You are on page 1of 60

Terbitan

Jabatan Mufti Negeri Perlis

PERCUMA

Cetakan Pertama 2014

2014, Jabatan Mufti Negeri Perlis


Cetakan Pertama 2014
Hak Cipta Terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang cetak manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku di dalam apa
jua cara secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Atur Huruf & Reka Letak oleh:


AMIRNIAGA DESIGN STUDIO
(milik penuh Amirniaga Enterprise),
343-A, Kompleks Amirniaga,
Jalan Sekolah Malau Off Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra, Kedah.
Tel: 019-417 3515, Fax: 04-917 3491
Emel: amirniaga@yahoo.com
Diterbitkan oleh:
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS,
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato Mahmud Mat,
01000 Kangar Perlis.
Tel: 04979 4428, Fax: 04-976 3844

Isi Kandungan
Sidang Redaksi
Kata-Kata Aluan Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Bulan Syaban
Kelebihan Bulan Syaaban
Keadaan Baginda Dalam Bulan Syaban dan Kelebihan
Bulan Syaban
Beberapa Hadis Tentang Kelebihan Puasa Sunat
Nisfu Syaban
Hadis-Hadis Yang Tidak Sahih Tentang Malam Nisfu Syaaban
Kepalsuan Solat Al-Alfiyyah
Puasa Selepas Nisfu Syaban
Peristiwa Perubahan Kiblat Berlaku Dalam Bulam Syaaban
Larangan Mengkhususkan Malam Nisfu Syaaban
dengan Sesuatu Ibadah

5
6
9
18
21
27
30
37
49
51
54
56

Sidang Redaksi
PENAUNG
SS Dato Murshid DiRaja Dr. Juanda bin Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
PENASIHAT
Sahibul Fadhilah Ustaz Roslan bin Esa
(Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
KETUA EDITOR
Ustazah Nafizah binti Abd Halim
(Pegawai Hal Ehwal Islam)
PENULIS
Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
SETIAUSAHA
Ustazah Rusnani binti Hasan
SIDANG EDITOR
Ustaz Mohd Khidir bin Abd. Ghani
Ustaz Syed Abdullah Idid bin Syed Salim Idid
Ustaz Arif bin Ismail
Ustazah Huda binti Johari
Ustazah Nazirah binti Abd Hadi
Encik Muhammad Hafiez bin Salim

Kata-Kata Aluan Mufti Kerajaan


Negeri Perlis
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan restu dan
keizinan-Nya jua, hasrat untuk menerbitkan buku Berlaku Adil Dalam
Pemberian Kepada Anak-Anak Bil. 1/2013 telah menjadi kenyataan.
Sesungguhnya, Islam mewajibkan keadilan dalam semua keadaan
kerana keadilan itu menjadi tonggak keharmonian dan kesejahteraan
dalam masyarakat dan Negara. Keadilan juga wajib ditegakkan dalam
masyarakat, keluarga, antara isteri-isteri dan anak-anak. Isteri-isteri
wajib dilayan dengan adil saksama dan anak-anak wajib dilakukan
dengan adil pula. Semua anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan
adalah nikmat kurniaan Allah SWT belaka dan semuanya berguna
belaka kepada ibu bapanya di dunia dan di akhirat.
Oleh kerana itu anak-anak wajib dilayani dengan adil sejak dari awalawal lagi supaya mereka dapat menikmati dan menghayati erti dan
hakikat keadilan dan kasih-sayang sejak kecil lagi, sehingga apabila
mereka membesar nanti, mereka akan menjadi manusia yang adil
dalam semua tindak-tanduknya. Dan keadilan ini pula merupakan
tali penghubung kasih antara anak-anak sesama mereka dan antara
anak-anak dan ibubapa. Ketidakadilan antara anak-anak pasti akan
menumbuhkan kebencian antara anak-anak dan akan menimbulkan
permusuhan antara anak-anak dan ibubapa mereka. Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan daripada Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie, alBaihaqi dan selain mereka dengan sanad yang sahih.

Maksudnya: Berlaku adillah kamu semua diantara anak-anak kamu,


Berlaku adillah kamu semua diantara anak-anak kamu. (HR Ahmad,
Abu Daud, al-Nasaie, al-Baihaqi dan selain mereka dengan Sanad yang
Sahih. Dinilai Sahih juga oleh al-Albani)
Buku Berlaku Adil Dalam Pemberian Kepada Anak-Anak Bil. 1/2013
ini amat bermanfaat untuk dijadikan sebagai panduan bagi membantu
umat Islam menyelesaikan permasalahan berkaitan berlaku adil dalam
pemberian kepada anak-anak dan sebagai bahan bacaan kepada semua
umat Islam. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada seluruh penyumbang tenaga dan buah fikiran dalam penyediaan
buku Berlaku Adil Dalam Pemberian Kepada Anak-anak Bil. 1/2013 ini.
Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pihak Jabatan Mufti
Negeri Perlis selaku urus setia dalam menghasilkan buku ini.
Saya mendoakan semoga buku Berlaku Adil Dalam Pemberian
Kepada Anak-anak Bil.1/2013 ini dapat memberikan manfaat kepada
semua pihak dalam memastikan semua masyarakat Islam akan terus
menjadikan buku ini sebagai medium penyebaran ilmu dan maklumat
dalam meningkatkan penghayatan dan pemahaman masyarakat Islam
berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan mendapat ganjaran
daripada-Nya InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Dato Murshid DiRaja Dr Juanda Bin Jaya
Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Bulan Syaban
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: (Bulan ini) dinamakan sebagai
Syaban disebabkan orang-orang Arab berselerakan untuk mencari
air atau berselerakan dalam menyerang musuh-musuh mereka dalam
peperangan setelah mereka keluar dari bulan Rejab yang dimuliakan. 1
Daripada Usamah bin Zaid RA katanya: Aku pernah bertanya: Wahai
Rasulullah, daku belum pernah melihat tuan berpuasa dalam sebulan
sepertimana tuan berpuasa dalam bulan Syaban. Baginda menjawab:




Maksudnya: Bulan ini dilalaikan oleh orang ramai, ia berada antara
Rejab dan Ramadhan. Ia juga adalah bulan yang diangkat amalan-amalan
kepada Tuhan sekelian alam. Maka daku suka amalanku diangkat, ketika
itu aku berpuasa. (HR al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Sughra.Hadis
bilangan: 2329. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan alNasaie)
Ibn Rajab al-Hambali berkata: Di dalam hadis ini terdapat beberapa
faedah:
Syaban adalah bulan yang dilalai / diabaikan oleh orang ramai, ia
berada di antara Rejab dan Ramadhan. Ia menunjukkan terselindungnya
bulan ini dengan dua bulan yang penting iaitulah salah satunya bulan
yang haram (Bulan Rejab) manakala yang satu lagi Bulan Ramadhan,
1

Fath al-Bari 4/213

menyebabkan orang ramai sibuk merebut kelebihan dalam dua bulan


tersebut, lalu menjadikan bulan Syaban diabai dan dilalaikan. Di dalam
hadis ini baginda bersabda: Bulan ini dilalaikan oleh orang ramai ia
satu isyarat yang menunjukkan bahawa ada sebahagian waktu, tempat
dan individu yang tersebar (masyhur) kelebihannya, kadang-kala ada
perkara lain yang lebih afdhal/lebih utama darinya, sama ada (ia lebih
afdhal) secara umum atau kerana khususiah yang ada padanya yang
tidak disedari oleh ramai orang, sehingga mereka menyibukkan diri
dengan perkara yang masyhur sahaja, sehingga mereka terluput dari
memperolehi kelebihan sesuatu yang tidak masyhur di sisi mereka.
 i dalam hadis ini juga terdapat bukti, sunat menghidupkan waktu-waktu
D
yang diabai / dilalaikan oleh orang ramai dengan melakukan ketaatan,
dan perkara ini adalah sesuatu yang disukai oleh Allah Azza Wajalla,
seperti yang dinyatakan oleh sekumpulan ulama salaf.
10

Kemudian Ibn Rejab berkata lagi: Dan menghidupkan waktu yang


diabaikan (oleh orang ramai) dengan melakukan ketaatan terdapat
beberapa faedah:
1. Ia menjadi lebih tersembunyi, dimana menyembunyi dan merahsiakan
amalan-amalan sunat adalah lebih afdhal. Terutamanya amalan
berpuasa yang merupakan rahsia antara seseorang hamba dengan
Tuhannya sahaja. Kerana itu dikatakan untuk amalan berpuasa ini
padanya tiada unsur riya. Sebahagian Salaf pernah berpuasa selama
40 tahun yang tidak diketahui oleh seseorangpun. Dia akan keluar
dari rumahnya menuju ke pasar bersama dua potong tepung roti
(), lalu dia sedekahkan kedua-duanya dan dia terus berpuasa.
Perbuatannya itu menyebabkan ahli keluarganya menyangka dua roti
itu dimakannya, manakala orang ramai menyangka dia akan memakan
roti itu di rumahnya. Mereka juga (Ulama Salaf) menggalakkan bagi

sesiapa yang berpuasa untuk menzahirkan sesuatu yang boleh


menyembunyikan puasanya. Daripada Ibn Masud RA katanya:


