You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN

KESELAMATAN KAMPUNG KERUNAI BIL. 3/2015


TARIKH

: 29 Mac 2015

MASA
TEMPAT

: 9.15 MALAM
: PERKARANGAN MASJID RAHMANIAH KAMPUNG KERUNAI

KEHADIRAN:
1. MOHAMED YUSOFF B. ABDULLAH
2. ZULFIKRI FAIQ B. YUSOFF AZULDIN
3. MUHAMMAD KASSIM B. MAT SOM
4. MOHD SAUFI B. CHE LAH
5. MOHD AKHIR B. ABDUL KADIR
6. MOHAMED ZAINI B. ABDUL RAHMAN
7. SUBRI B. MUHAMAD
8. ABDULLAH B. SUDIN
9. MOHAMED FAEZOL B. MD ZAID
10.
MOHAMED SHAFIE B. MOHD YUSOF
11.
MAZIDI B. ABDULLAH
12.
MUHAMMAD B. ABDUL AZIZ
13.
ZARIAH BT. MOHD ISA
14.
ROHZIAH BT. ABDULLAH
15.
SALINA BT. ZAINAL ABIDIN
1.PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua serta
kerjasama yang diberikan.
1.3 Tuan pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli jawatankuasa yang sama-sama membantu bergotong-royong kenduri
sepanjang musim cuti sekolah yang lalu. Beliau berharap budaya sepakat ini
dapat dikekalkan dan boleh dijadikan contoh untuk generasi muda di dalam
kampung.

2.PERBINCANGAN
2.1 Pengerusi memaklumkan akan terdapat projek membaikpulih jalan akan
dilakukan di dalam kawasan kampung ini. Juruteknik dari Pejabat Daerah
telah hadir ke kampung dan mengenalpasti jalan diutamakan untuk baikpulih
tersebut.
2.2 Pengerusi akan cuba berbincang dengan wakil Pejabat Daerah untuk
diutamakan jalan-jalan yang telah dihantar senarai untuk dibaikpulih pada
tahun 2014 lagi. Ini adalah penting bagi memastikan jalan-jalan yang
menjadi laluan utama penduduk sentiasa elok dan baik.
2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sekiranya terdapat sebarang
program anjuran Kerajaan Negeri Perak atau Pusat Khidmat Masyarakat,
semua ahli JKKK diminta turut sama hadir bagi memeriahkan program
tersebut. Jika program diluar kawasan Gerik, kebiasaannya pengangkutan
bas akan disediakan.
2.4 Pada bulan April ini, akan diadakan program Jom Bertani anjuran Pejabat
Pertanian Daerah di dalam Mukim Kerunai. Penghulu Mukim telah
memaklumkan pada pengerusi bahawa program tersebut akan diadakan di
Dewan Orangramai Kg. Jong. Tarikh akan dimaklumkan kemudian dan
pengerusi meminta ahli JKKK turut hadir dan menghebahkan pada penduduk
yang lain.
3.HAL-HAL LAIN
3.1 Setiausaha memaklumkan pada cuti sekolah yang lepas beliau telah
membawa 2 orang pemuda dari kampung kerunai untuk mengambil bantuan
beras sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat bagi membantu perbelanjaan
kenduri kahwin. Bantuan tersebut telah diterima dan meminta ahli JKKK yang
lain untuk menghebahkan bantuan ini kepada penduduk kampung yang ingin
mengadakan kenduri kahwin.
3.2 En. Sabri selaku Pengerusi Padang Ragut Kampung Kerunai
memaklumkan bahawa projek ternakan lembu yang dijalankan bersama
penduduk-penduduk kampung sekarang mempunyai 44 orang ahli. Projek
menyiapkan pagar telahpun siap dan sedang menunggu Jabatan Vaterinar
mengeluarkan tender bagi kerja-kerja mencuci kawasan.
4.PENANGGUHAN MESYUARAT
4.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa yang dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini.
Mesyuarat berikut akan dimaklumkan kemudian.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.10 malam.

Disediakan oleh :ZULFIKRI FAIQ BIN YUSOFF AZULDIN


Setiausaha JKKK Kampung Kerunai.

You might also like