You are on page 1of 28

DASAR SEKOLAH

YBA 2108
SEKOLAH KEBANGSAAN MALUDAM
94950 PUSA.
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Mukasurat


Kandungan 2
Pra Kata 3
1. A. DASAR PENGURUSAN KRIKULUM 5
Dasar 1 – Tenaga Pengajar 5
Dasar 2 – Penempatan Guru 6
Dasar 3 – Penyediaan Buku Rekod Mengajar 6
Dasar 4 – Penempatan Murid 7
Dasar 5 – Latihan dan Lembaran Kerja Murid 8
Dasar 6 – Penilaian dan Pentaksiran Akademik 9
Dasar 7 – Program Peningkatan Akademik 11
Dasar 8 – Penganugerahan dan Penghargaan 11

2. A. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 14


Dasar 1 – Peranan Pengajar 14
Dasar 2 – Kemasukan Murid 14
Dasar 3 – Disiplin Murid 15
Dasar 4 – Keselamatan Murid 15
Dasar 5 – Kesihatan Murid 15
Dasar 6 – Kebajikan Murid 16
Dasar 7 – Pengawas Sekolah 16
Dasar 8 – Konsep Sekolah Selamat 17

3. A. DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM 23


Dasar 1 – Peranan Penyelaras 23
Dasar 2 – Penyertaan Murid 23
Dasar 3 – Penjadualan Kegiatan 24
Dasar 4 – Penyertaan Kegiatan Luar Sekolah 24
Dasar 5 – Penghargaan 25
MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM 25
STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT 26
KOKURIKULUM

2
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

PRA KATA

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman
dan tuntutan keperluan Negara. Oleh kerana sistem pendidikan ini tidak statik maka perubahan itu
sering menimbulkan isu yang menarik perhatian umum. Namun fenomena ini bukan perkara asing
kepada kita bergelar pendidik kerana isu pendidikan adalah isu nasional.

Selaras dengan itu dasar dan polisi sekolah telah dirangka dan dibentuk oleh Jawatankuasa
Pengurusan Sekolah sebagai garis panduan dan rujukan bersama semua warga SK Maludam, Pusa.
Melalui buku kecil ini diharap dapat memberi sedikit panduan kepada warga sekolah berkenaan
peraturan dan arahan yang seragam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih
berkesan.

Diharapkan dengan sumbangan yang kecil ini, Insya Allah akan dapat memberi manfaat kepada
semua warga pendidik dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di SK Maludam, Pusa serta
memantapkan lagi sistem pengurusan sekolah dan keberkesanan kepimpinan dalam mancapai matlamat
organisasi.

“BERILMU BERDISIPLIN”

Terima kasih.

Disediakan oleh,

Abang Jus bin Abang Sulaiman


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Maludam,
94950 Pusa.

2 Julai 2018

3
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR SEKOLAH

DASAR PENGURUSAN
KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN MALUDAM,
94950 PUSA, BETONG, SARAWAK.

4
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

A. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan
kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah.
Dasar kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut:-
→ Opsyen pengkhususan mereka
→ Pengetahuan dan kepakaran
→ Pengalaman bertugas

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari lima mata pelajaran berikut:-
→ Satu mata pelajaran opsyen atau
→ Empat mata pelajaran tambahan
1.3 Semua guru diberikan peluang mengikut pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran.
- Maksimum dua orang setiap tahun dibenarkan mengikuti kursus panjang(1 tahun/14
minggu)
- Mesti berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya tiga tahun selepas tamat pengajian
- Kriteria seperti di bawah ini akan diambil kira:-
→ Kelayakan akademik dan ikhtisas
→ Keperluan LNPT 80 % dan ke atas
→ Pengetahuan
→ Pengalaman
→ Kemahiran
1.4 semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apa jua pendekatan proses pengajaran dan
pembelajaran yang boleh meningkatkan :-
→ Minat murid
→ Pencapaian murid
1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :-
→ Idea-idea individu
→ Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan lain

5
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR 2 : PENEMPATAN GURU-GURU

2.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan
kriteria berikut :

→ Keperluan Strategik sekolah


→ Kepakaran yang dimiliki oleh setiap guru
→ Opsyen mengajar setiap guru
→ Pengalaman mengajar setiap guru
→ Minat atau permintaan daripada seseorang guru

