You are on page 1of 9

Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Reka bentuk instruksi atau reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik
bagi menterjemah atau memindahkan prinsip-prinsip umum sesuatu pengajaran dan
pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Ia meliputi proses penganalisis peringkat awal, membangunkan bahan
pembelajaran serta aktiviti yang berkaitan, proses pengujian dan penilaian untuk
keseluruhan pembelajaran dan juga aktviti pelajar yang berkaitan. Di dalam kajian
Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah mendefinisikan rekabentuk
instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang
digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kemahiran dalam reka

bentuk instruksional amat pening bagi guru kerana ia membantu guru merancang
pembinaan dan penggunaan kaedah serta media yang sesuai.
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu,
terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi tumpuan
pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh
seorang ahli akademik Yusup Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini
sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media
instruksional secara sistematik. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam
situasi bilik darjahdan bukan merangkumi satu skop reka bentuk yang luas. ASSURE
bermaksud memastikan sesuatu berlaku.

Model ASSURE terdiri daripada enam

komponen.
A
S
S
U
R
E

Analyze Learners (Menganalisi Pelajar)


State Objectives (menyatakan Objektif)
Select Methods, Media and Materials (Memilih Kaedah, Media, dan Bahan)
Utilize Media and Materials (Menggunakan Media dan Bahan)
Require Learner Participation ( Menggalakkan Penglibatan Pelajar)
Evaluate anf Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian)

1. Menganalisis pelajar (Analyze Learners)

Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana
melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan bahan
pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Smaldino
et. al (2005) menyatakan bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang
pelajar,

guru

boleh

menyampaikan

maklumat

dengan

mudah

dan

menarik.

Pengenalpastian kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk
yang hendak diajar serta kajian umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar akan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam menyampaikan tajuk berkaitan mengenali kepelbagaian negara kita, saya
memastikan

bahawa

pelajar

mempunyai

pengetahuan

sedia

ada

mengenai

kepelbagaian warisan budaya masyarakat. Dengan ini, saya mendapati bahawa muridmurid pernah melihat persembahan alatan muzik pelbagai kaum serta mempunyai
pengetahuan sedia ada mengenai kepelbagaian alatan muzik tradisional masyarakat
Malaysia. Dengan sejurusnya, saya membawa kompang dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran saya dan memeberi peluang kepada murid untuk menghayati alat muzik
tradisional tersebut secara langsung. Saya turut memberi peluang kepada murid untuk
pmengulas pendapat mereka berkenaan alat muzik tersebut.Berdasarkan daripada
jawapan murid, saya boleh mengenalpasti pengetahuan murid dengan lebih teliti dan
membantu saya untuk menyambung isi kandungan pelajaran secara terperinci.
2. Menyatakan Objektif (State Objectives)
Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada
guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Penentuan
objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan
pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Gur harus menyatakan
objektif pelajaran yang perlu dicapai dan ia harus sesuai dengan kehendak pengguna.
Dengan kata lain, perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid dama ada tingkah
laku positif atau negative yang akan terhasil pada akhir sesuatu pembelajaran perlu
ditetapkan.

Dengan sejurusnya, saya telah menetapkam tiga objektif atau hasil pembelajaran
yang akan dimahiri oleh murid pada akhir pembelajaran tajuk Alat Muzik Tradisional
Masyarakat Malaysia

di bawah tema Kenali Budaya Malaysia. Antaranya

objektif

pelajarannya adalah seperti berikut.


1. Menjelaskan asal usul alat muzik tradisional.
2. Menghasilkan peta minda asal usul alatan muzik tradisional
3. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.
Saya telah menetapkan objektif pelajaran ini berdasarkan pengetahuan sedia ada
murid dan kemampuan murid untuk memahami isi kandungan serta sukatan pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, tema keempat. Maka saya

akan

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menarik agar para murid
dapat menguasai obkektif pelajaran ini pada akhir pembelajaran.

3. Memilih Kaedah dan Media ( Select Methods, Media and Materials)


Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai kaedah dan media yang sesuai
dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah
satu lagi ciri model ASSURE. Media atau kaedah pengajaran yang dipilih haruslah
berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Selain itu, memilih kaedah menyampaikan maklumat yang sesuai dengan kehendak
murid serta isi kandungannya penting bagi menjamin kelancaran proses penyampaian
sesuatu maklumat. Dalam proses pemilihan bahan dan kaedah saya telah memastikan
seberapa aspek-aspek di bawah.

