You are on page 1of 30

PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

LAPORAN
PERTUKARAN GURU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAIWP (SMAM)
SMA MAIWP LABUAN ke SMA MAIWP KL dan SMISTA

Pada 12 hingga 20 Oktober 2016


(Rabu hingga Khamis)
Disediakan Oleh

Noraini Binti Mohd Ibrahim


(GURU SMA MAIWP LABUAN)

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

1.0 LAPORAN HARIAN

12 Oktober 2016 - Rabu

5.45 petang – 9.00 malam Bertolak dari Labuan ke Kuala Lumpur (KLIA)

9.00 malam – 10.30 malam Bertolak dari KLIA ke SMA MAIWP KL.

11.00 malam Tiba di Kediaman

13 Oktober 2016 - Khamis

7.00 pagi Bergerak ke SMA MAIWP KL

7.20 pagi – 3.30 petang Lapor diri dengan pihak pengurusan SMA
MAIWP KL yang di ketuai oleh GPK HEM dan
GPK Akademik.

Melihat sistem pengurusan Peperiksaan AKADEMIK


Sekolah.

Menjadi guru Relief AKADEMIK

Membuat lawatan ke semua bangunan dan


bilik yang terdapat di Sekolah.

Bertukar – tukar pandangan bersama guru AKADEMIK


Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

14 Oktober 2016 - Jumaat

7.00 pagi Bergerak ke SMA MAIWP KL

7.20 pagi – 12.30 petang Melihat program dibawah kelolaan Unit HEM
Kaunseling iaitu program

“FASTABIQUL KHOIROT”

#GURUPENYAYANG

Perjumpaan bersama Ustaz Helmy Yahya wakil


BPI MAIWP

9.00 malam – 12.00malam Kelas penandaan bersama guru SMA MAIWP AKADEMIK
KL bagi kertas SPM Ekonomi Asas yang
disampaikan oleh Guru Cemerlang Ekonomi
Asas Pn Aeshah Salleh

15 dan 16 Oktober 2016 – Sabtu dan Ahad

Aktiviti bebas

17 Oktober 2016 - Isnin

7.00 pagi Bergerak ke SMA MAIWP KL

7.20 pagi – 3.30 petang Berjumpa dengan Unit Disiplin Sekolah HEM

Berjumpa dengan Unit Kepimpinan Sekolah HEM

Bertukar – tukar pandangan bersama guru AKADEMIK


Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

18 Oktober 2016 – Selasa

7.00 pagi Bergerak ke SMA MAIWP KL

7.20 pagi – 3.00 petang Melihat pengurusan perhimpunan di kelola oleh HEM
badan Kepimpinan Pengawas

Mengikuti kelas Jadual Anjal SPM Ekonomi AKADEMIK


Asas

Melihat penggunaan ABM di sekitar sekolah AKADEMIK


dan bilik-bilik khas

Melawat koperasi Sekolah

3.00 petang – 5.00 petang Melawat ke SMISTA AKADEMIK

19 Oktober 2016 – Rabu

7.00 pagi Bergerak ke SMA MAIWP KL

7.20 pagi – 3.30 petang Perbincangan bersama PK Akademik AKADEMIK

Perbincangan bersama PK HEM HEM

Melawat ASPURA dan ASPURI SMA MAIWP HEM


KL

Hari Kokurikulum SMA MAIWP KL KOKUM

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

2.0
PENGURUSAN KURIKULUM
SMA MAIWP KL

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

2.0 PENGURUSAN AKADEMIK


2.1 JADUAL ANJAL
Jadual anjal bagi semua tingkatan telah dirancang setelah cuti penggal kedua iaitu setelah
cuti sekolah pada bulan September. Semua guru akan mendapat waktu anjal bagi semua
tingkatan untuk memudahkan guru – guru merancang teknik menjawab dan latihan bagi
pelajar – pelajar di dalam kelas sebelum peperiksaan akhir dan peperiksaan besar seperti
PT3, SMA dan SPM. Berikut adalah penyelarasan bagi jadual anjal setiap tingkatan iaitu :-

