You are on page 1of 2

PENGENALAN

Kursus PSV 3112 Lukisan dan Penyuburan Diri melibatkan jenis-jenis lukisan,
alat dan bahan , fungsi lukisan, asas dalam melukis, teknik dan pendekatan dan
proses kreativiti serta artistik. Termasuk juga lukisan dalam gubahan pelbagai
aliran dan budaya. (Sila rujuk Agihan Tajuk)
Modul ini mengandungi lima tajuk iaitu Tajuk 1- Jenis-Jenis Lukisan, Tajuk 2Alat dan Bahan, Tajuk 5- Pertimbangan dan Pengamatan Asas Dalam Lukisan,
Tajuk 6- Teknik Menghasilkan Lukisan dan Tajuk 8- Proses Kreativiti dan Artistik.
Tajuk-tajuk lain (3, 4, 7 dan 9) dalam pro forma. Modul ini juga disertakan aktiviti
dan latihan untuk tujuan pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti
dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk.
Aktiviti dan latihan tersebut termasuk analisis peranan, pengalaman dan
kemahiran yang perlu dikuasai tentang aktiviti dalam melukis di sekolah. Setiap
tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang
dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan
yang disusuli dengan sumber rujukan berkaitan.

Latihan ini harus disiapkan

dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan
hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai
memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan
membuat

banyak

rujukan

dan

pembacaan.

Pelajar

juga

digalakkan

menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan


dengan topik-topik yang dipelajari.

You might also like