 Maksudnya: Jika kamu semua pada pagi hari dalam keadaan
berpuasa, maka jadilah orang yang menzahirkan yang sebaliknya
(seperti tidak berpuasa). Qatadah pula berkata:


Maksudnya: Disunatkan bagi yang berpuasa untuk menzahirkan
sesuatu yang tidak menunjukkan dia berpuasa, hingga tidak kelihatan

darinya kesan puasa. Abu al-Tayyah ( ) pula berkata:





Maksudnya: Aku mendapati bapaku dan Mashyakhak al-Hayy,
apabila seseorang dari mereka berpuasa, dia akan menzahirkan
sebaliknya, dan memakai pakaian yang paling elok.
2. Menghidupkan waktu yang diabaikan oleh orang ramai itu lebih
berat bagi jiwa. Maka amalan yang lebih afdhal ialah yang lebih
berat ke atas jiwa. Ini kerana sesuatu jiwa terbiasa mengikuti apa
yang disaksikan dari kebiasaan orang lain. Jika ramai yang tidak lalai
dan melakukan ketaatan, maka banyaklah orang yang melakukan
ketaatan kerana terdapat ramai yang boleh dicontohi, justeru menjadi
mudah ketaatan-ketaatan tersebut. Namun jika kelalaian itu banyak,
maka ia menjadi contoh kepada orang ramai, seterusnya menjadi

11

berat ke atas jiwa yang hendak menghidupkan ketaatan disebabkan


kurangnya mereka yang boleh diikuti / dicontohi. Inilah makna hadis
Nabi SAW:



Maksudnya: Bagi seseorang yang beramal dari kalangan mereka
(umat Nabi setelah kewafatan baginda) akan memperolehi pahala 50
orang dari kalangan kamu semua (para Sahabah). Sesungguhnya
kamu semua melakukan kebaikan kerana mendapati pembantupembantu (sahabat lain yang juga melakukan kebaikan), sedangkan
mereka tidak mendapatinya. 2
12

2 Di sisi al-Tirmizi, hadis Abu Talabah al-Khusyaniy RA, daripada Abi Umayyah alSyabaniy ( )katanya: Aku datang kepada Abu Thalabah al-Khusyaniy ()
dan berkata kepadanya: Bagaimana anda lakukan (apa yang anda faham) kepada ayat ini?
beliau bertanya: Ayat yang mana satu? katanya: Firman Allah Taala:




Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman , jagalah dirimu. Tiadalah orang yang sesat
itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.(al-Maidah:
105). Kata Abu Talabah: Adapun demi Allah, kamu telah bertanya tentang ayat itu kepada
orang yang mengetahui, kerana aku pernah bertanya tentangnya kepada Rasulullah SAW,
lalu baginda bersabda:


Maksudnya: bahkan saling menyuruhlah kamu semua dengan al-Maruf (kebaikan), dan
saling cegah dari kemungkaran. Sehingga apabila kamu melihat kekikiran itu ditaati, hawa

3. Seseorang yang melakukan ketaatan dari kalangan orang ramai


yang melakukan maksiat dan berada dalam kelalaian, kadang-kala dapat
menolak bala dari dikenakan ke atas orang ramai tersebut. Ia seolaholah melindungi mereka semua.3
Al-Imam Ibn al-Jauziy berkata: dan ketahuilah bahawa waktu-waktu yang
diabaikan oleh orang ramai memiliki kedudukan yang besar disebabkan
orang ramai sibuk dengan perkara-perkara adat dan keinginan. Justeru
apabila seseorang yang hendakkan kelebihan berterusan melakukan
ketaatan (pada ketika itu) ia membuktikan kesungguhannya memperolehi
kebaikan (dari tuhannya). Kerana ini juga adanya kelebihan menunaikan
solat Fajar (Subuh) secara berjemaah disebabkan pada ketika itu
kebanyakan orang berada dalam keadaan lalai. Demikian juga waktu
diantara Maghrib dan Isyak, kelebihan waktu pertengahan malam dan
waktu Sahur. 4
13

nafsu itu diikuti, dunia itu diutamakan, dan menjadi takjub/kagum setiap orang dengan
pandangannya. Maka hendaklah kamu menjaga dirimu dan tinggalkan orang awam/orang
ramai. Sesungguhnya pada masa akan datang, hari-hari yang memerlukan kesabaran
tinggi. Pada hari-hari tersebut seperti menggengam bara api. Bagi seorang yang beramal
(memperolehi pahala) seumpama pahala 50 orang yang beramal dari kalangan kamu
semua.(HR al-Tirmizi dan beliau menilai hadis ini sebagai Hasan Gharib.Namun al-Albani
menilai hadis ini sebagai Lemah). Dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda:



Maksudnya: Sesungguhnya akan datang, terdapat hari-hari yang menuntut kesabaran
tinggi. Bagi seseorang yang berpegang teguh (dengan kebenaran atau boleh melakukan
amalan soleh) pada ketika itu berbanding kamu semua hari ini, akan mendapat pahala
seperti 50 orang dari kalangan kamu semua (yang melakukan kebaikan). Sahabat bertanya:
Wahai Nabi Allah, atau seperti 50 dari kalangan mereka (yang melakukan kebaikan)?
Baginda menjawab: Bahkan 50 dari kalangan kamu semua (para sahabat). (Sanad hadis
ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
3 Lihat Latoif al-Maarif 191-193
4 Al-Tabsirah.Jld. 2. h. 50

Ibn Rejab al-Hambali pula berkata: Dikatakan puasa dalam bulan


Syaban adalah seperti latihan untuk menghadapi puasa Ramadhan, agar
seseorang tidak masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berat
dan terbeban. Sebaliknya dia telah terbiasa dengan berpuasa, justeru
puasa Syaban menjadikan seseorang itu dapat merasai kemanisan dan
kelazatan berpuasa. Maka dia masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam
keadaan kuat dan cergas. Maka ketika mana Syaban menjadi seperti
permulaan bagi memasuki Ramadhan, disyariat di dalamnya apa-apa
yang disyariatkan di dalam Ramadhan terdiri daripada amalan berpuasa,
membaca al-Quran bagi memperolehi kesediaan bertemu dengan
Ramadhan dan ketundukan jiwa untuk melakukan ketaatan kepada tuhan
yang Maha Pemurah. 5

14

Berkaitan puasa baginda SAW yang lebih banyak di lakukan dalam bulan
Syaban berbanding bulan-bulan yang lain, al-Imam Ibn al-Qayyim RH
berkata ianya memiliki 3 makna:
Pertama: (Kebiasaannya) baginda akan berpuasa 3 hari dalam setiap
bulan. Barangkali baginda pernah disibukkan (dengan
sesuatu urusan) dalam beberapa bulan. Lalu baginda
menghimpunkan puasa-puasa tersebut di dalam bulan
Syaban, bagi dapat melaksanakannya sebelum masuknya
puasa fardhu (Ramadhan).
Kedua: 
baginda melakukannya bagi mengagungkan Ramadhan.
Puasa dalam bulan Syaban ini menyerupai solat sunat
sebelum solat fardhu kerana mengagungkan hak solat fardhu.
Ketiga: 
Syaban merupakan bulan yang diangkat amalan-amalan.
Maka baginda Nabi SAW lebih suka amalan baginda diangkat
ketika baginda berpuasa. 6
5
6

Latoif al-Maarif.h. 196


Tahzib al-Sunan.Jld. 3. h. 318

Al-Imam Ibn Rejab al-Hanbali berkata: Bagaimana Nabi SAW


mengkhususkan puasa sunat dalam bulan Syaban, sedang baginda
pernah bersabda:


Maksudnya: Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan adalah
puasa dalam bulan Allah Muharram. Maka jawapannya: Sekumpulan
orang menjawab tentang perkara ini dengan jawapan yang tidak kuat
disebabkan keyakinan mereka puasa bulan Muharram dan bulan-bulan
Haram (bulan-bulan yang dimuliakan) lebih utama berbanding Syaban,
seperti yang dijelaskan oleh para ulama dari mazhab al-Syafie dan
selainnya. Dan yang lebih zahir adalah sebaliknya iaitulah puasa dalam
bulan Syaban adalah lebih utama berbanding puasa dalam bulan-bulan
yang haram. Bukti dalam perkara ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan
oleh al-TIrmizi, dari hadis Anas, dimana Nabi SAW pernah ditanya:
Apakah puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? baginda
menjawab:

Maksudnya: Syaban sebagai mengagungkan bulan Ramadhan. 7


Kata beliau (Ibn Rejab) lagi: Jika dikatakan, sesungguhnya baginda juga
pernah bersabda:


