You are on page 1of 3

BAHAGIAN AKAUN

Laporan Pelaksanaan EKSA Bahagian Akaun : April 2014

Aktiviti EKSA Bahagian Akaun bagi bulan April 2014 adalah pengauditan EKSA
oleh juruaudit dalaman Bahagian Akaun dan juruaudit Kementerian.
Penguditan dalaman Bahagian Akaun telah diadakan pada 11 & 14 April 2014
dengan manakala pengauditan oleh juruaudit Kementerian adalah pada 22
April 2014 oleh Encik Mohamad Izad bin Mohd Suhaimi dan Puan Wan Aidatul
Aizan binti Ton Abd Aziz.

Pengauditan oleh juruaudit kementerian dimulai dengan kata-kata aluan


daripada Ketua Akauntan, Bahagian Akaun dan seterusnya pengauditan
kepada fail-fail zon dan kawasan seliaan zon-zon. Semua Fasilitator dan Ketua
Zon telah memberikan kerjasama kepada pengauditan tersebut. Pengauditan
tersebut berakhir pada jam 1.00 petang dengan penerangan ringkas berkaitan
dengan penemuan-penemuan audit yang turut dihadiri oleh semua Ketua Zon.
Penemuan-penemuan audit tersebut telah diedarkan kepada semua warga
Bahagian Akaun untuk diambil tindakan pembetulan.

Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Amanah Raya Berhad ke Bahagian Akaun
telah diadakan pada 23 April 2014. Lawatan tersebut dimulai dengan
penerangan ringkas berkenaan pelaksanaan EKSA di Bahagian Akaun oleh
Ketua Jawatankuasa Promosi dan seterusnya melawat ke semua zon yang
terdapat di Bahagian Akaun. Lawatan Penanda Aras ini dihadiri seramai 20
orang dan diketuai oleh En. Zaffarin Hj Zanal (Wakil Pengurusan).
GAMBAR AKTIVITI BULAN APRIL 2014

Pengauditan EKSA oleh Juruaudit Kementerian Pertahanan pada 22 April 2014


Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Amanah Raya Berhad pada 23 April 2014

You might also like