You are on page 1of 2

Persediaan Sekolah Menghadapi Audit Dalaman

1. Pada kali ini saya akan cuba menerangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sekolah
kualiti bagi menghadapi proses Audit Dalaman. Ini bagi memudahkan pihak sekolah dan pihak juru
audit dalam melaksanakan keperluan ISO ini.

2. Secara amnya, proses Audit terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:


a) Sebelum Proses Audit
b) Semasa Proses Audit
c) Selepas Proses Audit

3. Sebelum Proses Audit: Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
a) Memaklumkan kepada semua warga sekolah. Tindakan : Wakil Pengurusan dan Pengurus
Kualiti Sekolah.
b) Memastikan semua dokumen dan rekod kualiti telah dikemaskini. Tindakan : Semua Guru
c) Menyediakan buku atur cara / jadual audit. Tindakan : Pengurus Kualiti / Setiausaha Pasukan
Petugas Kualiti
d) Menyediakan tempat/bilik menjalankan mesyuarat bersama pasukan juru audit. Tindakan :
Pengurus Kualiti / SU
e) Menyediakan fail poket untuk kegunaan juru audit yang berisi borang SPSK PK 14/1 ( 1
salinan ), SPSK PK 14/2 (5 salinan), SPSK PK 14/3 (5 salinan), SPSK PK 14/4 (1 salinan) dan
SPSK PK 14/5 (1 salinan) Tindakan : Pengurus Kualiti / SU

4. Semasa Proses Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
a) Proses Audit dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat
Penutupan yang dihadiri oleh semua warga sekolah dan pasukan juru audit. Tindakan : Wakil
Pengurusan / Pengurus Kualiti
Walau bagaimanapun, pastikan juga murid sekolah berada dalam keadaan terkawal.
b) Menyediakan tempat dan memberitahu kepada auditee (guru berkenaan) diaudit sama ada di
bilik mesyuarat atau bilik khas. (Audit akan dijalankan serentak) Tindakan : WP / Pengurus Kualiti /
SU
c) Memberitahu kepada auditee agar berbincang dengan juru audit dan mencapai keputusan
bersama. Tindakan : WP / Pengurus Kualiti

5. Selepas Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:


a) Mengambil tindakan pembetulan dengan segera ke atas saranan penambahbaikan/ teguran
juru audit. Tindakan : Pasukan Petugas Kualiti Sekolah
b) Merancang dan melaksanakan tindakan pencegahan terhadap saranan penambahbaikan/
teguran juru audit supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. Tindakan : Pasukan
Petugas Kualiti Sekolah

6. PPD Sabak Bernam berharap proses audit akan dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai
objektifnya, insyaallah.

You might also like