Maksudnya: Puasa yang lebih utama ialah puasa Nabi Daud, dimana
baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari. Namun baginda (Nabi
Muhammad SAW) tidak berpuasa sedemikian, sebaliknya baginda
berpuasa beberapa hari berturut-turut, dan tidak berpuasa dalam
beberapa hari berturut-turut, dan baginda (banyak) berpuasa dalam
bulan Syaban dan setiap Isnin dan Khamis?
7

Namun Sanad hadis ini ada pertikaian.Sila lihat Latoif al-Maarif.h. 188

15

16

Dikatakan juga: (Maksud) Puasa Nabi Daud yang diutamakan oleh Nabi
SAW, telah dijelaskan oleh baginda sendiri dalam hadis lain, dimana
puasa tersebut ialah puasa sebanyak setengah tahun. Dan baginda
Nabi SAW, jika dihimpunkan puasa baginda akan mencecah setengah
tahun atau lebih dari itu lagi. Baginda dahulunya telah berpuasa seperti
yang telah dijelaskan bersama dengan puasa Asyura dan 9 hari (awal)
dalam bulan Zulhijjah.Baginda hanya memisahkan puasa baginda,
sebaliknya baginda tidak berpuasa sehari dan berbuka sehari, kerana
baginda mencari dan mengharapkan dapat berpuasa pada waktuwaktu yang utama. Tiada masalah memisahkan hari berpuasa dengan
tidak berpuasa dengan selang lebih dari satu hari, jika bertujuan untuk
menguatkan diri melakukan perkara yang lebih utama dari berpuasa
seperti menyampaikan risalah, berjihad dan melaksanakan tuntutannya,
jika berpuasa sehari dan berbuka sehari hal ini menjadikan baginda
lemah untuk melakukan perkara-perkara ini. Kerana itu baginda pernah
ditanya di dalam hadis Abi Qatadah tentang siapa yang berpuasa sehari
dan berbuka 2 hari?Baginda menjawab:

Maksudnya: Aku berharap aku diberi kemampuan untuk melakukan


demikian itu.8(HR Muslim)
Dahulunya juga Abdullah bin Amr bin al-Ash, apabila sudah tua
kadang-kadang beliau tidak berpuasa beberapa hari berturut-turut
untuk mendapat kekuatan melakukan puasa (sesudah itu), kemudian
berpuasa bagi memelihara hari-hari yang dipisahkan oleh baginda SAW
sehingga dapat berpuasa sebanyak setengah tahun, bahkan lebih banyak
8 Hadis ini bukan bermaksud baginda tidak mampu untuk berpuasa sehari dan berbuka
2 hari, sebaliknya baginda bimbang jika baginda melakukan puasa seperti itu menyebabkan
baginda mengurangkan hak orang lain terdiri dari hak para isteri baginda dan umat baginda
lainnya yang memerlukan baginda. Lihat Syarh Sahih Muslim oleh al-Nawawi dan Aun alMabud oleh Muhammad Syams al-Hak al-Azhim Abadiy.

lagi dengan puasa yang dilakukan secara terpisah-pisah. Lalu baginda


memperolehi pahala puasa berturut-turut kerana cita-citanya melakukan
perkara tersebut, baginda tidak melakukan (puasa sehari dan berbuka
2 hari) disebabkan kesibukan dengan melakukan perkara yang lebih
penting dan lebih utama. Allah sahaja yang lebih mengetahui. 9
Namun al-Imam al-Nawawi berpandangan baginda Nabi SAW lebih
banyak berpuasa dalam bulan Syaaban berbanding Muharram kerana
berkemungkinan baginda diwahyukan tentang kelebihan Muharram
berbanding Syaaban di penghujung umur baginda menyebabkan baginda
tidak sempat untuk membanyakkan puasa dalam bulan Muharram.
Barangkali juga baginda tidak memperbanyakkan puasa dalam bulan
Muharram disebabkan kesibukan lain seperti bermusafir, sakit dan
seumpamanya yang menghalang baginda memperbanyakkan puasa
dalam bulan Muharram.10
17

9 Latoif al-Maarif 189


10 Lihat Fath al-Bari 4/253

Kelebihan Bulan Syaaban


1. Bulan diangkat amalan berdasarkan hadis:
Daripada Usamah bin Zaid RA katanya: Aku pernah bertanya: Wahai
Rasulullah, daku belum pernah melihat tuan berpuasa dalam sebulan
sepertimana tuan berpuasa dalam bulan Syaban. Baginda menjawab:




18

Maksudnya: Bulan ini dilalaikan oleh orang ramai, ia berada antara


Rejab dan Ramadhan. Ia juga adalah bulan yang diangkat amalan-amalan
kepada Tuhan sekelian alam 11. Maka daku suka amalanku diangkat,
11 Kata para ulama: Terdapat tiga bentuk diangkat amalan: PERTAMA: diangkat dalam
bentuk harian, iaitulah ketika solat Subuh dan Asar berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:


:
:
Maksudnya: akan bergilir para malaikat malam dan para malaikat siang kepada kamu
semua. mereka akan berkumpul pada solat Subuh dan solat Asar. (pada waktu Subuh)
malaikat bersama kamu semua pada malam hari akan naik (ke langit), lalu mereka akan
ditanya (oleh) Allah) sedang Dia Yang Maha Mengetahui: Bagimana hamba-hamba-Ku
ketika kamu semua meninggalkan mereka? Lalu para malaikat tersebut menjawab: Kami
tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang menunaikan solat, dan ketika kami pergi
kepada mereka (pada waktu Asar) mereka juga sedang menunaikan solat. (HR al-Bukhari
Kitab Mawaqit al-Solah Bab Fadhl Solah al-Asr 540. Muslim Kitab al-Masajid Wa
Mawadhi al-Solah Bab Fadhl Solatai al-Subh wa al-Asr 1035. KEDUA:Diangkat dalam
bentuk mingguan, iaitulah pada hari Khamis berdasarkan hadis riwayat Ahmad di dalam

ketika itu aku berpuasa. (HR al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Sughra.


Hadis bilangan: 2329. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan
al-Nasaie)
2. 
Baginda SAW memperbanyakkan puasa dalam bulan Syaaban.
Aisyah berkata:

:
:


Maksudnya: Dahulunya Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami
menyatakan baginda tidak akan berbuka. Baginda juga tidak berpuasa
sehingga kami menyatakan baginda tidak akan berpuasa. Tidaklah aku
pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh
sama sekali, melainkan dalam bulan Ramadhan, tidak juga aku pernah
melihat baginda dalam sebulan lebih banyak berpuasa berbanding
Syaban.(HR Muslim Kitab al-Siyam Bab Siyam al-Nabiy SAW Fi
Ghair Ramadhan Hadis 2028)
Musnadnya dengan Sanad yang Hasan daripada Abu Hurairah RA, katanya saya pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya amalan-amalan Bani Adam akan dibentang pada setiap
Khamis malam Jumaat, maka tidak akan diterima amalan sesiapa yang memutuskan Silaturrahim. (Musnad Ahmad bin Hambal. 10079. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih
al-Targhib wa al-Tarhib: 2538). KETIGA:Diangkat dalam bentuk tahunan, iaitulah dalam
bulan Syaban berdasarkan hadis yang dibincangkan ini. Diriwayatkan oleh al-Nasaie di
dalam al-Sunan al-Sughra Kitab al-Siyam Bab Saum al-Nabiy SAW Bi Abiy Huwa Wa
Ummiy: 2329. Dinilai Hasan oleh al-Albani didalam Sahih Sunan al-Nasaie: 2356.

19

Daripada Aisyah juga yang berkata:

20

Maksudnya: Tidak pernah Nabi SAW berpuasa dalam sebulan lebih


banyak dari bulan Syaaban, sesungguhnya baginda puasa Syaaban
keseluruhannya. Baginda juga bersabda: beramallah mengikut
kemampuanmu, kerana sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah
kamu semua yang jemu. Dan solat yang paling disukai oleh Nabi
SAW ialah apa yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit.
Adalah baginda apabila menunaikan solat, baginda akan istiqamah
melakukannya. (HR al-Bukhari)

Keadaan Baginda Dalam Bulan


Syaban Dan Kelebihan Bulan Syaban
Daripada Abu Salamah, bahawa Aisyah pernah menceritakan kepadanya
dengan berkata:



Maksudnya: Nabi SAW tidak pernah berpuasa dalam sebulan lebih
banyak dari puasa dalam bulan Syaban. Sesungguhnya baginda
berpuasa dalam keseluruhan Syaban. (HR al-Bukhari Kitab al-Saum
Bab Saum al-Syaban hadis 1881)
Ibn al-Mubarak ketika menjelaskan tentang berkata: Diterima di
dalam percakapan Arab, apabila seseorang berpuasa kebanyakan hari
dalam sesuatu bulan, orang itu dikatakan dia telah berpuasa sebulan
keseluruhannya. 12
Aisyah juga berkata:

:
:


