You are on page 1of 1

BUKU PANDUAN EKSA KPM versi 2.

0
BAB 5
AUDIT DALAM EKSA
Audit dalam EKSA perlu dilaksanakan secara kendiri oleh semua Bahagian/Unit di bawah KPM. Audit
dalam ini perlu dijadualkan secara berkala bagi memastikan setiap Bahagian/Unit membuat
penambahbaikan secara berterusan dalam memastikan EKSA sentiasa diamalkan dengan jayanya.

Audit dalam hendaklah dilaksanakan oleh juruaudit yang dilantik oleh Jabatan/Agensi. Langkah yang
terlibat adalah seperti berikut:

Langkah 1: Membentuk pasukan audit


o Jawatankuasa Pelaksana EKSA perlu mengenalpasti, melatih dan melantik juruaudit untuk
melaksanakan aktiviti Audit Dalam EKSA.
o Jawatankuasa Pelaksana juga perlu menyediakan kriteria Audit Dalam EKSA dan menentukan
kekerapan aktiviti Audit Dalam EKSA.

Langkah 2: Latihan Audit EKSA


o Pasukan Audit Dalam hendaklah diberi latihan untuk memastikan pengauditan EKSA dapat dijalankan
dengan cekap dan berkesan.

Langkah 3: Mengaudit Prestasi EKSA


o Pasukan Audit Dalam EKSA akan menjalankan audit seperti yang dijadualkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana.
BUKU PANDUAN EKSA KPM versi 2.0
Langkah 4: Mengumumkan Penemuan Audit
o Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalam EKSA hendaklah melaporkan penemuan audit kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
o Penemuan hendaklah dimaklumkan kepada ketua dan semua warga Jabatan/Agensi.

You might also like