You are on page 1of 10

PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG PUAH

No 13C, Kampung Puah Setapak,


Jalan Gombak,53000, Kuala Lumpur.
Tel

: 017-3779456

________________________________________________________________________

CADANGAN
KERTAS KERJA
KEJOHANAN FUTSAL
KAMPUNG PUAH
2016
ANJURAN
BELIA KAMPUNG PUAH
TARIKH

28 MEI 2016

MASA

7:30 PAGI 5:00 PETANG

TEMPAT

GELANGGANG FUTSAL, KAMPUNG PUAH

1.0 PENGENALAN
Kelab Belia Kampung Puah (PFC) bercadang untuk mengadakan satu program sukan
yang berteraskan sukan futsal iaitu Kejohanan Futsal Kg Puah 2016. Kejohanan ini
mensasarkan belia di kawasan Kampung Puah dan sekitar untuk mengambil bahagian
dalam acara yang dipertandingkan.
Di samping itu, tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat
sukan dari warga Kg Puah disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara belia
Kg Puah.
Selain itu, kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai memperkenalkan
dunia sukan futsal agar sukan ini mampu menaikkan nama belia Kg Puah diperingkat yang
lebih tinggi.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan belia Kampung Puah yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat
kepimpinan serta semangat berpasukan.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:
3.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara belia Kg Puah.
3.2 Melahirkan belia Kg Puah yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan futsal.
3.3 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.
3.4 Mencungkil bakat-bakat baru belia Kg Puah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Terbuka pada belia lelaki di Kg Puah yang berumur antara 15 dan ke atas.

5.0 JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA


Penasihat

Johanis b Mohd Razif

Pengerusi

Mohd Hafizuddin b Mohd Jamil

Setiausaha

Mohd Sari Hidayat b Mohammad Isa

Bendahari

Muhammad Fitri b Yatim

Ismail b Ghazali

AJK

1) Makan/Minum

2) Publisiti/Dokumentasi:

Azrul b Zainuddin

3) Cenderahati
dan Hadiah

Muzammil b Ali

4) Siaraya( PA Sistem):

Abdul Razak b Mohd Nor Rasid

5) Pendaftaran

Muhammad Muhaimin b Ali

6) AJK Peralatan

Firdaus b Nazir

6.0 CADANGAN AKTIVITI


Aktiviti yang akan dijalankan dalam kejohanan ini adalah;
Kejohanan Futsal terbuka

Terhad kepada 10 pasukan.

1 pasukan = 6 orang pemain

Terbuka kepada belia Kg Puah.

Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 10.00 setiap seorang.

Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Puah

Diadakan selama 1 hari.

Hadiah : Pertama

: Wang tunai RM200 + Sijil

Kedua

: Wang tunai RM100 + Sijil.

Ketiga

: Wang tunai RM50 + Sijil.

7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada semua belia Kg Puah.
Pertandingan akan dijalankan secara 5-sepasukan dengan 1 orang pemain
simpanan. (6 orang pemain dalam satu pasukan).
Kategori : Belia lelaki (15 ke atas)
o Jumlah penyertaan pasukan hanya dihadkan kepada 10 pasukan.
o Jika sesebuah pasukan didapati menggunakan pemain yang bukan di
kalangan belia Kg Puah, penyertaan pasukan tersebut di dalam kejohanan ini
akan dibatalkan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
o Pemain yang telah berdaftar di dalam sesebuah pasukan, tidak dibenarkan
menyertai pasukan lain di dalam kejohanan ini. Ataupun dalam ertikata lain,
seorang pemain hanya layak menyertai sebuah pasukan sahaja di dalam
kejohanan ini.
o Jika didapati seorang pemain menyertai dua atau lebih pasukan bagi
kejohanan ini, kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut akan
dibatalkan penyertaannya di dalam kejohanan ini dan yuran penyertaan bagi
kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut tidak akan
dikembalikan.
o Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh
Sahaja) bagi setiap pasukan.

o Semua pemain diwajibkan untuk memakai jersi, kasut dan peralatan sukan
yang bersesuaian bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Adalah
diingatkan bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap
sebarang kecederaan kepada pemain.
8.0 FORMAT PERTANDINGAN
Tempoh masa permainan adalah selama 5 minit dengan 5 minit bagi setiap separuh
masa tanpa waktu rehat.
2 pasukan pemenang di separuh akhir akan bertemu di perlawanan akhir. Manakala
2 pasukan yg kalah pada peringkat separuh akhir, akan beraksi bagi penentuan
tempat ke -3 dan ke-4.
Jika jaringan seri sehingga tamat masa permainan, Penentuan dengan Sepakan
Penalti sebanyak 3 sepakan penalti + 1 satu sepakan Sudden Death akan
dijalankan.
Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.
2 orang pengadil akan mengadili setiap 1 perlawanan secara serentak.