12 Sunan al-Tirmizi 3/114

21

Maksudnya: Dahulunya Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami


menyatakan baginda tidak akan berbuka. Baginda juga tidak berpuasa
sehingga kami menyatakan baginda tidak akan berpuasa. Tidaklah aku
pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh
sama sekali, melainkan dalam bulan Ramadhan, tidak juga aku pernah
melihat baginda dalam sebulan lebih banyak berpuasa berbanding
Syaban.(HR Muslim Kitab al-Siyam Bab Siyam al-Nabiy SAW Fi
Ghair Ramadhan Hadis 2028)
Al-Imam Ibn Hajar RH berkata: Di dalam hadis ini bukti menunjukkan
kelebihan berpuasa dalam bulan Syaban. 13
Al-Imam Ibn Rejab al-Hambali RH berkata: Adapun puasa Nabi SAW
dalam setahun, baginda (banyak) berpuasa dalam bulan Syaban tidak
seperti puasa baginda dalam bulan-bulan yang lain. 14
22

Al-Imam al-Sananiy RH berkata: Di dalam hadis ini terdapat bukti


baginda mengkhususkan Syaban dengan lebih banyak berpuasa
berbanding bulan lain. 15
Daripada Abi Salamah katanya: Aku pernah bertanya Aisyah RA berkaitan
puasa Rasulullah SAW. lalu beliau berkata:











13 Fath al-Bari.Jld. 4. h. 253
14 Latoif al-Maarif.h. 186
15 Subul al-Salam.Jld. 2. h. 342

Maksudnya: Dahulunya baginda berpuasa sehingga kami mengatakan


baginda benar-benar berpuasa16. Baginda juga tidak berpuasa sehingga
kami mengatakan baginda tidak berpuasa17.Dan tidaklah pernah aku
melihat baginda berpuasa dalam satu bulan sama sekali sebagaimana
baginda banyak berpuasa dalam bulan Syaban, baginda berpuasa
Syaban keseluruhannya,18 melainkan sedikit sahaja (yang baginda tidak
berpuasa).(HR Muslim Kitab al-Siyam Bab Siyam al-Nabiy SAW Fi
Ghair Ramadhan hadis: 2029)
Daripada Aisyah RA juga, katanya:



Maksudnya: Tidaklah pernah Rasulullah SAW pada satu bulan dalam
setahun lebih banyak berpuasa berbanding Syaban. (HR Muslim
Kitab al-Siyam Bab Siyam al-Nabiy SAW Fi Ghair Ramadhan hadis:
2030)
Justeru sewajarnya setiap muslim berusaha memperbanyakkan puasa
atau ibadah yang lain di dalam bulan Syaaban. Sebabnya:
16 Ia bermaksud baginda berterusan berpuasa. Lihat Hasyiah al-Sindiy Ala Ibn Majah
17 Bermaksud baginda berterusan tidak berpuasa.Ibid.
18 Keseluruhan di sini membawa maksud kebanyakan hari dalam bulan Syaban, kerana
Aisyah menjelaskan selepas itu dengan berkata: Melainkan sedikit sahaja (yang baginda
tidak berpuasa).

23

Pertama: 
Supaya terbiasa dengan amalan soleh dan meninggalkan
perbuatan mungkar. Muawiyah bin Abi Sufian meriwayatkan
daripada Nabi SAW yang bersabda:

Maksudnya: Kebaikan itu suatu yang terbiasa dilakukan, manakala


kejahatan itu adalah suatu yang dibantah. Sesiapa yang Allah kehendaki
kebaikan untuknya, Dia akan fahamkan orang itu dengan agama. (HR
Ibn Majah. Tersenarai di dalam Sahih Ibn Hibban. Al-Albani menilainya
sebagai Hasan di dalam Sahih al-Jami)

24

Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadis ini berkata:


Seorang yang beriman yang tetap di atas kandungan iman dan takwa,
dadanya akan terbuka dan lapang kepada kebaikan, sehingga kebaikan
itu menjadi kebiasaannya. Adapun keburukan, dadanya tidak terbuka dan
lapang untuknya, keburukan itu tidak masuk ke dalam jantung hatinya
melainkan disebabkan keraguan syaitan dan nafsu ammarah. 19
Kedua: 
Persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan. Ini kerana
bulan Ramadhan dipenuhi dengan kemuliaan, kelebihan dan
rahmat dari Allah SWT yang perlu direbut oleh setiap muslim.
Dimana biasanya kelebihan-kelebihan ini akan diperolehi oleh
mereka yang mempersiapkan diri untuk memperolehinya.
Nabi SAW bersabda:

19 Lihat Hasyiah al-Sindiy Ala Ibn Majah.Kitab al-Muqaddimah. Bab Fadhl al-Ulama wa
al-Hath Ala Tolab al-Ilmi

Maksudnya: Lakukanlah kebaikan sepanjang hidupmu. Bersedialah


untuk memperolehi tiupan-tiupan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
memiliki tiupan-tiupan dari rahmatNya yang akan mengenai sesiapa
yang dikehendaki dari kalangan hambaNya dan mohonlah kepada Allah
untuk ditutup keaiban-keaibanmu dan mententeramkan kamu dari
kebimbanganmu. (dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dan al-Tabarani
dari Hadis Anas. al-Haithami di dalam Majma al-Zawaid berkata:
Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan para periwayatnya adalah para
periwayat al-Sahih, melainkan Isa bin Musa bin Iyas bin al-Bukair. Dan
ia adalah seorang yang thiqah)
Di sisi al-Tabaraniy di dalam al-Awsath dari hadis Muhammad bin
Maslamah, dikatakan Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya tuhanmu memiliki tiupan-tiupan pada tiaptiap hari setahunmu, maka bersedialah untuk memperolehinya, mudahmudahan mengenai kamu satu tiupan dari tiupan-tiupan tersebut,
maka kamu tidak akan ditimpa kecelakaan selepas dari itu selamalamanya.(Hadis ini dinilai Dhoief atau lemah oleh al-Suyuthi. Demikian
juga al-Albani di dalam Dhoief al-Jami al-Soghir wa Ziyadatuh dan di
dalam al-Daiefah)

25

Justeru sepatutnya setiap muslim berusaha merebut kelebihan-kelebihan


yang disediakan oleh Allah SWT ini kerana itu kita dapati baginda Nabi
SAW banyak berpuasa dalam bulan Syaaban sehingga terdapat riwayat
dari Aisyah RA yang berkata:
Maksudnya: Pernah diberitahukan kepada Rasulullah SAW, tentang
orang ramai berpuasa dalam bulan Rejab. Lalu baginda bersabda:


Maksudnya: Dimana mereka dari bulan Syaaban? (HR Abd al-Razzaq
dan Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf mereka berdua)

26

Diceritakan pernah satu ketika salah seorang dari generasi Salaf telah
menjual seorang hambanya kepada orang lain. Apabila tiba bulan
Ramadhan, tuannya yang baharu mempersiapkan makanan dan minuman
untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan, seperti yang dilakukan
orang ramai orang pada hari. Apabila si hamba melihat persediaan
tersebut dia bertanya: Mengapa kamu semua melakukan semua ini?
Jawab tuannya: Untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Lalu si
hamba itu menjawab:





Maksudnya: (Rupanya) kamu semua tidak berpuasa melainkan dalam
bulan Ramadhan. Demi Allah sesungguhnya aku datang dari sekumpulan
kaum yang mana di sisi mereka setahun itu kesemuanya seolah-olah
Ramadhan (mereka banyak berpuasa sekalipun di luar Ramadhan). Jika

demikian tiada apa-apa keperluan bagiku untuk bersama dengan kamu


semua.kembalikan aku kepada mereka. Lalu hamba itu dikembalikan
kepada tuannya yang awal.

