You are on page 1of 25

MINGGU PROMOSI KESIHATAN GERIATRIK

DI RUMAH SERI KENANGAN, CHENG

a) Tarikh Program : 18 Jun-19 Jun 2014 ( Rabu-Khamis )

b) Tempat Program : Rumah Seri Kenangan Cheng, 75250 MELAKA

c) Penganjur : Penuntut Program Diploma INSAN

d) Peserta : 12 x Penuntut Diploma Kejururawatan Siri 4/2012


: 21 x Penuntut Diploma Pembantu Perubatan Siri 1/2012
: 11 x Penuntut Diploma Radiografi Siri 1/2012
: 06 x Penuntut Diploma Farmasi Siri 1/2012
: 06 x Penuntut Diploma Farmasi Siri 2/2012
: 06 x Penuntut Diploma Fisioterapi Siri 1/2013
: 05 x Penuntut Diploma Makmal Siri 1/2013

e) Jurulatih Pengiring : PW1 Abril anak Gamet


PW2 Dahuddi bin Na’afi
PW1 Norliza bt Mustafa
PW1 Normala bt Samsudin
PW1 Norhashimah bt Ainor
Sjn Mohd Idrus bin Othman
Kpl Andrene Ak Lian
Tujuan
Laporan ini bertujuan untuk memberi gambaran hasil aktiviti Kurikulum bagi
Program Diploma Institut Latihan Angkatan Tentera (INSAN) yang akan memenuhi
kehendak Kurikulum untuk Program Diploma.

Objektif
Objektif Aktiviti Kurikulum ini adalah seperti berikut :
a. Memberi Pendidikan Kesihatan serta pengetahuan dalam
Perkhidmatan Kesihatan khususnya kepada wargatua di Rumah Seri Kenangan,
Cheng Melaka.
b. Dapat mengkaji dan mengenalpasti segala aktiviti bersesuaian yang
dapat diberi kepada wargatua difasiliti yang akan dilawati yang berada di bawah
naugan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
c. Dapat memberi pendedahan kepada Penuntut mengenai Pendidikan
Kesihatan Individu, Persekitaran dan pencegahan khususnya bagi penyakit ‘Non
Communicable Diseases’.
d. Mewujudkan kesedaran dikalangan Penuntut selaku warga Kor
Kesihatan Diraja, di mana Pengetahuan Kesihatan amat penting untuk disampaikan
kepada masyarakat.
e. Mewujudkan kerjasama dalam menjayakan Program berbentuk
Khidmat Masyarakat di kalangan semua Penuntut Diploma Institut Latihan Kesihatan
Angkatan Tentera (INSAN).
f. Memenuhi kehendak Kurikulum bagi Program Diploma Institut Latihan
Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN).

Perlaksanaan
Program ini diadakan selama 5 hari iaitu mulai dari 16 Jun hingga 19 Jun
2014. Aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut.
TENTATIF PROGRAM
(TENTATIF MENGIKUT PERJALANAN PROGRAM SEBENAR):

TARIKH DAN MASA PERKARA

ISNIN 16 JUN 2014

0900H Tinjauan Ketua penuntut ke RSK


1400H Perjumpaan Ketua dengan semua penuntut

SELASA 17 JUN 2014

0700H Pentadbiran untuk program


1400H Persiapan untuk cenderahati
1500H Perbincangan untuk penyediaan makan
1600H Latihan aerobik
1700H Perbincangan semua penuntut

RABU 18 JUN 2014

0715H Penuntut berkumpul di balai pengawal


0725H Pergerakkan ke RSK, Cheng
0800H Sampai di RSK
0805H Aktiviti senam aerobik bersama warga Rumah Seri
Kenangan
0830H Aerobik tamat dan warga RSK berehat untuk sarapan
pagi
0930H Ucapan alu-aluan oleh Pn Siti Zaleha (Pengusaha
RSK)
1000H Pemeriksaan vital sign dan Senaman aktif dan pasif
movement
1130H Penghuni RSK dan penuntut berehat untuk makan
tengahari
1430H Lawatan ke asrama F dan C, sambung pemeriksaan
vital dan aktif dan pasif movement
1530H Lawatan tamat