TINGKATAN WAKTU ANJAL JADUAL ANJAL


Tingkatan 1 3 Jam / Subjek Kurikulum Bersepadu DINI (KBD)
Tingkatan 2 3 Jam / Subjek Kurikulum Bersepadu DINI (KBD)
Tingkatan 3 3 Jam / Subjek Subjek PT3 (Sebelum PT3)
3 Jam / Subjek Subjek SMA (Selepas PT3)
Tingkatan 4 2 Jam / Subjek Subjek SMA & SPM (Sebelum PAT)
3 Jam / Subjek Subjek SMA (Selepas PAT)
Tingkatan 5 3 Jam / Subjek Subjek SPM

2.2 PENGURUSAN PEPERIKSAAN


Pengurusan peperiksaan di SMA MAIWP KL adalah mengikut tatacara yang ditetapkan KPM
iaitu kertas peperiksaan disimpan di bilik kebal dan diselia oleh GPK Akademik, seterusnya
guru yang menjadi pengawas peperiksaan hendaklah mengambil kertas soalan hendaklah
mengambil kertas soalan 20 minit sebelum peperiksaan bermula di bilik kebal yang dikawal
selia oleh GPK Akademik. Setelah selesai peperiksaan kertas soalan tersebut di kumpul dan
dihantar semula ke bilik kebal (Peperiksaan). Guru – guru subjek hendaklah mengambil
kertas soalan di bilik kebal bagi memulakan penandaan kertas.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun yang dirancang oleh unit Akademik adalah seperti berikut:-

TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN


10 – 14 Oktober 2016 SIJI PEPERIKSAAN MALAYSIA Tingkatan 4
17 – 21 Oktober 2016 Kurikulum Bersepadu DINI (KBD) Tingkatan 1 dan 2
2 – 4 November 2016 SIJI MENENGAH AGAMA Tingkatan 3

2.3 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Program kecemerlangan di rancang oleh semua Bidang masing – masing dan diselaraskan
oleh Ketua Bidang setiap subjek. Program kecemerlangan merangkumi kesemua subjek
termasuk tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Program ini bagi menerapkan teknik menjawab
bagi setiap subjek. Penyampai bagi program kecemerlangan akademik ini adalah diantara
guru subjek dan guru luar. Pendedahan cara menjawab PT3 dan SPM bagi pelajar tingkatan
1 , 2 dan 4 diterapkan didalam Program Kecemerlangan Akademik bagi memudahkan
pelajar dibimbing cara jawab yang betul sehingga ke peperiksaan besar. Program
Kecemerlangan Akademik ini dilaksanakan di dalam Jadual Anjal guru – guru.

2.4 KELAS TAMBAHAN


Kelas tambahan bagi PT3, SMA dan SPM giat dijalankan setiap malam dan hujung minggu.
Terdapat kelas tambahan daripada guru luar jemputan khas untuk subjek – subjek kritikel.
Guru – guru yang membuat kelas tambahan mendapat intensif daripada PIBG iaitu didalam
program PIBG ITQAN (Program Kecemerlangan). Selain itu, pelajar Alumni SMA MAIWP KL
yang mendapat result yang cemerlang bagi subjek – subjek tertentu juga memberi
sumbangan menjadi tenaga pengajar kelas tambahan bagi pelajar – pelajar kritikel.

2.5 ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)


Alat Bantu Mengajar (ABM) yang lengkap mudah untuk guru – guru melancarkan
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). ABM bahan maujud dan ABM berbentuk teknologi
yang banyak membantu PdP guru dalam merangsang pelajar. ABM bagi setiap subjek yang
lengkap membantu mengkreatifkan lagi PdP. Penggunaan ABM alaf 21 juga sudah wujud
bagi memudahkan lagi sesi PdP. Guru-guru juga tidak ada halangan untuk
memperbanyakkan lembaran kerja menggunakan mesin fotostat yang diberi kepada
pelajar.