DASAR 3 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

3.1 Semua guru diwajib menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi
perkara seperti berikut:-

→ Butiran peribadi
→ Rancangan mengajar tahunan dan harian
→ Rancangan pelajaran harian, objektif, ABM, KBAT, latihan, pemeriksaan, refleksi
→ Senarai buku rujukan dan senarai nama murid
→ Maklumat aktiviti penilaian murid/Rekod Fleksi
→ Jadual waktu individu/kelas

3.2 Rancangan mengajar tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut:-

→ Hendaklah ditaip dan dijilid


→ Disediakan mengikut format (minggu/tajuk/objektif/kemahiran/catatan)
→ Disediakan secara berperingkat mengikut penggal persekolahan
→ Diserahkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran untuk pengesahan
(awal Febuari)

3.3 Rancangan mengajar harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria:-

→ Nyatakan Kelas, masa dan mata pelajaran


→ Nyatakan tajuk, objektif, kemahiran dan aktiviti
→ Menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang relevan dan berkualiti
→ Tuliskan refleksi pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
→ Boleh dibuat dalam buku kulit tebal atau bentuk fail

6
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

3.4 Penyerahan buku rekod mengajar ke pejabat adalah seperti berikut:-

→ Pada hari pertama persekolahan setiap minggu


→ Sekiranya guru berkursus, rancangan disediakan untuk panduan guru pengganti
→ Begitu juga jika guru-guru hadir taklimat, bengkel dan urusan rasmi lain yang
berkaitan dengan tugas guru
→ menyediakan bahan-bahan pengajaran untuk guru pengganti bagi guru-guru
berkursus, taklimat, bengkel dan lain-lain.

DASAR 4 : PENEMPATAN MURID

4.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.

4.2 Semua murid Tahap Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang dari
aspek:-

→ Jantina
→ Kaum dan agama
→ Kemampuan/Kemahiran/Pendidikan

4.3 Semua murid Tahap Dua akan ditempatkan ke kelas seperti berikut:-

* Ditempatkan dalam kelas secara rambang, seimbang dengan kemampuan / kemahiran /


pendidikan yang seragam.
* Dua kelas hendaklah mempunyai jumlah murid yang seimbang dari segi:-
- jumlah murid keseluruhan
- jumlah murid lelaki dan perempuan

3.4 Semua murid Tahun Enam yang terlibat dengan Peperiksaan UPSR ditempatkan di kelas yang
berdekatan Bilik Guru.

3.5 Semua murid baru yang bertukar masuk dari sekolah lain ditempatkan ke kelas berdasarkan
kriteria berikut:-

→ Keseimbangan jantina
→ Keseimbangan jumlah murid dalam sesuatu kelas

7
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR 5 : LATIHAN / LEMBARAN KERJA DAN KERJA RUMAH

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan:

→ Ditulis nama, kelas, mata pelajaran dan guru mata pelajaran


→ Tidak diconteng atau dikoyak atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah buku latihan untuk setiap mata
pelajaran utama.

5.3 Murid perlu menulis perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis:-

→ Hari
→ Tarikh
→ Arahan latihan

5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:

* Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku


* Bilangan yang munasabah dengan kemampuan murid (Maksimum 10)
* Kepelbagaian bentuk dan format latihan
* Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
* Latihan dalam bentuk lembaran kerja perlu disimpan dalam fail/folio murid
* Latihan diberi mengikut kumpulan penguasaan murid (lemah, sederhana, cerdas)

5.5 Pemeriksaan latihan murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut:

* Setiap latihan yang diberi perlu disemak dengan kadar segera


* Diperiksa/ disemak dengan teliti, beri markah dan komen yang membina
* Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah atau bersama-sama murid
* Pastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
* Catatkan tarikh pemeriksaan, markah dan rekodkan dalam fail/ folio murid
* Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat jika di minta dan diperiksa untuk
pemantauan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pentadbiran

5.6 Penggunaan buku kerja tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-

* Mendapat kelulusan dan kebenaran khas guru besar


* Dicadang oleh Ketua Panitia, kesesuaian ikut kehendak sukatan pelajaran
* Kepada murid yang mampu sahaja, murid yang tidak mampu tiada paksaan
* Latihan yang sudah murid buat hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran masing-
masing dengan teliti dan terkini

5.7 Pemberian kerja rumah kepada murid haruslah memenuhi kriteria berikut:-

8
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

* Paling banyak lima soalan untuk setiap mata pelajaran


* Jika guru mata pelajaran lain tidak memberi kerja rumah, maka guru yang ingin
memberi kerja rumah lebih kepada murid dibolehkan tapi jangan melebihi sepuluh
soalan
* Setiap kerja rumah yang guru beri hendaklah disemak dengan teliti
* Guru-guru yang memberi kerja rumah hendaklah memastikan murid membuat /
menyiapkan kerja rumah mereka
* Murid yang tidak menyiapkan kerja rumah boleh dihantar kepada guru besar untuk
tindakan selanjutnya.