Beberapa Hadis Tentang Kelebihan


Puasa Sunat
1. Daripada Abi Saied al-Khudriy RA, Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Tidak berpuasa seseorang hamba satu hari pada jalan
Allah, melainkan Allah akan jauhkannya dengan sebab hari puasanya itu
mukanya dari neraka sejauh 70 tahun. (HR al-Bukhari Kitab al-Jihad
wa al-Siyar Bab Fadhl al-Saum Fi Sabilillah Hadis: 2705. Muslim
Kitab al-Siyam Bab Fadhl al-Siyam Fi Sabilillah Liman Yuthiquh
Hadis: 2021)
Demikian balasan yang dijanjikan bagi yang berpuasa sunat sehari sahaja
kerana Allah SWT, sedangkan di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:


)(

27

Maksudnya: Maka sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan


ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang
terpedaya. (Ali Imran: 185)
Maka bagaimana beruntungnya orang yang dijauhkan wajahnya dari
neraka sejauh 70 tahun???
2. Daripada Abi Umamah RA katanya: Aku pernah bertanya: Wahai
Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan, dengannya Allah
memberi manfaat kepadaku. Baginda bersabda:


28

Maksudnya: Hendaklah kamu banyakkan berpuasa, kerana tiada yang


sebanding dengannya.(HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak Hadis:
1466. Al-Nasaie di dalam sunannya Kitab al-Siyam Hadis: 2204.
Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Nasaie, hadis: 2221
dan di dalam Sahih al-Jami, hadis: 4044)
3. Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Siapa yang meninggal dunia dalam keadaan berpuasa pada


hari tersebut, maka dia akan masuk ke dalam syurga. 20 (HR al-Bazzar
di dalam al-Musnad Hadis: 2476. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam
Sahih al-Jami, hadis: 6224)
20 Kata al-Munawi RH: Iaitulah sesiapa yang meninggal dunia dengan berpuasa pada
hari tersebut, atau dia meninggal selepas berbuka puasa, dia akan masuk ke dalam syurga
bersama dengan al-Sabiqin al-Awwalin. Atau dia masuk ke dalam syrga tanpa dikenakan
azab terlebih dahulu.(Lihat Faidh al-Qadir.Jld: 2. h. 805

4. Daripada Abdullah bin Amr RA, Nabi SAW bersabda:


:
: :

Maksudnya: Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada


seseorang hamba pada hari kiamat. Puasanya akan berkata: Wahai
Tuhan, aku menghalangnya dari makanan dan syahwat, maka jadikan aku
dapat memberi syafaat kepadanya. al-Quran pula akan berkata: Wahai
Tuhan, aku telah menghalangnya dari tidur malam hari, maka jadikan aku
boleh memberi syafaat kepadanya. lalu Allah berfirman: Kamu berdua
berilah syafaat kepadanya. (HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak Kitab
Fadhail al-Quran Akhbar Fi Fadhail al-Quran Jumlatan. Hadis: 1979.
Ahmad di dalam al-Musnad, hadis: 6454. Dinilah Sahih oleh al-Albani di
dalam Sahih al-Jami, hadis: 3882, dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib,
hadis: 1429)

29

Nisfu Syaban
Allah SWT telah melebihkan malam Nisfu Syaban, dimana Allah SWT
memerhatikan kesemua para hambaNya pada malam tersebut, lalu Dia
memberikan keampunan kepada mereka semua melainkan seorang
musyrik dan seorang yang memutuskan perhubungan. Perkara ini
berdasarkan hadis daripada Abu Talabah RA, Nabi SAW bersabda:

30

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala memerhatikan para hambanya


pada malam Nisfu Saban, lalu Dia mengampunkan orang-orang yang
beriman, dan membiarkan orang-orang kafir dan meninggalkan orangorang yang bermusuhan kerana permusuhan mereka sehinggalah
mereka meninggalkan permusuhan tersebut. (HR Ahmad di dalam
al-Musnad.Ibn Hibban di dalam Sahihnya.Ibn Abi Syaibah di dalam alMusannaf, al-Tabaraniy di dalam al-Kabir dan al-Awsath.al-Baihaqi di
dalam Syuab al-Iman. al-Haithami di dalam al-Majma berkata: Hadis
ini diriwayatkan oleh al-Tabaraniy di dalam al-Kabir dan al-Awsath dan
periwayatnya adalah Thiqaat. Hadis ini juga tersenarai di dalam Sahih
al-Jami, hadis: 771)
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Musa al-Asyariy,
Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala melihat (dengan penuh rahmah
dan keampuan) pada malam nisfu Saban, lalu Dia mengampunkan
kesemua hambaNya melainkan seorang musyrik dan yang bermusuhan.
(HR Ibn Majah. Di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami hadis
bilangan: 1819)
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abi Aasim di dalam alSunnah, Nabi SAW bersabda:



Maksudnya: Tuhan kita Tabaraka wa taala akan turun ke langit dunia
pada malam nisfu Syaaban. Lalu Dia memberi keampunan kepada
penduduk dunia, melainkan seorang musyrik dan yang bermusuhan.
(al-Albani menilai hadis ini sebagai Sahih lighairih di dalam Dhilal alJannah)
Perlu diberi perhatian bahawa tidak terdapat puasa khusus sempena
nisfu Saban, demikian juga tiada qiyamullail khusus pada malam
nisfu Saban dan seumpamanya. Hal ini kerana Nabi SAW tidak pernah
mengkhususkan sebarang ibadah pada hari ini.adapun hadis-hadis yang
menyatakan tentang sesuatu amalan khusus pada nisfu Saban adalah
hadis yang tidak sahih.

31

Dari hadis tentang kelebihan malam Nisfu Syaaban ini. Dapat diambil
beberapa pengajaran, antaranya:
1. Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban iaitulah
bermula dari tenggelamnya matahari hinggalah terbitnya fajar.21
2. Wajar diperbanyakkan doa pada malam Nifsu Syaaban. Ibn Hajar
al-Haitami al-Syafie di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra ketika
berbicara tentang malam Nisfu Syaaban berkata:

32

Maksudnya: Maka hasilnya, bahawa bagi malam ini (nisfu Syaaban)


terdapat kelebihan. Ada padanya pemberian keampunan dan perkenan
doa yang khusus. Justeru kata al-Syafie RA: Sesungguhnya doa akan
diperkenankan pada malam tersebut.22
3. Keampunan Allah yang amat luas. Di mana Dia amat suka memberi
keampunan dan kemaafan. Inilah yang disifatkan oleh Baginda Nabi
SAW di dalam hadis baginda, antaranya:
21 Lihat Risalah Dr. Mahran Mahir Uthman bertajuk Syahr Syaaban disiarkan di dalam
http://saaid.net/
22 Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra.2/80. Cetakan Dar al-Fikri

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda berdasarkan


apa yang baginda hikayatkan dari Allah Azza wa jalla:





.
:



:

.

.
. :






Maksudnya: Seorang hamba melakukan doa, lalu dia berkata: Ya
Allah ampunkanlah dosaku. Lalu Allah yang Maha berkat berfirman:
HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki
tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan
hukuman terhadap dosa. Setelah itu hamba tadi mengulangi dan
berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: Wahai tuhan, ampunkan dosaku.
Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: HambaKu telah melakukan dosa.
Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan
dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa. Setelah itu
hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: Wahai
tuhan, ampunkan dosaku. Lalu Allah berfirman lagi: HambaKu telah
melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu
mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.
Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Aku telah memberi
keampunan kepada kamu23. (HR Muslim)
23 Ia bermaksud selama mana seorang hamba itu terus meminta ampun kepadaNya apabila berdosa.

33

Di dalam hadis lain baginda bersabda:

: .



Maksudnya: Sesungguhnya syaitan berkata: Demi kemuliaanMu wahai
tuhan. Pasti aku akan berterusan memesongkan para hambaMu selamamana nyawa berada di dalam tubuh badan mereka. Allah berfirman:
Dan demi kemuliaanKu dan keagunganKU, aku akan sentiasa memberi
keampunan kepada mereka jika mereka meminta ampun daripadaku.
(Hadis Sahih riwayat Ahmad 10974)
34

Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

)(

Maksudnya: dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya


dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon
ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa: 110)
4. 
Tiada habuan keampunan untuk orang musyrik. Rahmat dan
keampunan Allah tidak akan diberikan kepada mereka. firmanNya:

)(

Maksudnya:Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa


syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan
mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya
(menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan
dosa Yang besar. (al-Nisa: 48)
FirmanNya lagi:




)(


Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa
Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka
Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (alNisa: 116)
5. 
Demikian juga tiada habuan keampunan untuk mereka yang
bermusuhan. Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda:

35

Maksudnya: Dibuka pintu-pintu syurga pada hari isnin dan khamis.


Lalu diberi keampunan kepada setiap hamba yang tidak mensyirikkan
Allah dengan sesuatu yang lain, melainkan seorang lelaki yang ada
permusuhan diantara dia dengan saudaranya. Lalu dikatakan: Lihatlah
kepada 2 orang ini sehinggalah mereka berdua berbaik semula. Lihatlah
kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula. Lihatlah kepada 2
orang ini sehingga mereka berbaik semula. (HR Muslim)

36

Hadis-Hadis Yang Tidak Sahih


Tentang Malam Nisfu Syaaban
1. Dikatakan dari Ali bahawa Nabi SAW bersabda:










Maksudnya: Apabila malam Nisfu Syaban, maka lakukanlah qiyamullail
pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya. Sesungguhnya
Allah Tabaraka wa Taala akan turun pada malam tersebut ke langit dunia
seraya berfirman: Siapa yang memohon ampun, Aku akan
mengampunkannya. Siapa yang meminta rezeki kepadaKu, Aku akan
memberi rezeki kepadanya. Siapa demikian dan demikian sehinggalah
terbitnya fajar. (HR Ibn Majah. Di dalam Sanadnya ada perawi bernama
Abu Bakr bin Abdullah bin Muhammad bin Abi Busrah al-Qurasyi alAmiriy al-Madaniy dikenali sebagai Ibn Abi Busrah (). Ia seorang
yang menerima tohmahan melakukan pendustaan terhadap hadis-hadis
Nabi SAW seperti yang dinyatakan di dalam al-Taqrib. Imam Ahmad dan
Ibn Maien berkata tentangnya: Dia memalsukan hadis)
2. Dikatakan dari Aisyah RA yang berkata:

37

38

Maksudnya: Aku pernah kehilangan Nabi SAW pada suatu malam. Lalu
aku keluar untuk mencari baginda. Rupanya baginda berada di perkuburan
al-Baqii sedang mendongak kepala baginda ke langit. Lalu baginda
bertanya kepadaku: Wahai Aisyah, apakah kamu bimbang Allah dan
Rasul menzalimi kamu? Aku menjawab: Telah aku nyatakan bukanlah
aku sedemikian, akan tetapi aku menyangka dikau menemui sebahagian
isterimu yang lain. Lalu baginda menjawab: Sesungguhnya Allah Taala
turun pada malam nisfu Syaaban ke langit dunia, lalu mengampunkan
hambaNya lebih banyak berbanding bilangan bulu Ghanam Kalbin. (HR
Ibn Majah, al-Tirmizi dan selain mereka. al-Tirmizi berkata: Aku telah
mendengar Muhammad (iaitulah al-Imam al-Bukhari) mendhoiefkan
hadis ini. 24)
3. Dikatakan dari Aisyah RA berkata:

Maksudnya: Rasulullah SAW sentiasa berpuasa 3 hari dalam


setiap bulan. Maka kadang-kala baginda melewatkan puasa tersebut
sehinggalah terhimpun selama setahun.Lalu baginda berpuasa dalam
24 Lihat Misykah al-Masobih 1299.

bulan Syaaban.(al-Hafidz Ibn Hajar berkata di dalam Fath al-Bari (4/252):


Hadis Lemah, dikeluarkan oleh al-Tabaraniy di dalam al-Awsath dari
jalan Ibn Abi Laila dan beliau adalah seorang yang lemah.)
4. Dikatakan dari Aisyah RA, Bahawa Nabi SAW sentiasa berpuasa
dalam bulan Syaaban keseluruhannya. Kata beliau: Lalu aku bertanya
kepada baginda: Wahai Rasulullah bulan yang paling engkau suka
untuk berpuasa di dalamnya adalah bulan Syaaban? lalu baginda
menjawab:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mencatit (dalam bulan Syaaban)


setiap jiwa yang mati pada tahun itu, maka aku suka ajal aku datang
ketika aku berpuasa. (Dikeluarkan oleh Abu Yaala dan dinilai Dhoief oleh
al-ALbani di dalam Dhoief al-Targhib 619. Ada juga lafaz yang menyebut:


Maksudnya: Sesungguhnya Allah (dalam bulan tersebut) mencatit ke
atas setiap jiwa akan ajalnya dalam tahun itu. Kata al-ALbani di dalam
al-Dhoiefah (5086): (Hadis ini)Munkar.
5. Dikatakan daripada Muaz bin Jabal RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda:

39

Maksudnya: Sesiapa yang menghidupkan malam-malam yang lima,


wajib untuknya syurga. (iaitulah) malam al-Tarwiah, malam Arafah,
Malam al-Nahr (Raya korban), malam al-Fitr (Raya puasa) dan malam
Nisfu Syaaban. (Kata al-Albani di dalam al-Dhoiefah (522): (Hadis ini)
Palsu. Hadis ini disenaraikan oleh al-Munziri di dalam al-Targhib dan
beliau mengisyaratkan kelemahan atau kepalsuan hadis ini.hadis ini juga
diriwayatkan oleh al-Asbahaniy di dalam al-Targhib.)
.6. Dikatakan dari Anas RA katanya:

.
:
40

Maksudnya: Tahukah kamu semua mengapa dinamakan Syaaban?


Kerana di dalamnya disebar luaskan kebaikan yang banyak.Dan
dinamakan pula Ramadhan kerana di dalamnya dosa-dosa dihapuskan.
(al-Albani berkata di dalam al-Doiefah 3223: Palsu. Ia diriwayatkan oleh
al-Dailami dan al-Rafiie di dalam Tarikhnya.)
7. Dikatakan dari Aisyah RA katanya:

Maksudnya: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah Bulan Allah.


Syaaban bulan pembersih dan Ramadhan bulan penghapus.(Riwayat
Ibn Asakir. Al-Albani berkata di dalam al-Dhoiefah 3746: Dhoief Jiddan
(Terlalu lemah).

8. Dikatakan dari Aisyah RA, Rasulullah SAW dikatakan telah bersabda:


: :


: .
:
: . .
. :

Maksudnya: Apakah kamu semua tahu malam apakah ini? iaitulah
malam Nisfu Syaaban. Aisyah seterusnya bertanya: Ada apa padanya
wahai Rasulullah? Jawab baginda: Pada malam tersebut ditetapkan
setiap anak Adam yang akan dilakirkan pada tahun ini, dan ditetapkan
juga setiap daripada anak Adam yang akan mati pada tahun ini. Pada
malam itu juga diangkat amalan-amalan mereka semua dan diturunkan
rezeki-rezeki mereka. Tanya Aisyah lagi: Wahai Rasulullah apakah tiada
seorangpun yang akan masuk ke dalam syurga melainkan dengan rahmat
Allah Taala? Jawab baginda: Tiada seorangpun yang akan masuk
syurga melainkan dengan rahmat Allah Taala. Baginda mengulang tiga
kali. Lalu aku berkata: Demikian juga engkau wahai Rasulullah? lalu
baginda meletakkan tangan baginda di atas kepala baginda seraya berkata:
Sekalipun daku, melainkan Allah telah memenuhkan/memasukkan daku

41

dengan rahmatNya. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.(HR alBaihaqi di dalam al-Daaawaat al-Kabir.Dinilai Dhoief (lemah) oleh alALbani di dalam al-Misykah 1305)
9. Dikatakan dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda:





42

Maksudnya: Jibril AS mendatangiku dan berkata: Malam ini adalah


malam Nisfu Syaaban. Padanya terdapat mereka yang dibebaskan dari
neraka oleh Allah sebanyak bulu kambing bani Kalb25, namun Allah tidak
akan memerhatikan (tidak memberi kelebihan ini) kepada orang musyrik,
yang bertelagah, yang memutuskan silaturrahim, orang yang isbal, yang
derhaka kepada dua orang tua dan peminum arak. (HR al-Baihaqi.
Dinilai Dhoief oleh al-Albani di dalam Dhoief al-Targhib)
10. Dikatakan dari Aisyah RA, yang berkata:





25 Kabilah Bani Kalbin adalah kabilah yang paling banyak memelihara kambing berbanding kabilah Arab yang lain. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi)










Maksudnya: Rasulullah SAW berdiri menunaikan solat pada suatu
malam, lalu baginda sujud dengan lama sehingga aku menyangka beliau
seperti telah wafat. Ketikamana aku melihat demikian itu, aku bangun
dengan menggerakkan jari ibu baginda lalu baginda menggerakkannya,
lalu aku kembali ke tempatku, aku mendengar baginda membaca di
dalam sujud: Aku berlindung dengan kemaafanMu dari hukumanMu,
aku berlindung dengan redhaMu dari kemurkaanMu, aku berlindung
denganMu dariMu dengan mendekatkan diri kepadaMu, tidak dapat
ku hitung pujaan kepadaMu, Engkaulah sepertimana yang Engkau puji
diriMu sendiri. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud dan
menghabiskan solat baginda berkata: Wahai Aisyah atau (baginda
sebut) Wahai Humaira, apakah kamu menyangka bahawa Nabi SAW telah
mengkhianatimu? aku menjawab: tidak demi Allah wahai Rasulullah,
akan tetapi menyangka engkau telah wafat disebabkan lamanya engkau
sujud. Seterusnya Baginda bersabda: Tahukah kamu malam apakah
ini? aku menjawab: Allah dan rasulNya sahaja yang lebih mengetahui.

