You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID RAHMANIAH

KAMPUNG KERUNAI BIL. 1/2016


TARIKH

: 12 Feb 2016 (Jumaat)

MASA
TEMPAT

: 9.15 MALAM
: PERKARANGAN MASJID RAHMANIAH KAMPUNG KERUNAI

KEHADIRAN:
1. HAJI MOHD FAZI B. LAHAMAN
2. ZULFIKRI FAIQ B. YUSOFF AZULDIN
3. HAJI MOHAMAD BIN ALI MUSA
4. MOHAMED SHAFIE B. MOHD YUSOF
5. HAJI MOHD YUSOFF B. ABDULLAH
6. MOHD SAUFI B. CHE LAH
7. ABDULLAH B. SUDIN
8. MOHD ZAIBI B. HASHIM
9. JAPRI B. ABDUL AZIZ
10.
NOOR SUHAINI B. ABD. GHANI
11.
MOHD RASHID B. YUSOF
12.
HAJI ABD. SAMAD B. NAWAWI
13.
MOHD ADENAN B. SAPEAIN
14.
HAJI AHMAD B. HAJI ABDULLAH
15.
MOHD TAJUDDIN B. SHAARI
16.
MOHD SABRI B. DOLLAH
17.
AMINAH BT. HASHIM

PENGERUSI MASJID
SETIAUSAHA
TIMB. PENGERUSI
BENDAHARI

TURUT HADIR:
1. SHAHRIMAN B. MUSA

PENGHULU MUKIM KERUNAI

1.PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua serta
kerjasama yang diberikan.

1.3 Tuan pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada malam ini


merupakan mesyuarat terakhir beliau sebagai pengerusi Masjid Rahmaniah
kerana jawatankuasa sediaada sekarang akan tamat tempoh dalam awal
tahun ini juga. Senarai jawatankuasa baru masih lagi belum dikeluarkan oleh
pihak Pejabat Agama Islam Gerik.
2.PERBINCANGAN
2.1 Agenda pertama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan
tentang perlantikan amil bagi tahun 2016. Pihak jawatankuasa masjid perlu
menghantar senarai amil bagi kariah masjid tersebut sebelum berakhir bulan
februari ini.
2.2. Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan 5 nama
amil yang telah dilantik pada sebelum ini untuk meneruskan tanggungjawab
tersebut bagi tahun ini. Nama-nama amil yang dikekalkan ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

MOHAMED SHAFIE B. MOHD YUSOF


MOHAMED ZAINUN B. SHARIF
MOHAMAD TAJUDDIN B. SHAARI
MOHAMED ADENAN B. SAPEAIN
ABD. SAMAD B. MOHD NAWAWI

KERUNAI
KERUNAI
PADANG STANG
JONG
JONG

2.3 Segala maklumat lengkap amil akan dihantar ke Pejabat Agama Islam
Gerik untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
2.4 Bagi agenda perbincangan seterusnya, pengerusi meminta penghulu
mukim kerunai untuk menyampaikan maklumat tentang program yang telah
dirancang.
2.5 Penghulu memaklumkan bahawa Masjid Rahmaniah Kampung Kerunai
akan terlibat dengan salah satu program sepanjang program Pemukiman
Menteri Besar Perak bermula 22 feb hingga 27 feb 2016 ini. Penghulu cuma
memaklumkan bahawa kariah Masjid Rahmaniah akan terlibat dengan
penganjuran ceramah pemakanan halal. Segala urusan jemputan dan
persediaan akan dilakukan oleh pihak Pejabat Agama Islam gerik dengan
dibantu oleh jawatankuasa Masjid Rahmaniah.
3.HAL-HAL LAIN
3.1 Bendahari masjid En. Shafie meminta sound system masjid dibaikpulih
dengan segera. Laungan azan kurang kedengaran disebabkan speaker yang
berada dikubah berkemungkinan rosak. Pengerusi meminta setiausaha
masjid untuk mencari kontraktor yang boleh menyelesaikan masalah
tersebut.
3.2 Haji Ahmad meminta jawatankuasa yang lain turut sama memikirkan
bagaimana cara untuk mengimarahkan lagi program-program dimasjid. Buat

masa sekarang memang pelbagai program telah berjaya dijalankan, beliau


mencadangkan program yang lebih besar dapat dijalankan dan boleh
menarik minat golngan muda untuk menyertainya.
3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Gerik telah meluluskan
peruntukan untuk memasang penghawa dingin di Masjid Rahmaniah. Proses
sebut harga dan tawaran kerja sedang diuruskan oleh pihak mereka.
4.PENANGGUHAN MESYUARAT
4.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa yang dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat kali ini.
Mesyuarat berikut akan dimaklumkan kemudian.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 malam.

Disediakan oleh :ZULFIKRI FAIQ BIN YUSOFF AZULDIN


Setiausaha Masjid Rahmaniah Kampung Kerunai.

Disahkan oleh :-

You might also like