DASAR 6 : PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Penilaian dan pentaksioran sekolah bertujuan untuk mendapat maklumat tentang pencapaian prestasi
murid dan seterusnya memperkembangkan sepenuhnya potensi diri murid selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

6.1 Berikut ialah cir ri-ciri pentaksiran sekolah:-

* Pentaksiran hendaklah adil kepada semua murid, terbuka dan jelas dengan meliputi
kandungan pembelajaran
* Pentaksiran hendaklah dijalankan secara berterusan sepanjang proses pembelajaran
murid-murid di sekolah dengan menjamin standard dan kualitinya
* Pentaksiran dilakukan untuk semua mata pelajaran yang diajar serta mencakupi
kemahiran-kemahiran yang sudah diajar dan dipelajari
* Analisis pentaksiran secara kualitatif dan kuantitatif hendaklah dibuat oleh semua guru
dengan memberi maklumbalas yang positif kepada pencapaian murid
* Rekod pentaksiran hendaklah disimpan dan dikemaskini sepanjang masa yang
diperlukan. Semua murid perlu diberi pemulihan dan tunjukajar yang sebenarnya agar
murid-murid tidak mengulangi kesalahan atau kesilapan yang sama pada masa akan
datang
* Di akhir setiap pentaksiran yang diberi mesti dilapor kepada semua ibu bapa atau
penjaga murid
* Keputusan pentaksiran juga hendaklah diserah kepada guru yang dipertanggungjawab,
dan semua keputusan hendaklah dibuat seperti buku untuk simpanan dan rekod serta
diserah kepada guru besar satu salinan

9
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

6.2 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan sistem seperti berikut :-

* Ujian 1 dilaksanakan bulan Mac


* Ujian 2 dilaksanakan bulan Mei (Ujian Penggal Pertama)
* Ujian 3 dilaksanakan bulan September
* Ujian 4 dilaksanakan bulan November (Ujian Penggal Kedua)
* Ujian Pra UPSR peringkat sekolah dijalankan 6 kali (termasuk ujian Pra UPSR dari PPD)
* Setiap murid diberikan peluang menetapkan sasaran pencapaian mereka bagi setiap
mata pelajaran utama
* Pencapaian dalam ujian Penggal Pertama dan Penggal Kedua akan diambil kira bagi
tujuan pelaporan prestasi akhir tahun, direkod dan difailkan/disimpan.

6.3 Penilaian-penilaian lain dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut oleh guru
masing-masing:-

* Pemerhatian berterusan
* Latihan Praktikal atau ujikaji/Amali
* Ujian topikal

6.4 Penggubalan kertas soalan mesti dirancang oleh Ketua Panitia mengikut kriteria berikut:-

* Rancang awal tahun dan sedia mengikut Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)


* Akur Kurikulum – mestilah merangkumi sukatan pelajaran
* Kebolehpercayaan – jelas dan tidak mengelirukan murid
* Tentukan kesesuaian aras kesukaran – rendah, sederhana dan sukar
Rendah - boleh dijawab sebahagian besar murid
Sederhana - boleh dijawab oleh murid yang sederhana dan cemerlang
Sukar - boleh dijawab oleh murid-murid cemerlang sahaja
* Font saiz 12 , menggunakan Times New Roman atau yang sesuai dengan tahap murid
* Disemak dan disahkan tiada ralat oleh Ketua Panitia masing-masing
* Disah dan dikumpul oleh Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak
* Dikembalikan kepada guru penggubal untuk disemak dan direkod

6.5 Semua murid diwajibkan menduduki ujian progresif dan peperiksaan yang dikendalikan oleh
sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, JPNS dan KPM

6.6 Murid-murid yang mempersendakan ujian dan peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun
akan dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. Semua murid mestilah
bersifat jujur dan dilarang melakukan penyelewengan / penipuan atau meniru dalam
ujian/peperiksaan