9.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN


Hanya 5 pemain dibenarkan beraksi pada satu-satu masa termasuk penjaga gol.
Pemain gantian boleh dimasukkan berulang-ulang kali sepanjang masa permainan
kecuali mereka yang telah dikenakan kad merah.
Tiada peraturan offside di dalam permainan futsal.
Tendangan penalti akan diberikan kepada pasukan lawan jika foul play dilakukan di
kawasan D sendiri.
Back-pass ke penjaga gol adalah tidak dibenarkan kecuali telah melepasi garisan
tengah atau disentuh oleh pihak lawan.
Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', body holding dan 'body
contact' dibenarkan di dalam permainan futsal.
Jaringan gol adalah dikira di mana-mana kawasan pitch (walaupun jaringan
dilakukan dari kawasan sendiri).
Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.
Jika seseorang pemain dilayangkan kad kuning ke-2 pada satu-satu perlawanan
atau 'straight red', pemain tersebut akan digantung 2 perlawanan. Manakala pemain

yang menerima 2 kad kuning dalan perlawanan yang berasingan akan digantung 1
perlawanan.
Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali terdapat
sentuhan dari mana-mana pemain sebelum bola masuk ke gawang gol.
Penjaga gol mesti melepaskan bola dari genggaman dalam masa 4 saat.
Sepakan percuma, sepakan ke dalam setelah bola keluar dan sepakan penjuru
harus diambil dalam masa 4 saat.
Kedua-dua kaki harus berada di luar garisan sewaktu tendangan ke dalam diambil.
Sepakan terus dari permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk ke
gawang gol adalah dikira GOL.
Semua tendangan percuma adalah secara langsung (direct free kick).
Pihak lawan perlu berada 4 ela dari kedudukan tendangan percuma, tendadangan
penjuru dan tendangan ke dalam.
Sebarang pergaduhan adalah tidak dibenarkan dan penyertaan pasukan tersebut
boleh dibatalkan atas budi bicara pihak penganjur manakala yuran penyertaan pula
tidak akan dikembalikan.
Keputusan pengadil adalah sah dan muktamad.
Keputusan muktamad daripada perlawanan yang berkontroversi akan dibuat oleh
pihak penganjur.
Semua tertakluk kepada undang-undang semasa yang dikeluarkan FIFA.

10.0 BANTAHAN
Jika terdapat bantahan oleh mana-mana pasukan terhadap mana-mana pasukan yang
lain, pasukan yang membantah perlu menyertakan wang pertaruhan bantahan
sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja).
Selepas bantahan diterima, satu mesyuarat AJK Teknikal/Bantahan akan diadakan oleh
penganjur kejohanan dengan disertai oleh pengadil perlawanan tersebut dan kedua-dua
pengurus pasukan (pasukan yang membantah dan dibantah).
Segala keputusan bantahan akan diputuskan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa
Teknikal/Bantahan dan sekiranya bantahan didapati berasas dan mempunyai justifikasi
yang kukuh, ianya akan diterima oleh penganjur kejohanan dan wang pertaruhan
bantahan akan dikira hangus.

Jika keputusan bantahan adalah positif dan diterima, pasukan yang membantah akan
dikira pemenang (jika bantahan melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan iaitu
pasukan yang membantah dan dibantah) dan akan diberikan 2 jaringan gol.

11.0 BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP


Borang penyertaan boleh didapati daripada :
i)
ii)

En Hafiz Jamil Pengerusi Kejohanan (017-3779456)


En Sari Hidayat Setiausaha Kejohanan (017-3883674)

Yuran penyertaan individu perlulah dibayar sebelum hari kejohanan.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Mei 2016, jam 9.00 malam.

12.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
En Hafiz Jamil Pengerusi Kejohanan (017-3779456)
Sari Hidayat Setiausaha Kejohanan (017-3883674)

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
1.0

PERKARA
Hadiah Pemenang

HARGA(RM)

1.1 Wang tunai


1.2 Sijil
2.0

RM0.60

KUANTITI

JUMLAH(RM)

350.00

32

19.20

JUMLAH
Makanan

369.20

2.1 AJK

10

20

200.00

2.2 VIP

15

10

150.00

2.3 Pengadil
2.4 Peserta
3.0

JUMLAH
Bayaran Pengadil

4.0

JUMLAH
Publisiti
4.1 Banner
4.2 Tag Nama AJK

2
5
150

20.00
50

250.00

620.00
300.00
300.00

150.00

150.00

2.50

20

50.00

JUMLAH
JUMLAH

200.00
1489.00

BORANG BANTAHAN
KEJOHANAN FUTSAL KAMPUNG PUAH 2016
ANJURAN BELIA KAMPUNG PUAH
Bantahan berkaitan :

Tanda Tangan
Nama
No. K/Pengenalan
Nama Pasukan
No. Telefon
Bayaran Bantahan
(RM)

:
:
:
:
RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh
: Sahaja)

Bantahan diterima oleh Peganjur:


Tandatangan
Nama

:
:

Keputusan bantahan :
* DITERIMA / DITOLAK
Alasan bantahan ditolak :

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan

14.0 PENUTUP
Akhir kalam, program ini merupakan satu aktiviti integrasi yang berpotensi
mewujudkan perpaduan di kalangan belia di Kg Puah. Diharap pihak berkenaan akan
memberikan sepenuh komitmen dan sokongan padu dari segi sumber kewangan bagi
menjayakan Kejohanan Futsal 2016 anjuran Kelab Belia Kg Puah.

Disediakan oleh,

(MOHD SARI HIDAYAT BIN MOHAMMAD ISA)


Setiausaha
Jawatankuasa Kejohanan Futsal
Kg Puah 2016.

Disemak oleh,

(MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD JAMIL)


Pengerusi
Jawatankuasa Kejohanan Futsal
Kg Puah 2016.

You might also like