You are on page 1of 6

1

BAHAGIAN A
Soalan objektif ini terdiri daripada 20 soalan pilihan jawapan. Pilih jawapan yang betul dan
bulatkan pada pilihan jawapan yang diberikan.
1. Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan
data dan
_________________?
a) Mengimbas imej
b) Menghubungkan alatan
c) Mencipta perisian
d) Menghasilkan output
2. Peralatan yang disambung kepada sistem unit merujuk kepada ____________?
a) Perisian
b) Maklumat
c) Peranti
d) Data
3.

Fakta mengenai sesuatu benda atau


orang seperti nama, gambar, warna, saiz,
bilangan dan sebagainya

Kenyataan diatas sesuai digunakan untuk menerangkan secara ringkas istilah


_____________?
a) Imej
b) Monitor
c) Data
d) Pemprosesan
4. Komputer boleh dikelaskan kepada tujuh (7) jenis komputer, di antaranya adalah
_____________?
a) Komputer Benam
b) Komputer Internet
c) Komputer Utama
d) Komputer Pengiraan

5.

Gambar diatas menunjukkan salah satu jenis komputer __________?


a) Komputer Peribadi
b) Komputer Tablet
c) Komputer Benam
d) Konsol Permainan Berkomputer
6.

Untuk paparan maklumat.


Mempunyai pelbagai jenis dan saiz

Penyataan diatas merujuk kepada suatu bahagian perkakasan komputer iaitu ___________?
a) Papan Kekunci
b) Tetikus
c) Pengimbas
d) Monitor
7. Sebuah sistem komputer adalah gabungan dari beberapa bahagian perkakasan komputer.
Bahagian
berikut merupakan bahagian asas dalam perkakas komputer kecuali?
a) Pencetak
b) Papan Kekunci
c) Tetikus
d) Sistem Unit
8.

Namakan bahagian perkakasan komputer ini?


a) Monitor
b) Sistem Unit
c) Penyimpan Data
d)Pengimbas
9. _____________ adalah aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer.

a) Input
b) Output
c) Papan Kekunci
d) Data
10.

Carta alir di atas menunjukkan aliran bagi pemprosesan maklumat dan data dalam komputer.
Apakah x ?
a) Kuasa
b) Analisis
c) Proses
d) Penyimpanan
11. Apa itu Perisian ?
a) Peralatan yang disambung kepada sistem unit.
b) Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan
sebagainya.
c) Satu program mengandungi set arahan untuk mengarahkan komputer untuk melaksanakan
tugas.
d) Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna
12. Fungsi Sistem Pengendalian adalah untuk _________________?
a) Mencipta program yang sesuai.
b) Mengawal dan menyelaras keseluruhan komputer.
c) Mencegah komputer dari dijangkiti virus.
d) Mengawal tahap kelajuan pemprosesan maklumat.
13. Berikut merupakan diantara contoh sistem pengendalian yang terdapat di pasaran kecuali?
a) Mac OS
b) Norton
c) Windows XP/7
d) Linux/Unix
14. Android adalah merupakan sistem pengendalian yang dibangunkan oleh
________________?

a) Microsoft
b) Google
c) Apple
d) Intel
15. Sistem pengendalian penting bagi sesebuah komputer, di bawah merupakan antara
kepentingan sistem
pengendalian kecuali?
a) Tanpa sistem pengendalian kita tidak boleh mencetak bahan dari komputer
b) Tanpa sistem pengendalian kita tidak boleh melayari internet
c) Tanpa sistem pengendalian papan kekunci tidak dapat digunakan
d) Sistem pengendalian membolehkan kita memasang semua jenis perisian yang terdapat
dipasaran
16. Jika anda diminta untuk membuat sebuah karangan, perisian yang paling sesuai digunakan
ialah?
a) Hamparan elektronik
b) Persembahan
c) Anti Virus
d) Pemproses perkataan
17. Apakah fungsi perisian aplikasi pada sesebuah komputer?
a) Membantu memudahkan kerja dengan sempurna
b) Membantu dari aspek keselamatan komputer
c) Mengelak komputer daripada kecurian
d) Memastikan komputer sentiasa ditutup dengan betul.
18.

Gambar-gambar diatas dikelaskan dalam kategori peranti _________________?


a) Output
b) Proses
c) Informasi
d) Input

19.

Saya digunakan untuk menyalin dan membaca teks, imej atau grafik. Siapakah saya?
a) Pengimbas
b) Telefon Pintar
c) Pencetak
d) Kamera Web
20. Peranti output menterjemah maklumat yang diproses dari komputer ke bentuk yang boleh
difahami manusia. Berikut merupakan peranti output yang biasa digunakan kecuali?
a) Monitor
b) Pembesar Suara
c) LCD Projektor
d) Papan Kekunci
(___/20) Markah Bahagian A
BAHAGIAN B
Soalan subjektif ini terdiri daripada 3 soalan . Tuliskan jawapan yang betul pada ruang yang
diberikan.
1. Nyatakan beberapa jenis komputer yang anda ketahui :a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________
d) ____________________________________
e) ____________________________________
(___/5) Markah

2. Labelkan bahagian perkakas penting dalam gambarajah komputer di bawah.

6
a.

e.

b.

c.

d.

(___/5) Markah
3. Kenal pasti antara peranti input dan output. Pilih dan isi di ruangan yang disediakan.
Pencetak

Papan Kekunci

Pembesar
Suara

Webcam

Monitor

Pengimbas

Kayu Ria

Projektor

Tetikus

Peranti Input

Fon Kepala

Peranti Output

(___/10) Markah
(___/20) Markah Bahagian B

You might also like