6.7 Murid-murid yang tidak menghadirkan diri untuk menduduki ujian/ peperiksaan tanpa sebarang
pengesahan ibu bapa atau dokumen doktor kepada pihak sekolah dianggap Tidak Hadir dan

10
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

markah tidak akan diberi dan tidak dimasukkan ke dalam Kad Ujian/ Buku Rekod Kemajuan
Murid

6.8 Tidak ada peperiksaan/ ujian ulangan bagi murid-murid yang tidak hadir menduduki ujian
progresif atau peperiksaan penggal, kecuali bagi murid-murid yang mewakili sekolah, daerah
atau bahagian dalam apa-apa aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PPD/JPNS/KPM sahaja

DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

7.1 Program enam tahun kecemerlangan akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut:-

* Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam


* Bagi setiap mata pelajaran utama
* Meliputi aspek TOV, Objektif, ETR, Pelaksanaan dan Penilaian
* Sediakan dokumentasi program dalam bentuk Pelan Operasi dan taktikal
* Diwujudkan fail-fail bagi setiap kelas
* Dokumen kontrak kurikulum perlu disedaiakan

7.2 Program jangka panjang dan jangka pendek perlu disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran
utama, yang merangkumi perkara berikut :-

* Matlamat dan objektif


* Sasaran pencapaian dan aspek kuantiti dan kualiti
* Huraian Projek / Aktiviti Utama dan sokongan
* Analisis pencapaian
* Post mortem dan maklumbalas
* Cadangan penambahbaikan

DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.1 Anugerah cemerlang akademik diberikan kepada tiga orang murid bagi setiap kelas berdasarkan
pencapaian keseluruhannya sepanjang tahun

8.2 Anugerah cemerlang kurikulum diberikan kepada seorang murid yang terbaik secara
keseluruhan bagi setiap kelas

8.3 Anugaerah cemerlang mata pelajaran diberikan kepada seorang urid yang mendapat markah
purata tertinggi bagi setiap mata pelajaran utama

8.4 Anugerah galakan akademik diberikan kepada seorang murid yang menunjukkan peningkatan
prestasi yang memberangsangkan

11
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

8.5 Anugerah cemerlang kokurikulum diberikan kepada dua orang murid lelaki dan perempuan yang
mencapai pencapaian tertinggi dalam penyertaan aktif aktiviti sukan, persatuan atau unit
beruniform

8.6 Anugerah cemerlang sahsiah diberikan kepada dua orang murid lelaki dan perempuan yang
mempunyai kriteria seperti berikut :-

* Disiplin yang tinggi


* Berbudi bahasa
* Rajin ke sekolah
* Kebersihan diri
* Bersikap jujur dan amanah
* Berketrampilan sebagi pemimpin

8.7 Anugerah/Insentif khas diberikan oleh PIBG kepada setiap murid yang memperolehi keputusan
cemerlang, 6A dalam UPSR

8.8 Sijil penghargaan akan diberikan kepada individu-individu beriktu :-

* Semua penerima anugerah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah


* Pengawas sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
* Ketua Kelas akan diberi sijil penghargaan
* Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
* Guru-guru, staf sokongan yang menabur bakti cemerlang

8.9 Hari pemuafakatan dan anugerah cemerlang diadakan pada bulan November setiap tahun

12
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR SEKOLAH

DASAR PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN MALUDAM,
94950 PUSA, BETONG, SARAWAK.

13
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

A. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-
hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa
Pengurusan Hal Ehwal Murid telah menyediakan beberapa dasar sebagai garis panduan serta tindakan
yang akan diambil.

DASAR 1: PERANAN GURU

1.1 Semua guru dan kakitangan sekolah, adalah ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek
tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih
sayang.

DASAR 2: KEMASUKAN MURID

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum, tanpa sekatan

2.2 Setiap murid di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran.

2.3 Murid akan ditempatkan di kelas-kelas Amanah, Ikhlas dan Taqwa.

2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

2.5 Setiap murid dikehendaki hadir pada hari Pendaftaran Sekolah dan Perhimpunan Rasmi
Sekolah.

2.6 Bagi pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, mestilah memaklumkan
kepada pihak sekolah:

2.6.1 Sakit- mesti ada surat pengesahan doktor / pegawai perubatan ( sijil sakit )
2.6.2 Kecemasan – surat pengesahan / makluman daripada ibubapa/penjaga.

