You are on page 1of 2

Laporan Kejohanan Futsal Tertutup Kampung Puah

Pada hari Sabtu, 28 Mei 2016, telah berlangsung Kejohanan Futsal Tertutup
Kampung Puah yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Puah, Setapak.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Belia Kampung Puah dengan kerjasama
Persatuan Penduduk dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL. Seramai 60
pemain futsal di sekitar Setapak telah mengambil bahagian dalam kejohanan
tersebut.
Acara bermula seawal jam 8.00 pagi sebermulanya perlawanan pertama di
peringkat kumpulan. Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian untuk
kejohanan kali ini. Tepat jam 9.00 pagi, upacara perasmian diadakan bagi kejohanan
tersebut. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Dato Abdul Razak Bin Mohammad,
Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju. Turut sama memeriahkan majlis ialah
Encik Mohd Dahari Bin Suboh, Ketua Umno Cawangan Kampung Puah, Encik
Hisham Bin Tahir, Ketua Umno Cawangan Kampung Puah Asal dan juga Saudara
Johanis bin Mohd Razif selaku Ketua Pemuda Cawangan. Setelah upacara ini
berlangsung, pihak penganjur meneruskan acara perlawanan antara pasukan yang
telah pun dijadualkan.
Kejohanan kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Saudara Azri
Zainuddin, peserta program Seiras Seirama dan Kilauan Emas terbitan Astro yang
bertindak selaku juruacara sepanjang kejohanan ini berlangsung. Pendudukpenduduk sekitar juga turut hadir memeriahkan majlis dengan anggaran kehadiran
penonton seramai 100 orang. Kejohanan tamat tepat jam 2.00 petang dimana
kumpulan daripada Kampung Puah iaitu pasukan France telah berjaya memenangi
kejohanan edisi kali ini dengan jaringan 5-1 menewaskan pasukan Spain di
perlawanan akhir. Juara diberikan hadiah wang tunai, medal dan juga hamper.
Daripada pihak penganjur, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Kejohanan Futsal Tertutup Kampung Puah bagi tahun 2016 ini. Semoga
kejohanan tradisi tahunan ini akan dapat diteruskan di masa akan datang.
Majulah sukan untuk Negara!
___________________

(MOHD SARI HIDAYAT BIN MOHAMMAD ISA)


Setiausaha Kejohanan Futsal Tertutup
Kampung Puah.

Gambar-gambar Kejohanan

Perasmian
Kejohanan
Pendaftaran

Gambar pasukan

Sepak mula berlangsung

Upacara Pemberian Hadiah

Juara Kejohanan

You might also like