You are on page 1of 3

Soalan 1

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada pengangkutan awam serta maklumat
tentang kebaikan menggunakan pengangkutan awam.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan menggunakan pengangkutan awam.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pengangkutan Awam

Menjimatkan masa

Menjimatkan kos

Mengurangkan pencemaran udara


Soalan 2 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
2

[30 markah]
Jawab semua soalan
(a)Tuliskan satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) ekor
(ii) buah
(iii) ulas
(iv) rawan
(v) biji
(vi) bentuk
[6 markah]
(b)Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.
(i) Koleksi pinggan mangkuk ibu tersimpan di dalam almari perhiasan itu.
(ii) Banglo mewah bernilai RM4 juta milik hartawan itu terletak di Bukit Mahkota
Kayangan.
(iii) Amril telah memberikan pandangannya tentang cadangan untuk mengadakan
kempen kitar semula di sekolahnya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pemberian Baucer buku 1 Malaysia akan membantu para pelajar untuk membelikan
bahan bacaan.
(ii) Setia usaha program bahasa Melayu itu menghantar surat menjemput kepada para
pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
sempena Minggu Bahasa Kebangsaan.
(iii) Pihak berkuasa sentiasa menjalani pemantauan terhadap bas-bas ekspress untuk
memastikan keselamatan penumpang terutamanya pada musim perayaan.
[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Kerajaan telah menjalankan beberapa usaha-usaha positif untuk memastikan
bahawa permainan tradisional yang menjadi warisan masyarakat tidak pupus
dimakan zaman.
(ii) Pakar ekonomi itu berkata bahawa kerjasama di antara negara rantau ASEAN
haruslah diketatkan lagi terutamanya dalam bidang ekonomi.
(iii) Pak Mustafa menghadiri majlis konvensyen anak bongsunya yang baru menamatkan
pengajian pada ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia.
[6 markah]
(e)Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.
(i) Walaupun Huai Lau seorang pelajar yang lembam, namun setelah diajar dengan
bersungguh-sungguh oleh guru-guru dan rakan-rakan, akhirnya dia berjaya dalam
peperiksaan SPM dengan cemerlang.
(ii) Mak Limah dan suaminya menjaga dan mendidik Amin dengan penuh kasih sayang
walaupun Amin hanyalah anak angkat mereka.
(iii) Heliza mendapat khabar bahawa dia berjaya dipanggil temu duga untuk jawatan
yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada kerja yang dijawat
sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat jawatan itu
dan kehilangan pekerjaan yang sedia ada.
[6 markah]

-SOALAN TAMAT-

You might also like