2.7 Murid yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam tempoh seminggu atau 10 hari
berselang dalam sebulan ke sekolah / aktiviti kokurikulum/kelas tambahan dan lain-lain aktiviti
sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibubapa/penjaga, surat makluman akan
dikeluarkan. Jika tiada tindakan ibubapa/penjaga selepas TUJUH ( 7 ) hari surat Amaran 1 akan
dikeluarkan.

14
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR 3: DISIPLIN MURID

3.1 Murid yang sering atau melebihi 3 kali melanggar “Peraturan Sekolah” akan dihadapkan ke
Lembaga Disiplin Sekolah.
3.2 Bagi murid yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah ibubapa/ penjaga akan dipanggil ke
sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani masalah
disiplin.
3.4 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti menghubungi sekolah atau menulis surat dan
hantar kepada guru kelas.

DASAR 4: KESELAMATAN MURID.

4.1 Keselamatan murid akan diutamakan dari 7:00 pagi hingga tamat sesi pesekolahan.

4.2 Semua murid akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful.

4.3 Polisi sekolah selamat digunakan sepanjang murid-murid berada di kawasan sekolah.

4.4 Pegawai Perhubungan Sekolah oleh pihak polis akan sentiasa memantau keadaan di sekolah.

4.5 Jaga sekolah sentiasa membantu di dalam memastikan keselamatan pelajar semasa di sekolah
dan ketika balik dari sekolah.

DASAR 5: KESIHATAN MURID

5.1 Sekolah akan sentiasa memastikan tahap kesihatan murid berada dalam keadaan baik melalui
program-program yang dirancang seperti:

 Pemeriksaan Kesihatan Pelajar.


 Pemeriksaan Gigi dan Mata
 Program Kumuran Florida
 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
 Program Susu 1 Malaysia
 Pencegahan Wabak HFDM, H1N1, Denggi.
 Ceramah dan Kempen Kesihatan
 Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
 Program Tandas Ku Sayang.
15
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

5.2 Pihak penjaga diberi kebenaran untuk membawa anak-anak balik serta mendapat rawatan
doktor.

5.3 Buku Pergerakan Murid ke Klinik disediakan untuk merekod nama pelajar yang dibawa pulang
atau ke hospital. Ada pengesahan dari guru yang bertugas atau guru yang bertanggungjawab.

5.4 Murid yang sakit semasa berada di sekolah akan diberi rawatan SEGERA dan penjagaan yang
sempurna dan penjaga mesti dihubungi.

5.5 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital serta menghubungi penjaga jika ada
kes-kes kecemasan yang teruk.

5.6 Pemeriksaan kesihatan seperti gigi,rambut,kuku dan sebagainya akan dilaksanakan dari masa ke
semasa oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Murid yang terdiri daripada guru kelas .

5.7 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha membantu murid-murid yang menghadapi masalah
kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID

6.1 Kebajikan murid akan sentiasa diutamakan, melalui pertubuhan jawatankuasa,


Jawatakuasa HEM di peringkat sekolah.

 Jawatankuasa Bantuan KWAPM


 Jawatankuasa Bantuan Pakaian Seragam
 Jawatankuasa RMT
 Jawatankuasa PS1M

6.2 Pihak sekolah akan cuba membantu murid-murid cemerlang untuk mendapatkan pendidikan
yang lebih baik di tempat yang lebih sempurna.

DASAR 7: PENGAWAS SEKOLAH

7.1 Pengawas sekolah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-murid yang
mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan
bertanggungjawab.

7.2 Semua pengawas dilantik secra rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika
melanggar peraturan atau tidak berupaya menjalankan tugas yang diamanahkan.

7.3 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap


peraturan sekolah sentiasa dipatuhi oleh murid-murid.

16
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

7.4 Pengawas-pengawas adalah di bawah peraturan sekolah dan peraturan khas pengawas. Mereka
hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dari masa ke semasa.

7.5 Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik serta imej pengawas, sekolah dan menjadi
contoh murid-murid lain.

DASAR 8 : KONSEP SEKOLAH SELAMAT.