KHAMIS 19 JUN 2014

0645H Penuntut berkumpul di balai pengawal


0700H Pergerakkan ke RSK
0720H Sampai di RSK
0730H Aktiviti senaman aerobik
0800H Penuntut dan penghuni bersarapan pagi
0930H Ceramah kesihatan
1030H Pemberian cenderahati kepada semua penghuni
1130H Majlis penutup dan penyampaian cenderahati dan
sumbangan
1200H Sesi bergambar
RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM

Hari pertama

Diketuai oleh Sjn Che Noremi binti Rahim dari Kursus Diploma Fisioterapi
dan dibantu oleh Kpl Adam bin Yaakub @ Ariffin, Kpl Raja Unaidah binti Unin dan
Kpl Taufik bin Abd Hamid untuk menguruskan dan melakukan tinjauan di Rumah
Seri Kenangan. Wakil Penuntut Diploma telah bertemu dengan Timbalan Penguasa
Rumah Seri Kenangan iaitu Puan Zaleha binti Zakaria untuk membincangkan aktiviti
kurikulum Program Diploma Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN).

Perjumpaan dengan semua Penuntut Diploma di dewan Lopez, untuk


membincangkan agihan tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut kursus masing-
masing.

Pembahagian tugas adalah seperti berikut:


i) Kursus Diploma Perubatan Siri 1/2012 dan Diploma Kejururawatan siri 4/2012
menyampaikan cerahan bertajuk Diabetes Mellitus dan Pemakanan seimbang.
ii) Diploma Radiografi Siri 1/2012 dan Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan Siri
1/2013 ditugaskan mengadakan aktiviti senaman aerobik
iii) Diploma Farmasi siri 1/2012 dan Diploma Farmasi siri 2/2013 pula ditugaskan
menyediakan bekalan makanan sepanjang program berlangsung.
iv) Diploma Fisioterapi siri 1/2013 ditugaskan melakukan aktiviti fisioterapi dan
melaksanakan tugas tambahan bagi menjayakan program tersebut.
Hari Kedua

Pengumpulan derma dan sumbangan ikhlas dari semua penuntut dan


jurulatih yang berbentuk barang keperluan dan makanan dilaksanakan oleh Kpl
Noraini binti Sahak @ Ishak dari Diploma Kejururawatan Siri 4/2012 bersama Kpl
Noor Hasliza binti Mohamed Faridun dari Diploma Fisioterapi Siri 1/2013 dan turut
dibantu oleh penuntut dari kursus lain. Sumbangan adalah sebagai tanda
keprihatinan terhadap wargamas.

Sebelah petang, penuntut yang ditugaskan untuk membungkus cenderahati


bekerjasama menyiapkan bungkusan tersebut untuk dihadiahkan kepada wargamas
di Rumah Seri Kenangan. Diharapkan pemberian itu dapat mengembirakan dan
menceriakan kesemua penghuni.

Perbincangan bersama Desatera pada jam 3 petang oleh wakil Diploma


Farmasi siri 1/2012 dan Siri 2/2013 bagi menguruskan penyediaan bekalan makanan
penuntut yang akan dibawa ke Rumah Seri Kenangan sepanjang program ini
dijalankan.

Latihan Senaman Aerobik oleh semua penuntut kursus Diploma Radiografi


dan Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan diadakan pada jam 4 petang.
Penuntut diberi tunjuk ajar oleh Kpl Andrene selaku Koordinator.