ABM yang digunakan oleh Panitia


Matametik dan Matmetik
Tambahan

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Penggunaan visualizer dalam PdP


memudahkan dalam sesi
perbincangan soalan.

ABM alaf 21 yang bakal digunakan untuk sesi PdP


tahun hadapan.

ABM yang dicipta oleh pelajar untuk Panitia Sains

Mencipta ABM mengikut kreativiti pelajar menggunakan peta I-


THINK

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

2.6 TEKNIK PENANDAAN EKONOMI ASAS


Guru SMA MAIWP Labuan dan SMA MAIWP KL bersama – sama mempelajari cara
penandaan kertas 2 SPM Ekonomi Asas bersama Guru Cemerlang Ekonomi Asas DG52 Puan
Aeshah Salleh.

2.7 BILIK – BILIK KHAS


Terdapat bilik –bilik khas panitia seperti bilik Matametik, Geografi, Makmal sains Kimia,
Biologi dan Fizik , 6 bilik Khas Kemahiran Hidup : Elektronik, Jahitan, Memasak, Rumah
Kediaman, Pertukangan dan Bilik Dapur Basah.

2.8 HARI GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5


Unit Akademik di kedua-dua buah sekolah iaitu SMA MAIWP KL dan SMISTA melaksanakan
Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5 bagi menghargai pelajar tingkatan 5 sebelum menduduki
SPM. Ini merupakan tradisi bagi kedua – dua sekolah dibawah MAIWP ini.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.0
PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID
SMA MAIWP KL

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.1 UNIT DISIPLIN SEKOLAH

Peraturan sekolah SMA MAIWP KL menggunakan peraturan


yang digubal oleh KPM yang dibukukan dibawah Negeri dan
SMA MAIWP KL sendiri. Semua peraturan hendaklah diikuti
berpandukan buku peraturan yang telah diwartakan dibawah
KPM. Sebarang penambahan peraturan hendaklah diwartakan
ke semua pelajar agar semua pelajar dan guru maklum terhadap
peraturan yang dipinda.

SMA MAIWP KL telah


memperuntukan setiap hari selasa
adalah hari disiplin. Ketika hari ini pengawas akan membuat
pemeriksaan mengikut tema. Sebagai contoh di dalam gambar
tema minggu ini adalah tema rambut, maka pengawas, guru
bertugas disiplin, dan guru disiplin akan turun untuk membuat
pemeriksaan bersama – sama pelajar. Pelajar yang membuat
kesalahan disiplin akan di tahan dan akan dimaklumkan kepada
penjaga mereka untuk memotong rambut segera.

Terdapat 4 fail di bawah Disiplin yang perlu diwujudkan


di dalam unit pengurusan HEM iaitu Fail Pengurusan
dan Pentadbiran, Fail Pengurusan Rekod dan Data
Disiplin, Fail Bahan Rujukan dan Fail Program
Pembangunan Sahsiah Diri Murid bagi melancarkan lagi
system pengurusan badan disiplin sekolah terutama
bagi kes – kes berat.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Carta aliran prosedur tindakan dalam menjalankan kuasa disiplin disekolah.

Di SMA MAIWP KL terdapat 4 orang guru yang di lantik sebagai penyiasat yakni akan
menjalankan tugas siasatan sama ada aduan tersebut nak di gugurkan ataupun teruskan ke kesalahan
berat, sederhana dan ringan. 4 orang guru tersebut adalah dikalangan ahli di dalam badan disiplin
sekolah.

SMA MAIWP KL telah mewartakan undang – undang terhadap pelajar yang masbuk solat pertama dan
seterusnya akan dikenakan amaran dan seterusnya akan menyampaikan tazkirah di perhimpunan pagi.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Prosedur penyimpanan fail peribadi pelajar di dalam bili disiplin bagi memudahkan perekodan fail
tersimpan dengan baik dan terurus.