8.1 Budaya selamat di dalam kawasan sekolah perlu diutamakan dan diwujudkan secara berterusan.
Semua guru dan kakitangan bukan guru termasuk pihak pembersih dan jaga adalah
bertanggungjawab memastikan pelajar selamat, sihat dan ceria selalu. Semua warga sekolah
perlu mematuhi dasar keselamatan , tatacara tindakan dengan efisyen dan sistematik.

8.2 Keselamatan Dalam Bilik Darjah- guru-guru dan murid-murid.

* Sentiasa memahami dan mematuhi arahan peraturan dalam kelas.


* Sentiasa memastikan kelas kemas,bersih dan teratur sepanjang masa.
* Tidak dibenar makan atau minum semasa proses PdP dijalankan.
* Sentiasa memastikan situasi dalam kelas sentiasa selamat
* Sentiasa menguatkuasakan peraturan keselamatan sekolah
* Lapor SEGERA dengan guru kelas jika ada kerosakan kerusi/meja.

8.3 Keselamatan di Bilik Khas ( Makmal )- guru-guru dan murid-murid

* Wajib memahami dan mematuhi tatacara keselamatan bilik khas.


* TIDAK dibenar berada di dalam bilik khas tanpa kehadiran guru ,penyelaras
Bilik khas atau guru bertugas.
 Jangan mulakan sebarang aktiviti tanpa arahan atau kebenaran daripada guru-guru.
 TIDAK dibenarkan bersembang- sembang di dalam bilik khas semasa waktu terluang
atau “free period”.
 Memastikan semua inventori di dalam keadaan baik dan sempurna.
 Melapor dengan SEGERA kepada penyelaras bilik khas jika ada sebarang kerosakan
atau ketidaktentuan di dalam bilik khas.

8.4 Keselamatan Waktu Rehat – murid-murid

* Sentiasa memahami dan mematuhi peraturan.


* TIDAK berada di dalam bilik darjah waktu rehat.
* sentiasa beratur, tertib dan mengamalkan disiplin yang tinggi ketika mengambil
makanan RMT.
 Mengumpul dan membuang sisa atau bekas makanan ke dalam tong sampah.

17
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

 Duduk ditempat yang disediakan jika makan, cuci tangan dan baca doa makan
setiap kali sebelum makan

8.5 Keselamatan Waktu Datang dan Pulang murid-murid

* Sentiasa mematuhi peraturan jalan raya


* Berjalan dengan betul, guna jalan sebelah kanan dan jangan berlari di jalan raya.
 Tunggang basikal ikut lorong yang betul dan jangan bersaing
 Jangan tungang motosikal, ibu/ bapa/ penjaga yang hantar ke sekolah.

8.6 Semua guru bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid sepanjang mereka


berada di kawasan sekolah. Melapor dengan SEGERA kepada guru besar jika ada kemalangan
serta memberi rawatan awal di Bilik Kesihatan.

87. Merekod laporan dan mencatat butir-butir kemalangan yang berlaku di dalam buku rekod
pelaporan.

8.8 Guru bertugas perlu menghubungi pihak ibu bapa,hospital atau polis dengan segera dan
melapor tindakan awal yang telah di ambil.

8.9 Mengisi Borang/ Dokuman Insuran Takaful dan menyerahkan kepada pihak yang berkaitan
dengan segera.

B. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID.

1. Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak
dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah seperti di bawah:

 Memastikan murid di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan
kemaskini.
 Memastikan murid di sekolah sentiasa mematuhi peraturan Sekolah
 Memastikan murid sentiasa mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”
 Memastikan murid mendapat layanan yang adil dan seimbang daripada guru-guru.

2. Memastikan murid-murid di sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak
bermoral seperti berikut.

 Ponteng sekolah
 Tidak hadir ke sekolah
 Terlibat dalam pergaduhan
 Kelakuan lucah

18
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

 Merokok
 Kurang ajar atau biadap
 Merosakkan harta benda awam
 Merosakkan harta benda sekolah.

3. Pihak sekolah dan jawatankuasa Hal Ehwal Murid SK MALUDAM, PUSA perlu sentiasa

 Memastikan murid-murid mendapat bantuan dan pertolongan sewajarnya.