Perbincangan terakhir dilakukan bersama semua penuntut bagi memastikan


pentadbiran dan persiapan teratur dan sempurna.
Hari Ketiga

Semua penuntut berkumpul di balai pengawal INSAN pada jam 7 pagi


sebelum bertolak ke RSK menaiki 1 sebuah bas dan sebuah Pregio diiringi Jurulatih
pengiring. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Ketibaan kami disambut oleh Puan Siti Zaleha binti Zakaria selaku Timbalan
Pengusaha RSK dan kakitangan Rumah Seri Kenangan. Ketua penuntut dan diiringi
oleh PW I Norhasimah binti Ainor sebagai Jurulatih pengiring bertemu dengan
Pengetua dan Pegawai di sana untuk meminta keizinan memulakan aktiviti. Kami
difahamkan setiap hari penghuni di sini akan melakukan senaman pagi mengikut
kemampuan masing – masing. Di kesempatan ini kami turut melaksanakan
senaman aerobik yang dirancang khas untuk penghuni di sini. Aktiviti pertama
dimulakan dengan senaman aerobik bersama penghuni,.

Ramah mesra serta temubual bersama wargamas dan kumpulan yang


mengetuai senaman aerobik membuatkan wargamas di Rumah Seri Kenangan mula
berkomunikasi dan menunjukkan respon yang positif dan memudahkan kami untuk
menghampiri mereka. Berasaskan latihan dan perancangan teliti oleh kumpulan
aerobik dari penuntut Kursus Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan Siri 1/2013
dan Radiografi Siri 1/2012, wargamas dibimbing untuk melakukan senaman aerobik
yang ringan dan menghiburkan, diiringi alunan muzik dan lagu yang merehatkan
minda dan dapat melegakan stress serta menyihatkan badan.
Kelihatan wargamas sungguh ceria ditemani oleh penuntut yang turut sama
membantu mereka melakukan senaman aerobik di perkarangan dewan makan.

Senaman tamat pada jam 8.30 pagi dan kesemua penghuni bergerak ke
dewan makan untuk bersarapan.
Sementara itu, semua penuntut berkumpul di dewan RS Kenangan untuk
taklimat ringkas oleh Timbalan Pengusaha Rumah Seri Kenangan.
Kami diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan Rumah Seri Kenangan. Rumah
Seri Kenangan ini dibina pada zaman Jepun iaitu pada tahun 1945. Tujuan asal
penubuhan untuk menempatkan imegran asing yang tidak mempunyai keluarga di
sini (Malaysia).
Bilangan penghuni seramai 190 orang terdiri daripada Melayu, Cina, India
warganegara Malaysia berusia 60 tahun keatas.

Rumah Seri Kenangan pada asalnya terletak di Durian Daun, Melaka. Oktober
1971 rumah ini berpindah ke Kampung Cheng dan pada tahun 1972 nama rumah ini
telah ditukarkan kepada Rumah Kebajikan dan pada tahun 1982 diberi nama baru
“Rumah Seri Kenangan Cheng”. Institusi ini telah disempurnakan oleh Y.B Tan Sri
Fatimah bt Haji Hashim, Menteri Kebajikan Am Malaysia pada 24 April 1972
Rumah ini di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Menurut Puan Siti Zaleha Rumah Seri Kenangan ini mempunyai 7 asrama yang
dibahagikan kepada 4 asrama lelaki dan 3 asrama perempuan mengikut
kemampuan. Ia juga dipecahkan mengikut keadaan penghuni iaitu sihat, boleh
bergerak, bergerak perlahan dan terlantar ( tidak berupaya mengurus diri). Kesemua
mereka diuruskan oleh 76 orang pekerja mengikut shif.

Objektif penubuhan ialah :

1.Pemulihan
2.Penjagaan
3.Ketenteraman
Kriteria yang digariskan kepada mereka yang layak memasuki Rumah Seri
Kenangan :

1.Daif dan berumur lebih daripada 60 tahun


2.Tidak menghidap penyakit berjangkit
3.Tidak mempunyai sanak saudara
4.Tidak mempunyai tempat tinggal tetap
5.Berupaya menjaga diri sendiri
6.Atas perintah mahkamah.