Antara kaedah fail yang telah disiasat oleh guru penyiasat disiplin

Prosedur boring yang disediakan di dalam unit disiplin.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.2 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Di atas adalah carta Majlis Perwakilan Pelajar SMA MAIWP KL 2016. 10 jawatan MPP di atas
dipilih berdasarkan interview dan undian guru serta pelajar. Berdasarkan markah yang
tertinggi akan dilantik sebagai Presiden Umum MPP. Naib Presiden 1 dan 2 adalah wakil
daripada Aspura dan Aspuri manakala Presiden yang lain mewakili bagi badan kepimpinan
seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Dakwah (BADAR) dan Pengawas Pusat
Sumber Sekolah (PPSS). Majlis Perwakilan ini adalah dibawah jawatankuasa kepimpinan.
Dibawah jawatankuasa kepimpinan adalah penyelaras bagi badan – badan kepimpinan di
bawah sekolah seperti Pengawas, BADAR, PRS dan PPSS. Nisbah yang sesuai untuk jawatan
kepimpinan ini adalah 2 : 2 : 1 : 1. Program – program Kepimpinan juga giat dijalankan bagi

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

memantapkan Kepimpinan pelajar sebagai contoh 1 tahun 3 kali program kepimpinan akan
dijalankan.

Di SMA MAIWP KL badan kepimpinan dibahagi kepada 2 bahagia iaitu badan kepimpinan
Sekolah dan Asrama. Badan kepimpinan Sekolah diketuai oleh Badan Pengawas manakala
badan kepimpinan asrama adalah di ketuai oleh badan kepimpinan Asrama.

3.3 LALUAN PELAJAR


Di SMA MAIWP KL terdapat penetapan laluan bagi setiap pelajar putri dan putra. Yakni jika
laluan itu adalah untuk pelajar putri maka hanya boleh di lalui pelajar putri sahaja,
manakala jika laluan itu adalah untuk pelajar putra maka hanya boleh dilalui pelajar putra
sahaja bagi mengelakkan pertembungan laluan antara pelajar lelaki dan perempuan. Setiap
laluan itu ditanda menggunakan papan tanda bagi mengurangkan kesilapan laluan pelajar.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.4 PERHIMPUNAN
Terdapat dua bentuk perhimpunan di SMA MAIWP KL iaitu perhimpunan rasmi yang di
laksanakan pada hari Isnin kecuali peperiksaan dan perhimpunan harian iaitu dari selasa
dan khamis.

3.4.1 Perhimpunan Rasmi


Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada setiap hari Isnin kecuali waktu
perperiksaan dan ujian. Perhimpunan rasmi ini akan di selia oleh Badan
Pengawas Sekolah dengan kerjasama BADAR sekolah. Pengawas akan membuat
persiapan perhimpunan dari segi penyediaan laporan harian mingguan (minggu
sebelum dan minggu akan datang) dengan menggunakan powerpoint,
persediaan tempat, PA system, Pengacara Majlis, Bacaan Iqrar dan doa serta
kawalan disiplin semasa perhimpunan. Manakala BADAR sekolah menyediakan
senarai nama yang akan menyampaikan Tazkirah atau Pidato agama.

3.4.2 Perhimpunan Harian


Perhimpunan harian sekolah akan diadakan pada setiap hari selasa hingga
jumaat. Perhimpunan harian ini akan di selia oleh BADAR sekolah dengan
kerjasama Pengawas. BADAR akan mengetuai dalam bacaan mathurat, manakala
badan Pengawas akan mengawal disiplin pelajar dan menyediakan PA system
kepada BADAR. Pada setiap hari selasa Badan Pengawas akan membuat
pemeriksaan disiplin bertema iaitu dengan dikenali “Hari Disiplin”. Pada hari
jumaat pula, BADAR akan menyediakan pelajar untuk memberi tazkirah kepada
semua pelajar. Semasa perhimpunan harian hendaklah dihadiri oleh Guru
Bertugas dan bertugas disiplin mingguan serta guru kepimpinan.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.5 PENGURUSAN ASRAMA


