You are on page 1of 3

3.

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN GOTONG

ROYONG CEGAH DENGGI DI KG. BARU SG. TERAP

Program ini juga telah melibatkan empat agensi yang membuat pameran iaitu Pihak
Majlis Daerah Selama, Jabatan Kesihatan Daerah Larut Matang Dan Selama, Bio
Disposal Plastic dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (PSPN) cawangan
Taiping. Pameran ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk
kerana terdapat agensi iaitu Majlis Daerah Selama yang menawarkan aktiviti kuiz dan
pemberian hadiah kepada yang layak . Selain itu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara telah menerima bahan kitar semula daripada penduduk iaitu botol plastik, kertas,
dan sebagainya yang boleh dikitar semula.

71

Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dengan berkumpul semua penduduk dan
pada jam 8.15 pagi bermula aktiviti gotong-royong sehingga pukul 9.30 pagi. Selepas
aktiviti gotong-royong program diteruskan dengan taklimat penggunaan beg hijau oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (PSPN) cawangan Taiping iaitu En Mohd
Zukhairi Bin Ayob. Taklimat yang seterusnya ialah Cengah Denggi daripada Pejabat
Kesihatan Daerah Larut Daerah Larut Matang Dan Selama.

Gotong-royong oleh penduduk dengan kerjasama anggota PPSPN

Pada jam 10.00 pagi program kempen kesedaran alam sekitar dan gotong royong cegah
denggi. Diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Selama
iaitu Tuan Haji Mohammad Yusoff Bin Abustan dan ucapan penutup disempurnakan oleh
Adun Selama iaitu YB Dato Haji Mohd Daud Bin Mohd Yusof. Dalam ucapan berliau
mengingatkan kepada semua agar menjaga kebersihan bagi mencegah denggi.

72

Kawalan Vektor yang disembur oleh YDP sebagai tanda operasi mencegah denggi secara
besar-besaran di Selama

73

You might also like