Setiap kemasukan penghuni mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Rumah Seri
Kenangan.

Kakitangan Rumah Seri Kenangan terdiri daripada 76 orang staf iaitu :

2 x Jururawat
2 x Ahli Fisioterapi
10 x Pembantu Kebajikan
Selebihnya adalah Pembantu Perawat Kesihatan (PPK)

Jagaan dan perlindungan

Bertujuan bagi menjamin penjagaan dan keselesaan hidup penghuni dalam suasana
aman dan tenteram. Keperluan asas yang mencukupi seperti makanan , pakaian dan
tempat tinggal disediakan percuma. Peraturan makan dan minum adalah berasaskan
sukatan makanan yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Kaunseling dan bimbingan

Membantu penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Kakitangan


institusi seperti penguasa dan pembantu sentiasa mengadakan kaunseling secara
individu dan kelompok kepada warga tua.

Carapulih Kerja

Diadakan supaya dapat memupuk semangat kepada penghuni bahawa mereka


masih aktif dan produktif. Maruah dan peribadi dapat dikekalkan. Penghuni
digalakkan membuat kerja – kerja harian seperti kraftangan, ternakan, barangan
buluh, rotan dan sebagainya. Mereka digalakkan bergerak dan aktif agar dapat
menghindarkan diri daripada kesepian dan bosan.

Kemudahan beribadat

Untuk memenuhi tuntutan rohaniah dan memberi ketenangan kepada penghuni.


Penghuni digalakkan beribadat mengikut agama masing-masing. Kemudahan tempat
ibadat dan guru-guru dapat memupuk kerjasama dan persaudaraan sesama warga
tua.

Riadah

Aktiviti ini diadakan pada masa lapang dan sebelah petang, kesemua penghuni
digalakkan menyertai dan mengambil bahagian dalam aktiviti – aktiviti yang
dijalankan.
Rawatan perubatan

Semua penghuni mendapat rawatan di institusi atau klinik dan hospital berhampiran.

Perkhidmatan yang disediakan.


a. Perjagaan dan perlindungan ( Keperluan asas seperti makanan dan
minuman) di mana penghuni di beri 5 kali sehari untuk waktu makan iaitu 0800H,
1000H, 1200H tengahari, 1500H dan makan malam pada jam 1830H.
b. Khidmat Kaunseling dan bimbingan.
c. Urutan Fisioterapi.
d. Kemudahan beribadat dan pengangkutan bagi yang bukan muslim
untuk upacara keagamaan.
e. Riadah dan rekreasi ( Program luar seperti lawatan yang diiringi oleh
kakitangan dan staf) yang mendapat sumbangan dari hasil kunjungan
masyarakat dan komuniti luar.
f. Rawatan perubatan ( 1 kali Sister dan 2 kali Jururawat Masyarakat).
Selepas itu, pengurusi mengulas serba sedikit tentang beberapa
peraturan dan etika ketika melakukan lawatan agar kami mempunyai
landasan dan batasan yang harus dipatuhi.
Taklimat selama 30 minit itu sangat memberi pengetahuan kepada kami.
Selesai taklimat kami membahagikan penuntut kepada 2 kumpulan :
1) Kumpulan pertama akan melakukan pemeriksaan Vital sign kepada
penghuni, kumpulan ini terdiri daripada penuntut Diploma
Kejururawatan, Diploma Farmasi dan Diploma Pembantu
Perubatan Siri 1/2012.
2) Kumpulan kedua akan melakukan senaman aktif dan pasif kepada
pesakit yang kurang berupaya, kumpulan ini terdiri daripada
penuntut Diploma Fisioterapi, Teknologi Makmal dan Xray.
Kami melakukan pemeriksaan Vital Sign kepada wargamas yang berada di asrama
D dan F.