Pengurusan asrama di selia oleh 2 orang penyelia asrama dan 8 orang warden. Warden
akan bergilir mengikut jadual yang telah disediakan oleh ketua warden. Terdapat file SKPA
Standard 2 yang perlu diwujudkan di dalam pengurusan asrama antaranya ialah fail
Pembangunan Sahsiah, Pengurusan aktiviti, dan program murid, Fail Minit Mesyuarat,
Asrama, Fail Laporan harian warden bertugas, Fail Sistem maklumat asrama, Fail
Kepimpinan, Hala tuju, dan pengurusan asrama, dan fail laporan aktiviti asrama. Fail ini
akan diselia oleh penyelia asrama dan dipantau oleh warden.

Fail exco
asrama
juga

diwujudkan bagi memudahkan gerak kerja badan kepimpinan asrama untuk menjalankan
tugas dan aktiviti.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Susun
atur dalam
dorm asrama
SMA MAIWP KL

Tempat memasak catering

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Perancangan program Badan Kepimpinan Asrama untuk tahun 2017

Pengawalan barang terlarang ke dalam asrama adalah sangat ketat. Dimana pelajar akan di
Pereksa oleh badan kepimpinan pengawas apabila setelah pulang dari rumah bagi
memastikan tidak ada barang terlarang yang masuk ke dalam asrama masing – masing.

3.6 PROGRAM KAUNSELING


Terdapat beberapa
program kaunseling
yang giat di jalankan di
sekolah. Antara yang
sempat saya sendiri
sertai adalah Program
“Fastabiqul Khoirat “
Guru Penyayang adalah
sebuah aktiviti yang di
rancang oleh unit
kaunseling. Dimana
guru – guru
mengeluarkan dana
masing – masing bagi
memberi makanan percuma ( Free Food) kepada pelajar semasa waktu rehat.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

3.7 HAK MEROTAN


Hak merotan adalah diberikan kepada guru yang mendapat Surat Kebenaran merotan
daripada Pengetua. Kebiasaannya hak merotoan akan diberikan kepada Pengetua, GPK
HEM, Ketua Guru Disiplin dan Penolong Guru Disiplin.

3.8 KOPERASI SEKOLAH


Kesemua barang – barangan asrama dan sekolah dijual oleh pihak koperasi sekolah. Oleh
itu, pelajar tidak ada masalah bagi ingin mendapatkan sesuatu barang. Maka pelajar tidak
perlu keluar untuk mendapatkannya.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

4.0
PENGURUSAN
KOKURIKULUM
SMA MAIWP KL

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

4.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.1 Baju Uniform

Baju uniform bagi setiap Persatuan sebagai contoh Kadet Polis, KRS, Kadet Bomba dan
Penyelamat, PBSM dan Putri Islam hendaklah dipakai lengkap setiap hari rabu minggu
pertama setiap bulan manakala baju Tshirt setiap persatuan dan kadet boleh dipakai pada
minggu seterusnya.

Unit Kokurikulum SMA MAIWP KL juga telah melaksanakan Majlis Perwakilan Pelajar bagi
Kokurikulum bagi memberi peluang pelajar menyandang jawatan untuk markah
kokurikulum.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

5.0
LAIN - LAIN

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

5.0 LAIN – LAIN


5.1 LIQA’ GURU – GURU SMA MAIWP KL
Liqa’ guru – guru SMA MAIWP KL dibuat setiap hari Khamis pada setiap minggu. Liqa’ ini
adalah bertujuan untuk mengupdate program semasa sekolah sama ada akan berlangsung
ataupun sudah berlangsung di dalam minggu tersebut. Liqa’ ini adalah bertujuan untuk
guru – guru membuat perbincangan berkenaan masalah isu semasa sekolah. Selain itu,
Liqa’ ini memberi peluang guru – guru berkongsi pengetahuan kepada guru – guru lain
sebagai contoh dalam sesi LADAP. Terdapat jadual penggiliran bertugas bagi menguruskan
Liqa’. Majlis Liqa’ ini disusun mengikut tentatif berikut :-