43

Sabda baginda: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban, sesungguhnya


Allah Azza wa jalla memerhatikan para hambaNya pada malam nisfu
Syaaban, lalu Dia mengampunkan orang-orang yang memohon
keampunan kepadaNya dan merahmati orang-orang yang memohon
rahmatNya dan membiarkan orang-orang yang berdengki dengan dengki
mereka. (HR al-Baihaqi. Dinilai Dhoief (lemah) oleh al-ALbani di dalam
)Dhoief al-Targhib
11. Dikatakan dari Aisyah RA, yang berkata:

44












Maksudnya: Rasulullah SAW masuk menemuiku, lalu baginda
membuka dua pakaian baginda namun belum pun sempat baginda
menyempurnakannya, baginda tiba-tiba bangun dan mengenakan semula
pakaian tersebut, lalu datang rasa cemburu yang bersangatan kepadaku.
Aku menyangka baginda akan pergi mendatangi madu-maduku yang
lain. Lalu aku keluar dan mengikut baginda dari belakang dan aku dapati
baginda pergi ke perkuburan al-Baqi iaitulah Baqi al-Gharqad, baginda
memohon keampunan untuk orang-orang beriman lelaki, perempuan
dan para syuhada di perkuburan tersebut. Aku berkata: Demi bapa dan
ibuku, engkau wahai Rasulullah benar-benar mengharapkan tuhanmu
sedangkan aku berhajatkan dunia. Lalu aku pulang dan masuk ke bilikku.
Setelah itu Rasulullah pulang dan menemuiku. Baginda bersabda:
Mengapa wahai Aisyah? Aku menjawab: demi bapa dan ibuku, engkau

45

46

mendatangiku, lalu engkau membuka dua bajumu, namun sebelum


selesai engkau berdiri dan memakainya semula. Lalu datang rasa
cemburu yang kuat terhadapku, aku menyangka engkau mendapatkan
maduku yang lain, sehinggalah aku melihat kamu pergi ke perkuburan
al-Baqi dan melakukan apa yang telah engkau lakukan. Lalu baginda
bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau bimbang Allah dan RasulNya
akan menzalimu? Sebaliknya Jibril telah datang kepadaku pada waktu itu
dan berkata: Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, padanya terdapat
orang-orang yang akan dibebaskan dari neraka sebanyak bilangan bulu
kambing. Namun Allah tidak melihat pada malam itu seorang musyrik
dan yang berbalah, tidak juga orang yang memutuskan silaturrahim,
orang yang melakukan isbal, yang derhaka kepada dua orang tua dan
peminum arak. Kemudian baginda membuang dua pakaian baginda
dan berkata kepadaku: Wahai Aisyah, bolehkah kamu izinkan untuk
aku berqiyamullail pada malam ini? Jawab Aisyah: Demi bapa dan
ibuku (silakan). Lalu baginda solat, baginda sujud dengan lama pada
malam itu sehingga aku menyangka baginda telah wafat, lalu aku bangun
dan meletakkan tanganku di atas perut dua kaki baginda, lalu baginda
bergerak, akupun gembira dan aku mendengar baginda membaca di
dalam sujud:




Maksudnya: Aku berlindung dengan kemaafanMu dari balasanMu,
dan aku berlindung dengan redhaMu dari kemuerkaanMu, dan aku
berlindung denganMu dariMu, Maha Agung wajahMu, tidak mampu
untuk aku menghitung pujaan ke atasMU, Engkau sepertimana PujianMu
ke atas diriMu sendiri.

Apabila pagi hari, aku menyebut semula bacaan-bacaan ini kepada


baginda. Lalu baginda bersabda: Wahai Aisyah, kamu menghafalnya?
Aku menjawab: Ya. Sabda baginda: Wahai Aisyah pelajarilah
(hafallah) ia dan ajarkan ia kepada orang lain, kerana sesungguhnya Jibril
telah mengajarkannya kepada ku dan menyuruh agar aku membacanya
(mengulang-ulanginya) di dalam sujud. (HR al-Baihaqi di dalam Syuab
al-Iman. Dinilai Lemah oleh al-Albani di dalam Dhoief al-Targhib dan
berkata: Dhoief Jiddan dan di dalam sanadnya terdapat dua periwayat
Matruk.)
12. 
Dikatakan Uthman bin Abi al-Ash berkata, baginda Nabi SAW
bersabda:

:


Maksudnya: Apabila malam nisfu Syaaban, akan berseru satu
seruan: Apakah ada orang yang meminta keampunan, AKu akan
mengampunkannya. Apakah ada orang yang meminta sesuatu, aku
akan mengurniakannya? tidak meminta seseorang hamba (pada malam
tersebut) melainkan akan ku berikan, melainkan seorang wanita penzina
dan seorang musyrik. (HR al-Baihaqi. Dinilai Dhoief (Lemah) oleh alAlbani di dalam Dhoief al-Jami)
13. Dikatakan dari al-Hasan:

47

Maksudnya: Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan


Ramadhan adalah bulan umatku. (HR Abu al-Fattah di dalam Amalinya.
Al-Albani berkata: Dhoief (Lemah). Ada juga riwayat dari Aisyah
namun riwayat itu Maudhu (Palsu).Lihat Dhoief al-Jami.)
14. Dikatakan daripada Rasyid bin Saad:



Maksudnya: Pada malam Nisfu Syaaban Allah mewahyukan kepada
Malaikat Maut setiap jiwa yang akan dicabut dalam tahun itu.(Riwayat
al-Dinawariy ()di dalam al-Mujalasah. Kata al-Albani: Dhoief
(Lemah). Di dalam Dhoief al-Jami)
48

15. Dikatakan daripada Anas:

: :

:
Maksudnya: Dahulunya Baginda SAW apabila masuk bulan Rejab, akan
membaca: Ya Allah berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban,
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Apabila malam Jumaat,
baginda bersabda: Malam ini adalah malam yang sangat bercahaya dan
hari yang cerah. (HR al-Baihaqi dan Ibn Asakir. Kata al-ALbani: Dhoief
(lemah). Di dalam Dhoief al-Jami)

Kepalsuan Solat Al-Alfiyyah ()


Pada kurun ke-5 hijrah, wujud sekumpulan manusia yang mula merekareka solat khusus yang ditunaikan pada malam Nifsu Syaaban.Mereka
menamakan solat tersebut sebagai Solat al-Alfiyyah.Orang pertama yang
mereka-reka solat ini adalah Ibn Abi al-Hamraa pada tahun 448H di
Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis.Beliau seorang pembaca al-quran yang
merdu. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: Solat ini direka dalam Islam
selepas berlalu 400 tahun, ia bermula di Baitul Maqdis, lalu direka
untuknya beberapa hadis (palsu). (al-Manar al-Munif, 98)
Abu Syamah pula berkata: Bagi orang-orang awam solat tersebut
menjadi fitnah yang besar lalu syaitan menghiasinya sehingga
menjadikan ia termasuk dalam asas syiar umat Islam. (al-Baith, 124)
KaifiyyahNya:
Di sini disebutkan kaifiyatnya untuk dijauhi. Iaitulah seperti yang disebut
di dalam riwayat-riwayat yang palsu lagi dusta, kononnya Nabi SAW
bersabda kepada Ali RA:
Maksudnya: Wahai Ali, sesiapa yang menunaikan solat 100 rakaat
pada malam nisfu Syaaban, dalam setiap rakaat dia membaca al-Fatihah
dan QulhuwaAllhu Ahad 10 kali. Wahai Ali tiada seorang hamba yang
menunaikan solat ini, melainkan Allah akan menunaikan setiap hajat
yang dimintanya pada malam tersebut.(Ibn al-Jauzi menyenaraikan
hadis ini di dalam al-Maudhuaat (senarai hadis palsu) dari beberapa
jalan periwayatan. Setelah itu beliau berkata: Hadis ini kami tidak ragu
lagi ia adalah palsu.)

49

Kata Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya hadis yang ada tentang Solat alAlfiyyah adalah palsu dengan kesepakatan Ahli Ilmu tentang hadis.
(Iqtidha al-Sirath al-Mustaqim 2/632)
Abu Syamah pula berkata: Ia adalah satu solat yang panjang lagi menjadi
berat, tidak ada tentang pensyariatannya walau satu khabar mahupun
athar, melainkan dhoief (lemah) atau palsu. (al-Baith Ala Inkar al-Bida.
Lihat juga al-Amr bi al-Ittiba oleh al-Suyuthi)

50

Kata Abu SYamah lagi: Yang dilarang dan diingkari adalah


mengkhususkan sebahagian malam dengan solat khusus berdasarkan
sifat tertentu dan menzahirkannya sepertimana yang thabit untuk
syariat-syariat islam yang lain seperti solat Jumaat, hari raya, solat
tarawih. Lalu mereka menyebarkannya kepada orang ramai dan mendidik
anak-anak kecil melakukannya, bapa-bapa mereka pula telah terbiasa
melakukannya seperti mereka melakukan kefardhuan yang lain bahkan
lebih dahsyat lagi mereka mencampur adukkan cahaya kebenaran
dengan kegelapan kebatilan. (al-Baith: 132)

Puasa Selepas Nisfu Syaban


Terdapat larangan dari berpuasa selepas berlalu setengah Syaban
melainkan bagi sesiapa yang sememangnya telah terbiasa dengan
berpuasa. Hal ini berdasarkan beberapa hadis antaranya diriwayatkan
daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Apabila pertengahan Syaban, maka jangan kamu semua


berpuasa sehinggalah masuknya Ramadhan. (Sahih al-Jami. bil. 397)
Demikian juga hadis yang diriwayatkan daripada Abi Salamah, daripada
Abu Hurairah RA yang berkata, Nabi SAW pernah bersabda:






Maksudnya: Jangan kamu semua mendahulukan puasa Ramadhan
dengan puasa sehari atau dua hari lebih awal, melainkan bagi seseorang
yang sememangnya hari tersebut hari dia berpuasa, maka bagi dia boleh
berpuasa. (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Imam al-Nawawi berkata: Di dalam hadis ini adalah menjelaskan
larangan menyambut Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua
hari lebih awal bagi sesiapa yang hari tersebut bukan bertepatan
dengan kebiasaan hari dia berpuasa atau menyambung puasa yang
telah dilakukannya sebelum itu, maka bagi orang yang sebegini puasa
tersebut adalah haram. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab
kami berdasarkan hadis ini dan hadis lain yang terdapat di dalam Sunan
Abi Daud dan selainnya yang menyatakan:

51


Maksudnya: Apabila pertengahan Syaban, maka tiada puasa lagi
hinggalah masuknya Ramadhan. Namun jika dia menyambung dengan
puasa yang telah dilakukan sebelumnya atau hari tersebut bertepatan
dengan kebiasaan dia berpuasa, seperti kebiasaannya berpuasa pada
hari Isnin atau seumpamanya, lalu hari tersebut bertepatan dengan hari
Isnin, lalu dia berpuasa sunat dengan niat tersebut (sunat Isnin) maka
ia adalah harus berdasarkan hadis ini. (Syarh Sahih Muslim oleh alNawawi 7/194)

52

Al-Munawi pula berkata di dalam al-Faidh al-Qadir: Hikmah larangan


ini adalah untuk memberi kekuatan melakukan ibadah puasa Ramadhan,
dan menyambut kehadirannya dengan cergas dan kesungguhan penuh.
Telah berlaku perbezaan pendapat tentang puasa sunat selepas setengah
Syaban kepada 4 pandangan:
1) 
Harus secara mutlak sama ada pada hari Syak atau sebelumnya.
Sama ada puasa pada keseluruhan hari selepas setengah Syaban
atau dipisahkan dengan sehari tidak berpuasa atau meninggalkan
puasa pada hari syak sahaja atau pada hari-hari yang lain selepas
setengah Syaaban.
2) 
Ibn Abd al-Barr berkata dan inilah pandangan para imam yang
memberi fatwa iaitulah tidak mengapa berpuasa sunat pada hari syak
seperti yang dikatakan oleh Malik.
3) 
Tidak boleh. Sama ada pada hari syak atau sebelumnya selepas
setengah Syaaban melainkan bagi mereka yang menyambung puasa
sunat yang telah dimulakan sebelum setengah syaaban atau hari itu
bertepatan dengan hari kebiasaan dia berpuasa. Inilah pandangan
Asah di sisi para ulama mazhab Syafie.

4) 
Diharamkan puasa pada hari syak sahaja dan tidak diharamkan
pada hari yang lain selepas setengah syaaban. Inilah pandangan
kebanyakan ulama.
Ali al-Qariy berkata di dalam al-Mirqah: Larangan itu adalah larangan
tanzih (Makruh) sebagai satu rahmat ke atas ummat supaya mereka
tidak mengabaikan hak melaksanakan puasa Ramadhan dalam bentuk
penuh dengan kecergasan.
Namun hukum ini tidak berlaku dalam 3 keadaan:
1) 
Bagi sesiapa yang telah terbiasa berpuasa pada hari tersebut,
sekalipun telah masuk sebahagian Syaaban, berdasarkan hadis:








Maksudnya: Jangan kamu semua mendahulukan puasa Ramadhan
dengan puasa sehari atau dua hari lebih awal, melainkan bagi seseorang
yang sememangnya hari tersebut hari dia berpuasa, maka bagi dia boleh
berpuasa. (HR al-Bukhari dan Muslim)
2) Bagi sesiapa yang hendak berpuasa pada kebanyakan hari dalam
bulan Syaaban seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW.
3) Sesiapa yang ada puasa qadha yang masih belum dilaksanakan.
Maka baginya wajib menunaikan qadha tersebut sekalipun telah
berlalu sebahagian Syaaban.

53

Peristiwa Perubahan Kiblat Berlaku


Dalam Bulam Syaaban
Ibn Ishak berkata: Dikatakan bahawa kiblat diubah dalam bulan Syaaban
penghujung bulan ke-18 sampai baginda Rasul SAW ke Madinah.
Pandangan ini juga dinyatakan oleh Ibn Jarir dari jalan al-Sudiy dengan
sanadnya daripada Ibn Abbas, Ibn Masud dan sekumpulan sahabat
lainnya. Beliau juga berkata inilah pandangan majority ulama, dimana
perubahan kiblat berlaku pada setengah Syaaban penghujung bulan ke18 hijrah.

54

Al-Imam al-Bukhari berkata: Menceritakan kepada kami Abu Nuaim,


beliau mendengar Zuhair daripada Abi Ishak daripada al-Barra: (Yang
berkata) Bahawa Nabi SAW menunaikan solat dengan menghadap
ke Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Manakala baginda
lebih teruja jika kiblat baginda menghadap ke al-Bait (Haram Mekah).
Ketikamana baginda menunaikan solat Asar (suatu hari), orang ramai
juga menunaikan solat bersama dengan baginda. Maka keluar seorang
lelaki yang solat bersama baginda (setelah selesai solat), dan menemui
jemaah masjid (yang lain di Quba), ketika itu mereka sedang rukuk. Lalu
lelaki itu berkata:

Maksudnya: Aku bersaksikan dengan Allah, sesungguhnya aku


telah menunaikan solat bersama Nabi SAW (sebentar tadi) dengan
menghadap ke arah Mekah. Lalu mereka semua bergerak menghadap
ke arah Mekah. (bahagian mereka ada yang berkata) Terdapat beberapa
orang lelaki yang meninggal dunia sebelum perubahan Kiblat, kami tidak
tahu bagaimana keadaan solat mereka.lalu Allah menurunkan ayat (yang
bermaksud): Dan tidaklah Allah akan mensia-siakan solat kamu semua
(yang dilakukan sebelum perubahan kiblat), sesungguhnya Allah amat
pengasih lagi maha penyayang. (HR al-Bukhari dan Muslim)

55

Larangan Mengkhususkan Malam


Nisfu Syaaban Dengan Sesuatu
Ibadah
Ibn Taimiyyah dan al-Haitami ada menyebut terdapat sebahagian Salaf
yang mengkhususkan ibadah pada malam Nisfu Syaaban.Namun terdapat
juga sebahagian daripada mereka yang melarangnya. Al-Haitami berkata
di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra:

56

Maksudnya: Adapun solat yang khusus pada malam nisfu Syaaban,


maka telah anda ketahui bahawa ianya adalah bidah yang buruk lagi
tercela, ditegak dari melakukannya. Sekalipun terdapat para tabiien dari
kalangan ahli Syam seperti Makhul, Khalid bin Madan, Luqman dan

selain mereka mengagungkannya dan bersungguh-sungguh beribadah


pada malam nisfu Syaaban. Daripada mereka ini orang ramai mengambil
apa-apa yang diada-adakan pada malam tersebut, dan mereka tidak
menyandarkannya kepada satu dalil yang sahih (sama sekali). dikatakan
mereka menyandarkan perkara tersebut dengan athar israiliyyah, kerana
itu ramai ulama Hijaz yang telah mengingkari mereka seperti Ato, Ibn
Abi Mulaikah dan para fuqaha Madinah. Inilah juga pandangan para
sahabat al-Syafie, Malik dan selainnya. Mereka berkata: Semua perkara
tersebut adalah bidah. Kerana tidak thabit tentangnya sesuatupun dari
Nabi SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat baginda. (al-Fatawa
al-Fiqhiyya al-Kubra 2/80)
Di dalam al-quran Allah SWT berfirman:

)(
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada
Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri
(orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika
kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.(al-Nisa: 59)

57

Justeru, di dalam ayat ini mengarahkan supaya dirujuk kepada Allah


dan al-Rasul jika terdapat sesuatu perselisihan. Maka kita akan dapati
bahawa Rasul SAW juga telah melarang dari melakukan sesuatu perkara
rekaan iaitulah perkara atau amalan yang tiada dalil atau petunjuk dari
Nabi Muhammad SAW. baginda bersabda:

58

Maksudnya: Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama)


kami ini sesuatu yang bukan darinya, maka perkara itu adalah tertolak.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian itu, kita dilarang mengkhususkan malam Nisfu
Syaaban dengan sebarang ibadat ataupun mengkhususkan siangnya
dengan berpuasa kerana perbuatan itu tidak dikhususkan oleh Nabi
SAW. Sesuatu ibadah pada masa ataupun tempat tertentu yang tidak
dikhususkan oleh baginda SAW adalah satu larangan. Contoh dalam
larangan ini ialah hadis Baginda SAW:




Maksudnya: Jangan kamu semua mengkhususkan pada malam Jumaat
dengan berqiyamullail berbanding malam-malam yang lain. Jangan juga
kamu semua mengkhususkan puasa pada hari jumaat berbanding pada
hari-hari yang lain, melainkan bagi sesiapa yang puasanya jatuh pada
hari tersebut. (HR Muslim)
Wallahu alam.

59

You might also like