Kumpulan Diploma Fisioterapi dibawa ke asrama G. Penuntut membantu wargamas


melakukan pergerakan mengikut tahap kemampuan wargamas bagi mengelakkan
kekakuan sendi. Aktiviti penuntut tamat pada 1130 pagi untuk memberi ruang
kepada penghuni untuk berehat makan tengahari.
Kesemua penuntut berehat dan makan makanan yang dibawa dari Kem di ruangan
Rehat Harry. Selesai makan penuntut berehat dan solat berjemaah di Surau RSK.
Aktiviti yang tergendala tadi disambung kembali pada jam 2.30 petang, kami
bergerak ke asrama C yang bersebelahan dengan surau RSK.
Di sana terdapat wargamas yang kurang berupaya dan perlu dibantu dalam
setiap aktiviti. Penuntut melayan dan beramah mesra bersama semua penghuni
disamping melakukan pemeriksaan tekanan darah dan senaman aktif dan pasif.
Kebanyakkan penghuni asrama C tidak mempunyai masalah kesihatan seperti
penyakit Tekanan Darah Tinggi mahupun Kencing manis. Kami berada di sana
sehingga tamat sesi lawatan pada jam 3.30 petang.

Kesemua penuntut berkumpul dihadapan pejabat pengurusan untuk bergerak


balik ke INSAN pada jam 3.40 petang dan tiba di INSAN pada 4.15 petang. Aktiviti
lawatan akan bersambung pada keesokan hari.
Hari Keempat

Penuntut berkumpul di balai pengawal INSAN dan bertolak pada jam 7 pagi ke
RSK, kami tiba di RSK pada jam 720 pagi, perjalanan mengambil masa lebih kurang
20 minit.

Pada pagi ini senaman aerobik dilakukan dengan lebih ramai penghuni, ini kerana
penghuni RSK yang mengikuti lawatan ke Pulau Perhentian Terengganu telah
selamat pulang pada semalamnya.
Senaman pada pagi ini diiringi muzik dan tarian “Chicky Dance” dan “ Joget toleh
menoleh” setelah melakukan senaman lebih kurang 30 minit penghuni dan penuntut
berhenti rehat untuk bersarapan pagi.
Selesai sarapan setiap penuntut mengambil setiap seorang penghuni untuk
dibawa ke dewan syarahan untuk mendengar taklimat kesihatan.

Taklimat dimulakan oleh penuntut Diploma Kejururawatan dengan tajuk “ Makanan


Seimbang ” dan “ Kelas Makanan “. Kebanyakkan penghuni faham dan mempunyai
pengetahuan mengenai ceramah yang disampaikan.
Taklimat seterusnya diteruskan oleh penuntut Diploma Pembantu Perubatan dengan
tajuk ceramahnya ialah “ Kencing Manis/Diabetes Mellitus “ serta penjagaan kaki
untuk pesakit kencing manis.

Beberapa soalan kuiz diajukan dan penghuni yang dapat menjawab dengan betul
diberikan cenderahati. Selesai taklimat setiap penghuni di hantar pulang ke asrama
masing-masing.
Penuntut membawa saguhati yang ingin diberi kepada penghuni ke asrama-asrama
untuk diberi kepada setiap orang. Penghuni kelihatan sungguh gembira dan
berterima kasih di atas kehadiran kami mengunjungi mereka.
PENGHUNI YANG SEDANG MENIKMATI AIR MINUMAN YANG DI BERI OLEH
PENUNTUT
Sesi lawatan berakhir dengan majlis penutup yang diadakan di dewan syarahan RSK
dihadiri oleh Yang Berbahagia Lt Kol (Dr) Muhammad Zaki bin Mokhtar, Yang
Berusaha Timbalan Pengusaha Rumah Seri Kenangan Cheng Puan Siti Zaleha bt
Zakaria, Fisioterapi RSK Puan Sharifah serta Jurulatih INSAN Pw1 Azman bin Isa,
Pw1 Azman bin Dol serta Jurulatih- jurulatih pengiring yang telah bersama-sama
kami selama 2 hari.