 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah.
 Memastikan murid-murid sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda
sekolah.
 Memastikan murid-murid sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

C. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT

1. Sistem Pendaftaran Pelajar

1.1 Sekolah mengadakan Hari Pendaftaran Murid secara serentak.


1.2 Hari Pendaftaran ini dijalankan satu hari sebelum hari persekolahan sebenar.
1.3 Murid-murid diminta membawa Borang Maklumat Murid, Borang maklumat Penjaga,
Borang RMT semasa hadir ke Hari Pendaftaran.
1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran adalah seperti berikut:-

1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang MM, Borang MP dan Borang
RMT.
1.4.2 Pengagihan Buku Teks dan Buku Aktiviti
1.4.3 Taklimat Program Transisi dan Pengurusan Sekolah kepada ibubapa
1.4.4 Mengisi maklumat dalam jadual kedatangan murid.
1.4.5 Memasukkan data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran.
1.4.6 Menyerah Buku Kesihatan kepada pelajar Tahun 1.

19
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid wajib membaca Peraturan Sekolah yang di tampal dalam bilik darjah.

2.2 Pengawas sekolah terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6.

2.3 Bilangan pengawas dilantik seramai 20 orang.

2.4 Semua pengawas yang dilantik melalui proses berikut:-

2.4.1 – Pencalonan dari guru kelas/ lembaga pengawas


2.4.2 - Taklimat Pengurusan Pengawas oleh Penyelaras Pengawas
2.4.3 - Kursus Perlaksanaan Tugas dan Tanggungjawab.
2.4.4 - Penyerahan Surat Perlantikan Pengawas, pada bulan Februari.
2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar Peraturan
Sekolah.

3. Pelaksanaan Program-program kesihatan

3.1 Memastikan pelaksanaan RMT menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti
Berikut.
3.1.1 – Bilangan murid yang terlibat
3.1.2 - Pemilihan murid yang tepat
3.1.3 – Penyediaan menu yang berkhasiat
3.1.4 - Cukup masa untuk menjamu selera
3.1.5 – Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3.2 Membuat pemeriksaan kesihatan berkala seperti :-


3.2.1 – Pemeriksaan mata,telinga dan gigi.
3.2.2 - Pemeriksaan suhu dan berat badan
3.2.3 -Pemeriksaan kuku dan rambut.

4. Mewujudkan Tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut.

4.1 . Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.


4.2 Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah / bersama PIBG.
4.3 Kerja pagi ( Kutip Sampah )
4.4 Kempen Menjaga Kebersihan Sekolah “Sekolahku Syurgaku“.

5. Peranan Guru-guru bertugas harian

5.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang
tindakan yang diambil.

20
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

5.2 Tindakan yang diambil hendaklah dalam kontek MENDIDIK dan bukan MENGHUKUM.
5.3 Semua guru adalah berperanan sebagai GURU DISIPLIN.
5.4 Tingkahlaku murid-murid waktu rehat, waktu menikmati makanan RMT perlu diawasi
dan dipantau setiap hari terutamanya oleh guru bertugas harian.

6. Mewujudkan Sesi kaunseling dan Motivasi

6.1 Murid –murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberi kaunseling melalui aktiviti berikut.

6.1.1 – Perjumpaan Khas dengan Guru kaunseling/PKHEM


6.1.2 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
6.1.3 – Motivasi Pagi Pelajar Tahun 1 – 6 ikut giliran oleh PKHEM
6.1.4 - Fire Drill – Latihan Kecemasan.

7. Sesi Ceramah dari pihak pihak tertentu berkaitan perkara perkara di bawah:

7.1 Keselamatan Jalan Raya ( JPJ )


7.2 Kes Jenayah Juvana ( PDRM )
7.3 Agensi Dadah Kebangsaan ( ADK )
7.4 Bomba dan Penyelamat

8. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar

8.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak seperti :-

8.1.1- Menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna


8.1.2 Menyertai Pertandingan MSSR peringkat Zon, Daerah, Bahagian dan Negeri
8.1.3 Menyertai Rombongan atau Lawatan Sambil Belajar.

21
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR SEKOLAH

DASAR PENGURUSAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN MALUDAM,
94950 PUSA, BETONG, SARAWAK.