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Maka saya telah memilih penggunaan media seperti video berikutan dengan sedutan
powerpoint dalam menyampaikan isi kandungan. Di samping itu, bagi tajuk ini, kaedah
pengajaran yang dipilih adalah main peranan. Selain itu, penggunaan video dalam
penyampaian isi kandungan dapat membantu merealisasikan kaedah pengajaran
konstruktivisme di mana, murid akan menjana idea berdasarkan penggunaan media
berkenaan.Dengan kata lain murid akan membuat penerokaan auntetik dalam
memahami konsep yang diajarkan.
4. Menggunakan Media dan Bahan ( Utilize Media and Materials)
Fasa ini melibatkan penggunaan media dan ada seperti grafuk, teks, audio dan video
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip
bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan
digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan
digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.
Dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran, saya telah menggunakan sedutan
powerpoint yang meliputi aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Ia turut, audio, teks
yang menayangkan jenis dan asal-usul alat alat muzik tradisional masyarakat
Malaysia. Sedutan powerpoint serta video klip ini mampu memberi gambaran jelas
tentang penggunaan alat muzik oleh masyarakat Malaysia berbilang kaum kepada para
murid. Bahan media ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru
(konstuktivisme) kepada pelajar. Maka tidak hairanlah kenapa model ini digunakan
dengan meluas dalam bidang pendidikan .
5. Menggalakkan Penglibatan Pelajar (Require Learner Participation)
Model ASSURE turut meniktiberatkan penlibatan murid secara menyeluruh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar
beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori
kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar
terhadap aktiviti pembelajaran.

Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan


bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran. Demi mencapai objektif pembelajaran saya telah menggalakkan
pembelajaran secara hands on di mana para murid akan menyertai sepenuhnya dalam
aktviti di langkah kedua dan ketiga. Di sini, saya akan menekankan

kaedah

konstruktivisme di mana para murid dilibatkan untuk mempersembahkan lagu menerusi


memainkan peranan alat muzik secara kreatif. Selain itu, para murid juga akan diminta
untuk mengulas pendapat mereka berdasarkan sedutan powerpoint.
6. Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian (Evaluate and Revise)
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini
menyentuh dua aspek penilaian iatu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Menilai
dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat
mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan
bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam akhir pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengadakan penilaian jenis
permainan kuiz agar para murid mengambil bahagian dalam pengajaran dan
pembelajaran secara aktif. Selain daripada itu, secara tidak langsung penilaian yang
berterusan ini akan memberi gambaran pemahaman murid terhadap topic pengajaran
tanpa pengetahuan mereka.
Di samping itu, saya juga melakukan sesi refleksi bersama murid-murid supaya
mendapat tahu apa yang diperolehi oleh murid daripada sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sesi refleksi ini boleh membantu saya untuk menilai dan memperbaiki
kelemahan yang terdapat dalam pengajaran saya.

BIBILIOGRAFI
Model ASSURE Dalam p&p diperolehi pada (5 September 2011)
http://www.docstoc.com/docs/54742316/model-ASSURE-dlm-p-n-p

Model ASSURE p diperolehi pada (5 September.2011)


http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html

Model ASSURE diperolehi pada (5 September 2011)


http://ipislam.edu.my/kplir/hypermart.net/LAMan%20Pandu
%20Utama/tp/model_assure.htm

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6 September 2011)


http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtml.htm

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6. Septeber 2011


http://www.slideshare.net/nortex/model-assure

Model ASSURE dalam pengajaran diperolehi pada (6 September 2011)


http://www.scribd.com/doc/53060210/MODEL-ASSURE

Rasional Ciri-ciri Rekabentuk Instruksional Model ASSURE dalam Pembangunan


Courseware Pengajaran dan Pembelajaran diperolehi pada ( 7. September 2011)
http://geoandyou.com/kajian_model_assure.pdf

Audio lagu Warna-Warna Malaysia diperolehi pada 8 September 2011


http://www.jpnin.gov.my/audio;jsessionid=8D871CC96938BFCA02F0779D917F7062?
p_p_id=56_INSTANCE_ozp9&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p
_p_col_id=column-4&p_p_col_count=1&page=2

Blog Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan ( 2011). Alat muzik kaum di Malaysia, diperolehi
pada 15 Ogos 2011 daripada
http://gamelanukm.blogspot.com/2005/09/gamelan-alat-alat-gamelan-terengganu.html

Scribd (2011). Soalan Tahun 5 Sivik ,diperolehi pada 16 Ogos 2011,daripada


http://www.scribd.com/doc/3971993/Soalan-Thn-5-Sivik-Julai

Video alatan Tongunggak ( 2011)diperolehi pada 8 September 2011

http://www.youtube.com/results?
utm_source=navclient&rlz=1T4ADFA_enMY374MY376&search_query=togunggak

Bahan Ilmiah
Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Zakaria SyedAhmad (2009); Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Oxford Fajar., Selangor
Huraian Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jamalluddin Harun, Zaidatun Tasir. Dr (2009); Multimedia dalam Pendidikan, Penerbitan Oxford
Fajar., Selangor
Vivi Lachs , Muhammad Asyraf Mustaffa (2009); Multimedia di Dalam Darjah, Penerbitan Attin
Press Sdn. Bhd, Selangor

You might also like