Majlis disudahi dengan penyampaian cenderahati daripada penuntut kursus,


cenderahati daripada pihak INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN
TENTERA kepada Pengurus Rumah Seri Kenangan Cheng di atas kesudian mereka
menerima lawatan dari penuntut INSAN.
Sebelum bergerak balik kami bersama warga Rumah Seri Kenangan mengambil
gambar sebagai kenang kenangan

PENUNTUT KURSUS DIPLOMA RADIOGRAFI DAN TEKNOLOGI MAKMAL


BERGAMBAR BERSAMA LT KOL (DR) MUHAMMAD ZAKI (KETUA JURULATIH)

PENUNTUT KURSUS DIPLOMA FARMASI SIRI 1 & 2 BERGAMBAR BERSAMA


LT KOL (DR) MUHAMMAD ZAKI (KETUA JURULATIH)
Penuntut bergerak balik ke INSAN pada jam 12 tengahari.

PENUNTUT KURSUS DIPLOMA KEJURURAWATAN BERGAMBAR BERSAMA


LT KOL (DR) MUHAMMAD ZAKI (KETUA JURULATIH)

PENUNTUT KURSUS DIPLOMA FISIOTERAPI BERGAMBAR BERSAMA


LT KOL (DR) MUHAMMAD ZAKI (KETUA JURULATIH)
PENUNTUT KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN DAN GABUNGAN
BERGAMBAR BERSAMA
LT KOL (DR) MUHAMMAD ZAKI (KETUA JURULATIH)

BARISAN JURULATIH YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI


f) Cadangan penambahbaikan – menjalankan aktiviti luar bersama wargamas dan
lawatan yang kerap perlu bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang
sesama insan.

g) Ulasan
- Program seperti ini amat berkesan dimana ia dapat melatih kemahiran
yang sedia ada di kalangan Penuntut Diploma Institut Latihan Kesihatan
Angkatan Tentera (INSAN) khususnya dalam Kor Kesihatan Diraja bagi
merealisasikan teknik dan cara kerja dengan betul serta memenuhi
kehendak Perkhidmatan.
- Disamping melatih kemahiran, penuntut dapat menyediakan diri untuk
menghadapi situasi yang lebih mencabar di masa akan datang dalam
Perkhidmatan Kesihatan.
- Pendedahan yang diberikan ini merupakan langkah awal bagi kesemua
Penuntut dalam aspek menangani situasi tertentu dari segi kecekapan,
keprihatinan, ketulusan dan kesanggupan individu itu sendiri selaku
seorang anggota dalam bidang kesihatan dan perubatan untuk memberi
perkhidmatan yang efektif.
- Program ini bukan sahaja merupakan sebahagian dari Aktiviti Kurikulum
yang harus dilaksanakan, malah dapat memenuhi kehendak dan
keperluan dalam khidmat masyarakat di mana wujudnya kerjasama
dikalangan penuntut dan terjalinnya hubungan penuntut bersama
wargamas yang ada di Rumah Seri Kenangan tersebut.
- Penyertaan penuntut dalam program ini akan melahirkan dan mendidik
akhlak mulia di kalangan penuntut setelah menyelami dan melihat sendiri
suasana dan keadaan wargamas di Rumah Seri Kenangan yang
dianggap sebagai ayahbonda yang dikasihi.
- Sebagai seorang Penuntut dalam bidang Perkhidmatan Kesihatan,
wajarlah kesemua Penuntut Diploma Institut Latihan Kesihatan Angkatan
Tentera (INSAN) mempunyai daya pemikiran dan kesedaran yang tinggi
selaras dengan slogan kata ‘KHIDMAT DIUTAMAKAN’ bagi mencermikan
imej berkualiti Kor Kesihatan Di Raja di dalam ATM.

Disediakan Oleh,

Penuntut Diploma INSAN

You might also like