi pusat penyebaran agama Islam yang terkenal di rantau ini, Penyeberan Islam bertambah cepat pada abad ke-15 ketika Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Mengikut laporan Tome Pires, para pedagang Islam mula menetap di kota-kota pelabuhan dan mereka disertai oleh golongan ulama, Sambil berdagang, Islam dapat disampaikan kepada penduduk setempat. ( Dipetik dari Ensklopaedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, H.M.Zurkani Yahya, 1998; 982 ), Namun begitu, kejatuhan Melaka ke tangan Portugis 1511, telah menyebabkan para pedagang tertumpu ke pelabuhan lain di Kepulauan Melayu dan hal ini memberi kesempatan munculnya beberapa kesultanan seperti Aceh, Brunei, Johor, Banten, Mataram, Makasar, dan Ternate, Dengan ini secara tidak langsung, Islam turut tersebar ke seluruh Kesultanan tersebut. Selain itu juga, kemajuan Melaka sebenamya disebabkan oleh kegigihan para pemerintahnya terutama pengasasnya iaitu Parameswara, Baginda cuba menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang mana beliau gigih menggalakkan ramai pedagang singgah di Melaka dengan menyediakan kemudahan gudang menyimpan barang dan tempat tinggal untuk pedagang dan anak kapal yang menunggu pertukaran angin monsun sebelum meneruskan perjalanan mereka Dalam masa beberapa tahun sahaja Melaka telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan yang besar dan terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Antara barang dagangan yang terdapat di Melaka ialah rempah ratus dari Pulau Banda dan Maluku, lada hitam dan emas dari Sumatera, beras, daging ering dan bawang dari Jawa, kain atau testil dari India dan 14 sutera, barangan kaca dan tembikar dari negara China. Di samping itu juga, Melaka dapat mengekalkan kedudukan dari segi diplomatik melalui usahanya mengimbangi empat kuasa yang berhadapan dengannya. Pertama, sultan-sultan Melaka yang awal menghantar ufti kepada kerajaan Ayudhya di negara Thai kerana kuasa berkenaan sedang berkembang dengan pesat. Kedua, untuk mempertahankan kedudukannya Melaka juga mengekalkan hubungan yang baik dengan negara China Hubungan ini juga mengimbangi hubungannya dengan Ayudhya. Ketiga, persaingan perdagangan dengan Samudera Pasai sentiasa wujud semasa perkembangan Melaka, Keempat hubungan Majapahit menyaksikan pengakuan Melaka bahawa Majapahit adalah kuasa yang lebih besar. Justeru itu, Melaka dapat memperluaskan kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu yang lain, (Kobkua Suwannathat-Pian, 1997: 41), Perluasan kuasa dan perdagangan Melaka juga bergantung kepada sistem pentadbiran yang baik, teratur dan berkesan. Kuasa tertinggi dalam pentadbiran Melaka ialah sultan. Di bawah Sultan ialah Bendahara, Kemudian diikuti oleh Temenggung, Laksmana dan empat Syahbandar yang bertanggungjawab menjaga empat komuniti perdagang asing iaitu India (Gujerat), China, dan Champa, selatan India, Benggala, Pegu, serta Pasai dan Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina. (Abdullah Azmi Abdul Khalid at.al, 1997: 40). Dengan ini telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan yang terbaik dan emporium yang terpenting di rantau Asia Tenggara, Seterusnya, ia berubah menjadi sebuah empayar hasil daripada usaha dan dinamisme Tun Perak iaitu sebagai Bendahara Melaka (1456-1498) semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, Empayar Melaka ini meliputi Pahang, Johor, Kepulauan Karimun, Riau Lingga, Kampar, Inderagiri, Siak, Patani, Kedah, Bernam 15 dan Perak. Dalam perubahan ini peranan orang laut adalah penting. Mereka bertugas sebagai tentera laut Melaka bagi memastikan jalan dagangan di sekitar Selat Melaka adalah selamat dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat sebanyak 84 buah bahasa yang dipertuturkan di situ. Namun begitu Bahasa Melayu menjadi bahasa vutama atau /ingua franca. Ini membukitikan bahawa telah wujud masyarakat berbilang kaum di Melaka pada masa itu, Mereka ini terdiri daripada masyarakat Melayu tempatan, para saudagar asing seperti dari India, China, Jawa, Para ulama seperti Maulana Yusuf dan sebagainya ‘Sehubungan itu juga, Kesultanan Melayu juga meninggalkan warisan budaya Melayu yang kaya. Malah, penyerapan budaya Melayu adalah selari dengan penyebaran Islam, Sumbangan-sumbangan dalam bidang kesusasteraan, cara pemerintahan, muzik, tarian, pakaian, permainan, gelaran dan pantun Melayu ditira dan diterapkan dalam budaya tempatan di tempat-tempat lain dalam empayar Melaka. Satu sumbangan penting Melaka adalah penyerapan idea dan nilai Islam dalam budaya istana dan juga perundangan Namun begitu, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488), kegemilangan Melaka mula pudar dan menurun, Ini dirumitkan lagi oleh pertelingkahan istana yang seterusnya mempengaruhi keretakan dalam pentadbiran Melaka. Tambahan pula munculnya pergeseran antara orang Melayu dan puak Tamil Muslim tentang kuasa. Ini menjadikan perdagangan Melaka turut terjejas. Pada masa yang sama, orang Portugis telah mula menjelajah ke Teluk Parsi, Pantai Timur Afrika, dan Calicut di India, (Zainal Abdin Abdul Wahid, et.al, 1992: 51-54). 16 Dengan itu atas sokongan pentadbiran Portugal, seorang bemama Alfonso d’ Albuquerque menumpukan perhatian kepada Melaka khususnya dan Asia Tenggara secara umumnya, Tujuan utama adalah untuk merampas perdagangan rempah-ratus di rantau Asia Tenggara ketika itu. Pada tahun 1511, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Di sinilah bermulanya era kolonialisme, Kemudian ianya diikuti oleh Belanda pada tahun 1641 setelah ketewasan Portugis dan pemerintahan British pada 1824 melalui perjanjian British-Belanda (Perjanjian London). (Zi 1 Abidin Abdul Wahid, etal, 1992: 60-67), Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada jatuhnya Melaka ke tangan Portugis,pada tahun 1511. Antara faktor dalaman ialah ia dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul seperti dalam teks Sejarah Melayu, edisi Shellaber tahun 1997 yang menyatakan golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil Muslim. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi darah Tamil-Muslim bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati, Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudiannya menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Mudzaffar Syah, (W.G.Shellabear, 1987: 62) Di samping itu juga, semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, berlaku peristiwa pembunuhan Raja Ibrahim, putera Sultan Muhammad Syah dengan isterinya, puteri Raja Rokan, Pembunuhan Raja Tbrahim merupakan suatu pakatan untuk menyingkirkan pengaruh Melayu daripada mewarisi takhta kerajaan Melaka. Dengan 7 Sejayaan Raja Kassim menaiki takhta dan kemudiannya diganti olch keturunannya, clah membuktikan bahawa pengeruh Melayu-Tamil semakin menguasai istana ?embesar Melayu pula diwakili oleh Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija Diraja. Pergeseran ini berterusan dan menjadi ‘duri dalam daging’ dalam vubungan individu serta kekeluargaan. (Zainal Abidin Abdul Wahid, et.al, 1992: 52). Selain itu juga, kejatuhan kesultanan Melayu Melaka adalah dikaitkan dengan

You might also like