You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT
MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN KHAS
BIL 1/2015
Tarikh

: 29 Disember 2014

Masa

: 11.00 Pagi

Tempat
Pengerusi

: Bilik Guru Kelas Pendidikan Khas Integrasi


: Pn. Norazilah binti Abdullah (GPK Kokurilum)

Kehadiran(Bilangan)

:Lihat Lampiran

1. UCAPAN PENGERUSI : PN. NORAZILAH BINTI ABDULLAH (GPK


KOKURIKULUM)
1.1Ucapan terima kasih dan kata alu-aluan kepada semua yang hadir.
1.2Tujuan mesyuarat diadakan untuk membuat perbincangan mengenai
program yang akan diadakan pada tahun 2015.
1.3Program dan aktiviti yang dirancang perlulah mengikut kesesuaian serta
kemudahan yang terdapat di SK Labis.
1.4Memastikan surat kebenaran ibu bapa diisi dan ditandatangani bagi murid
yang menyertai program di luar sekolah.
1.5 Menerima cadangan supaya Kelab Petanque pendidikan khas
digabungkan dengan
aliran perdana.
1.6 Lain-lain perkara diserahkan kepada Pn. Norlina untuk menerangkan
dengan lebih lanjut
berkaitan pengurusan PPKI SK Labis 2015.
Tindakan : Semua Guru
2. UCAPAN PN. NORLINA BINTI YUSOF (PENYELARAS PPKI SK LABIS)
2.1 Ucapan terima kasih kepada wakil pentadbir, Pn. Norazilah (GPK
Kokurikulum) kerana dapat
hadir.
2.2 Harapan supaya pihak pentadbir dapat memahami pengurusan dan
pentadbiran yang
dilaksanakan di kelas Pendidikan Khas.
2.3 Kejayaan murid Pendidikan Khas bagi tahun 2014-terdapat beberapa orang
murid yang dapat
mewakili daerah ke peringkat negeri.
2.4 Seramai 5 orang murid pendidikan khas telah berpindah ke sekolah
menengah pada tahun
2015.
2.5 Murid pendidikan khas yang berumur 13 tahun ke atas dan boleh mengurus
diri perlu dihantar
ke sekolah menengah bagi menyertai Program Buying Seats/
kerjaya transisi.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

2.6 Pelan strategik dan laporan kemenjadian murid boleh mengikut format
pendidikan khas.

2.7 Kehadiran murid kelas pendidikan khas menyumbang kepada peratusan


kehadiran
sekolah. Kerjasama daripada pihak pentadbir dan semua guru pendidikan
khas amatlah
diharapkan dalam menangani masalah ponteng dalam
kalangan murid pendidikan khas.
Tindakan : Semua Guru, PPM
dan Pentadbir
3. PERANCANGAN PROGRAM BAGI TAHUN 2015
3.1 Program yang dilaksanakan di peringkat daerah adalah berbentuk
perbengkelan dan
penyertaan murid menyumbang mata kepada
sekolah.
3.2 PPD akan menghantar surat takwim 2015 dan setiap aktiviti perbengkelan
yang akan
dijalankan.
3.3 Murid pendidikan khas kerap keluar menyertai program dan aktiviti
bertujuan untuk
mengembangkan kemahiran sosial dan
pergaulan dengan masyarakat luar.
3.4 Kertas kerja bagi program yang akan dijalankan pada awal tahun perlu
dihantar segera bagi
mendapatkan pengesahan pentadbiran serta
aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
3.5 Kelas pendidikan khas akan menyertai pertandingan Bumi Hijau tahun 2015
dan diharapkan
perkebunan yang akan diusahakan mendatangkan hasil
yang memberangsangkan.
3.6 Membuat dokumentasi mengenai setiap perancangan dan langkah
pelaksanaan program yang
dilaksanakan.
3.7 Setiap program tahunan yang perlu sertakan belanjawan yang diperlukan.
Perbincangan perlu
dilaksanakan antara guru dan penyelaras serta
diluluskan oleh pentadbir.
3.8 Guru-guru dan PPM boleh merujuk tugasan di dalam buku takwim PPKI 2015
yang akan
diedarkan pada awal Januari 2015.
Tindakan : Semua Guru, PPM
dan Pentadbir
4. PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
4.1 Murid dibahagikan kepada 3 kelas mengikut tahap keupayaan, umur dan
potensi penguasaan
kemahiran membaca, menulis serta mengira.
-Kelas Pendidikan Khas 1
: Sukatan KSSR tahun 3
-Kelas Pendidikan Khas 2
: Murid berpotensi mengikutan sukatan KBSR
-Kelas Pendidikan Khas 3
: Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku &
Kemahiran Manipulatif
Tindakan : Semua Guru
dan PPM
5. RPI (RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU)
5.1 Dibuat secara online. Setiap guru wajib menyediakan RPI untuk setiap
murid.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.2 Penyelaras RPI ialah Cik Nurul Atiqah binti Ahmad. RPI perlu sentiasa
dipantau dan
dikemaskini mengikut semasa serta mendaftar
murid PPKI SK Labis pada bulan Januari 2015.
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Perubahan tarikh beberapa program yang dirancang mungkin akan
dilakukan mengikut
kesesuaian.
6.2 Perjumpaan bersama ibu bapa murid pendidikan khas akan diadakan pada
13 Januari 2015.
6.3 Membuat jadual harian bagi rekod pelaksanan aktiviti gosok gigi dan cuci
tangan.
6.4 Cadangan pembelian batu-bata bagi memudahkan pengurusan tapak
semaian.
Tindakan : Semua Guru
dan PPM

PENUTUP
a. Pengerusi mengharapkan semua guru dan pembantu pengurusan murid
dapat
memberikan kerjasama serta melaksanakan tugasan dengan baik.
b. Mesyuarat ditangguh dan ditamatkan pada pukul 1.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
................................
(CIK NURUL ATIQAH BINTI AHMAD)
YUSOF)
Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

(PN. NORLINA BINTI

Tarikh :

You might also like