3.30pm buka majlis oleh guru yang bertugas

Perkongsian ilmu

Pengarah program
(membentangkan program yang berlangsung pada minggu tersebut)

Ucapan GPK (Akademik / HEM/ Kokum)

Ucapan Pengetua

5.00pm Penutup

5.2 LAWATAN KE SMISTA

Didalam lawatan ke SMISTA saya berkongsi pengalaman dan berbincang di dalam subjek
yang di ajar iaitu Ekonomi Asas. Pertukaran pendapat antara guru SMISTA memberi banyak
idea di dalam sesi PdP yang lebih kreatif.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

6.0
SWOT ANALISIS PROGRAM

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

6.0 SWOT ANALISIS PROGRAM

D KEKUATAN (STRENGTH ) KELEMAHAN (WEAKNESSES)

A  Mendapat pengetahuan pengurusan  Tidak mempunyai perincian objektif program


akademik yang tersusun. sebelum program bermula.
L  Menimba ilmu Unit Disiplin dengan lebih  Kurang penyediaan pengangkutan (pemandu
mendalam standby)
A
 Menimba ilmu Unit Kepimpinan dengan lebih  Terdapat guru yang tidak ingin berkongsi
M terperenci dan mantap pendapat dan pandangan sebagai contoh
 Menimba ilmu Pengurusan asrama yang prinsip akaun.
A sangat tersusun.
 Perkongsian ilmu ekonomi asas yang baik
N  Penggunaan kaedah pembelajaran alaf 21.

L PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (THREATS)

U  Program ini memberi pecembahan ilmu  Kengkangan dari pengurusan sekolah.


dalam pengurusan sekolah agar seiring  Fasiliti yang kurang lengkap
A dengan sekolah – sekolah cemerlang di  Ramai guru yang masih kurang pengetahuan
Malaysia. terutama dalam unit disiplin
R
 Dapat menaik taraf sistem sekolah dengan
A lebih teratur.
 Memperkasakan Disiplin sekolah dengan
N perngurusan yang teratur.
 Melahirkan MPP yang berwibawa di kalangan
pelajar.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

7.0
KESIMPULAN

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program ini sengat membantu saya sendiri sebagai ketua Disiplin dalam melihat
sendiri system Disiplin yang sebenar di Sekolah. Oleh itu, sedikit sebanyak memberi saya banyak
info yang sangat berguna di dalam Unit ini disamping Unit Kepimpinan sekolah. Selain itu, hasil
pemerhatian saya di SMA MAIWP KL banyak yang boleh di ambil dan di adaptasikan di SMA
MAIWP Labuan sebagai contoh program di Unit Akademik, Hem dan Kokum. Oleh itu, wajarlah
program ini diteruskan bagi membantu pengurusan SMA MAIWP Labuan khususnya dalam
mengurus sekolah dengan lebih bersistematik.

Harapan saya agar pihak sekolah SMA MAIWP Labuan mengambil sedikit sebanyak input
yang saya laporkan ini agar yang baik itu dalapt diadaptasikan di sistem sekolah. Segala input
yang saya perolehi amatlah membantu pengurusan sekolah selain membantu membentuk
sahsiah, kepimpinan pelajar serta kecemerlangan pelajar itu sendiri. Selain itu, sebagai
persediaan sekolah diserap ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) maka haruslah kita
sedikit sebanyak cuba mengubah secara berperingkat mengikut system pengurusan yang telah
ditetapkan oleh KPM yang saya banyak perolehi semasa keberadaan saya di SMA MAIWP KL
khususnya dalam sistem fail.

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

8.0
LAMPIRAN

27
PERTUKARAN GURU SMAM [SMA MAIWP LABUAN KE SMA MAIWP KL & SMISTA]

Sistem Susunan Buku Mengikut Kod Perbincangan bersama Unit Disiplin Sekolah

Locker sumbangan PIBG Perkongsian di dalam Jadual Anjal Ekonomi Asas

Bersama calon SPM Ekonomi Asas 2016

27
LAWATAN KE SMISTA

You might also like