22
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

UNIITKOKURIKULUMSKT2017
A. DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum SK Maludam, Pusa merupakan satu aspek yang ditekankan
dalam Sistem Pendidikan. Murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang
yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, dasar
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah diwujudkan seperti berikut:-

DASAR 1: TENAGA PENYELARAS

1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran Guru Penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut:
 Persatuan
 Beruniform
 Sukan dan Permainan
1.3 Semua guru yang terlibat dalam kegiatan KK perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut:-

 Menggubalkan perlembagaan atau Dokumen Kontrak KK


 Melantik Jawatankuasa
 Merekod kehadiran Pelajar
 Melaksanakan aktiviti harian
 Membuat penilaian
 Menyediakan laporan

23
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR 2: PENYERTAAN MURID

2.1 Semua murid Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap
satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut:-

 Persatuan

 Beruniform

 Sukan dan permainan

2.2 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

2.3 Semua murid diwajib hadir pada hari kegiatan dijalankan ( Rabu).

2.4 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam
Rekod Pelaporan Murid.

DASAR 3: PENJADUALAN KEGIATAN

3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan akan dijalankan pada setiap Rabu.

3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan pada setiap Khamis.

3.3 Semua kegiatan akan bermula pukul 2:30 hingga 4:30 ptg.

3.4 Kegiatan hanya akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-

 Cuaca Buruk (Hujan lebat dan Ribut petir, air pasang (king-tide))
 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
 Kebenaran atau arahan Guru Besar

24
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

DASAR 4: PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam SEMUA kegiatan diperingkat Zon, Daerah atau
Negeri.

4.2 Sekolah akan turut serta dalam semua kegiatan termasuk kegiatan tertentu yang
dijadikan Program Sasaran, iaitu :-

 MTQ
 TKRS, Pengakap

4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat murid melalui :-

 Latihan yang sistematik, Intensif dan Berterusan


 Kelengkapan dan peralatan sempurna dan mencukupi
 Pertandingan dalaman melalui Rumah Sukan
 Penyertaan yang aktif

DASAR 5 : PENGHARGAAN

5.1 Memberi pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum:

 Cenderamata atau Tropi/ Piala/ Wang Tunai


 Sijil Penghargaan Sekolah

5.2 Mewujudkan Anugerah Khas “Atlet Harapan” kepada murid yang cermelang
pencapaian dalam sukan dan permainan.

B. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta memupuk semagat juang yang tinggi.

25
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang


berfaedah.
4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis
permainan.
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.
6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan
seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti
berikut:-
6.1 Sukan dan rekrasi
6.2 Kegiatan Badan Sukarela
6.3 Program-program kemasyarakatan
7. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif kegiatan kokurikulum diperingkat daerah,
negeri atau kebangsaan.
8. Mempastikan sekolah menyertai semua aktiviti kokurikulum di peringkat zon,
daerah dan negeri dengan harapan ‘PULANG SEBAGAI JUARA’

C. STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT KOKURIKULUM

1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar


1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-
tiga bidang kokurikulum berikut :-
 Sukan dan Permainan
 Badan Beruniform
 Persatuan / Kelab
1.2 DOKUMEN KONTRAK KOKURIKULUM diberikan kepada semua guru untuk
melaksanakan aktiviti, melatih, merekod dan menilai kegiatan KK di sekolah.
1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu
aktiviti melalui:-
 Menyertai kursus-kursus

26
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

 Penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan


2. Penawaran aktiviti bagi bidang Kegiatan Sukan & Permainan Kepada Murid seperti
berikut:-
2.1 Futsal
2.2 Bola sepak
2.3 Takraw
2.4 Bola Jaring
2.5 Olahraga

3. Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :-


3.1 Pengakap
3.2 Bulan Sabit Merah
3.3 Puteri Islam
3.4 Tunas Kedet Remaja Sekolah
4. Penyediaan Peralatan Sukan Berkualiti
4.1 Menyediakan peralatan dan kemudahan fizikal yang sempurna
 Padang yang mencukupi ukuran dan baik
 Gelangang permainanyang sentiasa diurus
 Blok Persalinan Bersih dan Kemas sepanjang waktu
 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi
 Tempat penyimpanan alatan diurus dan dijaga rapi
5. Penganugerahan Kokurikulum Sekolah
5.1 Bagi menarik perhatian semua murid sistem penganugerahan kokurikulum perlu
diadakan bagi kategori seperti berikut :-
 Tokoh Kokurikulum Sekolah
 Olahragawan dan Olahgarawati Sekolah
 Juara Sukan Tahunan antara Rumah
 Pasukan Terbaik Sekolah
5.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Cemerlang Sekolah.

27
Dokumen Dasar Sekolah
SK Maludam

“TAMAT”
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak;

28

You might also like